BAB 3

Romance Series 26489

BAB 3

“Eh you. Kenapa lambat?.” Bisik Laila ketika Hanis Ariana masuk ke bilik mesyuarat pagi itu dan duduk di sebelahnya.

“Anak I demam.” Jawabnya ringkas.

“Owh… Macam mana Aisyah sekarang?.” Tanya Laila lagi.

“Dia…”

“You yang berbual tu. Ada perkara lain lagi ke yang lebih penting dari meeting ni? Kalau hal you tu lebih penting sila keluar dari bilik ni.”

“Errr… Maaf Encik Syahrul.” Laila meminta maaf. Hanis Ariana di sebelah sudah menelan air liur. Kenapalah dia tidak perasan tadi semasa mula-mula masuk ke bilik mesyuarat ni tadi. Lelaki yang sedang berdiri di hadapan meja mereka itu tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Mungkinkah dia ini anak lelaki Tuan Redhuan yang diceritakan Laila semalam.

‘Aduh. Masak aku macam ni. Dahlah lewat. Kena sergah berbual-bual pulak. Janganlah kena apa-apa.”

Selang lima belas minit, mesyuarat pun selesai. Staf beransur-ansur keluar dari bilik mesyuarat. Laila berjalan menuju ke pintu disusuli Hanis Ariana di belakangnya. Baru saja kakinya mahu melangkah keluar pintu, tiba-tiba dia dipanggil seseorang dari belakang.

“You yang dibelakang sekali tu. Tunggu sekejap. I nak jumpa.” Hanis Ariana yang mendengar suara garau itu terus menoleh ke belakang. Dia sedar yang dia adalah orang yang paling belakang sekali. Sudah tentu dialah yang dimaksudkan oleh lelaki yang memanggilnya tadi.

“Errr… Ye Encik…” Okey. Nama pun dia tidak tahu. Confirm kena lagi ni. ‘Aduh!’

“Why are you late today?. Gaduh dengan boyfriend?.” Sinis sungguh soalan yang dilontarkan lelaki di hadapannya itu.

“Saya minta maaf, Encik…”

“Nama I pun you tak tahu? Dah berapa lama you kerja sini? Nama you apa ea?.”

“Errr… Baru empat bulan. Nama saya Hanis Ariana.”

“Owh. Patutlah. For your information, Cik Hanis Ariana, nama I Syahrul Iman bin Dato Redhuan. I nak you tahu yang I tak suka ada staf yang tak fokus dalam kerja dan datang lewat! Kalau you rasa you tak boleh nak punctual, you boleh cari kerja lain. Faham?.”

“Faham, Encik Syahrul. Saya minta maaf lagi sekali.”

“Dah. Sekarang you boleh keluar.”

Lega. Itulah yang dirasakan Hanis Ariana saat itu. Rupanya apa yang diceritakan Laila semalam benar-benar jadi kenyataan. Anak Tuan Redhuan tu garang gila macam singa!. Macam manalah dia nak hadap keadaan selepas ini. Sudahlah first impression dah macam ni. Adakah selamanya lelaki itu akan menganggapnya seorang yang tidak serius dalam pekerjaan?. Fuhh… Dugaan apakah ini Ya Allah?. Semoga hatinya akan diberikan kekuatan menempuh ujian bekerja ini. Aamin!

Hanis Ariana berjalan lemah menuju ke mejanya. Laila yang nampak dari jauh berebut-rebut mendapatkan rakannya itu dan berjalan seiring ke meja mereka.

“Hanis. You okey tak ni? Ada apa Encik Syahrul tu nak jumpa you?.” Soal Laila kepada Hanis Ariana.

“You rasa I okey tak? Dari muka I ni pun you boleh tahu jawapannya kan? Fuhh… Betullah you cakap Laila. Garang macam singa! Nasib baik I tak terkencing kena marah tadi.” Sempat lagi Hanis Ariana membuat lawak. Laila yang mendengar tergelak.

“You ni kan. Sempat lagi nak melawak kan.”

“Betullah I cakap. Terkulat-kulat I nak menjawab depan dia tu tadi. Rasa nak terkencing tapi I tahan. Yang paling sadis I kena bila I tak tahu nama dia. Apa lagiii… Kena bebellah.”

“Adoiii… Kalau you datang awal tadi mesti tak kena gini kan. Tapi manalah nak tahu Aisyah boleh pulak demam hari ni. Hmm… Sabar jelah Hanis oiii.”

“Yelah kan Laila. Dah nasib I nak kena hari ni. Harap lepas-lepas ni I bertuahlah.”

“Habis tu Aisyah macam mana? Sekolah tak dia hari ni?.” Tanya Laila lagi.

“Tak sekolah. I hantar dia kat rumah kakak I. Eh. Sampai terlupa I nak tanya khabar dia. Dahlah. Baik kita buat kerja kita. Kang kalau Encik Syahrul nampak kita borak-borak kopitiam macam ni confirm kena bedal lagi nanti. I nak call kakak I kejap.”

Hanis Ariana menngambil telefon bimbitnya di dalam beg tangan. Dia menelefon kakaknya untuk bertanyakan keadaan anaknya. Harapnya Aisyah semakin baiklah hendaknya.

Beberapa minit berbual dengan kakaknya, Aida di telefon, Hanis Ariana menyambung tugasan kerjanya yang masih tertunggak. Sibuk melaksanakan amanah yang diberi, tidak sedar jam sudah pun menunjukkan pukul 5 petang. Hanis Ariana mematahkan ruas-ruas jarinya dan mengeliat sedikit bagi meregangkan urat-uratnya yang terasa agak tegang seharian membuat kerja.

Hanis Ariana melihat jam di pergelangan tangannya. Teringat pada Aisyah di rumah. Pagi tadi kakaknya memberitahu anaknya itu sudah semakin pulih. Hatinya lega sedikit. Mujurlah rumah kakaknya itu tidaklah jauh sangat dari rumahnya. Kalau tidak tentu dia tidak dapat langsung sertai mesyuarat tadi.

Hanis Ariana mula mengemas mejanya. Dia ingin pulang segera mendapatkan anaknya. Walaupun kakaknya beritahu Aisyah semakin pulih, tapi hati seorang ibu tetap risau sehinggalah dapat melihat sendiri keadaan anaknya itu. Jika benar-benar sudah beransur pulih, barulah hatinya betul-betul lega.

“Ni berkemas ni you nak ke mana? Nak balik dah ke?.” Hanis Ariana yang sedang mengemas mejanya terhenti apabila terdengar suara garau Encik Syahrul di hadapan mejanya. Tekaknya terasa perit. Lidah kelu hendak berkata-kata.

“Errr… Ye Encik Syahrul. Saya nak balik dah ni. Ada apa-apa yang penting ke Encik Syahrul?.” Laila yang berada di meja sebelah hanya memerhati. Jatuh kasihan pula dia melihat rakannya itu. Sudahlah pagi tadi dah kena smash dengan Encik Syahrul. Petang pun nak kena jugak ke?

“Tadi you datang lambat kan? So petang ni you kena overtime. Siapkan kertas kerja yang I minta dalam meeting pagi tadi. No excuse. I want that paper work done by this evening, okey!.”

Selepas memberi arahan kepada Hanis Ariana, Syahrul Iman terus berlalu meninggalkannya terkebil-kebil di situ. Hanis Ariana berpandangan mata dengan Laila. Mulutnya terkunci untuk berkata. Lemah lututnya bila diarahkan untuk bekerja lebih masa. Ingatannya terus teringatkan Aisyah. Tentu anaknya itu sudah menanti kepulangannya. Hanis Ariana mengeluh perlahan.

“Sabarlah Hanis. You buat jelah apa yang Encik Syahrul tu nak. Pasal Aisyah Insha Allah dia tak apa-apa. Lagipun dia dengan kakak you kan. You bagitaulah kakak you tu minta jagakan Aisyah sehingga you siap kerja you tu. Janganlah risau sangat okey.”

Hanis Ariana hanya diam sahaja mendengar kata-kata Laila. Dia sedar yang dia tidak boleh membantah arahan majikannya itu. Dalam keterpaksaan dia membuka semula komputer ribanya yang berada di atas meja.

Laila dan staf yang lain juga sudah pulang. Tinggallah dia keseorangan di ruang pejabat itu menyiapkan kertas kerja yang diperlukan oleh Encik Syahrul Iman.

Sesekali dia memicit bahu dan tengkuknya. Terasa letih pula bila terlalu lama menunduk menghadap komputer. Jam pula sudah pukul 8 malam. Patutlah dia rasa begitu penat sekali. Dia meneliti semula kertas kerja yang dibuat. Sudah siap sepenuhnya. Selepas mengemaskini semuanya, dia terus menghantarnya kepada Encik Syahrul Iman melalui emel. Harapannya semoga kertas kerjanya diterima oleh lelaki itu.

Hanis Ariana menutup komputer ribanya. Setelah siap mengemas mejanya, dia mengatur langkah menuju ke pintu utama. Sebelum keluar, dia perlu memastikan semua bekalan elektrik perlu dimatikan memandangkan dia adalah orang yang terakhir pulang ke rumah.

Semasa Hanis Ariana mahu menekan suis lampu, dia terpandang ke arah bilik Encik Syarul Iman yang masih terang. Keningnya berkerut. Di dalam fikirannya terfikir adakah majikannya itu masih belum pulang. Setahunya hanya tinggal dia sahaja yang belum balik lagi.

Perlahan-perlahan Hanis Ariana mengatur langkah menuju ke bilik Encik Syahrul Iman. Dia ingin pastikan jika masih ada orang atau pun tidak di bilik itu. Dadanya sedikit berdebar. Dengan berhati-hati dia menjengah ke dalam bilik itu.

Terkejut sungguh dia apabila melihat Encik Syahrul Iman masih berada di bilik itu sedang membuat kerja.

“Errr… Encik Syahrul? Encik Syahrul tak balik lagi?.” Teragak-agak Hanis Ariana bertanya. Khuatir jika pertanyaannya itu mengganggu lelaki itu. Maklumlah. Hari ini sahaja sudah berapa kali ‘kena’ dengan majikan barunya itu. Takut juga jika sapaan dia itu akan membuatkan lelaki itu marah.

Syahrul Iman yang sedang menaip berhenti seketika dan memandang Hanis Ariana yang berada di muka pintu biliknya.

“Hah you. Dah siap ke paper work yang I suruh buat tu?.” Soalan Hanis Ariana tidak dijawab. Disoal pula wanita itu dengan soalan lain.

“Dah siap, Encik Syahrul. Saya dah hantar dah pun emelnya pada Encik Syahrul. Nanti Encik Syahrul semaklah ye.”

“Owh ye ke? Good! Nanti I cek. Ni you nak balik dah ke?.”

“A’ah Encik Syahrul. Saya nak balik dah ni. Kalau tak ada apa-apa lagi saya beredar dululah ye.”

“Tunggu sekejap. Kita balik sekali. I kemas kejap.” Hanis Ariana hanya menurut sahaja. Dia menunggu Encik Syahrul Iman mengemas mejanya. Agak berselerak meja lelaki itu. Dalam hatinya mahu membantu mengemas biar dapat segera pulang. Jika hanya menunggu di depan pintu sahaja boleh jadi dia akan pulang lewat nanti. Dengan berhati-hati dia bertanya.

“Errr… Encik Syahrul. Biar saya tolong Encik Syahrul kemaskan meja ye?.”

Syahrul Iman memandangnya dan mengangguk tanda setuju dengan permintaan Hanis Ariana itu. Perlahan-lahan Hanis Ariana membantu mengemas meja tersebut. Fail dan kertas-kertas yang berselerak di satukan dengan berhati-hati dan teliti. Risau juga jika tersalah letak pula nanti.

“Okey siap! Jom kita balik.” Syahrul Iman mencapai briefcase miliknya sebelum keluar dari bilik pejabatnya.

Hanis Ariana berjalan beberapa meter dibelakang Syahrul Iman. Selepas memastikan semua bekalan elektrik ditutup dan mengunci pintu utama, barulah mereka bergerak menuju ke parking kereta.

Kereta Syahrul Iman terletak di sebelah kiri manakala kereta Hanis Ariana diparkir di sebelah kanan bangunan tempat kerja mereka. Mereka berjalan menuju ke kereta masing-masing. Suasana parking lot di situ sudah sunyi sepi hanya tinggal kereta mereka berdua sahaja.

Syahrul Iman masuk ke dalam kereta dan memanaskan sebentar enjin keretanya. Dia bersandar sambil mendengar lagu di radio. Dia memejamkan matanya. Terasa amat letih sekali hari ini. Baru hari pertama bekerja di sini sudah bertimbun kerja yang perlu di buatnya. Dia perlu memantau dan menyemak semula projek-projek yang masuk. Dia akan pastikan semuanya berjalan lancar dan hasilnya terbaik.

Setelah lima minit memanaskan enjin kereta, Syahrul Iman memandu perlahan menuju ke pintu keluar. Dia membelokkan keretanya melintasi kereta Hanis Ariana yang masih terletak di lot parkir. Tiba-tiba matanya terpandang seorang lelaki yang tidak dikenali  bersama Hanis Ariana. Keningnya berkerut.

‘Eh kenapa pulak tu?.’ Syahrul Iman terus memberhentikan keretanya di hadapan Hanis Ariana dan lelaki asing itu.

“Wo wo woo! Apahal ni bro? Jangan berkasar dengan perempuan. Lepaskan tangan dia, bro.” Syahrul Iman menghampiri mereka berdua dan cuba menenangkan lelaki yang sedang menarik tangan Hanis Ariana.

“Kau siapa?! Jangan masuk campur hal rumah tangga aku lah!.” Tengking Hakim Hizwan kepada Syahrul Iman. Tangannya masih mencengkam pergelangan Hanis Ariana.

“Sayang. Jom kita balik rumah kita. Please, Sayang. I tak boleh hidup tanpa you. Tanpa Aisyah. I rindukan family kita yang dulu. Jom Sayang.” Laju saja tangan Hakim Hizwan menarik tangan Hanis Ariana.

“Sakitlah. Lepaskan tangan I, Hizwan. Kita dah tak ada apa-apa hubungan. You dah lupa ke?.” Hanis Ariana cuba menarik tangannya daripada cengkaman tangan Hakim Hizwan tetapi tangan lelaki itu lebih kuat mencengkam hingga sukar untuk dia melepaskan tangannya.

“Hey cukup, bro. Lepaskan tangan dia. Kalau ye pun hal rumah tangga bukan macam ni cara selesaikannya. Kau dah kasari dia tu!.”

“Ahhh!! Kau tak payah sibuklah!!.” Kali ini Hakim Hizwan menarik tangan Hanis Ariana dengan amat kasar sekali. Hanis Ariana sudah mengaduh sakit. Matanya juga sudah basah dek air mata. Syahrul Iman yang melihat tanpa banyak bicara terus menumbuk muka Hakim Hizwan dengan kuat.

Hakim Hizwan terjatuh. Dan dengan spontan Syahrul Iman menarik Hanis Ariana masuk ke dalam keretanya lalu memandu laju meninggalkan Hakim Hizwan yang terbaring menahan sakit.

Di dalam kereta, Hanis Ariana sudah menangis sambil menggosok pergelangan tangannya. Syahrul Iman yang sedang memandu mengerling ke arah tangan Hanis Ariana di sebelah. Merah kebiruan pergelangan tangan wanita itu. Tentu sakit. Hatinya memberontak ingin tahu siapakah lelaki yang mengganggunya tadi.

“Siapa lelaki tadi?.” Dengan nada serius Syahrul Iman bertanya.

Hanis Ariana tersentak.

“Bekas suami saya.” Perlahan saja dia menjawab.

“Tak patut dia buat you macam tu. I pantang kalau lelaki berkasar dengan perempuan. Dayus!. Nasib baik I ada tadi. Kalau I tak ada tadi entah apa yang dia akan buat pada you.”

Hanis Ariana sudah teresak dalam tangisannya. Dia menunduk. Sesungguhnya dia bersyukur kerana Encik Syahrul Iman ada menolongnya tadi. Tidak dapat dibayangkan jika Hakim Hizwan mengapa-apakannya.

“Terima kasih, Encik Syahrul. Terima kasih kerana tolong saya.”

“I akan tolong sesiapa saja yang memerlukan. Syukurlah you tak apa-apa. Now kita pergi klinik. Tangan you tu sampai merah macam tu sekali. Tentu sakit.”

“Tak payahlah, Encik Syahrul. Sekarang ni saya cuma nak balik aje. Lepas sapu minyak nanti baiklah ni. Tolong hantar saya ke kereta saya.”

“You nak balik semula ke office? Are you sure your ex-husband dah tak ada kat situ lagi?.” Berkerut keningnya apabila mendengar permintaan Hanis Ariana itu.

Hanis Ariana terdiam. Betul juga kata Encik Syahrul Iman itu. Kalau dia balik semula ke keretanya boleh jadi Hakim Hizwan masih menunggunya di situ. Macam-macam perkara tak diingini boleh berlaku nanti.

“Sekarang kita ke klinik dulu then I akan hantar you balik. Okey.”

Akhirnya Hanis Ariana akur dengan arahan dari Syahrul Iman itu. Jika dia menolak tentu lagi panjang ceritanya. Dia juga tidak mahu berbalah dengan lelaki itu. Selebihnya dia menghormati lelaki itu sebagai majikannya.

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience