PROLOG

Young Adult Completed 1954

"Oleh itu, ingin saya pesan kepada semua jemaah termasuklah diri saya sendiri, agar marilah kita bersama-sama berusaha dalam memperbaiki diri kita untuk menjadi insan yang lebih baik dalam kehidupan seharian kita...," puas Saiful mengakhiri tazkirahnya dengan kata-kata seruan agar para jemaah dalam Musolla al-Itqaan mampu berusaha untuk menjadi yang lebih baik sepertimana yang Baginda SAW pernah bersabda, bahawa sesiapa yang sedemikian(menjadi lebih baik dari sebelumnya), pasti tergolong bersama golongan yang beruntung. (HR Bukhari dan Muslim).

Sebenarnya, pada setiap malam, ketika adanya regangan waktu solat Maghrib dan Isyak, pasti akan ada acara majlis ilmu setelah usai bacaan al-Qur'an dan sekiranya sempat setelah membaca al-Kahfi pada malam Jumaat. Acara ini diuruskan oleh badan keagamaan sekolah atau lebih dikenali sebagai Badan Dakwah dan Rohani atau BADAR. Tetapi ada juga waktu yang dikhususkan untuk ceramah-ceramah daripada ustaz ustazah mahupun alumni-alumni BADAR atau pelajar sekolah.

"Dengan itu, saya rasa setakat ini sahaja dan saya akhiri majlis ini dengan wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum wbt," ucap Saiful lalu menutupkan tirai majlis dengan tasbih kaffarah dan Surah al-'Asr.

"Baiklah, kepada jemaah yang terbatal wuduk, bolehlah diizinkan untuk memperbaharui wuduk anda dan masuk semula ke dalam surau untuk menantikan solat jemaah Isyak," pesan Hazmi Alias, selaku pengerusi majlis ilmu pada malam itu. Hampir semua jemaah akur lalu sebahagian jemaah keluar dari musolla untuk memperbaharui wuduk mereka.

Setelah 5 minit...

"Tit tit... tit tit... tit tit..."

"Oh, masuk dah," kata Afkari lalu dia bangkit dan mengatur langkah ke tempat azan untuk melaungkan azan Isyak.

"Allahuakbar Allahuakbar..."

"Allahuakbarullahuakbar..."

***********

"Assalamualaikumwarahmatullah,
assalamualaikumwarahmatullah..."

Solat jemaah Isyak yang dipimpini Saiful sudah pun selesai. Selepas bacaan doa, semua pelajar terus melakukan kerja mereka sendiri sepanjang kelas persediaan malam.

Dalam Saiful sedang melangkah keluar...

"Perghhh...! Padu la abang pengerusi BADAR kita ni," sapa Khairul dari belakang.

"Eh, kau ni. Terkejut aku. Nasib aku tak terkedepan ke apa, ha...!" kata Saiful sambil mengurut dadanya.

"Sorry... Ampun tuanku. Patik tidak sengaja," kata Khai sambil mengusap belakang Saiful.

"Hmm. Anyway, aku rasa kau lagi padu daripada aku. Hehe," giliran Saiful pula untuk memperli Khai. Biasalah bak kata orang,
'Teman sejawat dan seerat belangkas.' Gituuuuu.

Khai kelihatan sipu. Saiful tersenyum sengih dan berpaling.

Ketika mereka berada di lorong laluan pelajar di asrama, sempat mereka ambil beg mereka dan berlangkah menuju ke kelas.

"Wei, Khai."

"Ye, kenapa...?" hairan Khai

"Kau rasa, kita ada homework tak?" soal Saiful.

"Aku rasa takde, kalau ada pun, kita dah siapkan kan yang BM yang cikgu bagi?Aku rasa esok cikgu bukan nak check ke apa tak silap? Mungkin, nak buat test untuk SPM kita nanti," terang Khai.

"Oh, okay then."

Dalam mereka melangkah ke kelas, mereka terus ke tempat mereka untuk bersembang kosong, 'kononnya'.

"Wei, Pul. Aku nak tanya, macam mana kau boleh minat kat bab-bab agama ni, eh? Aku tengok, kau suka dok buat tu, dok buat ni. And, macam mana kau boleh pegang BADAR ni sampaikan kau boleh dapat jawatan pengerusi ni?" soal Khai. Termain-main juga soalan itu difikirannya sejak dua menjak ni.

Saiful cuba bertenang seakan soalan itu menusuk jenaknya secara tiba-tiba. Dia cuba mengusap2 dagunya sambil berfikir, cuba mengingati semula sejarah hidupnya yang berkait dengan soalan Khai.

"Huh, Macam ni ceritanya..."

***********

3 tahun yang lalu...

"Terima kasih diucapkan kepada Nazri atas penyampaian tazkirahnya sebentar tadi," ucap Amrin selaku pengerusi majlis ilmu pada malam itu di Musolla al-Itqaan.

Keadaan ketika itu hening seketika...

'Haaa..! kenapa semua dok usha aku semacam je ni...?' hairan Saiful.

"Saiful. Tooolloongg...," rayu Azri yang berada dihadapan Saiful.

Kebiasaannya, Saiful sering melepak di kawasan tempat imam ketika majlis ilmu mahupun bacaan Quran dan Yasiin bersama ahli-ahli BADAR yang terdiri daripada abang-abang seniornya.

"Errr..." Saiful mula cemas.

"Bolehla, Saiful. 25 minit lagi ni...," kata Nazri pula.

'Gulp...!'

Saiful masih mula dibimbangi keraguan.

Maklumlah, budak tingkatan 2. Masih kecil dan masih berusaha untuk mendalami dunia sekolah menengah.

Saiful ketika itu, masih berpenampilan kebudakan, tetapi matang dengan perbuatan. Segala apa yang dilakukan, hanya atas kehendaknya sendiri dan tanpa suruhan sesiapa pun.

Dan mihrab itulah, tempat dia sering duduk bersama abang-abang seniornya.

"Please, Saiful please... Kami takdak orang nak naik dah ni. Isyak pun lama lagi nak masuk..." terang Azri.

Saiful cuba memerhati sekeliling dan seakan semua seniornya mengangguk tanda memberi sokongan untuk menjemputnya naik bertazkirah.

"Kejap ye bang."

"Haha. That's ma boy. Ini yang kita mau," puji Amrin.

Saiful mengambil sebuah buku mengenai Nabi Muhammad saw, mencari tentang isi yang sesuai sepertimana seorang yang ingin menarik perhatian ketika berdakwah apatah orang yang ingin memulakan langkah dalam berdakwah.

Mata Saiful mula tertangkap akan satu topik yang seolah menarik pandangannya.

'Ciri-ciri Nabi Muhammad SAW.'

"Dah, Saiful?" tanya Azri.

Saiful cuba menghela....

"Hmmm... Dah bang," Dia mengangguk.

"Ha, nah. Relax relax je eh..."

"Fuhhh... Bismillah..." ucap Saiful sambil mengangguk lalu menerima mikrofon daripada Amrin dan dia mulakan tazkirahnya dengan bismilllah dan doa-doa ringkas yang dia tahu, sebagai pembuka bicara.

Semenjak dari malam itu, bermulalah pengembaraan dakwah Saiful di sekolah.

Apabila dakwahnya itu sudah mencapai kali yang ketiga keempat, dalam dirinya mula tertanam satu sifat cinta akan belajar dan mendalami ilmu agama.

Kadang dalam dia bertazkirah, ada kala caranya seronok, ada kala caranya 'sunyi' saja, ada kala bising dan bermacam-macam keadaan lagi.

"Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama."
(HR BUKHARI MUSLIM)

***********

"Oh... Begitu...."

"Untuk pengetahuan kau, Aku dapat jawatan ni pun sebab Ustazah Halilah pilih. Calon pilihan la nak katakan. Hehehe," terang Saiful.

"Oohh..., I see..." Khai semakin faham.

"Dah, macam mana kau boleh dapat jawatan ni?" giliran Saiful pula bertanya soalan yang sama.

"Oohh. Aku? Ustaz Harun yang lantik aku. Hahaha. Yelah, anak harapan la katakan," kata Khai.

"Macam tu pulak? Hahaha!"

Terhibur seketika dua hamba Tuhan itu. Sungguh, nikmatnya satu nilai persahabatan itu yang diredai dan diberkati Tuhan Yang Maha Pengasih.

Dalam mereka leka berborak...

"Eh, dah pukul berapa ni? Hah, 10.30 dah! Kejapnya masa..!" kata Saiful seraya melihat waktu di jam tangannya. Hairan dengan masa yang kian memotongi mereka berdua dengan percikan-percikan detik saat yang menghasilkan dua sambaran api.

Seperti yang dikatakan baginda SAW sendiri,

"Tidak akan berlaku Kiamat sehingga waktu terasa begitu pantas, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu sambaran api."
(HR TIRMIDZI)

"Ha, jom la. Kita pi supper," ajak Khai.

"Bereh, jom!" sahut Saiful.

Mereka terus bangun dan berlangkah ke dewan makan untuk mengambil supper. Kemudiannya, seperti kebiasaan, mereka akan terus ke bilik siar raya bagi bacaan al-Mulk dimana amalan ini sering dibiasakan oleh setiap pelajar di sekolah-sekolah SBP(Sekolah Berasrama Penuh) dan sekolah-sekolah berasrama yang lain

بسم اللّٰه الرحمن الرحيم Terimalah hasil karya saya yang pertama ini, Dai Terakhir. sudi sudilah untuk membacanya, sekiranya ada kecacatan/kekurangan. mohon diberitahu ye :) Terima kasih

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience