BAB 11

Romance Series 26489

BAB 11

     “Assalamualaikum! Assalamualaikum!.” Laung Syahrul Iman dari luar pagar rumah Hanis Ariana.

     Aisyah yang mendengar orang memberi salam telah mengintai dari balik langsir pintu sliding. Apabila ternampak kelibat Syahrul Iman, terus dia membuka pintu dan mendapatkan lelaki itu.

     “Assalamualaikum, Aisyah. Aisyah tak sekolah ke, hari ni?.”

     “Tak Uncle. Mama demam.”

     “Bukakan Uncle pintu ni, Sayang.”

     Aisyah berlari ke dalam dan mengambil kunci pagar dan membukanya lalu Syahrul Iman masuk ke dalam rumah bersama Aisyah.

     “Mama ada dalam bilik. Uncle pergilah tengok mama.” Syahrul Iman mengangguk dan berlalu menuju ke bilik Hanis Ariana.

     Perlahan - lahan dia membuka pintu bilik itu. Kemudian dia berjalan menghampiri Hanis Ariana yang sedang tidur di atas katil. Wanita itu berselimut hingga ke paras dada. Syahrul Iman menyentuh dahi dan leher Hanis Ariana. Panas! Dahinya berkerut.

     Hanis Ariana yang merasakan ada seseorang duduk di birai katil terus bersuara tanpa membuka matanya.

     “Sayang. Sayang lapar ye? Kejap lagi mama bangun masak ye. Mama tak larat sangat ni.” Kata Hanis Ariana sambil memegang tangan yang mengusap pipinya. Dia menyangka Aisyah yang datang kepadanya.

     Hanis Ariana yang tidak mendengar kata balas daripada anaknya itu lantas membuka matanya perlahan. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati orang yang duduk di birai katil itu adalah Syahrul Iman. Cepat - cepat dia menepis tangan lelaki itu yang berada di pipinya. Selimut yang membaluti tubuhnya di tarik sehingga menutupi kepala kerana dia sedar dia tidak bertudung ketika itu. Dia hanya mengeluarkan mukanya sahaja di sebalik selimut.

     “Encik Syahrul. Apa Encik Syahrul buat kat sini, ni? Encik Syahrul tak kerja ke apa ni?!.”  Tanya Hanis Ariana dengan nada marah.

     Kerana hal semalamlah dia boleh jatuh sakit hari ni. Semuanya disebabkan lelaki yang bernama Syahrul Iman ini. Hari ni boleh pulak dia berani datang ke rumahnya. Apa tujuan pun tak tahulah. Terasa sakit pulak hatinya.

     “I dah pergi office tadi. Tapi Laila bagitahu yang you MC. Sebab tu I datang.” Hanis Ariana mencebik bibir. Menyampah pula dia dengar. Pura - pura baik! Bentaknya di dalam hati.

     “Encik Syahrul baliklah. Tak manis kalau orang nampak Encik Syahrul kat sini.”

     “Kita kan suami isteri. You dah lupa ke?.”

     “Saya tak pernah lupa. Disebabkan title tulah saya jadi macam ni. Lagipun saya tak pernah rasa pun saya dah jadi isteri Encik Syahrul. Lebih baik Encik Syahrul balik. Saya tak suka tengok muka Encik Syahrul kat sini.”

     Syahrul Iman tidak membalas. Dia bangun dan keluar dari bilik itu. Dia tahu wanita itu masih marahkannya kerana kelancangan mulutnya. Daripada mama dan papanya tidak tahu apa yang berlaku di Kuantan dulu, jadi ketahuan kerana mulutnya sendiri. Dia mendapatkan Aisyah yang sedang menonton televisyen sambil makan biskut.

     “Aisyah belum sarapan lagi, ye?” Aisyah menggeleng.

     “Okeh. Kalau macam tu, apa kata Uncle masakkan Aisyah breakfast special. Nak tak?.” Aisyah sudah melompat kegirangan. Sudah tentulah dia mahu kerana dia sangat lapar ketika itu. Tidak sampai hati pula mahu memaksa mamanya memasak.

     Hanis Ariana bangun dari pembaringannya dan pergi membersihkan diri. Dia perlu kuat melawan demamnya itu kerana dia masih ada Aisyah yang perlu di jaga dan diberi makan.

     Setengah jam kemudian, Hanis Ariana keluar dari biliknya. Dia tahu yang Syahrul Iman masih belum pulang lagi kerana dia ada terbau masakan daripada dapur. Jadi dia keluar bilik siap dengan memakai tudung.

     “Kenapa tak balik lagi?.”

     “I ada masakkan you bubur ni. Jom makan.” Hanis Ariana mencebik bibir.

     Huh. Menyampahnya!

     “Mama. Mama. Jomlah makan. Uncle masak sedappp!!” Puji Aisyah yang sedang menyuap spaghetti terakhirnya ke dalam mulut. Hanis Ariana bermanis wajah memandang anaknya.

     “Ye ke sedap. Aisyah kalau dah siap makan, letak pinggan dalam sink. Basuh tangan, basuh mulut then lap okeh.”

     “Okeh mama.” Aisyah berlalu ke dapur dengan membawa pinggannya. Kemudian dia datang semula untuk meminum air.

     “Aisyah pergilah tengok kartun kat tv tu, okeh.” Aisyah berlari menuju ke ruang tamu.

     “You makanlah. Kalau sejuk tak sedap nanti.” Suruh Syahrul Iman.

     Hanis Ariana tidak menjamah pun bubur yang di masak oleh Syahrul Iman itu. Dia hanya memandangnya sahaja.

     “Ceraikan saya.”

     Syahrul Iman tersentak. Tidak sangka perkataan cerai yang akan terpacul dari mulut Hanis Ariana.

     “No.” Jawabnya tenang.

     “But why? Untuk apa teruskan semua ni, Encik Syahrul? Saya tak cintakan Encik Syahrul. Dan Encik Syahrul pun tak cintakan saya. Saya tak nampak hala tuju hubungan palsu kita ni.”

     “You makanlah dulu. You tak sihat tu. I tahu you marahkan I. Apa yang you cakapkan tadi you fikirkanlah dalam - dalam.”

     “Saya dah fikirkan dah masak - masak. Saya nak bercerai. Saya tak boleh nak hidup dengan Encik Syahrul. Lagipun saya dah ada anak. Saya tak nak anak saya alami masalah di kemudian hari di sebabkan mak bapak dia yang bercerai berai ni. Encik Syahrul faham, kan maksud saya ni. So, buat apa kita nak teruskan.”

     “Sekurang - kurangnya kita cuba dulu.”

     Meletus tawa Hanis Ariana. Terdengar lucu di pendengarannya.

     “Encik Syahrul buat demam saya makin melaratlah. Kelakar! Nak cuba apa?! Encik Syahrul ingat perkahwinan ni satu percaturan ke? Saya tak nak tanggung risiko menjadi isteri Encik Syahrullah.”

     “I takkan ceraikan you sebelum kita mencuba. Ya. Memang I tak cintakan you sekarang ni. Tapi I sanggup mencuba. Sebab I tak nak lukakan hati mama dengan papa lagi.”

     “Itu masalah Encik Syahrul dengan dia orang. Saya tak ada kena mengena!.”

     “I tak sangka you begini orangnya. Mama selalu puji you kata you seorang yang baik. Tapi I tak tahu pulak yang you ni pentingkan diri sendiri.”

     “Saya akan pentingkan diri saya sendiri jika ia melibatkan masa depan saya dan Aisyah. Saya tak cintakan Encik Syahrul. Dan saya tak boleh cintakan Encik Syahrul.”

     “You pasti ke, kita tak ada masa depan? Sedangkan you bercinta bagai nak rak dengan ex-husband you pun boleh bercerai. So, tak salah kalau kita mencuba.”

     Hanis Ariana menahan geram. Mengapa dia libatkan Hakim Hizwan? Sengaja mahu sakitkan hatinya.

     “Encik Syahrul akan menyesal!.”

     “Dan you pun akan menyesal sebab buat keputusan terburu - buru ni. Kalau memang andai kata kita tak boleh nak teruskan selepas mencuba, I akan lepaskan you.”

     “Okeh. Fine! Kalau itu yang Encik Syahrul nak. Saya akan ikut. KITA CUBA! Tapi saya ada syarat!.”

     “Syarat apa?.”

     “Yang pertama, Encik Syahrul mesti rahsiakan status kita ni daripada staff kat office. Kedua, Encik Syahrul jangan suka - suka buat rumah saya ni macam rumah Encik Syahrul. Nak masuk nak keluar sesuka hati. Saya tak suka. Dan yang ketiga, Encik Syahrul tak boleh masuk campur urusan saya. Dan saya juga takkan masuk campur urusan Encik Syahrul. Okeh. Setuju?.”

     “Kalau you ada syarat, I pun ada syarat.”

     “Apa syaratnya?.”

     “Setiap hari I akan jemput you ke office. Aisyah, I akan hantar ke tadika. Balik pun I akan hantar you all ke rumah. Every weekend, you mesti kena luangkan masa dengan I. Itu syarat I dan you perlu ikut.”

     “Wow! Means everyday kita akan jumpalah?.” Syahrul Iman mengangguk. Hanis Ariana tidak puas hati.

     Hanis Ariana mengetap gigi. Sungguh dia sangat tidak berpuas hati dengan syarat Syahrul Iman itu. Di dalam hatinya membuak - buak rasa marah namun di tahannya kerana tidak mahu Aisyah melihat dan merasa takut. Akhirnya dia terpaksa setuju juga dengan syarat yang diberikan.

     Dia sudah tidak kuasa bertikam lidah lagi dengan Syahrul Iman. Lebih baik dia diam dahulu. Tunggulah nanti. Pasti lelaki itu akan lepaskannya juga bila sudah tidak tahan dengan perangainya. Dia akan buat Syahrul Iman bencikannya!

     Bagi Syahrul Iman pula, dia sendiri tidak menduga akan memberikan syarat sebegitu kepada Hanis Ariana. Semua yang di sebut adalah spontan belaka. Di dalam hatinya, jujur dia katakan dia tidak mahu meneruskan perkahwinannya dengan Hanis Ariana. Namun dia terpaksa teruskan juga kerana tidak mahu lukakan hati mama dan papanya lagi. Cukuplah malu yang mereka dapat. Dia tidak mahu mereka terluka lagi.

     Seperti yang dijanjikan, keesokan harinya, Syahrul Iman sudah menunggu Hanis Ariana dan Aisyah di luar rumah seawal jam 7 pagi. Demam Hanis Ariana masih belum pulih sepenuhnya. Namun tidaklah seteruk semalam. Dia pergi juga ke pejabat kerana masih banyak lagi kerja yang tertangguh dan memerlukan dia menyiapkannya dengan kadar segera.

     “Sayang! Mana you pergi malam tadi I tunggu you kat apartment I you tak datang pun. Penat I tunggu tau.” Rajuk Melisa.

     Pagi - pagi lagi wanita itu sudah menunggu Syahrul Iman di pejabatnya.

     “I ada kerjalah. Lepas ni you tak payahlah tunggu I lagi.”

     “Why? You dah tak nak dengan I lagi ke? Body I dah tak best ea?.”

     “No-lah. I nak stop buat benda ni semua. I dah tak nak buat lagi dah.”

     Melisa ketawa lepas. Geli hatinya mendengar kenyataan dari Syahrul Iman itu. Mimpi apakah dia?.

     “Are you kidding me? Sejak bila you dah tak berminat nak ‘main’ dengan I ni? Bukan ke kita enjoy each other?.”

     “I tak bergurau. I memang nak stop. Dan I tak nak lagi buat benda - benda macam tu.”

     “Sejak bila?.”

     “Sejak I fikirkan masa depan I.”

     “So, you nak kata, you dah bertaubatlah ni? Kalau macam tu, kita kahwin. Kalau kita kahwin, kita takkan buat maksiat dah. Hari - hari pun kita boleh ‘main’.”

     “But I can't married you. Mama dan papa I dah tahu dah semuanya. They want I married with their choice. I’m so sorry, Mel.”

     “Dahtu you nak kita putus ke macam mana ni? I tak nak putus dengan you.”

     “I hope you understand me. I really sorry, Melisa.”

     “But you still love me, right? I still love you, Sayang. Why you don't tell them about our relationship? Kita kahwin. I dah ready untuk berjumpa dengan parents you. And I promise I akan jadi isteri yang baik untuk you.”

     “No. You bukan pilihan mereka. I tak nak you kecewa bila my parents reject you. So, untuk kebaikan, better kita jangan ada apa - apa hubungan lagi.”

     “You tak boleh buat I macam ni, Sayang. Macam - macam dah kita buat bersama. Luar dalam you semua I dah tahu. How your future wife? Boleh terima ke diri you yang dah pernah terlanjur dengan I ni? Dia tak kisah?.”

     “I percaya dengan jodoh yang my parents pilih. I percaya dia boleh terima I seadanya.”

     “Tapi kita still boleh berkawan, kan?.” Tanya Melisa. Nada suaranya kedengaran sebak.

     Syahrul Iman tidak menjawab. Melisa diam. Seakan tidak percaya dengan apa yang di dengarnya. Usia 3 tahun adalah satu tempoh yang agak lama. Mana mungkin dia semudah itu akan melupakannya seperti tiada apa - apa yang berlaku. Dia takkan sia - siakan usia 3 tahun percintaan mereka itu setelah semuanya dia gadaikan. Mengapa begitu mudah Syahrul Iman melafazkannya? Apa dia ingat dirinya tiada perasaan?. Dia takkan benarkan lelaki itu berkahwin dengan perempuan lain!.

     Sebulan berlalu. Hubungan Hanis Ariana dan Syahrul Iman seperti biasa dilalui mengikut syarat yang ditetapkan. Melisa pula masih tidak berputus asa meraih simpati kasih Syahrul Iman. Memang benar apa yang diucapkan Syahrul Iman dahulu yang dia tidak akan melakukan hubungan seks bersamanya, benar - benar ditunaikannya.

     Melisa agak ketagihan kerana sudah lebih sebulan tidak menjalin hubungan batin bersama Syahrul Iman. Walaupun sebelum berjumpa Syahrul Iman dulu, dia terlebih dahulu telah berasmara dengan Rizal, kawan baik Syahrul Iman. Namun hatinya lebih terpaut kepada Syahrul Iman yang berpewatakan romantis dan lebih ‘gentleman’. Selain daripada sifatnya yang sangat mengambil berat akan dirinya.

     Tetapi tidak di sangkanya lelaki itu tiba - tiba sahaja berubah dan mahu putus dengannya. Melisa tidak akan mengalah. Dia mahu mencari tahu siapakah wanita yang telah menjadi pilihan keluarga Syahrul Iman itu.

     “Eh, Hanis. Family Day nanti you pergi tak? Jomlah pergi. Best tau. Tahun lepas buat kat hotel sini aje. Buat makan - makan Annual Dinner je. Tahun ni buat kat Pantai Morib tau. Eee... Best-nya! Tak sangka pulak bos kita tu sporting jugak, kan. Ingatkan fikir pasal kerja aje. Nak menyinga aje sepanjang masa.” Tanya Laila selepas habis mensyuarat.

     “Okeylah tu. Dia tak nak staff dia stress buat kerja memanjang. Tu yang dia buat Family Day kat Pantai Morib tu. Pakej sekali bercuti. I tak tahulah nak pergi ke tak.”

     “Alah. Jomlah. You bawaklah Aisyah sekali. Bukan selalu pun, kan. Lagipun 3 hari 2 malam je pun. Pergi ea, Hanis.”

     “Hmm... Nantilah I fikirkan.”

     Family Day yang di tunggu sudah pun tiba harinya. Hanis Ariana akhirnya bersetuju juga untuk pergi. Aisyah tidak dibawa sekali kerana anak - anak kakaknya, Aida mahu bermain dengan Aisyah kerana sudah lama tidak berjumpa.

     Seramai 30 orang yang telah menyertai Family Day tersebut selama 3 hari 2 malam. Mereka telah menginap di Hotel Villea Morib, Selangor. Hanis Ariana ke sana dengan menaiki kereta Laila pada petang Jumaat itu.

     Hari Jumaat itu semua staff hanya bekerja sehingga jam 1 petang sahaja. Masing - masing sudah tidak sabar mahu ke Pantai Morib berhari keluarga bersama - sama. Pada jam 3 petang Laila dan Hanis Ariana bertolak ke sana dan tiba di Hotel Villea pada jam 5 petang.

     Hanis Ariana menginap sendiri dalam satu bilik bersebelahan dengan bilik Laila.  Kawasan bilik yang mereka inap seperti di resort yang mempunyai beberapa buah bilik di kawasan luar dan bukanlah di dalam sebuah bangunan hotel. Selepas selesai pendaftaran, mereka ke restoran untuk minum petang pula.

     Syahrul Iman dan ibu bapanya sampai agak lewat sekitar jam 7 malam. Datin Aliyah dan Dato Redhuan di tempatkan dalam satu bilik. Manakala Syahrul Iman tinggal sendirian di dalam satu bilik.

     Malamnya, mereka mengadakan BBQ di kawasan pantai bersama unggun api. Syukurlah cuaca baik pada malam itu. Jadi mereka dapatlah berbabeque di situ. Selesai makan lebih kurang jam 11 malam. Hanis Ariana tidak terus pulang ke biliknya. Dia jalan bersendirian di gigi air pantai jauh dari semua rakan sekerjanya.

     Dari kejauhan, Syahrul Iman melihat Hanis Ariana berdiri bersendirian menghadap lautan. Dia melihat sekeliling terlebih dahulu sebelum melangkah kaki menuju ke wanita itu.

     “Buat apa kat sini sorang - sorang? Dekat pukul 12 dah ni kan?.”

     Hanis Ariana memegang dadanya tanda terkejut dengan kehadiran Syahrul Iman di sebelahnya. Sudahlah tidak memberi salam. Manalah dia tidak terperanjat.

     “Lain kali bagi salam dulu Encik Syahrul. Terkejut saya tahu tak.” Marah Hanis Ariana.

     “Yang you ni kenapa tak masuk bilik lagi? Lewat dah ni kan?.”

     “Yang Encik Syahrul pulak, buat apa kat sini?.” Soal Hanis Ariana semula.

     “Saja. Nak amik angin.”

     “Encik Syahrul boleh kan amik angin kat tempat lain? Kenapa mesti kat sini jugak? Orang lain nampak nanti kita berdua kat sini. Yang kena nanti, saya. Bukan Encik Syahrul.”

     Syahrul Iman berkerut dahi tanda tidak mengerti.

     “Jangan nak buat muka macam tulah Encik Syahrul. Jangan buat - buat tak faham pulak.”

     “I memang tak faham pun maksud you apa.”

     Hanis Ariana menghembus nafas kasar sebelum menjawab.

     “Haish Encik Syahrul ni. Maksud saya, kalau orang lain nampak kita berdua macam ni, nanti orang cop saya ni janda tak tahu malu. Janda nak try bos. Janda tak ada maruah. Mana saya nak letak muka saya ni?.”

     “Hakikatnya you isteri I yang sah. Pedulilah apa orang nak kata.”

     “Mudah betul Encik Syahrul ni jawab. Dahlah. Malas saya nak layan Encik Syahrul ni. Hilang dah mood saya nak tenangkan fikiran kat sini. Balik bilik, tidur lagi bagus.” Hanis Ariana melangkah pergi meninggalkan Syahrul Iman sendiri. Malas sungguh dia nak mengadap mulut - mulut orang sekeliling. Daripada orang tak tahu status mereka, boleh jadi tahu nanti jika terlihat mereka berduaan di tepi pantai itu.

     Hanis Ariana sudah bersiap - siap mahu tidur ketika ada seseorang mengetuk pintu biliknya. Dia sangkakan Laila yang datang. Rupanya Syahrul Iman yang berada di luar biliknya. Berani sungguh dia datang ke biliknya tengah malam begini.

     “Ada apa En...” Hanis Ariana tidak sempat menghabiskan ayatnya bila mana Syahrul Iman terus meluru masuk ke dalam biliknya dan menutup pintu. Hanis Ariana mengetap bibir menahan geram dengan tindakan Syahrul Iman itu.

     “Encik Syahrul dah melampau ni. Sampai ke bilik saya Encik Syahrul masuk. Tak rasa malu ke, takut ke, risau ke, apa ke... Main terjah bilik saya ni dah kenapa?.” Soal Hanis Ariana dengan nada marah. Namun dia hanya bercakap perlahan sahaja kerana ditakuti di dengari oleh Laila di bilik sebelah.

     “Malam ni I nak tidur sini.” Terbeliak biji mata Hanis Ariana apabila mendengarnya. Gila apa lelaki ni? Jangan nak buat hal!.

     “Gila ke apa Encik Syahrul ni? Jangan nak buat hal ea. Lebih baik Encik Syahrul keluar sekarang.”

     “Please. I tak nak balik bilik I sekarang.”

     “Why?!.”

     “Melisa. Dia datang sini. Ada kat depan bilik I tu. I malas nak layan dia. Entah siapalah yang ajak dia ke sini. I tak invite dia pun. Huh!.”

     Hanis Ariana mencebik. Menyampah pula dia dengar. Bukan ke Melisa itu teman wanitanya? Teman segala - galanya. Kenapa mesti nak larikan diri?.

     “Bukan ke Cik Melisa tu girlfriend Encik Syahrul? Dah kenapa malas nak layan dia? Dahlah Encik Syahrul pergilah keluar. Lagi nyaya kalau orang nampak kita berdua macam ni.”

     “Habis tu tak nyaya ke kalau orang nampak Melisa tu dalam bilik I?.”

     “Sekurang - kurangnya orang dah tahu yang Cik Melisa tu girlfriend Encik Syahrul. Tak adalah orang nak kata apa. Paling tidak pun orang cuma pandang serong sikit aje pada Encik Syahrul. Lagipun Encik Syahrul dah biasa kan? Buat apa nak takut.”

     “Tapi I malas nak ‘layan’ dia. I dah tak nak buat dah semua tu.”

     Tiba - tiba Hanis Ariana tergelak. Geli hati pula dia mendengar apa yang Syahrul Iman katakan.

     “Kesianlah dia Encik Syahrul. Mesti dah rindu separuh nyawa dengan ‘layanan’ Encik Syahrul tu.” Hanis Ariana memerli Syahrul Iman sambil tertawa sinis.

     “I tak nak you cakap I macam tu lagi. I nekad memang I nak berubah. I tahu I jahil banyak buat dosa. Tapi I betul - betul nak tinggalkan perbuatan terkutuk tu semua. Tapi kalau you rasa I ni memang seorang lelaki yang tak boleh nak berubah ke arah kebaikan, fine. I boleh tidur dengan dia malam ni. Biar semua orang tahu dan biar papa dan mama pun dapat malu sama.”

     Hanis Ariana terdiam. Nampak di wajah Syahrul Iman berubah marah tatkala mendengar kata - katanya tadi. Lelaki itu berjalan menuju ke pintu dan mahu keluar dari bilik.

     “Jangan pergi. Saya minta maaf.” Syahrul Iman tidak jadi keluar apabila merasakan tangan Hanis Ariana menahannya daripada keluar.

     “Okeh. Saya janji saya tak perli Encik Syahrul macam tu lagi. Sekarang ni, terserah Encik Syahrullah nak tidur kat mana. Asal Datin dengan Dato tak dapat malu.”

     “Now... I nak mandi dulu. You ada tak t-shirt ke yang boleh I pakai?.” Hanis Ariana melihat pakaian yang dibawanya. Nasiblah dia ada membawa sehelai t-shirt lengan pendek yang agak besar saiznya. Bolehlah diberi lelaki itu pakai.

     “Nah. Saya cuma ada t-shirt ni aje. Rasanya Encik Syahrul muat ni. Pakai sekali dengan kain batik ni.” Syahrul Iman mengambilnya dari tangan Hanis Ariana lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan badan.

     Beberapa minit kemudian, Syahrul Iman pun keluar dari bilik air dengan memakai t-shirt dan kain batik Hanis Ariana. Dia mengelap rambutnya yang basah dengan menggunakan tuala. Hanis Ariana yang melihat menahan tawanya. Namun hanya seketika sahaja apabila akhirnya tawa yang ditahan terlepas juga.

     Syahrul Iman memandang Hanis Ariana dengan kehairanan.

     “Kenapa?.” Tanya Syahrul Iman.

     “Encik Syahrul ni kelakarlah.” Jawab Hanis Ariana dengan tawa yang masih bersisa.

     “Apa yang kelakarnya?.” Soal Syahrul Iman kehairanan.

     “Pakai kain bukan macam nilah Encik Syahrul.” Hanis Ariana mendekati Syahrul Iman dan membetulkan kain yang dipakainya.

     Kelakar sungguh dia melihat cara lelaki itu memakai kain. Mesti tidak pernah memakai kain pelikat. Tebak hatinya.

     “Pakai kain macam ni Encik Syahrul. Walaupun ni kain batik, tapi Encik Syahrul pakailah macam pakai kain pelikat. Ni style macam ni, ikat tengah macam ni dah macam rupa apa dah.” Hanis Ariana memperkemaskan lagi ikatan kain yang dipakai Syahrul Iman.

     Syahrul Iman hanya memerhatikan sahaja tingkah laku Hanis Ariana itu yang membetulkan cara pemakaian kainnya itu. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman.

     “Macam tu baru betul.”

     “Owh. Salah ea I pakai tadi. I manalah pernah pakai kain pelikat. I tak tahu pun nak pakai macam mana.”

     “Macam tu hah pakainya. Nanti bolehlah pakai lagi.”

     Syahrul Iman menyidai tuala yang dipakai dan bajunya di ampaian yang di sediakan.

     “Sekarang ni, saya dah mengantuk dan nak tidur. Encik Syahrul nak tidur kat mana, pandai - pandailah ye. Saya tidur dulu. Good night. Assalamualaikum.”

     Tanpa menunggu lama lagi, Hanis Ariana terus terlelap di atas katil queen itu. Mengantuk sungguh matanya. Dia sudah tidak peduli walau di mana pun Syahrul Iman mahu tidur. Asal lelaki itu tidak ‘mengganggunya’, itu sudah cukup.

     Syahrul Iman tersenyum melihat Hanis Ariana yang sudah tertidur. Mudah sungguh matanya lelap. Keletihan mungkin.

     Dia mengamati wajah manis Hanis Ariana. Walaupun malam itu wanita itu terpaksa bertudung ketika tidur, dia tidak merungut pun asalkan dirinya dapat tidur dengan aman. Syahrul Iman mengambil tempat di sebelah Hanis Ariana dan berbaring di situ. Dia mengiring dan menongkat kepalanya dengan tangan sambil memandang belakang badan wanita yang sedang tidur dengan lenanya itu. Wanita itulah yang tanpa dia sangka telahpun menjadi isterinya yang sah.

     “I tak sangka you yang akan menjadi isteri I. I tak tahu berapa lama kita akan bertahan. Tapi I takkan sia - siakan you.” Syahrul Iman berkata perlahan. Lalu tangannya mahu mengusap pipi isterinya itu tetapi tidak jadi kerana dia tidak mahu wanita itu tersedar dari tidur. Selebihnya dia tidak mahu wanita itu menganggap dirinya cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya seperti malam kejadian di Kuantan dahulu.

     Tepat pukul 5.30 minit pagi, jam di telefon bimbit Hanis Ariana berbunyi. Hanis Ariana tersedar dan mematikan jam loceng yang sedang rancak mengejutkan pemiliknya agar bangun.

     Hanis Ariana menggosok mata dan menguap. Dia mengeliat ke kiri dan kanan sambil meregangkan badannya. Ketika dia berpaling ke sebelah kirinya, dia membuka mata dan melihat Syahrul Iman masih lagi dibuai mimpi.

     “Macam manalah aku boleh jadi isteri kau, kan. Nak undur masa pun dah tak boleh. Apalah nasib aku nanti. Hmm...” Hanis Ariana berkata - kata di dalam hati.

     Hanis Ariana bangun dari baringnya dan bergegas mandi dan bersiap sebelum Syahrul Iman bangun dari tidur. Kalau boleh dia tidak mahu terserempak dengan lelaki itu ketika dia sedang bersiap.

     Usai solat Fardhu Subuh, Hanis Ariana melihat Syahrul Iman masih lagi diulit mimpi. Dia menarik nafasnya perlahan dan dihembus tenang. Dia bangun dan menghampiri Syahrul Iman. Perlahan - lahan dia menggerakkan badan lelaki itu.

     “Encik Syahrul. Bangun. Subuh dah ni.” Syahrul Iman tersedar. Dia membuka kecil matanya melihat figura wanita bertelekung yang sedang duduk di birai katil.

     “Pukul berapa dah ni?.”

     “Dah pukul 6 suku dah, Encik Syahrul. Bangunlah. Dah Subuh. Kalau Encik Syahrul nak solat dulu kat sini, baik solat cepat. Nanti hari dah cerah susah pulak Encik Syahrul nak balik bilik Encik Syahrul.”

     “Hmm... I solat kat bilik I lah. Nanti kita jumpa masa breakfast, okeh.”

     “Tak payahlah Encik Syahrul. Kita breakfast sendiri - sendiri, okeh.”

     “Janganlah macam tu. Nanti mama dengan papa cakap apa pulak. Lagipun dia orang dah lama tak jumpa you.”

     “Apa kata orang nanti? Saya tak selesalah. Ermm... Encik Syahrul tak bagitahu Datin, Dato ke pasal status kita ni perlu di rahsiakan?.” Syahrul Iman menggeleng kepala.

     “Kenapa tak bagitahu. Kalau tak, tak jadi macam ni.”

     “I lupa nak bagitahu. Nanti I bagitahu dia orang ea. Masa breakfast nanti. Tapi you sarapanlah sama. Please?.” Syahrul Iman merayu.

     “Hmm... Okeylah. Pukul berapa dah ni. Baliklah bilik Encik Syahrul cepat. Kang Laila dengan orang lain nampak pulak Encik Syahrul keluar dari bilik saya ni. Dah pergi cepat.”

     Syahrul Iman bergegas bangun dan keluar dari bilik Hanis Ariana dengan hati - hati. Dia memandang sekeliling dahulu takut - takut ada sesiapa di kawasan itu. Setelah memastikan semuanya selamat, barulah dia berjalan menuju ke biliknya.

     Jam menunjukkan pukul 7.30 minit pagi. Hanis Ariana sudah pun keluar dari bilik dan berjalan ke kafe hotel. Dia menyapa Datin Aliyah dan Dato Redhuan yang sedang duduk di sofa yang di sediakan di hadapan kafe tersebut.

     “Assalamualaikum mama, papa. Mama papa sihat?.” Hanis Ariana menghulurkan tangan dan bersalaman dengan Datin Aliyah. Mereka berpelukan seketika.

     “Waalaikumussalam. Alhamdulillah mama dengan papa sihat - sihat aje. Hanis dengan Aisyah macam mana? Sihat?.”

     “Alhamdulillah kami sihat mama.” Jawab Hanis Ariana dengan senyuman.

     “Kenapa dah lama tak datang rumah mama? Rindu betul dengan Aisyah. Ni Aisyah tak ikut sekali ke?.”

     “Tak mama. Anak - anak kakak dah rindu dengan dia nak main sama - sama. Tu yang saya tak bawak ke sini.” Datin Aliyah mengangguk - angguk kepalanya.

     “Hah, Iman. Lambatnya. Mengalahkan orang perempuan bersiap.” Tegur Datin Aliyah tatkala Syahrul Iman menghampiri mereka. Syahrul Iman hanya tersenyum.

     “Dah jom sarapan. Kejap lagi kita ada sukaneka kan. Mesti kena makan dulu.” Mereka berempat mula bergerak menuju ke kafe. Namun terbantut pergerakan mereka apabila Melisa tiba - tiba muncul di depan mereka.

     “You! Mana you pergi malam tadi? Lama I tunggu you tau.” Melisa memeluk Syahrul Iman manja. Tetapi lelaki itu menolaknya perlahan dan menarik Melisa jauh daripada ibu bapanya dan Hanis Ariana.

     “Hmm... Mama, papa. Saya rasa saya breakfast dengan kawan jelah. Tak sedap pulak biar dia makan sorang - sorang. Datang pun tumpang dia kan. Rasa tak best pulak kalau saya tak makan sama dia.” Hanis Ariana meminta izin Datin Aliyah dan Dato Redhuan untuk makan bersama Laila. Lagipun dia meluat melihat adegan manja Melisa itu. Buat dosa matanya saja nanti.

     “Kalau macam tu tak pelah. Hanis pergilah makan dengan kawan tu ye. Tak baik pulak biar dia makan sorang - sorang.”

     “Hmmm... Mama. Papa. Saya nak minta tolong boleh?.”

     “Minta tolong apa tu Hanis?.” Tanya Dato Redhuan.

     “Hahh... Saya nak minta mama dengan papa rahsiakan tentang status saya dengan Encik Syahrul dari pengetahuan staff kat office. Bukan apa. Saya cuma tak nak orang terkejut aje bila tahu saya dengan Encik Syahrul dah berkahwin. Angin tak ada. Ribut tak ada. Tup tup dengar cerita kami dah jadi suami isteri. Rasa tak best-lah. Mama dengan papa faham kan apa yang saya maksudkan ni?.” Hanis Ariana teragak - agak meluahkan apa yang dia rasa.

     “Kami faham apa yang Hanis rasa. Tapi sampai bila nak sorok?.”

     “Saya pun tak tahu sampai bila. Biarlah masa yang tentukan. Terima kasih mama papa sebab faham saya. Saya pergi dulu ye. Assalamualaikum.”

     Hanis Ariana berlalu pergi meninggalkan Datin Aliyah dan Dato Redhuan ketika Syahrul Iman dan Melisa datang menghampiri mereka. Malas mahu menghadap kerenah pasangan yang.... Entahlah. Nak label apa pun tak tahu. Syahrul Iman hanya mampu memandang pemergian Hanis Ariana ke meja Laila. Mahu dihalang namun tidak terkeluar dari mulutnya kerana Melisa ada bersama.

     “Hai Aunty, uncle. I Melisa. Boleh panggil Mel aje. You all apa khabar?.” Tanya Melisa kepada Datin Aliyah dan Dato Redhuan sambil tangannya memeluk erat lengan Syahrul Iman.

     “Jomlah kita masuk dalam. Mama dah lapar ni.” Datin Aliyah tidak menjawab pertanyaan Melisa itu bahkan dia terus menarik tangan anaknya dan di bawa ke dalam restoran. Terkebil - kebil mata Melisa di perlakukan begitu.

     Usai bersarapan, semua staff ke pantai untuk menyertai sukaneka yang akan diadakan sebentar lagi. Hanis Ariana juga turut serta dalam sukaneka tersebut. Syahrul Iman juga tidak terkecuali menyertainya. Manakala Melisa hanya menjadi tukang sorak untuk Syahrul Iman sahaja. Huh... Rata - rata staff yang ada di situ menyampah melihat perangai Melisa yang mengada - ngada itu.

     Mereka di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Kebetulan Hanis Ariana dan Syahrul Iman di letakkan dalam satu kumpulan yang sama.

     Lebih kurang jam 12.30 minit tengah hari, aktiviti sukaneka selesai dijalankan. Masing - masing kepenatan dan pulang berehat di bilik selepas menikmayi makan tengah hari. Malam nanti akan diadakan pula Majlis Makan Malam dan penyampaian hadiah untuk beberapa kategori termasuklah pemenang bagi sukaneka tadi. Di sebelah petangnya, mereka tiada aktiviti khusus dan dibenarkan melakukan aktiviti bebas.

     Hanis Ariana duduk di atas batu di bawah pokok kelapa rendang. Dia mengambil kesempatan di waktu petang itu untuk menenangkan fikirannya daripada segala masalah kehidupan yang telah melanda hidupnya sejak akhir - akhir ini. Melihat lautan yang terbentang luas membuatkan hati dan jiwanya tenang.

     Entah mengapa air matanya tiba - tiba menitis jatuh di pipi. Banyak perkara yang dia tanggung. Hatinya tidak kuat sebenarnya. Tetapi dia perlu bangkit dan menjadi kuat demi membesarkan anaknya, Aisyah. Dengan hal Hakim Hizwan yang selalu mengganggunya, dengan hal di tangkap khalwat lagi... Membuatkan hatinya sedih dengan nasib hidupnya itu.

     “I tak suka tengok you menangis macam ni.” Tiba - tiba Syahrul Iman datang duduk di sebelahnya dan mengelap air mata yang mengalir di pipi. Hanis Ariana tersentak.

     “Encik Syahrul buat apa kat sini?. Tinggalkan saya sorang. Saya nak tenangkan fikiran.”

     “I takkan tinggalkan you sorang - sorang dalam keadaan begini. Buatnya you pergi ke tengah laut tu bunuh diri, tak pasal Aisyah jadi anak yatim tak beribu.”

     “Saya masih waras lagi, Encik Syahrul. Saya takkan buat perkara bodoh macam tu. Encik Syahrul pergilah. Nanti Cik Melisa nampak saya yang susah nanti.”

     “I akan pergi bila you pergi. I nak temankan you. Pasal Melisa tu, tahulah I nak handle dia.”

     “Huh. Encik Syahrul ni. Selalu aje buat hilang mood saya kan. Kalau Encik Syahrul tak nak pergi, biar saya yang pergi.” Hanis Ariana sudah bangun dan mahu pergi. Syahrul Iman cuba menahan namun Hanis Ariana merentap kasar tangannya dan berlalu pergi. Syahrul Iman hanya memerhatikan saja langkah kaki wanita itu meninggalkannya.

     Geram sungguh hatinya pada Syahrul Iman itu. Selalu sangat menyibuk halnya. Sudah lupakah dia syarat yang dia letak dahulu? Jangan masuk campur halnya. Dan dia juga tidak akan masuk campur hal lelaki itu. Tetapi mengapa lelaki itu tidak menunaikannya?! Huh!.

     Jam sudah pun menunjukkan pukul 6.30 minit petang. Hanis Ariana sedang sibuk bersiap dan berhias cantik untuk Majlis Makan Malam ini. Laila datang ke biliknya dan bersiap bersama - sama.

     “Jom. Kita dah lambat ni.” Ajak Laila ketika jam sudah menginjak ke pukul 7.45 minit malam.

     “Jom.” Hanis Ariana berjalan ke pintu setelah meneliti buat kali terakhir pakaian dan tudungnya di hadapan cermin. Dia mengemaskan pakaiannya itu selepas dia siap bersolat Maghrib tadi.

     “Wait. Kejap - kejap.” Tiba - tiba Laila menahan. Wajahnya berkerut. Matanya pegun menatap baju dan seluar yang bersidai di ampaian.

     “Kenapa ni?.” Tanya Hanis Ariana.

     “Itu baju siapa?.”

     Gulp!

     Hanis Ariana menelan liur. Dadanya berdebar tatkala memandang pakaian yang bersidai itu. Baju Syahrul Iman! Ah, sudah! Apa nak jawab ni?.

   . “Oh. Tu... Tu baju customer yang lepas tu tertinggal. Mesti dia orang terlupa nak angkat masa kemas bilik ni. Dahlah. Jomlah gerak sekarang. Majlis dah mula nanti.” Hanis Ariana memberi alasan.

     “Owh. Ye ke? Tapi.... Macam pernah nampaklah baju tu. Macam ada yang pakai semalam. Hmm... Siapa ye yang pakai? Aduh. I tak perasanlah siapa yang pakai semalam.”

     “Dah. Dah. Dah. Better you jangan peningkan kepala you fikir pasal baju tu. Muka you berkerut - kerut macam ni kang nampak tak berseri. Dah jom.” Hanis Ariana menolak belakang Laila perlahan mengajaknya keluar dari bilik.

     Jika dibiarkan lama - lama Laila di dalam bilik itu, habis kantollah nanti wanita itu dapat tahu Syahrul Iman berada di dalam biliknya malam tadi. Sudah tentu di fikirannya akan fikir yang bukan - bukan.

     Ketika mereka menghampiri pintu dewan, seseorang telah menyapa Hanis Ariana. Serentak Hanis Ariana dan Laila menoleh.

     “Hanis. Hai.”

     “Eh. Encik Fazli. Apa Encik Fazli buat kat sini?.” Tanya Hanis Ariana.

     “I attend company you punya Annual Dinner-lah. Dato Redhuan jemput I.”.  

     “Owh. I see.”

     “You look so beautiful tonight. I’m speechless when I see you tadi.” Puji Fazli Shamsudin.

     Hanis Ariana tersenyum nipis. Terasa segan pula di puji sebegitu. Nasiblah Laila sudah pergi ke dalam dewan dahulu tadi selepas di sapa Fazli Shamsudin. Kalau wanita itu dengar, bertambah segan pulak dia. Yelah. Dia hanya wanita biasa sahaja. Seorang wanita yang pernah berkahwin dan pernah menggunakan gelaran janda. Rasanya dia tidak layak dipuji sebegitu oleh seorang lelaki bukan muhrim.

     Dia yang hanya berpenampilan ringkas dengan hanya memakai dress labuh kembang berlabuci sederhana berwarna hitam keemasan, di serikan dengan selendang berwarna hitam yang dililit rapi di atas kepala cukup menyerlahkan kecantikannya pada malam itu.

     “Ehem.” Sedang Hanis Ariana dan Fazli Shamsudin berbual, tiba - tiba mereka di sapa oleh satu suara berdehem dari arah belakang.

     “Hei, Encik Syahrul. How are you?.”

     “I’m good. Thanks for coming. Masuklah. Dato Redhuan tengah tunggu you tu.”

     “Jom Hanis.” Fazli Shamsudin menghulurkan tangannya kepada Hanis Ariana agar jalan bergandingan dengannya masuk ke dalam dewan.

     “Errr... Sorry.” Hanis Ariana menolak lembut.

     Fazli Shamsudin yang faham maksud Hanis Ariana itu terus menurunkan tangannya dan mengajaknya agar sama - sama masuk ke dalam dewan. Baru saja Hanis Ariana mahu mengangkat kaki melangkah mengikuti belakang Fazli Shamsudin, tiba - tiba tangannya ditarik oleh Syahrul Iman.

     “Jalan dengan I.”

     “I don't want! Kejap lagi bila Cik Melisa nampak nanti, saya yang kena. Please Encik Syahrul. Kita dah janji kan? Tak nak hal ni orang tahu. Tolonglah. Tolong jangan dekat dengan saya.” Hanis Ariana merentap tangannya yang di pegang oleh Syahrul Iman.

     “Tapi I tak suka tengok you layan Fazli tu mesra.”

     “Dah tu Encik Syahrul nak saya layan macam mana? Dia kan klien company kita. Saya pun kena jaga nama baik company kan? Kalau saya layan dia teruk, Dato dengan Datin jugak nanti yang dapat malu. Dah. Saya nak masuk dulu. Ramai orang kat sini.”

     Hanis Ariana terus melangkah masuk ke dalam dewan. Dia meninggalkan Syahrul Iman di luar. Tetapi tidak lama selepas itu, lelaki itu masuk ke dalam dewan bersama Melisa.

     Di dalam dewan itu di sediakan beberapa meja bulat besar untuk 6 orang makan bagi setiap meja. Hanis Ariana di tempatkan di satu meja bersama Syahrul Iman, Dato Redhuan, Datin Aliyah, Fazli Shamsudin dan Melisa. Mereka turut menjemput beberapa orang kenamaan dan klien mereka ke Majlis Makan Malam itu.

     Hanis Ariana duduk di antara Syahrul Iman dan Fazli Shamsudin. Sungguh dia tidak selesa ketika itu apabila berada bersebelahan mereka berdua. Ikutkan hati mahu sahaja dia beralih ke meja Laila. Namun apakan dayanya. Dia terpaksa ikut apa yang urusetia aturkan.

     Sejam berlalu. Hanis Ariana meminta diri untuk ke tandas. Selain dari mahu membuang air, dia juga mahu mengambil angin luar seketika. Terasa sesak nafasnya apabila terpaksa menghadap situasi seperti itu.

     “Encik Syahrul lagi. Kat mana - mana ada aje muka Encik Syahrul ni, kan. Tak penat ke asyik ikut saya aje? Saya rimas tahu tak!.” Marah Hanis Ariana apabila melihat Syahrul Iman yang sedang berdiri menunggunya di luar tandas. Geleng kepala dia dibuatnya dengan perangai lelaki itu.

     “I pun nak buang air jugak macam you. Tapi selebihnya I panas duduk dalam tu lama - lama.”

     Hanis Ariana mencebik bibir. Ye ye aje alasan tu.

     “Baik Encik Syahrul masuk sekarang. Jap lagi mesti Cik Melisa cari Encik Syahrul.”

     Syahrul Iman mengeluh. Entahlah. Sejak dia berkahwin dengan Hanis Ariana, dia sudah mula rimas dan jemu dengan perangai Melisa. Bukanlah nak kata dia seorang lelaki yang tidak setia. Tapi sejujurnya bila bersama dengan Melisa, hatinya selalu berasa tidak tenang. Semakin hari semakin dia rasa muak dengan tingkah laku Melisa yang selalu saja mahu mengajaknya melakukan hubungan seks. Sedangkan dia bukanlah seorang lelaki yang hanya mahukan tubuh badan wanita sebagai pelepas nafsunya sahaja. Dia mahukan seseorang yang boleh mencintai dirinya setulus hati dan bukanlah hanya kerana nafsu dan hartanya semata - mata.

     Jika dulu mungkin ya. Dia mendampingi Melisa hanya kerana mahu merasai nikmatnya berhubungan intim. Lebih - lebih lagi wanita itu sangat mencintainya dan sanggup menggadaikan tubuh badan buat dirinya, dia berasa sangat beruntung. Dia memang cintakan Melisa. Tetapi, cintanya kian pudar setelah sudah beberapa kali wanita itu tertangkap keluar ke Kelab Malam bersama lelaki lain.

     Hanis Ariana tidak menunggu lama di situ. Dia terus berlalu meninggalkan Syahrul Iman sendirian di situ untuk memasuki dewan semula.

     Majlis Makan Malam itu berakhir sekitar jam 10.30 minit malam. Masing - masing sibuk berselfi dan mengambil gambar bersama - sama sebagai tanda kenangan. Hanis Ariana juga tidak ketinggalan sama - sama bergembira mengambil gambar bersama kawan - kawan.

     “Dengan I you tak nak ambil gambar ke?.” Tiba - tiba Syahrul Iman berbisik di telinga Hanis Ariana.

     “Tak hingin!.” Jawab Hanis Ariana perlahan namun kedengaran tegas.

     “You! Jom selfi dengan I.” Syahrul Iman membuat muka menyampahnya tatkala kedengaran suara mengada Melisa.

     “You kan dah banyak gambar I. Nak ambik gambar lagi jugak ke ni?.”

     “Eh. Of course-lah. Malam ni kan you nampak lagi handsome, smart... I pun nampak lebih cantik kan. Dah pakai baju cantik - cantik ni takkan tak nak ambik gambar. Jom you.”

     “Malaslah I. I nak layan tetamu kejap. You tu pergilah balik bilik you.”

     “You ni... Nanti datang bilik I tau. Rindu.” Bisik Melisa perlahan dan menggoda.

     Jam sudah pun menunjukkan pukul 11.30 minit malam ketika Hanis Ariana melangkah masuk ke dalam biliknya. Niat hati mahu terus mandi dan bersolat isyak dahulu sebelum tidur. Tetapi hajatnya terbantut apabila kedengaran ketukan pintu dari luar bilik. Hanis Ariana membuka pintu dan melihat siapakah yang datang.

     “Nak apa lagi ni Encik Syahrul?.” Hanis Ariana berkerut dahi. Syahrul Iman pula tanpa berkata sepatah ayat terus saja meloloskan dirinya ke dalam bilik Hanis Ariana.

     “I tidur sini malam ni.”

     “Again?.” Hanis Ariana mengeluh.

     Syahrul Iman mengangguk. Dia tidak peduli jika Hanis Ariana mahu marahkannya sekalipun asalkan dia tidak perlu melayan kerenah Melisa itu. Lagi pula dia memang sudah nekad mahu berubah selepas semua yang telah berlaku. Lebih - lebih lagi setelah dia di ‘basuh’ cukup - cukup oleh mama dan papanya malam itu, hati dan fikirannya sedikit sebanyak terasa juga dengan apa yang dikatakan mereka.

     “Nasiblah 2 malam aje. Kalau seribu malam rasanya lama - lama saya pun boleh gila! Ikut Encik Syahrullah nak tidur kat mana pun. Sekarang ni saya dah letih, badan dah melekit, saya nak mandi nak solat, nak tidur. Okeh. Jangan kacau saya!.” Hanis Ariana membebel lalu masuk ke dalam bilik air.

     Tidak sampai 2 minit Hanis Ariana berada di dalam bilik air, tiba - tiba dia keluar dalam berpakaiannya tadi dan masih belum mandi. Syahrul Iman yang sedang menonton televisyen memandangnya kehairanan.

     “Errr.... Encik Syahrul.” Panggil Hanis Ariana.

     “You kenapa ni?.” Soal Syahrul Iman.

     “Boleh tolong bukakan zip baju saya ni? Ketat. Dan... tak sampai.” Minta Hanis Ariana teragak - agak.

     Sebenarnya dia malu mahu meminta pertolongan daripada Syahrul Iman. Yelah. Tadi sebelum masuk ke dalam bilik air dia puas membebel kerana ketidakpuasan hatinya. Alih - alih dengan tidak tahu malunya dia terpaksa meminta tolong lelaki itu.

     Syahrul Iman bangun dan mendekati Hanis Ariana. Dia menyelak sedikit tuala yang menutupi bahagian atas zip baju wanita itu. Memang agak ketat mahu menarik zip itu turun kerana ia tersangkut dengan cebisan kain baju itu.

     Zrettt.... Zip dibuka hingga ke penghabisan.

     Syahrul Iman memandang belakang tubuh Hanis Ariana yang kelihatan sehingga menampakkan sedikit bahagian seluar dalamnya. Dadanya berdegup laju.

     “Thanks.” Ucap Hanis Ariana dan terus masuk ke dalam bilik air.

     Beberapa minit kemudian, Hanis Ariana keluar dari bilik air dengan berpakaian tidur. Dia membentang sejadah untuk menunaikan solat Fardhu Isyak.

     “You ada baju tak untuk I pakai?.” Syahrul Iman bertanya sebelum Hanis Ariana memulakan solatnya.

     “Tak ada dah Encik Syahrul. Semua baju pun dah pakai.”

     “Hmm... Kalau I tidur pakai boxer aje you tak kisah, kan?.”

     “Up to you. Kalau itu aje pilihan yang ada.”

     Syahrul Iman masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya sementara Hanis Ariana bersolat Isyak.

     Selesai mandi, Syahrul Iman keluar dari bilik air. Dia memakai singlet dan bertuala.

     “Pinjam sekejap kain you tu. I nak solat.”

     Hanis Ariana yang masih bertelekung menanggalkan kain batik yang dipakainya dan diberikan kepada Syahrul Iman.

     Usai Syahrul Iman bersolat, dia memberikan semula kain batik tersebut kepada Hanis Ariana.

     Hanis Ariana sudah pun bersiap sedia mahu tidur. Dia berbaring di tempatnya lalu terus tertidur. Setelah memastikan Hanis Ariana sudah benar - benar tidur barulah dia naik ke atas katil kerana dia tidak mahu wanita itu tidak selesa melihatnya hanya memakai boxer sahaja.

     Tiga pagi Hanis Ariana terjaga. Dia berpusing ke kiri dan kanan kerana kesejukan. Di tambah dengan hujan yang lebat di luar membuatkan dia semakin kesejukan. Dia cuba mencari alat kawalan jauh pendingin hawa namun dia tidak berdaya mahu bangun kerana berasa terlalu sejuk.

     Ketika Hanis Ariana berpaling menghadap Syahrul Iman, tiba - tiba lelaki itu memeluknya. Hanis Ariana terkejut lantas menolak tubuh lelaki itu.

     “I peluk you sebab I nak panaskan badan you.” Syahrul Iman memeluk sekali lagi Hanis Ariana.

     “Tak perlulah nak peluk bagai. Turunkan aje suhu aircond ni.” Marah Hanis Ariana.

     “Kalau you rajin nak pergi ambil remote aircond tu kat meja sana tu, pergilah bangun ambik. I malas.” Syahrul Iman masih memeluk erat Hanis Ariana.

     Hanis Ariana tiada pilihan. Sudahlah tengah kesejukan, tak larat sungguh rasa mahu bangun dalam keadaan gelap untuk mencari remote aircond.

     Dalam tidak sedar, Hanis Ariana berasa amat hangat berada dalam dakapan Syahrul Iman. Matanya juga turut layu di dalam pelukan lelaki itu.

     Lain pula yang berlaku kepada diri Syahrul Iman. Jantungnya rasa bagai mahu meletop  dalam berkeadaan begitu. Ingatannya terimbau kembali ketika tragedi di Kuantan dulu. Masih segar terasa kehangatan tubuh badan wanita yang di dalam pelukannya ini.

     Syahrul Iman memandang ke wajah Hanis Ariana yang sedang tidur. Mukanya elok terletak di dadanya. Perlahan - lahan dia melepaskan pelukan dan tanpa berfikir panjang, dia terus mengucup bibir wanita itu. Dia tidak dapat menahan nafsunya yang bergelora saat itu. Hatinya membuak - buak inginkan tubuh wanita itu.

     Hanis Ariana terjaga. Matanya membulat kerana terlalu terperanjat. Dia cuba menolak tubuh Syahrul Iman tetapi tidak berjaya. Syahrul Iman masih lagi mencium bibirnya dengan penuh asyik. Apabila menyedari Hanis Ariana sudah terjaga, dia berusaha sehingga wanita itu membalas ciumannya juga.

     Syahrul Iman mengeratkan pelukannya sambil bibirnya masih bermain - main dengan bibir Hanis Ariana. Tangannya mula mengusap lembut belakang badan wanita itu. Setelah beberapa minit berusaha, akhirnya Hanis Ariana tewas juga dengan cara ‘layanan’ daripada Syahrul Iman itu. Dia memejam matanya dan dengan perlahan - lahan dia membuka mulutnya dan membiarkan Syahrul Iman bermain dengan lidahnya pula.

     Mereka berbalas - balas ciuman sehingga kedengaran desahan dari mulut Hanis Ariana ketika tangan Syahrul Iman mula merayap di seluruh tubuhnya.

     Syahrul Iman berhenti seketika. Dia memandang ke dalam anak mata Hanis Ariana.

     “You halal buat I. I nak lebih daripada ni boleh?.” Hanis Ariana mengangguk. Syahrul Iman tersenyum.

     Dengan hati - hati Syahrul Iman meneruskan keinginan hatinya terhadap Hanis Ariana. Pada mulanya Hanis Ariana keberatan mahu mengizinkan Syahrul Iman meneruskan hajatnya. Entah mengapa dia mengangguk kepalanya tanda memberikan keizinan buat lelaki itu. Dia serba salah. Namun untuk menghentikan perbuatan Syahrul Iman itu sekarang, sudah terlambat. Lelaki itu benar - benar menikmati tubuhnya kini.

     

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience