LUAH

Young Adult Completed 1954

5 tahun kemudian...

Kecerahan sang fajar kian menerangi segenap pelusuk alam, kegelapan yang memalapi bumi turut dihilangi sang suria itu.

Mata Saiful terus memerhati alam luar melalui daunan tingkap biliknya, keseorangan. Memikirkan sesuatu yang bermain di jenak mindanya tatkala memikirkan keajaiban sang Maha Indah dalam menjadikan dunia ini seindah-indahNya.

Tiba-tiba telefon Saiful berdering.

"Hm, siapa pulak yang call aku ni?" cengang Saiful. Badannya terus berdalih lalu tangannya menggapai telefonnya dan kelihatan terpapar nama Khairul Aswad, sahabat sebangku sekolahnya yang sedang menelefonnya.

"Oh, Khai. Lama tak jumpa dia ni. Apalah khabar dia agaknya, eh?" soal hati Saiful yang seakan riang dalam rindu terhadap sahabat sebangkunya itu. Tanpa berlengah, dia terus menjawab panggilan Khai.

"Assalamualaikum, ya sahabat," kedengaran suara Khai menyapa Saiful.

"Waalaikumsalamwarahmatullah, sahabatku. Apa khabar anta?" balas Saiful.

"Oh, alhamdulillah. Ana baik-baik aja. Anta pula bagaimana?" Khai pula mengambil giliran bersoal khabar Saiful.

"Alhamdulillah, ana pun seperti anta la. Gitu-gitu aje...," balasnya.

Mereka berdua tertawa riang. Sungguh persahabatan yang jauh, pasti terasa seperti silaturrahim mereka di'gam'kan oleh keikhlasan mereka yang berdasarkan takdir dan setiakawan.

"Anta, kenapa anta call ana tetibe je ni? Boring kah, atau 'apa' kah?" soal Saiful sambil menekan kata apa itu. Dia cuba meminta kepastian akan tujuan Khai menelefonnya.

"Anta rasa?"

"Ana mahu tanya anta sahaja. Mengapa, salahkah?" Saiful seakan ingin diperli Khai.

Sebenarnya, Saiful sekarang merupakan pelajar tahun kedua di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan manakala Khai pula sedang menyambungkan pelajarannya di luar negara.

"Khai. Kau... macam mana kat sana? Okay?" Saiful seakan serius selepas puas berkias arab bersama Khai.

"Alhamdulillah, aku okay je sini. Cuma tu la, keadaan diorang berbeza dengan tempat kita. Benda, aku rindu la dengan nasi lemak, roti canai apa semua. RINDU!!!!" luah Khai sepuasnya. Kata orang,
'Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri. Lebih Baik di Negeri Sendiri.' Begitulah apa yang dirasakan Khai.

"Woi, woi, woi! Nak pecahkan gegendang aku ke apa ni?" ejek Saiful.

"Sorry, terlebih pulak aku. Hehe," Khai mula menggedik.

"Hmm," geleng Saiful.

Khai pula sebenarnya sudah belajar di tahun keempat semenjak dia mendapat biasiswa dan tawaran belajar di luar negara selama 5 tahun. Dia juga ditawarkan bidang yang dia minati, iaitu Sains Kejuruteraan Kimia, 4 tahun lalu.

Kadang, dia sendiri tidak menyangka akan rezeki yang turun sebegitu rupa. Akan tetapi, dengan reda keluarganya, dia terima tawaran itu serelanya.

Saiful? Dia sedang mengambil bidang Sains Perubatan. Ikutkan hati, boleh sahaja dia mengambil bidang Dakwah dan Usuluddin. Tetapi, dia sudah pun merancang untuk menjadi seorang pakar di hospital kerajaan, satu hari nanti.

Rancak tak rancak, Saiful hairan mengapa dia sudah melaut dalam bersembang dengan Khai.

"Er... Khai, aku rasa dah lama la kita berbual ni."

"Oh, ya la. Kebetulan aku ada kelas sekejap lagi," kata Khai.

"K, la. Aku off phone lu. Assalamualaikum," pinta Saiful.

"Waalaikumsalam...," kata Khai lalu dia menamatkan panggilan.

Dalam berapa ketika...

"Assalamualaikum," sapa Akram dari belakang.

"Waalaikumsalam. Ha, Akram. Kau dari mana?" balas Saiful yang ternampak Akram sedang memasuki bilik mereka.

"Aku dari cafe ni. Ha, nah. Aku ada bungkuskan kau nasi goreng ayam satu," balas Akram sambil menghulurkan plastik merah berisikan bekas polisterin.

"Oh, er... Actually, aku puasa la. Sorry, Kram," kata Saiful sambil membuat tanda maaf kepada Akram.

"Ye ke, ler. So, nak letak mana nasi ni?"

"Letak je kat meja tu, k. Nanti aku panaskanlah bila nak buka nanti. Thanks tau, Kram," cadang Saiful.

"Okay, bro. Aku letak sini ekk," akur Akram lalu meletakkan bekas polestrina berisikan nasi ayam di atas meja.

"Wei, Saiful."

"Kenapa, Kram?"

"Waktu aku dok kat depan pintu tadi, aku ada dengar kau tengah rancak bersembang kat dalam. Siapa yang kau dok sembang tu?" soal Akram.

"Oh, Khai. Kenapa dengan dia?" jawab Saiful sambil syok melayan handphonenya.

"Khai..? Dia macam mana. Ada khabar berita?" Akram terus bertanya tentang insan yang juga teman sebangku dengannya dan Saiful.

"Dia okay ja, alhamdulillah. Hm, rezeki tak salah alamat Akram," Akram tergelak kecil, mengaku akan benarnya kata-kata Saiful. Dia kemudiannya melangkah mendekati Saiful dan duduk bersebelahan dengannya.

"Pul. Kau... ingat lagi tak waktu kita nak ambil result SPM dulu?" Akram mula membuka topik.

"Ingat. Kenapa?" Saiful hairan, mengapa Akram tiba-tiba menanyakan soalan tentang peristiwa pengambilan keputusan SPM mereka di sekolah dahulu.

***********

5 Mei 2014 8.00 pagi...

Honda Civic berwarna hijau zamrud meluncur memasuki sempadan sekolah Saiful lalu terhenti di satu tempat letak kereta yang kosong berdekatan dengan dewan sekolah.

Saiful menghela nafas panjang.

"Bu, ayah. Abang dah sedia," kata Saiful dalam hatinya, mengambil semangat daripada arwah ibu dan ayahnya.

"Bismillah..."

Saiful keluar dari keretanya lalu melangkah menuju ke Dewan Bitara untuk menantikan pengumuman keputusan SPM...

***********

"Haha, aku takleh bla la dekat si Khai tu," kata Akram sambil tertawa-tawa.

"Kenapa..?" soal Saiful.

"Yela, dia kan dapat pelajar terbaik SPM kot time tu," balas Akram.

"Haha. Cuma tulah, dia mana ada masa tu. Dia kan dapat dah tawaran sambung kat luar negara and dia dah gi sana dah pon." kata Saiful.

"Hmmm... Wei jom la pi kelas, rasanya dah nak start dah ni," ajak Akram sewaktu melihat waktu kuliah mereka akan bermula sebentar lagi. Takut teralit la da dalam bernostalgia bersama Saiful.

"Hm, jom la kita. Nanti tak pasai menadah telinga kat lecturer," kata Saiful lalu mengemaskan begnya dan terus meninggalkan bilik mereka diikuti Akram.

"JOM!!"

***********

"Hey, Khai. Did you have submitted the assignment which we had gotten in a few days ago?" soal Harry, sahabat Khai ketika mana dia menumpang sebilik bersama Harry di kampus.

"Almost done, bro. How about you?" soal Khai pula kada Harry.

"I've burn the midnight oil to done it. Didn't you know that Mr. Sam want it tonight?" Harry memperingatkan Khai tentang deadline untuk assignment mereka.

"Okay, then bro. Insha Allah. I will done it up after I do my prayer," kata Khai sambil melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat Zuhur.

Sewaktu Harry melihatkan langkah Khai, sedang dia berasa terbeban dan...

"Hey, Khai. May... May I ask you something?" Harry seakan serius, puas dia melepaskan lelah yang membebaninya selama dia berkawan dengan Khai.

Langkah Khai terhenti.

"What is it, Harry?" kata Khai sambil menoleh ke arah Harry.

"I...errr...Can you..."

***********

"Harry, how're you. Did you want to fasting with me today. Today is Monday and it's beneficial to fasting as it has it's own speciality, ya know..."

"Harry, let me do my prayer first. After that, we can go play together out there, okay..."

"Harry..."

Sudah berkali-kali Harry didedahkan dengan jiwa seorang muslim si Khairul semenjak mereka di semester pertama lagi.

Harry pada awalnya hanya membiarkan, tetapi entah mengapa pabila jiwa itu dia hayati sebaiknya.

Ya, Harry sudah kian tergoda dengan imej Islam. Sehinggakan dia ingin sahaja ikuti apa yang dilakukan Khai terutamanya berpuasa sunat.

Semenjak itu, tersimpan niatnya untuk menjadi seorang Islam dan menjalani sendiri gaya hidup sebagai seorang muslim diselitkan dengan jiwa mukmin dan muhsin. Selalu dikatakan,
'Adanya Islam itu atas paksi Iman dan juga Ihsan.'

***********

"Fuh, habis sudah beban aku," keluh Saiful seraya mendaratkan tubuhnya ke atas katil setelah dia masuk ke dalam biliknya.

"Halah halah kau ni... Biasa lah Saiful oi, haha. Kita dalam menuntut ilmu ni, memang kita kena tempuh cabaran-cabaran yang berduri, yang mungkin sakit untuk kita rasai. Tapi kita sendiri yang akan nampak kesannya satu hari nanti. Percayalah kata aku," pesan Akram yang kebetulan turut memasuki bilik selepas Saiful lalu terus ke meja belajarnya.

"Hehe. Betul jugak tu," akur Saiful sambil tergelak kecil.

Kadang, memang dalam berilmu, kita perlukan sabar dan usaha yang tinggi dalam menempuh sehingga kita berjaya. Tetapi, andainya kita berjaya tanpa sabar dan usaha. Berwaspadalah, istidraj jadinya. Murka Tuhan buat hambaNya.
Jaga.

"Bila engkau tak tahan dengan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan."
(Imam as-Syafi'ie)

"Er.., Kram aku nak tanya kau something, boleh tak..?"

Dalam tidak semena-mena, Saiful menoleh ke arah Akram dan seolah melepaskan satu beban dalam hatinya.

"Huh. Apadia, Pul?" Akram tertoleh menghadap Saiful, ingin mengetahui apa yang ingin ditanya temannya itu.

"Aku rasa.., aku..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience