JANJI

Young Adult Completed 1954

"Haura, kamu okay ke?" soal Encik Zahid kepada Haura sambil menonton televisyen.

"Haura okay je, yah. Kenapa?"

"Takdelah, ayah cuma risau je dengan anak ayah sorang ni. Kamu pun tahu, kamu SPM kan tahun ni. Tapi, bila kamu dah berbadan dua, dan sekolah kamu dah buang kamu dengan Aizat tu, ayah tak tahu nak kata apa."

Haura terkedu.

Yelah, apa yang mahu diungkapkan lagi untuk seorang ayah apabila anaknya yang kini sedang menghadapi ujian terbesar sebagai seorang pelajar, iaitu SPM. Sudah terlanjur dek cinta melampau yang diredai pada awalnya, kini sudah terkena tempiasnya akibat nafsu dan syaitan.

"Ayah. Ayah, marah lagi ke dekat Aizat?" Haura tiba-tiba menyoalkan Encik Zahid tentang perasaannya terhadap 'perosak' dirinya itu.

Encik Zahid terdiam.

Dengan reaksi ayahnya itu, Haura terus disimbah duka lalu terus menghabiskan sisa makanannya.

"Ura tau ayah masih marahkan dia. Ura sedar yah, taksub dalam cinta manusia kadang boleh jatuh juga sesebuah pasangan haram itu. Kami tahu, kami yang salah, dok buat janji manis kat ibu ayah siap jamin yang kami ni takkan melampau dalam bercouple. Lepas-lepas kami suap janji tu, ibu ayah pun reda kan? Tapi.."

"Ha, dah. Jom pi masjid. Ura, suruh ibu kamu dengan adik-adik kamu bersiap. Takut terlepas terawih," belum sempat Haura mahu menyambung katanya, Encik Zahid bingkas bangun dan mengarahkannya untuk bersiap sebelum mereka sekeluarga ke masjid untuk ibadah terawih.

"Baik, yah," akur Haura sahaja lalu terus membasuh pinggan mangkuk sebelum bersiap dan menyuruh ibu dan adik-adiknya untuk turut bersiap.

Nyata, itulah realiti dunia akhir. Mungkin kita sendiri pernah dididik sebaiknya dengan agama sepenuhnya. Asas amar makruf dan nahi munkar itu sudahpun terperap sendiri bahkan kita pernah didenda andai berbuat dosa meski sekecil-kecil menipu. Tetapi, dunia sudah menua dan segalanya 'melesap' begitu sahaja. Biarpun couple, berfesyen melampau atau berbuat sesuatu atas dasar tertentu itu jelas sudah hukumnya haram. Kini, perkara sebegitu telah menjadi 'halal sehalalnya'. Lihatlah, si ibu bapa ada yang merelakan anak mereka berduaan dan biarkan sahaja sehingga...

Sudah terhantuk baru tergadah jadinya.

Teman, sayangkanlah diri. Jangan bodohkan hati dengan gila dunia nista yang kian fana.

***********

Dalam puas Harris berswipe di laman Instagram, melihat lembaran-lembaran ilmu dan foto-foto dari temannya dan artis. Matanya terhenti apabila melihat satu foto yang agak membuat dirinya marah.

'Haih, dia ni...'

***********

"Wei, Ris." Sapa Hazri

"Hm. Kenapa?"

"Aku tengok, si Aaisyah tu banyak berubah la dari tahun lepas," kata Hazri.

Harris tersedak seketika apabila terdengar ayat itu daripada Hazri. Dia cuba bertenang.

"Kau biar betul, Ri?" Harris pelik dengan kata Hazri.

"Ye la, aku tau la. Dah dia tu sekelas dengan aku sekarang. Agak controlled gak la perangai childish gila-gila dia tu dari tahun lepas. Sopan, a bit of relax la aku nampak dia tu," terang Hazri.

"Oh... macam tu ka. Okay la tu, alhamdulillah," balas Harris tapi hatinya membantah,

'Takkan kot. Aku tengok sama ja,' terfikir juga dia tidak mahu dukakan sahabatnya dengan bantahannya itu.

***********

'Aku dah agak, mesti dia cam ni gak. Haih, kau cakap senang ja. Meh sini aku pesan,'

Dia terus mengomen post Aaisyah itu,

'Hoi, haritu aku dengar kau dah berubah tapi aku tengok kenapa jadi macam tu ja. Kau ingat, kalau kau takmau orang lain dapat dosa sebab tengok 'benda gila' kau tu, kau takyah lah nak jadi batu loncat dia. Faham!' Dia terus menekan butang Send.

Dalam berapa ketika...

'Woi, kau ni macam cakap kat cermin ka apa?'

'Sedar la sikit. Jangan ingat diri kau tu alim sangat. Tau la kami bodoh hal-hal agama pun.'

'Heh, kau pun dua kali lima ja. Nak judge orang.'

Dan pelbagai lagi komen yang diterima Harris. Tetapi, dia hanya abaikan saja dengan reaksi mereka itu terhadap komennya. Dalam hatinya, turut marah dengan cara mereka mem'bela' si Aaisyah.

Tiba-tiba. . . 

"KLIP!"

"Eh, siapa pulak boh aku dalam group whatsapp ni?" Hairan Harris.

'Siapa dia ni, macam mana dia boleh tau number aku?' Dia kian pelik pabila mengetahui insan yang menambahkannya dalam kumpulan itu, tidak ada tersenarai dalam kenalannya.

Sewaktu dia dimasukkan kedalam kumpulan itu, mereka menghentamnya dengan lebih teruk daripa mereka sekadar mengutuknya di komennya dalam aplikasi Instagram. Bukan sahaja mengutuk, bahkan mengungkit aibnya yang lama dan seolah membawang tentangnya. Ada juga dia (Harris) diugut untuk mempamerkan kehebatannya dalam agama. Seolah memperbodohkan dirinya yang dilabel 'ALIM ULAMAK'.

Harris ada membalas meski dia ada berpegang dengan pesanan Baginda SAW;

'Dua orang yang saling bertengkar. Dosanya adalah kepada yang mula memaki sedangkan yang dimaki tidak membalas berlebihan.'
(HR MUSLIM DARI ABU HURAIRAH)

Kadang mereka memerlinya dengan 'balasan'nya yang lebih kepada hadis-hadis. Akibat perlian yang dirasakannya begitu melampau, dia ambil ikhtiar.

"Korang nak kata-katalah, serik tak serik puaskan hati korang tu. Korang layanlah nafsu benci korang ni, jangan ingat puasa korang tu ada makna sangat. Kalau korang staykan bodoh korang lepas masuk raya nanti, Pandai-pandailah korang. Assalamualaikum," Harris terus menukar telefonnya ke mod senyap dan mengendahkan respond yang sia-sia dari rakan-rakan pembencinya.

'Lantak kat korang nak jadi apa, bukan hal aku.'

Apa yang dimaksudkan Harris itu? 

Itulah antara sumpah celaka Jibrail terhadap sekalian manusia yang telah diperkenankan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri ketika baginda menaiki tangga khutbah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA;

Bahawa Nabi SAW sedang menaiki minbar lalu Baginda berkata: "amin, amin, amin".
Maka para Sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau apabila sedang menaiki minbar engkau telah berkata "amin, amin, amin"?"
Baginda bersabda: "Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku lalu dia berkata:
"Sesiapa yang sempat dengan bulan Ramadhan dan tidak diberikan keampunan kepadanya lalu dia masuk ke Neraka, maka ALLAH akan menjauhkannya (dari rahmatNYA). Katakanlah "amin". Lalu aku pun berkata "amin".
Dan sesiapa yang sempat hidup dengan ibubapa atau salah satu dari mereka berdua dan dia tidak berbuat baik kepada mereka berdua lalu dia mati, lalu masuk ke Neraka, maka ALLAH akan menjauhkannya (dari rahmatNYA). Katalah "amin". Lalu aku pun berkata "amin".
Dan sesiapa yang mendengar namamu disebut di sisinya dan dia tidak bersolawat ke atasmu, lalu dia mati, lalu masuk ke Neraka, maka ALLAH akan menjauhkannya (dari rahmatNYA). Katalah "amin". Lalu aku pun berkata "amin"."
(Hadith ini ada di dalam Sahih Ibnu Hibban dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih at-Targhib)

 ***********

"Huh, biasa la tu. Ris. Aku pun dah kena bahkan ada lagi teruk dari yang kau terima ni. Sebelum aku ceritakan dekat kau, aku nak pesan yang bulan Ramadan ni adalah madrasah rohaniah dimana bulan ni ajar kita bersabar selain memperbaiki diri kita untuk jadi lebih baik. Kau tahu kan hadis tu. 

'Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka'
(HR Bukhari Muslim)"

"Faham, bang Saiful. Jadi, apa yang abang nak ceritakan tu?" Harris cuba ingin tahu apa yang mahu diceritakan Saiful.

Saiful cuba mengambil nafas.

"Macam ni kisahnya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience