INGIN

Young Adult Completed 1954

"Assalamualaikum. Ni Khairul Aswad ke?" sapa Ustaz Zahirul.

"Ye, saya. Ni siapa?"

"Ni saya, Ustaz Zahirul. Pensyarah kepada Saiful."

"Oh, ye ke? Er.., sebenarnya kenapa ustaz call saya. Dan dari mana ustaz dapat number saya ni?" Khai kehairanan.

"Saiful yang bagi dekat saya sebabnya, saya ada dengar daripada dia yang, kamu ada seorang kawan beragama Kristian. Dan saya juga ada dengar yang dia nak masuk Islam... Betul ke?" soal Ustaz Zahirul.

"Er.., ye ustaz. Harry namanya. Kenapa ustaz, nak tolong saya ke?" soal Khai.

"Ye, memang saya nak tolong kamu. Nak tolong kamu dalam memberikan maklumat-maklumat yang dia perlukan tentang Islam," terang Ustaz Zahirul.

"Oh, syukur Alhamdulillah ustaz. Terima kasih sangat-sangat ya ustaz, sebab sudi nak tolong saya ni. Saya hargai sangat-sangat," kata Khai sambil syukur dihatinya.

"Kejap kita chat je la ye. Nanti saya whatsapp kamu," saran Ustaz Zahirul.

"Er, boleh je ustaz. Lagi senang. Hehehe," Khai bersetuju dengan saranan Ustaz Zahirul.

"Baiklah, kita off dulu ye. Assalamualaikum,"

"Waalaikumsalam ustaz,"

Khai ketika itu sedikit tenang.

Dalam hatinya, masih tidak berhenti bertahmid kepada Tuhan, tanda syukurnya atas perancanganNya untuk memudahkan pengurusannya dalam membantu seorang temannya yang sedang memburu hidayah.

***********

"Kreek..."

Encik Yasier, Saiful dan temannya yang lain bangun setelah perasan akan bunyi pintu bilik pembedahan.

"Jadi, apa yang berlaku doktor?" tanya Cik Yasier.

Doktor Hazwan tertunduk. Lalu dia menggeleng.

Encik Yasier dan yang lain turut tunduk, sebak dengan keputusan yang diberitahu oleh Doktor Hazwan.

"Maafkan kami. Kami hanya mampu usaha sahaja tetapi... Kami bukannya Tuhan, yang mampu merawat dan menyembuhkan segala penyakit sekelip mata. Kami semua jugalah hamba seperti cik-cik semua," terang Doktor Hazwan.

Mereka semua akur.

"Kami faham, doktor. Innalillahiwaimnailaihirajiun...," kata Encik Yasier sambil menunduk sayu.

Selain Encik Yasier, Saiful juga turut hiba dengan kehilangan penemannya di universiti, yang menjadi pengganti buat Khai meski mereka juga adalah teman sebangku. Tapi bagi dia, Akram juga seolah seperti Khai ketika di sekolah.

Encik Yasier perasan juga reaksi Saiful lalu menyapu belakang Saiful untuk menenangkannya.

Saiful seolah masih terkesan dengan pemergian mengejut Akram. Bagi dia, Akram adalah 'bayangan' Khai di Mahallah. Dan Akramlah tempat dia meluahkan segala keluhan dan tempat dia mendapatkan nasihat, teguran dan apa jua kata-kata yang baginya, Akram itu pengganti buat Khai.

Tetapi, kini. Dia sudah pergi. Pergi menemui Illahi yang kasih akan dirinya melebihi Saiful. Tetapi, Saiful tetap reda, kerana tiada siapa yang mampu melawan Takdir Tuhan.

Encik Yasier hanya mendengus.

"Dah, Saiful. Dah dah. Jom, kita balik," ajak Encik Yasier. Saiful menoleh wajah Encik Yasier dan mengangguk akur walaupun keadaan dirinya seolah dalam keadaan lemah semangat dek terkesan dgn pemergian seorang 'PENGGANTI' Sahabat yang nun jauh di bumi orang. Tetapi, baginya. Sesiapa yang hadir dalam hidupnya meskipun sudah sekian lama atau baru, SAMA sahaja.

"Sebelum itu, saya ingin bertanya, bilakah jenazah ini ingin tuan uruskan, ye?" soal Doktor Hazwan yang menyebabkan Encik Yasier terhenti langkahnya.

Dia menoleh dan memandang Saiful.

"Waktu Dhuha nanti pun boleh kot rasanya, Encik Yasier," cadang Saiful.

Encik Yasier mengangguk.

"Hmmm... Kalau kami nak uruskan dia dalam lingkungan 10 pagi nanti, boleh Doktor?" soal Encik Yasier kepada Doktor Hazwan.

Doktor Hazwan mengangguk dan tersenyum.

"Terpulang pada encik. Tapi sebelum kami terlupa, encik perlu memberitahu kepada ibu bapa arwah untuk mentandatangani satu surat kebenaran bagi membolehkan kami meneruskan proses post-mortem." kata Doktor Hazwan.

"Oh, baiklah. Saya akan umumkan kepada mereka, ya. Apa-apa, insha'Allah saya akan roger kepada doktor," balas Encik Yasier seraya mengangguk.

"Jadi. Jika tiada sebarang masalah, saya masuk dulu," pinta Doktor Hazwan kepada Encik Yasier sebelum dia masuk semula kedalam bilik pembedahan.

"Rasanya tiada. Jadi, terima kasih doktor. Kami pergi dulu, ye," kata Encik Yasier seraya meminta kepada Doktor Hazwan untuk meninggalkan hospital.

Doktor Hazwan mengangguk dan tersenyum. Sempat dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dgn Encik Yasier diiringi Salam.

Encik Yasier membalas senyuman dan huluran Doktor Hazwan. Saiful dan rakan-rakannya hanya membalas senyuman meskipun ada juga yang berkesempatan untuk bersalam dengan Doktor Hazwan sambil berterima kasih kepadanya dan mereka terus beransur meninggalkan Pusat Perubatan Sultan Haji Ahmad Shah menuju ke universiti.

Dalam Saiful melangkah pergi, sempat dia berterima kasih kepada Encik Yasier. Dengan iringan hiba, Saiful cuba menahan. Kerana dia sendiri tidak menyangka, lagu yang diberikan arwah Akram malam tadi, merupakan lagu yang terakhir daripadanya meski tiada sebarang tanda langsung yang akan memberikan rasa janggal kepada Saiful walau sedikit pun, dia tidak dapat rasai.

***********

"Ohh... Macam tu, ye. Hmmm... Saya pun sebenarnya risau dengan rakan kamu ni. Sebab biasa la Khai, kalau orang tu agama dia adanya pengaruh yang sangat kuat, tapi dia sendiri nam memilih untuk tukar hidup dia seuatu kehidupan yang bagi dia, 'lebih' baik, pasti akan ada diantara mereka yang berhampiran dengan dia berasa 'cemburu' dan memaksa dia itu keluar dan pulang ke 'pangkal jalan' atau agama mereka sendiri. Mereka jugak sanggup mengugut, mengurung dan melakukan perkara yang 'melampau' demi mendapatkan balik dia yang menganut agama yang dianggap 'TERRORIS', dengan harapan agar dia tu keluar dari agama yang mereka 'cemburukan' itu," terang Ustaz Zahirul kepada Khai melalui aplikasi Whatsapp.

Kadang, benar juga. Orang yang beragama Kristian seperti Harry, pasti akan diugut keluarganya seandainya dia diketahui telah menjadi seorang muallaf Islam. Bahkan, ramai juga insan-insan yang menjadi muallaf menerima ujian yang begitu besar bagai dilambung ombak ribut dalam hidup. Tetapi, dengan hati yang IKHLAS, mereka terima dan teruskan hidup mereka WALAUPUN terus dihina oleh orang lain.

Sesungguhnya, DIA ada berfirman;

Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar).
(23:61)

"Saya pun berfikir begitu juga ustaz. Cumanya, dia masih mahu mendalami ilmu agama Islam ni. Jadi..."

"Kamu teruskan saja, Khairul. Takpe, biar Allah pula yang bimbing dia selepas sahaja dia dah rasa selesa dari bebanan dia. Kamu cumalah pembantu untuk dia mengenali Islam," terang Ustaz Zahirul.

Khai cuba akuri kata Ustaz Zahirul.

"Baik, ustaz. Saya cuba. Insya-Allah."

Ustaz Zahirul menghantar emoji berbentuk senyuman dan thumbs up.

"Semoga Allah permudahkan kalian. Assalamualaikum, ustaz off dulu," Kata Ustaz Zahirul.

"Aamiin ustaz, jazakAllah. Baik, waalaikumsalam, ustaz,"

Khai beralih menghadap ke hadapan. Nafas diambil panjang. Dalam hatinya, sentiasa berdoa demi kebaikan Harry.

***********

Dalam beberapa hari kemudian...

Dalam Saiful sedang menjamahkan matanya menghadap alam yang menghijau di luar. Dia masih terngiang-ngiang akan arwah Akram.

"Saiful, kau pun sebenarnya tengah berdakwah jugak sekarang ni..."

"Saiful, pesanan aku la. Kalau kau betul-betul nak berdakwah balik. Kau start je dulu dengan apa yang kau minat. Melukis, menulis itu kerja kau. Aku tak halang,"

Saiful tiba-tiba tehenti daripada lamunannya.

"Start dengan apa yang aku minat..?"

Saiful tiba-tiba tersenyum. Dia terus bangun dan menggapai telefonnya. Dicarinya aplikasi Instagram lalu membukanya. Dia terus mendaftar masuk akaunnya dan menekan butang upload. Sewaktu dilihatnya akan gambar-gambar yang terpapar di skrin telefon, fikirannya seolah terhenti.

"Aku.., nak upload pasai apa eh..?" tercengang Saiful dalam memikirkan apakah yang perlu dia uploadkan di aplikasi itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience