SEMULA

Young Adult Completed 1954

Perjalanan aktiviti pada malam hujung minggu di Musolla al-Itqaan begitu lancar sesudah solat Maghrib berjemaah sehinggalah solat Isyak berjemaah usai dilakukan.
Setelah itu, semua pelajar perlu menunggu untuk aktiviti usrah.

"Abang Saiful, abang dah ready ke?" soal Harris.

"Dah."

Selepas mendengar jawapan Saiful, Harris terus membuka majlis dan menjemput Saiful. Dia terus menghulurkan mikrofon kepada Saiful lalu Saiful bingkas bangun dan duduk di atas kerusi untuk mulakan usrahnya.

***********

"Harry, are you okay?" sapa Khai seraya bertanyakan Harry yang masih berpeluk lututnya akibat menangis.

Harry mendongak. Kelihatan matanya membengkak akibat menangis terlalu lama selepas peristiwa 'hitam'nya.

Khai berasa kesian terhadap sahabatnya itu.

Apakan daya, inilah ujian terberat yang pasti dialami oleh setiap insan yang bergelar muallaf. Ujian dari keluarga sendirilah yang paling berat untuk mereka pikul.

"How... how did they know about my conversion to Islam?" Harry buntu.
Khai terdiam. Tunduk seketika.

"Harry, you have to know. Your parents especially your mother have a strong instinct, maybe. Sometimes, their instinct will be true. That's just based on my opinion," terang Khai sambil berdengus perlahan.

Harry tiba-tiba teringatkan sesuatu.

"Alice..."

"Huh..?"

"She... I think that she's who had done this," Harry mengagak.

"Who is it, Harry. Who?"

"Alice...my stepsister,"

"What do you mean about her?"

Harry mengambil nafas lalu menceritakan semula tentang kisah keseluruhan berdasarkan penglihatannya, terutama ketika dia ada melihat Alice sedang tersenyum melihatnya dari dalam rumah. Seolah mengetahui tentang keislamannya.

Khai melopong terkejut.

***********

"So, kau macam mana sekarang jadi KB (Ketua Badar) sekolah tahun ni?" Soal Saiful kepada Harris.

"Alhamduillah, bang. Agak challenging gak la," jawab Harris. Tersipu-sipu.

Saiful seperti ketahuan. Sudah tahu apa yang akan direspondkan Harris kerana, itulah jawapan yang sering diungkapkan oleh semua yang memegang amanah sebagai pemimpin badan agama disekolah.

"Er... bang,"

"Hmm...

"Saya nak tanya... abang dah biasa ke kena situasi yang macam..."

***********

Suatu hari, ketika Harris sedang berjalan di kaki lima sekolah..,

"Hoi ketua BADAR!!! Kau jangan dok berlagak alim sangat boleh tak, ha? Aku rimas tau tak dengan cara kau tu!" tengking Husna.

Harris yang ketika itu sedang khusyuk mengulang kaji, terganggu dek gangguan Husna. Dia hanya endahkan dan terus 'berlakon' seolah Husna tiada.

"WOI...! Pekak ke kau ni, ha..!? Aku tengah cakap dekat kau ni..,"

Harris masih diam. Tangannya digenggam kuat.

'Ya Allah, berikanlah aku kekutan..,' gusar dirinya ketika sedang menahan baran.

***********

"Woi, Alim. Kau janganla dok buat-buat pandai agama sangat acah ulamak wali Allah bagai... Kau tu tetap jadi bodoh jugak. Wei, kau ingat kau tu maksum dah ke? Aku rasa..,"

"Helo, Wali Songo. Apa khabar kau eh? Aku rasa kau memang sah-sah masuk syurga, kan? Oh, yelah. Aku ni bukannya siapa-siapa..,"

Terbayang di minda Harris akan kata-kata racun dari Husna sepanjang hidupnya. Tika itu, dia hanya membalas dengan diam dan endahi perbuatan manusia yang digelarnya, seorang 'pengkid' itu.

"HARRIS AKMAR BIN..."

"KAU NAK APA HA.!!!!!" Harris mula menampakkan baran seraya terbangun dari duduknya

"Wah... Abang kita nak marah dah la... Garangnye... Takut titew," Husna mula memerli dalam cara menganjing Harris terhadap balasan yang diberikan.

Harris tekap bibirnya. Kelihatan tangannya digenggam erat, sakit hatinya dipanah libasan racun perlian seorang 'perempuan'.

Husna masih mengomel perli.

"DUM!!"

"WOI, SYAITAN!!!"'

"Ha, apadia.? Aku tak dengar. Ha, Syaitan? Oh, kau tu pedia. Malaikat?"

Harris mula berledak diri.

"KAU... DIAM!!!"

Tengking Harris seraya menumbuk pintu kelas seseorang.

Semua pelajar di dalam kelas terdiam.

Husna terdiam.

"KAU NI...MEMANG TAKDE MALU KE HAAA!!! WOHOHOHO... KAU MEMANG PUAS SANGAT DAH KAN, BILA DOK PERLI AKU MACAM NI MACAM TU. KAU INGAT AKU DAH LUPA, HA! KAU KATA KAU TU DAH MAHAL.. KAU RASA KAU MAHAL SANGAT KE, HA!!? KAU FIKIR LA DIRI KAU TU!! AURAT DOK SYOK KAU MENAYANG, DOK BIAR MACAM TU JA!!! MACAM KAU TU BARANG KE BENDA APA!? KALAU KAU NAK ORANG SAYANG KAU PUN, KAU ADA TERIMA KA!!?" Harris seolah-olah mula menunjukkan tanda dirinya sudah 'dirasuki' iblis.

"KAU INGAT NI, HUSNA AMIRAH!! KALAU KAU RASA KAU DAH RASA YANG KAU TU MURAH SANGAT.., KAU TAYANGLAH MARUAH KAU TU. TAYANGLAH PUAS-PUAS. BIAR. BIARLAH SAMPAI TAKDE SEURAT BENANG PUN DARIPADA BADAN KAU!!!"

Sewaktu Harris sedang 'memaki' Husna sambil menuding ke arahnya, Harris terus melangkah pergi dari situ dengan laju. Husna kehairanan.

***********

"Huh, aku dah kena sekali benda yang macam ni. cuma scene kau dengan aku lain, Ris," kata Saiful.

"Ohh..," Harris terangguk-angguk.

"Ha, dah la kot. Lewat dah ni. 10.30 dah an?"

"Ye bang,"

"Aku rasa nak balik dulu. Kalau kau ada nak sembang apa-apa dengan aku. Ni number aku," Saiful menghulurkan kad nombor telefonnya kepada Harris.

"Baik bang. Insya-Allah."

"K, aku balik lu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam..."

Mereka sempat bersalaman sebelum berpisah.

***********

"Hoi, KB. Apa yang kau dok buat ha!!?" jerit Anisah dari belakang Harris.Harris mendiamkan diri.

'Aku tau la kau benci dengan aku. Tapi, tak perlu la sampai nak herdik aku sampai gini,' ngomel Harris.

"Oi... Dengar tak..?" Anisah mula meninggi dan terus menembakkan lidahnya kepada Harris. Harris mula menunduk. Cuba menahan baran. Tiba-tiba...

"WOI, CELAKA!!!"

"Ha, kenapa pulak tu.? Dah naik angin sangat ke? Celaka kau cakap? Kau ingat, kau tu mulia dah la tu? Hampeh la kau-"

"KAU DAH KENAPA, HAA!! KAU NAK APA LAGI!! AKU TAU LA KAU BENCI AKU PUN. KENAPA, KAU INGAT DENGAN PENAMPILAN KAU TU, DAH DIKIRA MAHAL SANGAT DAH KE..?? AKU RASA TAK PUN."

Anisah terdiam. Sentak hatinya apabila terkena bisa Harris yang membuatkan dia teringat akan katanya terhadap Harris dahulu.

"KAU DENGAR NI, ANISAH HUMAIRA. KALAU KAU MEMANG BENCI DENGAN AKU, FINE. AKU TAK KESAH PON DENGAN KAU. AKU OKAY. TAPI, AKU CUMA NAK TENGOK KAU, KALAU KAU BETUL-BETUL SAYANGKAN KAWAN-KAWAN KAU SEMUA. KENAPA AKU NAMPAK DIORANG TU TAK SEPENAMPILAN MACAM KAU. TAKKAN LA KAU NAK MASUK SYURGA SORANG-SORANG JE KAN. HAHAHA. SO, KALAU KAU MASIH SAYANGKAN DIORANG, AKU NAK DIORANG TU JADI MACAM KAU," perli Harris kepada Anisah dengan pandangan tajam lalu berlalu meninggalkan Anisah dengan tanda tanya.

Kadang, kita melakukan kebaikan untuk diri sendiri sahaja. Meski ada rakan yang tidak seperti kita. Padahal, Islam sendiri menggariskan perkara ini kepada 2 bahagian, berbuat baik dan mengajak kepada orang lain, dan berbuat baik untuk diri sendiri. Cuma, kadang usaha sudah dibanting tulang empat kerat untuk cuba membetulkan orang yang kita kasihi, tetapi...

"Aku... aku dah cuba..," terasa Anisah sambil tertunduk, disambut air mata seolah sendu dengan 'kejahilan' dirinya sebagai seorang TEMAN.

***********

"Hmmm... benda ni jeke? Besa la, Ris. Bila hati dah dicelupkan rasa benci, habis semua benda main lepas je. Perasaan kita dah tak buat hirau dah," kata Saiful.

"Betul, bang,"

"Cumanya, betul juga. Sahabat ni bagi aku la kan, memang SEPATUTNYA la. Kena juga la ajak sahabat diorang untuk buat benda baik. Lagi elok, cuba buat macam dia tu. Maksud aku, ikut jejak kebaikan yang dia buat. Yang penting, IKHLAS kerana Allah. Tengokla nabi, dia pun selalu ajak bahkan suruh sahabat-sahabat baginda buat apa yang dia buat," terang Saiful.

"Hmm. Faham, bang," kata Harris dalam mengakui kata Saiful.

"Ha. K, la. Aku nak tidur dah ni. Ada 'kerja' pulak yang aku kena buat esok."

"Baik, bang. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam..."

Harris menghantar emoji tersenyum

Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Biarkanlah aku dengan apa yang aku tinggalkan kepada kamu semua. Sesungguhnya telah binasa orang yang sebelum kamu tidak lain kerana banyak persoalan dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka. Maka apabila aku melarang kamu daripada sesuatu urusan, jauhilah ia dan apabila aku memerintahkan kamu dengan suatu urusan, lakukanlah sekadar yang termampu."
(Hadith riwayat al-Bukhari)

Daripada Ibnu Abbas RA, beliau berkata, "Rasulullah SAW ditanya, 'Siapakah orang terbaik?' Baginda menjawab, 'Yang paling bermanfaat bagi sesama manusia."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience