RACUN

Young Adult Completed 1954

Beberapa minggu kemudian...

"Assalamualaikum...Aziah, oh Aziah," sapa Suraya.

"Waalaikumsalam. Ha, kenapa pulak nih?"

"Saje kacau kau. Takleh ke..," acah Suraya.

"Tanye je, aku tak kata pun salah" Aziah mencebik.

"Err, Aziah. Kau tahu tak sekarang bulan apa?"

"Syaaban, kan? And, hari ni hari nisfu Syaaban. Kenapa?" hairan Aziah dengan soalan terkejut Suraya.

"Puasa tak lama lagi kan. So, apa persediaan kau?"

"Macam biasa. Puasa sunat, Qiamullail apa semua tu. Lagipun hari ni aku puasa, kebetulan jatuh hari Khamis and sekali kira puasa putih jugak," terang Aziah.

Suraya mengangguk faham.

"Ha, dah kau tiba-tiba tanya aku ni kenapa? Kau pun dok puasa ke apa..?"

"Aipp!! Macam dah lupa, kita baru sahur pagi tadi. Eh, kau ni. Buat-buat lupa ke ape?" Suraya terjongket kening.

"Hmm... Saje testing kau..," cover Aziah.

Suraya tergelak kecil.

Alangkah indahnya satu persahabatan yang dihiasi ikhlas dan kasih sesama sahabat. Sungguh, tiada tandingnya dengan rakan mahupun kawan. Istilahnya bahkan, lebih jauh dari yang disangkakan.

***********

"Err... Assalamualaikum, Harry. Are you alright?"

"Waalaikumsalam. Alhamdulillah, I'm just as usual as you seen now, Khai," balas Harry. Dia ketika itu masih dalam tenang dan menyiapkan assignment seperti biasa meski Khai sering berasa risau dengannya.

Apakan daya, andai seorang anak yang baru bertatih langkah untuk menerokai Islam secara sendirian tanpa bimbingan dari keluarga sendiri. Hanya teman yang menjadi harapan, menerangi jalannya menuju sang kebenaran.

Khai hanya terdiam dan melangkah pergi meninggalkan Harry.

***********

"Dengan yang demikian, korang janganlah dok ambil remeh dengan istilah 'tidak tahu', 'entah' dan yang sewaktu dengannya. Sebabnya, seperti yang saya katakan tadi, banyak imam katakan itu adalah satu ilmu," pesan Harris kepada jemaah Musolla al-Itqaan.

Tidak tahu, itulah 'musuh' kita. Kerana dengan perkataan ini, pasti kita menyangkakan seseorang itu bodoh dengan sesuatu. Hakikatnya, sehina-hina perkataan itu jugalah merupakan satu ilmu pengetahuan seperti yang dikatakan oleh imam-imam besar dan antaranya..,

"Tidak tahu juga sebahagian dari ilmu."
-Imam al-Ghazali-

Asy-Sya'bi berkata;

"Laa adri(Aku tidak tahu) adalah setengah ilmu. Barangsiapa berdiam diri dimana yang tidak diketahuinya kerana Allah Ta'ala, maka tidaklah kurang pahalanya daripada orang yang berkata-kata. Kerana mengaku jahil (bodoh) adalah berat bagi jiwa."

Bahkan baginda SAW sendiri dalam satu hadis;

"Ilmu itu tiga; kitab yang berbicara, sunnah yang berdiri tegak, dan Laa adri (saya tidak tahu)."
[HR Abu Daud dan Ibnu Majah, dari Abdullah ibnu Umar. Hadits marfu']

***********

Usai sahaja Harris menutup katanya,

"Wei, Harris. Ada orang dok tunggu kau," sapa Azman ketika mendekatinya di tempat imam.

"Siapa, mana?" hairan Harris

"Tu. Sana tu."

Tuding Azman ke arah pintu masuk musolla.

"Aizat..."

Azman tanpa lengah, berlangkah pergi meninggalkan Harris. Ketika dia sedang melangkah keluar, dia memandang Aizat dan menoleh kepalanya untuk menyuruh Aizat masuk ke dalam sekiranya dia ingin berjumpa dengan Harris.

Aizat akur dan berterima kasih dengan Azman.

Azman tersenyum lalu terus melangkah pergi ke dewan makan untuk mengambil supper.

Aizat mula mengatur langkah masuk dan menuju ke arah Harris. Perlahan diiringi rasa sendu.

"Aizat, Uh."

"Ris, maafkan aku Ris..." Ucap Aizat sewaktu memeluk tubuh Harris.

"Ke... kenapa nih?" Hairan Harris.

"Aku, dah melampau Ris. Aku... dah melampau..."

Harris terbeliak.

"Ma... maksud kau?"

"Haura, dia..."

"A, apa yang kau dah buat dengan dia. Haa Aizat!?" Harris mula menggoncang-goncang tubuh Aizat.

"Aku..."

***********

Beberapa bulan lalu...

"Awak.., boleh tak temankan saya pergi sana. Saya nak pergi shopping la. Beli barang sikit," ajak Haura sambil menuding ke arah sebuah pasar raya di hadapan mereka.

Aizat mengangkat kening kehairanan.

"Ala, takyah la. Awak boleh je beli barang tu dengan parents awak, kan?"
Haura sedikit kecewa.

"Awak, tolonglah. Jomla..," rayu Haura.

Puas Aizat dipujuk rayuan 'kekasihnya' itu,

"Ha, yelah. Jom," Dia akur jua. Tewas dengan 'kehebatan' seorang perempuan.

"Yeay!!! Thank you awak. Sayang awak, Love you," Haura girang keseronokan.

"Hm, Love you too, yang," balas Aizat lalu terus pergi ke pasar raya itu.

***********

Setelah mereka puas bershopping, Aizat dan Haura pun melangkah pulang.

Tetapi, dalam perjalanan pulang...

"Awak, kita kat mana ni?" soal Haura dengan hairan pabila dia dan Aizat berada di sebuah lorong yang begitu gelap.

"Nak balik la. Nak pergi mana lagi," jawab Aizat. Cuba menenangkan Haura.

Dalam Haura sedang melilau, memerhati sekeliling. Aizat sekadar memerhati sahaja gelagat mereka. Dalam hatinya, puas melayan nafsu dan syaitan.

'Wei, kau tengok la awek kau tu. Tak pernah rasa nak sentuh dia ke?'

'Uish, kalau kau dapat sentuh-sentuh dia. Pegang-pegang dia, mesti puas hati kau. Serius, aku jamin.'

'Wei, Aizat. Pi la pegang dia. Tak pun berasmara la puas-puas. Timing kau dah elok dah ni.'

'Kau jangan risau, takde orang akan nampak kau. Aku jamin, kau takkan kantoi punye,' nafsu Aizat masih terus menghasut Aizat dalam diam mungkin sejak mereka ralit bershopping.

Aizat terdiam bisu. Cuba jua dia mencari saat dalam menuruti hawa nafsu syaitan yang terus menghasutnya. Tiba-tiba,

"Eh, siapa yang sentuh saya ni? Awak ke Aizat?"

Tiada balasan.

"Eh, Aizat. Betul-betul la. Awak ke?" hairan Haura seraya menepis pegangan Aizat.

Kesunyian membalas soalan Haura.

Setelah puas bersoal resah, 'masanya' sudah tiba.

"Sekali ni je wak."

"Awak, jangan wak. Aizat, jangan buat macam ni. Awak. Saya cakap jangan. Jangan awak , JANGAN!!!!!!!!!!!!"

***********

"Sejak hari tu, kami jarang bercontact dah. Sampaikan, kami dah tak macam dulu. Hinggakan...

"PANG!!!!!"

Terdiam Aizat seketika pabila terkenangkan tamparan hangat Encik Zahid kepadanya.

"Aizat... kau okay ke?" sapa Harris.

"Aku... dah 'kena' dengan ayah dia bila dah tahu yang, anak dia dah disahkan mengandung." Aizat tertunduk resah

Harris terangguk faham. Dia cuba mengambil nafas.

"Zat, sekarang kau tengok. Lidah kita ni tidaklah bertulang. Tak bermakna 'dia' takda kuasa.

Cuma mengalun santai, mengarang kata-kata ikut tuannya semata. Kadang ada yang baik, ada yang buruk. Nafsu, dia yang bagi kau semua 'keseronokan' sampaikan kau sedia nak gunakan lidah kau tu untuk jadi 'pasport' kau dalam buat benda terhina tu. Peneman dia, pasti akan mencari waktu yang sesuai untuk jatuhkan korang terutamanya dalam apa yang korang dah buat," terang Harris.

Sungguh, senjata yang 'membela' tuannya bukanlah seperti kerasnya sang tulang tetapi sekadar selembut tisu. Tetapi kuasanya itu, lebih GAH daripada kerasnya tulang ber'besi' itu. Bahkan, baginda sendiri begitu takut dengan racun manusia itu. Ya, L.I.D.A.H. Itulah dia. Ketahuilah, ronggaan yang hanya mampu berombak ini hanyalah lembut tetapi ketajamannya itu bak tikaman pisau yang beracun bilahnya.

Daripada Sahl bin Sa'ad dia berkata, Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam bersabda;

"Barangsiapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara kedua rahangnya(Lidah) dan apa yang ada di antara kedua kakinya(Kemaluan) maka aku menjamin untuknya Syurga." (Riwayat Al-Bukhari, dan tidak ditemui dalam sahih Muslim)

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, daripada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam Baginda bersabda;

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

"Aku, aku faham Ris. Maafkan aku, aku silap."

"Benda dah jadi, zat. Dah takleh nak buat apa dah. Kita bukan sesiapa, cumalah hamba yang hina."

Aizat tertunduk, menangis lalu memeluk tubuh Harris dengan esakan kekesalan. Harris sekadar membalas pelukan.

Kadang, kesalan itu masih berguna jika masih ada yang menerima. Kadang hanyalah sia-sia sahaja jika sebaliknya.

Hadam dan renungi...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience