CERITA

Young Adult Completed 1954

"Harry, this is what we call the mosque, the place for a muslim do their deeds as an Islam," terang Khai kepada Harry setelah mereka berada di hadapan sebuah binaan gah berwarna putih. Kelihatan manusia berkopiah berjalan masuk ke dalam binaan itu.

Harry terpegun melihat pergerakan segerombolan manusia yang memasuki masjid.

"Allahuakbar Allahuakbar..."
"Allahuakbarullahuakbar..."

Kedengaran laungan azan Asar sudah berkumandang.

"What is that, Khai. Is that azan?" soal Harry yang seolah terpegun dengan alunan azan itu.

"Yes, Harry. After the Asar prayer, we'll meet with the imam of this mosque, inshaAllah. You just have to wait right here, okay?" pesan Khai.

Harry angguk. Mereka terus melangkah masuk dan mengambil wuduk.

Harry cuba memerhati perlakuan Khai dan mengikutinya. Dari berwuduk sehingga solat Asar berjemaah usai dilakukan.

***********

Usai sahaja doa diaminkan, Khai dan Harry bersalaman dengan jemaah lalu melangkah menuju tempat imam untuk bertemu dengan imam masjid itu, Imam Aaron Akbari.

"Assalamualaikum, ya imam," sapa Khai.

"Waalaikumsalam... Yes,may I help you something, my brother..?" soal Imam Aaron.

"Here, my friend, Harry wanted to convert his religion into Islam. Oh, before that my name is Khai," terang Khai sambil berjabat tangan dengan Imam Aaron diikuti Harry.

Diri Harry diperhati.

"I hope you can help him..?" rayu Khai.

"Hmmm.. Let me think for some second, okay," Imam Aaron menghela dan cuba memikirkan apa yang perlu dibuat.

Setelah mendapat idea, terus dia cuba menolong Harry dengan pengisian tentang Islam.

Harry dan Khai juga gembira dengan kesudian beliau menolong mereka.

Sungguh, ujian inilah yang mampu mendatangkan impak yang besar untuk umat Islam. Kadang, Islam selalu dikonspirasikan dengan isu 9/11 sehinggakan pihak CIA meruntuhkan imej Islam dengan masalah Osama bin Laden yang sering diburu padahal dia sendiri adalah konco mereka sendiri. Bagi mereka, dialah pengkhianat. Dengan peristiwa ini, ISLAM TERUS DIANGGAP TERRORIS. Walaupun berbeza pangkat dan jenis. SEMUANYA SAMA BUAT DUNIA.

Sehingga kini, dapat kita lihat begitu banyak tindasan Islam di dunia.
Muslim Uyghur, Rohingnya, Gaza, Syria, Sudan, Libya, Kashmir dan sebagainya. Semuanya ditindas dengan begitu teruk sehingga wujudnya PERPERANGAN. Hatta, ada yang melibatkan isu perkauman dan arahan pemerintah mereka sendiri.

***********
"Dzzz...Dzzzz.."

"Hah, siapa pulak yang call?," hairan Saiful. Tangannya terus menggapai telefonnya didalam kocek seluarnya.

"Nombor siapa pulak ni??" Saiful mengerut kening.Tanpa berfikir panjang, terus dia menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum... Ni, Saiful Asad ke?" suara itu menyapa dengan salam.

"Ye, kenapa dan ini siapa ya?" Saiful semakin hairan dengan suara yang menyapanya.

"Kau ingat lagi tak aku, Zulaikha?" suara itu memperkenalkan diri.

"Zulaikha..? Zulaikha az-Zahrah?" Saiful seakan mampu mengingati teman sebangku dengannya.

"Ha'ah, aku la tu. Haha."

"Kau sihat, Pul?"

"Aku? aku... Alhamdulilah. Baik je."

Dalam hati Saiful, dia seolah hairan dengan Zulaikha. Seakan sudah berubah dan tidak seperti dulu. Seolah berubah 180 darjah. Lembut tuturnya. Tidak seperti ketika disekolahnya dulu.

"Pul, kau free tak sekarang..?"

"Aku free ja. Kenapa?"

"Aku.., nak jumpa dengan kau boleh?"

Saiful terkejut.

"Errr.. bila..?"

"Petang ni, kat kedai makan. Sekejap lagi, aku bagi location dia,"

"Okay, set. Nanti kita jumpa. Insha Allah,"

"Insha Allah, Pul. Baiklah, aku off dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Panggilan ditamatkan.

Saiful masih hairan dengan perubahan Zulaikha. Dia cuba bertenang dan cuba terima dengan perubahan Zulaikha itu.

***********

"Asyhadu anla ilaha ilallah...
Waasyhadu anna Muhammadurasulullah..."

Setelah puas bertatih dengan bantuan Imam Aaron, Harry akhirnya sudah diisytihar sebagai seorang Muslim dalam erti seorang Muallaf yang baharu.

"Alhamdulillah, you're a muslim now. Welcome to Islam, Harry. Our new brother," puji Imam Aaron sambil memeluk tubuh Harry. Dia seolah terharu dalam menjemput saudara baharu kedalam Islam.

Tanpa sedar, air mata Harry berguguran. Deras membasahi pipinya. Bersyukur dengan bantuan Khai dan Imam Aaron

"Bro Harry, did you notice your parents about this..?" tiba-tiba Imam Aaron bertanya kepada Harry tentang keluarganya.

Harry terdiam.

"Err... I... I didn't," Harry kemudiannya membisu.

Imam Aaron menghela nafas panjang. Dia cuba menenangkan Harry dengan menepuk belakangnya. Khai hanyalah berdiam diri.

"Harry, I know you're afraid of your parent's respond about your conversion into Islam. But, believe me. Their heart will be opened by Him, one day soon, insha Allah. Trust me, Harry," terang Imam Aaron

"But, I..."

"Harry, just keep your trust on Allah, believe in yourself. I know it's difficult to tell your parents right now, but you've to do it," Imam Aaron masih bertegas.

"Harry, just do it," Khai cuba menyokong Imam Aaron.

Harry akur saja.

"Khai, help him. Okay," pesan Imam Aaron.

Khai mengangguk, dan mereka terus melangkah pergi dari masjid dan disapa dengan salam serta berjabat sebelum pergi.

***********

5.00 petang...

Kereta Civic berwarna hijau zamrud mula memasuki tempat di ruangan parking yang kosong dan berhadapan dengan kedai makan yang diberikan oleh Zulaikha kepada Saiful.

Pintu dibuka dan terus Saiful melangkah ke tempat kosong yang ada dan memesan kuetiau goreng bersama air teh 'o' ais limau, sementara menanti Zulaikha.

Dalam berapa ketika...

Kelihatan sekujur tubuh berjubah merah dan bertudung labuh,berniqab hitam...

"Eh, si siapa pulak tu?" Saiful menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Hairan dengan kelibat yang menghampirinya.

Tubuh itu menghala ke arahnya dan duduk berhadapan dengannya.

Saiful semakin hairan. Dia menggaru-garu gatal dikepalanya.

'Takkanlah dia ni..,'

Zulaikha pun hairan dengan Saiful yang masih tercengang. Dia cuba menyedarkan Saiful.

"Hoi. Hoi, ni aku la. Zulaikha."

"Hah, kau... Ma, masa.. masa bila kau jadi macam ni?" soal Saiful sambil mengelip-ngelip matanya.

"Huhhh..," Zulaikha bernafas panjang. Sudah dia ketahui, pasti akan respond Saiful sebegitu, seakan tidak percaya akan hijrahnya.

"Kau, ingat lagi tak peristiwa yang kau ada tengking aku dekat kelas tu?"

"Tak berapa la. Kenapa?" pelik Saiful apabila ditanya tentang peristiwa ketika mereka masih disekolah dahulu.

"Sebenarnya, selepas kau puas menengking kat aku..,"

***********

Selepas tamatnya prep petang, semua pelajar terus berpusu-pusu pulang ke surau untuk menunaikan Asar berjemaah. Selepas itu, mereka pulang ke asrama untuk beriadah.

Zulaikha masih dalam keadaan tercengang akibat tengkingan Saiful ketika di sekolah ketika prep petang tadi.

Ketika dia membuka pintu lokernya, dia mengemaskan dirinya dan cuba mencerminkan dirinya...

Dalam dia memerhati cermin,

"AAAHH!!,"

"Hoi, Zu, kau okay tak?" hairan Asiah, rakan sekamarnya yang ketika dia sedang memakai stoking.

"Ah, tak... takder ape-ape... Penat sangat kot. K la, aku nak tidur dulu," kata Zulaikha.

"Ha, takpelah. Aku nak riadah lu, K?" kata Asiah lalu meninggalkan kamarnya.

Zulaikha kemudian mendaratkan dirinya ke atas katil lalu cuba melelapkan matanya.Setelah dia hanya melihat kegelapan menyelubung matanya...

***********

"Hah.. aku..kat mana ni?" hairan Zulaikha kerana dia terasa kesepian di alam mimpinya.

Sepi, kosong dan tiada bertepi.

Tiba-tiba...

"Kau ada dekat alam mimpi kau," kedengaran satu suara dari satu arah

"Siapa tu?"

Kelihatan sekujur tubuh putih menghampirinya.

"Kau tanya aku ke?" Tubuh itu bersoal.

"Ye, kau siapa?"

"Akulah kau, Zulaikha az-Zahrah Abdul Solihin..."

"Ma... macam mana kau tahu nama aku?" Zulaikha terus berkerut, hairan dengan balasan tubuh yang merupakan 'cermin' dirinya itu.

"Kenapa, pelik ke tengok diri kau sendiri?" Tubuh itu seakan memerli Zulaikha.

Zulaikha terus berketar.

"Kau, mari. Ikut aku," ajak tubuh itu.

Tanpa melawan, Zulaikha hanya akur sahaja dengan ajakan itu.

Dalam berapa ketika, tubuh itu terhenti.

Tangannya terus menuding,

"Kau, tengok kat sana tu," arah tubuh itu.

Kelihatan ada dua alam yang berbeza.

Di sebelahnya kelihatan seolah gambaran Syurga. Penghuninya seolah bergembira, menikmati keindahan sepuasnya bahkan melayani 'suami' bagai di bahtera cinta abadi.

"Tulah tempat kau andainya kau mampu menutup aurat dengan sempurna, selain solat 5 waktu kau jaga, berpuasa dan tidak pernah mengkhianati tanggungjawabmu sebagai isteri dan jaga malumu terhadap ajnabi," terang kelibat Zulaikha itu.

Di sebelah yang lain pula, kelihatan wanita seperti sedang tunduk kepala mereka bak bonggol unta yang bergoyang, ada juga yang seolah menjadi hamba yang disebat dengan cemeti selain dibakar rambut mereka, tangan-tangan, payudara mereka yang digantung dan dibakar serta kaki mereka dipanggang se'puas-puasnya'.

"Ada dua golongan penghuni Neraka, yang belum pernah aku lihat, yaitu (1) Suatu kaum yang memegang cambuk seperti ekor sapi. Mereka mencambuk manusia dengannya. Dan (2) wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, ia berjalan berlenggak-lenggok menggoyangkan (bahu dan punggungnya) dan rambutnya (disasak) seperti punuk unta yang condong. Mereka tidak akan masuk Surga dan tidak akan mencium aroma Surga, padahal sesungguhnya aroma Surga itu tercium sejauh perjalanan sekian dan sekian."
(HR MUSLIM, AL-AHMAD, IBN. HIBBAN, al-BAIHAQI dan al-BAGHAWI dari Abu Hurairah Ra)

"Yang tu pulak, tempat kalau kau jadi yang sebaliknya. Aurat kau biarkan, ingkari suami kau dan sebagainya," terangnya lagi.

Zulaikha masih terdiam, seolah sedang dia lihat dua alam itu di tempat nyata.

Dia rebah, air matanya bercurah-curah.

"Jadi, kau dah faham?" soal kelibat itu.

"Aku.... aku...."

Kelibat itu menghela nafas panjang,

"Wahai diriku, kau ingatlah Allah sampaikan aku dalam mimpi kau ni sebab dia sayangkan kau. Serius aku cakap, Allah betul-betul nak kau pulang. Aku tau dah ramai luahkan kasih Allah dekat kau. Cumanya, ego kau endahkan kau dengan sayang diorang. Ingatlah, kembalilah ke fitrahmu yang dahulu..," terang kelibat itu, cuba menenangkan Zulaikha yang masih rebah.

"Baiklah, aku pergi dulu. Assalamualaikum. Oh ye, sebelum tu aku nak bagitahu siapa aku yang sebenarnya. Ketahuilah engkau...

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Namun, jika seandainya daging tersebut rosak, maka rosaklah seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan adalah HATI."
(Hadis Riwayat Bukhari dari Nu'man bin Basyir)

"Sesungguhnya, akulah hati kau yang selama ini kau menjadikan sebagai sampah semata. Jadi, izinkan aku pergi. Moga mimpi kau ni, jadi pengajaran buat kau," ujar kelibat itu selepas mengingatkan Zulaikha tentang diri kelibat itu lalu beransur pergi, meninggalkan Zulaikha dengan mesej yang begitu 'beracun' buat Zulaikha.

Zulaikha terpandang kelibat itu, kelihatan tubuh itu kian menghilang. Kelihatan sepasang sayap yang besar berwana hitam dan putih muncul dari belakang kelibat itu...

***********

"HAH!!!" Zulaikha terjaga dengan cungapan nafas.

"Zu, kau okay tak nih?" soal Qistina yang ketika itu terkejut dengan reaksi Zulaikha kerana dia sedang mengejutnya dari tidur.

"Hah... dah... dah pukul berapa ni?" hairan Zulaikha.

"Dah habis prep dah Zu. Puas aku kejut kau, tau tak!" marah Qistina.

"Allah...," Zulaikha tergeleng sambil menekap mukanya.

"Kenapa ni, Zu? Okay tak?" soal Qis.

"Aku.. uhhh," tiba-tiba Zulaikha pengsan.

"Zu..."

***********

Pada keesokannya, selepas sahaja solat Subuh berjemaah...

"Wei, Zu. Kau dah kenapa semalam?" soal Qistina.

"Aku... Aku ada mimpi sesuatu. And, memang ngeri gila mimpi aku time tu."

"Mimpi apa, Zu?"

Zulaikha terus menceritakan mimpi yang dia alami dari awal hinggalah dia terjaga.

"Oh, macam tu..."

Zulaikha sekadar mengangguk.

"Wei, sekejap lagi kan outing. Jom, beli handsock dengan stoking," ajak Asiah pula setelah turut serta mendengar cerita Zulaikha.

"Jom!" Mereka sahut ajakan Asiah...

Sebenarnya, selepas sahaja peristiwa itu, makin ramai yang mengikuti jejak mereka, berhijrah ke arah reda Allah.

Sungguh, hidayah itu pasti hadir atas kehendak Nya andai dia benar-benar mencintai hambaNya meski tanpa sedar ataupun sebaliknya.

"Daripada Abu Hurairah RA bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka. Sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan nescaya dia beroleh dosa seperti orang yang melakukannya, tidak dikurangi dosa mereka itu sedikit pun."
(Riwayat Muslim)

Sungguh, BERUNTUNGLAH mereka yang mendapat Hidayah Illahi. Petunjuk ke arah Jannah sejati.

"Demi Allah, apabila ada seorang sahaja yang mendapat petunjuk melalui dirimu, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada unta merah (jenis unta yang paling baik)."
(Riwayat al-Bukhari)

***********

Saiful mengangguk faham.

Dia turut bersyukur terhadap Allah, kerana memberikan hidayah agar Zulaikha mampu 'kembali' ke jalan yang sepatutnya. Dia juga mengatakan bahawa dia berharap agar Zulaikha mampu beristiqamah dalam perlakuannya dalam memegang hidayah Allah.

Apa tidaknya, seseorang sahabat itu pasti menginginkan perubahan dari sahabatnya terutama yang sering dia nasihati dan teguri atas dasar kasih dariNya.

"Di atas semua hal yang lain, satu hal yang aku temukan paling bermanfaat bagi seseorang di dunia dan akhirat adalah teman yang sesuai".
(Sufyan Al-Tsauri)

"Tidak ada yang lebih indah dari seorang teman yang membantumu mengamalkan agama. Jadilah teman semacam itu".
(Dr. Bilal Philips)

Dalam berapa ketika...

"Baiklah, Pul. Aku balik dulu. Assalamualaikum," Zulaikha terus bangkit dan melangkah meninggalkan Saiful. Sempat dia tersenyum kepadanya.

"Waalaikumsalam."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience