SAH

Young Adult Completed 1954

"Pul, kau bagitau apa kat Ustaz Halimi ha!?" marah Fauzan kepada Saiful.

Saiful hanya duduk membisu.

"Hoi, dengar tak!? Aku tanya kau ni, kau report apa dekat ustaz marin?"

Melihatkan Saiful masih bertakup bisu,

"Oh, nampaknya kau report pasal aku merokok ke? Pul, kau tau tak yang kau dah fitnah aku. Masa bila aku buat benda tu. Sentuh pun tak pernah langsung. Sedap-sedap kau je tuduh aku. Kau tu dah la.."

"Dah apa? Dah puas sedorm dengan aku? Puas dah sekelas dengan aku?" Saiful mula bersuara seraya bangun bertentang mata dengan Fauzan.

"Woi, Zan. Kau dengar ni, aku dah berdesing telinga aku sewaktu kau buat 'cerita' tu. Kau takyah nak bodohkan aku. Malam tu, memang aku nampak kelibat kau. Kau ingat ada ke orang lain buat jalan gaya macam kau? Aku tak rasa pun macam ada. Sebab kau je yang dok jalan macam tu. Dan waktu aku nak pergi dorm, dengar suara kau kebetulan ada bau asap rokok kau."

Fauzan terdiam.

"Kau tak pernah tau ke, rasa asap rokok tu lepas tiga hari baru boleh hilang. Apatah kalau dalam mulut kau. Dah la, rimas aku layan kau. Kau ingat ni, janganlah kau bodohkan seseorang sebab kau terikut sangat perangai orang lain. Takde guna pun. Tu semua sebab Dia yang 'bela' diorang bagi takmau kantoi. Kalaulah Dia tak buat macam tu, silap-silap lesap dah batch diorang. Cuma yang 'suci-suci' ja."

"Kau ingat kau dok tegur dai ni dai tu. Kau dah jadi raja. Padahal, kau tu sendiri buat benda bodoh. Kau nak tanya aku apadia? Kau tengok a diri kau tu..," pesan Saiful lalu beransur pergi meninggalkan kamarnya dan Fauzan keseorangan.

'Kalau kau ikut kau hebat. Kalau kau tak buat, kau bodoh,'

Itulah ungkapan seseorang kepada sesiapa yang terkena culture shock terutama si junior, apabila melihatkan mereka yang senior berpelakuan buruk yang dianggap 'syok' oleh mereka.

***********

"Aik... macam pernah kena ja."

"Kau pun pernah kena?"

"Ye, bang. Baru-baru ni ja. Lepas-lepas peristiwa tu, saya ada mengingatkan tentang hadis kalau kita bersubahat dengan sesiapa dalam berbuat mungkar, kita dianggap berbuat seperti dia."

"Ohh.... Huh, aku pun buat macam tu jugak."

Abu Bakar ash-Siddiq berkata;

"Wahai manusia, sesungguhnya kalian membaca ayat ini (yang ertinya): Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian. Tiada orang yang sesat itu akan menimpakan kemudaratan kepada kalian jika kalian telah mendapat petunjuk
 (5:105)

Padahal aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; 

'Sesungguhnya manusia itu, jika melihat orang zalim dan mereka tidak mengambil tindakan ke atasnya, ia akan menyebabkan Allah segera menimpakan azab-Nya kepada mereka secara umum.'"
[HR Abu Dawud, at-Tirmizi, Ahmad dan Ibu Hibban].

"Eh, bang Saiful. Kenapa, ya kita macam kena ujian yang sama ja? Dan kita selesaikan dengan cara yang agak sama?" hairan Harris.

"Alah, biasa la tu. Bak kata orang, Kifarah namanya."

"Oh, er... Saya nak tanya. Apa beza tipu, bohong dan fitnah? Yang saya tahu, diorang ni tiga beradik pemutus silaturrahim."

"Mm... macam ni,

Tipu... kau menipu sebab nak syokkan diri kau, dan buat orang lain tertindas. Contoh, kau meniru dalam exam sebab nak successful result, kau buat curang dalam bisnes sebab nak untung banyak.Tu kalau kau tipu.

Bohong... kau berbohong sebab benda yang sama tapi lebih kepada kau buat dekat orang tertentu. Senang kata, kau pijak kawan kau atau someone. Macam curi tulang waktu kerja contoh curi duit majikan kau. Makna kata, bohong ni 'abang' kepada tipu. 

Fitnah... kau fitnah orang tu dengan bagitau cerita palsu tentang dia. Sebab? Kau ada rasa dengki kat kawan kau contohnya. Tujuan? Nak jatuhkan dia, nak buat dia merana. Bahkan, kau sanggup buat apa cara sekalipun asal dia merana atas dasar dengki yang kau tanam dalam diri. Senang cerita, dia ni 'bapak' kepada tipu dan bohong."Panjang Saiful menerangkan definisi tiga beradik yang ditanyakan Harris.

Harris membalas emoji thumbs up tanda faham akan keterangan Saiful.

"Hak setiap muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya".
(Riwayat Muslim)

***********

Tika matanya merenung jauh di biliknnya, dia teringat akan tindakan ayahnya yang memintas katanya pada malam itu. Difikirnya, dia tekad mahu memberitahu sesuatu kepada ayahnya.

Dalam lama dia berfikir, dia terus bangun dari katilnya lalu keluar dari biliknya menuju ke ruang tamu.

Kelihatan Encik Zahid sedang berehat di atas sofa sambil menikmati rancangan televisyen.

"Er.. Ayah."

"Ye, Haura. Kenapa, anak ayah?"

Haura terketap bibir.

'Anak ayah...?'

"Ura, kenapa ni? Meh dok ngan ayah ni. Kita sembang-sembang," ajak Encik Zahid.

Haura berlangkah kecil. Malu rasanya dikelilingi hairan.

'Semalam awat ayah macam diam je. Hari ni, happy pulak,' usik hati Haura.

Dia kemudiannya menghampiri dan duduk bersebelahan ayahnya.

"A.. ayah, Ura nak tanya..."

"Ayah tahu, Ura nak tanya pasai Aizat tu. Ayah tahu, ayah ngan ibu yang salah dok benarkan korang bercouple. Cumanya, ayah nak tanya Haura. Kalau Ura masih sayangkan Aizat, boleh tak kalau ayah nak halalkan korang berdua?"

Haura terkedu.

'Halalkan kami berdua...,'

***********

"Assalamualaikum, Ris."

"Waalaikumsalam, Zat. Kenapa tiba-tiba whatsapp aku?"

"Saje, nak borak dengan kau."

"Oh, hehe. So, macam mana hidup kau kat sekolah baru?"

"Macam tu la, Ris."

"Apa, Zat. Aku nak tanya kau. Kau masih sayangkan Haura ke?"

Aizat terdiam.

'Aku..aku,'

"Aizat, kalau kau masih sayangkan dia. Pesanan aku, halalkanlah hubungan korang tu. Sebab bukan apa, demi maruah dia dengan keluarga dia. Dan benih anak korang jugak."

'Benih anak kami...'

"Ma, macam mana kau tahu Haura dah..."

"Kan, sekolah aku dah viral dah pun masa korang kena pindah."

"Oh, ye. Aku lupa."

"Lagipun, Zat. Anak korang takleh nak di'bin'kan kau, Aizat. Tapi di'bin'kan Abdullah. Sebab dah cukup tempoh dah pun."

Aizat senyap seketika dengan membluetickkan mesej Harris.

"Jadi, Zat. Kau sayangkan dia tak?"

"Ye, Ris. Tapi aku nak kau jadi saksi aku, boleh tak?"

"Aku okay ja. Cuma nak kena mintak kebenaran untuk balik sebentar."

"Baik,,Ris. Aku tunggu."

"Hm...."

***********

"Ayah biar betul??"

"Ayah betul-betul la, Haura. Sebab kesian jugak dekat anak kamu tu. Kalau dipaksa gugur, dosa besar pulak. Jadi, ayah ikhtiar nikahkan saja kamu dengan Aizat demi maruah kita dengan anak Ura tu."

"Tapi.."

"Ayah tahu, kamu memang takut untuk SPM nanti. Lagipun tak lama dah. Ayah bukannya apa, demi.."

"Baik, yah. Kalau ayah nak Ura buat macam tu, demi maruah. Ura terima."

Encik Zahid tersenyum pabila mendengar jawapan anaknya itu.

"Macam nilah anak ayah. Haha."

Haura turut tersenyum haru sambil berpelukan dengan ayahnya.

"Sayang ayah..."

Puan Rohani yang turut terdengar perbualan dua beranak dalam diam, mula menunjukkan diri lalu menghampiri mereka.

"Oh.. ingat ayah saja yang Ura sayang. Ni ibu, tak sayang ke?" cemburu Puan Rohani.

Haura dan Encik Zahid terkejut dengan kehadiran Puan Rohani.

"Mestilah Ura sayang ibu jugak.." Haura mendepa sebelah tangan untuk memeluk ibunya.

Mereka kemudiannya tergelak kecil. Sungguh bahagia keluarga yang begitu harmoni dan terbuka.

***********

Beberapa hari kemudian....

"Assalamualaikum..," sapa Harris di hadapan pintu rumah milik Encik Zahid.

"Waalaikumsalam," balas Encik Zahid seraya membuka pintu rumahnya. Dia mula melihat Harris dan Aizat dengan hairan.

"Kamu ni siapa?" tanya Encik Zahid.

"Oh, saya Harris. Kawan kepada Haura dan Aizat," balas Harris sambil bersalaman dengan Encik Zahid diikuti Aizat.

"Oh, Harris.. Marilah jemput masuk," alu Encik Zahid.

"Terima kasih, pakcik. Jom, Zat," kata Harris lalu dia mula mengatur langkah masuk kerumah Encik Zahid.

"Kejap, Aizat..."

Langkah mereka terhenti.

"Ye, ye saya..," Aizat seolah mula berasa cemas.

"Kamu, memang betul-betul nak berkahwin dengan Haura ke?" soal Encik Zahid dengan nada serius.

Aizat terketap bibir. Terasa bergetar di badannya. Ketakutan.

"Kalau kamu betul-betul serius nak bernikah dengan Haura, pakcik tak kisah. Pakcik reda sebab Haura..."

"Ke, kenapa dengan Haura?" soal Aizat.

"Dia sendiri dah bersetuju dengan cadangan pakcik ni. Jadi korang pergilah kat ruang tamu tu. Jangan banyak tanya, pergi je," arah Encik Zahid.

Mereka akur dan terus pergi ke ruang tamu. Aizat ketika itu buntu kerana dia merasakan bahawa ada dua emosi hadir serentak dalam mindanya meski adakah dia mahu gembira atau terus bersimbah duka kerana kesilapannya, terjunam dalam impak cinta sejati rekaan sang nafsu.

Sewaktu mereka tiba di ruang tamu rumah Encik Zahid, kelihatan sedikit sahaja kenalan Haura dan keluarga mengelilingi ruang tamu. Haura hanya ditemani Puan Rohani dan adik beradik ibunya yang hadir. Kemudian Encik Zahid mula menampakkan dirinya.

"Aizat, mari. Dah bersedia?" ajak Ustaz Hamidun seraya bertanya kepada Aizat sama ada dia sudah bersedia untuk dinikahkan atau sebaliknya.

Aizat hanya menunduk. Dia menoleh ke arah Harris yang bersila disamping Encik Zahid. Harris menyuruhnya mengambil nafas agar bertenang. Aizat mengangguk dan cuba bertenang. Dan...

"Dah, ustaz," katanya lalu duduk bersila bertentang dengan Ustaz Hamidun.

"Mari tangan kamu," arah Ustaz Hamidun.

Aizat pun menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Ustaz Hamidun.

"Bismillahirrahmanirrahim... Dengan ini, aku nikahkan dikau...."

***********

"KAU DENGAR SINI, KALAU KAU DAH TAKDA SANGAT MALU DALAM DIRI KAU TU, KAU BUATLAH APA YANG..,"

"Aarrgghhh!!!" rimas Husna ketika dia mengimbau kata-kata Harris terhadapnya beberapa bulan yang lalu.

Sudah berkali juga dia terimbau kata-kata itu terutama, ketika dia keseorangan di dalam biliknya. Kadang dia terasa ingin menjadi gila dengan imbauannya itu.

Tertekan.

Sebenarnya, semenjak tengkingan Harris itu. Mereka tidak bertemu lagi. Andai mereka bertemu, sekadar bertentang jasad. Mata, melilau seolah mereka tidak bertemu di tempat itu.

Semenjak dari itu juga, dia tersedar dari kegelapan jiwanya sebagai seorang feminis atau pengkid sepanjang hidupnya. Dia tahu, perempuan itu diciptakan dengan adanya MALU dalam diri sebagai mahkota mahalnya jiwa seseorang insan berkaum Hawa itu.

Cuma kali ini, dia terfikir sejenak...

'Aku, aku nak berubah... Tapi, aku ada harapan ke ha?' soal hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience