KEMBALI

Young Adult Completed 1954

"Assalamualaikum, ustaz," Saiful menyapa Ustaz Zahirul di telefon.

"Waalaikumsalam... Ye, kenapa Saiful?" balas Ustaz Zahirul.

"Ustaz, saya nak minta tolong nih. Macam ni ustaz. Ustaz ada kenal tak Khairul, Khairul Aswad?" tanya Saiful.

"Ye, kenapa? Dia kawan setingkatan dengan kamu, kan?"

"Ye, ustaz. Dia sebenarnya baru je call saya tadi. Dia sebenarnya ada sorang kawan sebilik dekat kampus dia tu, Harry nama dia. Harry ni sebenarnya..."

***********

"Hmm... macam tu ye. Kejap, bagi ustaz masa dulu ye," balas Ustaz Zahirul selepas mendengar penjelasan Saiful mengenai Harry yang ingin mendalami lebih lagi tentang Islam.

"Baik ustaz," akur Saiful.

Panggilannya bersama Ustaz Zahirul terhenti seketika.

'Ya Allah, permudahkanlah usaha hambamu dalam mencari redaMu,' doa Saiful dalam hati.

Sesungguhnya, jika takdir menjadikan hati seorang insan terbuka, pasti dia akan mudah dalam memahami dan menerima segala kebaikan, dan segala ilmu agama yang dia redahi bak lautan seperti kata Baginda SAW,

"Seandainya Allah inginkan kebaikan untuk seseorang, maka Dia akan berikan kefahaman untuknya dalam agama"
(HR al-Bukhari dan Muslim).

Hal ini dapat dikaitkan dengan Harry yang kini sedang memulakan langkah mendalami hidayah, dibantu oleh Khai.

"Hey, Khai. What are you starring on?" soal Harry yang kehairanan dengan Khai.

"Err... nothing. Just taking a view out here. Doesn't it beautiful?" balas Khai.

"Err... Hey, Harry. May I know something about you. How did you want to know the info about Islam?" Khai mula bersoal tentang sebab Harry ingin mendalami Islam.

"Err, I... I just want to get out from the blunderness in my life. As I have know you since our fist met, I also getting know about your religion as it's stated as the best religion in the world even it's done axiomatically by the liberals. I have join some activities that relate to your religion. And I've seen the kindness of the Islamic people that they had also done to me. My heart had feeling weird and opened to get the truth of peace which is the main relation to Islam evenmy parents think that the Islam is the terrorists as the tragedy of 9/11, Manhattan," terang Harry.

Khai mendengus dan mula mendekati Harry. Dia terus menepuk bahu Harry seraya.

"Harry, I wish I could help you, Reda or I mean, Gratefulness. I hope that you can be guided by Allah to give you the understanding of Islam... I would also helps you to ease the management for your conversion to Islam, insya-Allah. May Allah ease you," terang Khai.

Kadang, berdakwah lebih memerlukan kesabaran. Kadang lebih tinggi tahap ujian seseorang, pasti akan lebih kuat sang penempuh itu dalam menempuhi onakan berduri dakwah, demi menegakkan kekuatan Islam.

Harry tersenyum. Kelihatan air matanya mula bertakung dan pecah, mengalir ke pipinya. Begitu juga Khai.

Mereka kemudiannya berpelukan disambut tangisan kegembiraan.

"Thanks bro. I... I don't know how to reward you for your kindness," Harry terharu.

"It's okay, Harry," balas Khai sambil menepuk belakang Harry.

"May Allah ease you, brother," pesan Khai

Harry mengangguk sambil mengusap air mata hangat dikelopak matanya.

***********

"Err... Saiful," sapa Ustaz Zahirul.

"Yer, saya."

"Kawan si Khairul tu agama apa, ya?"

"Kristian kalau tak salah saya, kenapa tu ustaz?"

"Hmm... agak payah sikit kalau macam ni. Kalau Allah izinkan dia masuk Islam, nikmat besar jugak ni."

"Betul tu ustaz, saya rasa macam tu jugak," sokong Saiful.

"Hmm... Macam ni la, kamu ada tak number Khai?"

"Er.. Ada, sekejap ye," Saiful tanpa lengah, terus menghantar nombor telefon Khai kepada Ustaz Zahirul.

"Baiklah, terima kasih. Takpe, biar saya uruskan sendiri dengan dia."

"Baik ustaz."

"Okay, ustaz nak off dulu. Nanti kalau ada apa-apa, ustaz roger kamu, Assalamualaikum."

"Okay, ustaz. Waalaikumsalam."

Panggilan ditamatkan.

***********

Dalam hening malam, Saiful sedang seronok menyiapkan assignmentnya yang diberikan oleh pensyarahnya pada pagi tadi.

"Assalamualaikum..," sapa Akram.

"Waalaikumsalam. Eh, tak tidur lagi ka, Kram?" hairan Saiful.

"Baru balik ja ni. Wei Pul, aku ada satu lagu ni nak tunjuk kat kau. Aku rasa memang sesuai dengan kau," kata Akram.

"Apa dia?"

"Kau try la dengar dulu," Akram terus menghulurkan telefonnya lalu menekan butang play untuk memainkan lagu yang disebutnya.

"Dari mata turun ke hati,
Dari niat menjadi bakti,
Walau sebesar mana,
Walau sekecil mana,
Terus berbudi keranaNya...

Kehidupan mengajar kita erti memberi,
Memaafkan diri apa yang dimiliki,
Segala ciptaan Allah yang terindah,
Jasad dan kalbu sentiasa berkorban...

Kita Da'i penyebar inspirasi,
Dengan akhlak terpuji,
Dengan fikrah yang suci,
Kita Da'i bukan ntuk dihargai,
Dengan ikhlas di hati,
Semaraklah kalam Ilahi..."

***********

Sedang Saiful cuba menghayati bait lirik lagu yang dimainkan Akram, dia mula berasa tertarik.

Dia juga mengarah Akram untuk mengulangi lagu itu berkali-kali. Hatinya seolah merasakan bahawa dia sudah menemukan satu 'bantuan' yang tidak dia dugai.

"Ni... lagu apa ni, Kram?" soal Saiful.

"Kita Da'i, penyanyi dia Hazamin, Hafiz Hamidun, kumpulan UNIC, Razin dan Suhaimi Saad, bekas ahli kumpulan Inteam," balas Akram

"Ohh.., best gak lagu ni. Thanks, Kram. Sayang kau!" Saiful hargai bantuan Akram dalam membimbingnya dalam memulakan langkahnya dalam berdakwah.

"Oh. No hal la, Pul!" kata Akram sambil mengangkat keningnya tanda sambutan atas penghargaan Saiful.

"Kejap, kau ambik mana lagu ni?" Saiful mula memikirkan bagaimana Akram mendapatkan lagu yang didengarinya tadi.

"Adalah, rahsia. Hehe," Akram seolah membuat mengebal diri.

"Amboiiii, berahsia-rahsia pulak eh...," perli Saiful sambil memukul-mukul Akram.

"Hmm, Anyway, thanks bro. JazakAllah ukhairan kashiran, saudaraku sedunia akhirat."

Akram menunjukkan thumbs up kepada Saiful.

"K, la. Ana nak pergi tidur dulu, Assalamualaikum," Akram meminta untuk mengundur diri sambil membuat sapaan orang Arab dahulu kala (mencium tangan yang terkuncup sambil menitik-nitik di badan)

"Waalaikumsalam, ya akhiku. Selamat malam," Saiful membalas sapaan Akram.

Mereka kemudiannya berjabat tangan lalu berpisah.

Saiful dengus kelegaan apabila Akram sangat ikhlas untuk menolongnya bagi memulakan semula langkahnya untuk berdakwah.

Selain Khai, Akram juga biasa orangnya. Tingginya biasa dan rupanya tidaklah terlalu tampan dan tidaklah terlalu hodoh dan kulitnya sawo matang seperti kita. Kayanya tidaklah seperti Dato'-dato'. Sederha saja.

Khai? Dia seorang yang kaya, tetapi keluarganya seimbang dari kekayaan dunia dan agama. Oleh sebab itu, Khai bukannya kaki perempuan meski dia memiliki paras rupa yang tampan juga mahupun seorang kaki boros walaupun ayahnya sering memberikan wang saku untuknya tetapi dia tetap mencari sedikit rezeki dengan menolong jiran, kawan-kawannya berniaga atau bekerja di mana-mana tempat.

Syukur Saiful mendapat kawan-kawan sebegitu yang baginya ialah Sahabat Dunia dan Akhiratnya.

Rasulullah SAW bermaksud:
"Orang Mukmin bagi orang Mukmin yang lain itu laksana satu binaan, yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain."
(HR al-Bukhari dan Muslim)

***********

5.30 pagi, keesokan hari...

Saiful ketika itu sudah selesai mandi dan kelihatan Akram masih tidur di katilnya.

"Eh, Kram tak jaga lagi kah? Nak Subuh dah ni," hairan Saiful.

Dia terus melangkah ke arah Akram untuk mengejutkannya.

"Kram, oh Kram... Bangun..," Saiful semakin hairan

"Eh, selalunya dia bangun ja. Kenapa kali ni tak pulak?"

Saiful terus mengejut Akram.

Dia masih bersangka Akram pasti mampu terjaga kerana hatinya mengatakan dia sebenarnya sudah 'pergi'.

"Hah... Nafas takda..! Takdak pun kembang kecut... Takkan la," beliak mata Saiful.

Tiba-tiba Tubuh Akram semakin lemau.

"HAH, AKRAAMM!!!!"

***********

Saiful terus bergegas keluar menuju ke bilik Cik Yasier, salah seorang pensyarah di universitinya.

"TOK TOK TOK TOK TOK!!!"

"Kreekk..."

"Oh, kamu Saiful. Kenapa ni?" soal Encik Yasier setelah membuka pintu bilik setelah puas Saiful mengetuk untuk memanggilnya.

"A... assalamualaikum... En... Encik Yasier," sapa Saiful dalam keadaan kehilangan nafas dan dibalas Encik Yasier.

"Napa ni, Saiful?" hairan Encik Yasier.

"Ma... macam ni cerita dia..."

***********

"Kamu.., kamu biar betul, Saiful..?" Soal Encik Yasier.

Kelihatan wajah Encik Yasier terbeliak sejurus Saiful mengkhabarkan kematian Akram.

Saiful mengangguk.

"Kalau Encik Yasier tak percaya, Encik Yasier boleh ikut saya," ajak Saiful dalam cungap ketakutan. Sedang dia cuba untuk membuktikan kebenaran katanya kepada Encik Yasier.

"Baiklah, saya ikut kamu. Jom!" Encik Yasier kemudiannya terus berkasut dan mengikut langkah Saiful untuk melihat kebenaran tentang kematian Akram.

Dalam perjalanan, sempat juga siswa yang lain mengikuti Encik Yasier. Ingin juga mereka menyaksikan apa yang terjadi sebenarnya.

***********

Pintu bilik Saiful dibuka setibanya mereka di hadapan biliknya.

"Encik, silakan," alu Saiful.

Encik Yasier terus melangkah dan memeriksa Akram.

Seluruh tempat nadi diperiksanya.

Selesai Encik Yasier memeriksa Akram, matanya terbeliak.

Lalu dia menoleh menghadap siswa yang lain dan menggelengkan kepalanya.

Siswa-siswa yang merangkumi teman Saiful dan Akram terkedu lalu...

"Azman, saya nak kamu call M.O. sekarang juga!!" arah Encik Yasier.

Azman mengangguk akur lalu pergi menelefon pegawai perubatan untuk bergegas ke asrama mereka.

"Saiful dan tiga orang daripada kamu semua, ikut saya dan tolong angkatkan Akram sementara kita menunggu bantuan," sambung Encik Yasier.

Mereka juga akur dan melangkah masuk kedalam bilik untuk membantu Encik Yasier.

"Moga semuanya baik-baik. Aku harap kau selamat Akram," doa Saiful dalam hatinya sambil mengusung Akram bersama Encik Yasier bersama 3 orang temannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience