TUNJUK

Young Adult Completed 1954

"Air mataku yang telah mengalir, Dan membasahi luka yang hanya, sia-sia..!!"

"Siapa pulak yang call aku ni??" hairan Aziah sewaktu perasan akan bunyi deringan lagu Air Mata dari kumpulan Rabithah di telefonnya. Dengan paksanya Aziah menghentikan kerjanya, dia terus menggapai telefonnya dan melihat gerangan siapakah yang menelefonnya.

"Saiful... Dia nak apa ni? Kenapa dia call?" Aziah mengerut kening. Tanpa berfikir panjang, ditekan terus butang hijau diskrin telefonnya lalu meletakkan telefonnya itu disebelah telinganya.

"Hello. Assalamualaikum..."

***********

Selepas tamatnya kelas persediaan malam, semua pelajar ke Dewan Makan Seri Perdana untuk mengambil supper sebelum pulang ke dorm masing-masing.

Selepas 15 minit....

"Assalamualaikum...," sapa Ainin ketika dia ingin memasuki kamarnya dan terus menuju ke arah Anisah.

"Anisah..."

"Hmm... Ya, kenapa Nin?" hairan Anisah apabila Ainin menyapanya di tepi katil Anisah.

"Aku nak bagitau kau something ni. Boleh tak?" pinta Ainin.

"Aku okay je. Kenapa?" santai jawapan Anisah. Kebetulan juga, dia hanya membaca buku.

"Err... Sebenarnya..."

***********

"Apadia!!? Kau nak jumpa aku!!? Kenapa pulak..?"

"Aku ada benda nak tanya kau la," jawab Saiful.

"Ha. Bilanya kau nak jumpa aku ni? Nak jumpa kat mana?"

"Bila-bila kau free. Kat kafe. Kalau boleh petang ni."

Aziah berfikir sejeak.

"Ha, yelah. Petang ni, kita jumpa. Pukul lima dekat kafe. Insya-Allah."

"Hm... baiklah. Itu je yang aku nak bagitahu kat kau."

"Ha, yelah. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

***********

"Sebenarnya, lepas kau tegur aku petang tadi..., aku sedar Nisah. Aku silap. Aku tergoda dengan dunia. Aku fikir.., aku nak berubah... Dan, aku nak kau tolong aku. Boleh tak?" luah Ainin sepuasnya kepada Anisah sejak jiwanya disentuh lidah keimanan Anisah petang tadi.

Anisah terdiam seketika daripada bacaannya. Dilihat wajah sahabatnya itu. Dia hanya mengukir senyum dan hatinya lonjak riang kerana dia merasakan Allah telah menolongnya.

'Terima kasih ya Allah...'

***********

Pukul 5 petang. Kafe Mahallah...

"Mana budak nih? Aku ingat, dia dah datang," soal Aziah sewaktu melihat sekeliling kafe dan mendapati bahawa Saiful masih lagi belum tiba. Aziah hanya terus mencari tempat sementara menunggu Saiful. Sempat juga dia memesan air teh 'o' ais.

Dalam beberapa minit...

Kelihatan sekujur tubuh mula munculkan diri dari belakang.

"Tu mesti Saiful." Aziah cuba meneka.

Kelibat itu makin menghampiri. Dan kelihatan seorang lelaki berbaju kemeja dan berseluar slack biru.

"Hm, dia la."

"Assalamualaikum. Baru sampai ke?" Saiful mula menyapa Aziah setelah berada dihadapan Aziah.

"Waalaikumsalam. Lambatnya kau. Nasib aku tunggu kau 5 minit. Kalau lebih, aku dah balik rasanya," perli Aziah.

Saiful tersenyum tawa lalu terus duduk di atas kerusi berhadapan dengan Aziah.

"Kau, okay tak. Aziah?"

"Aku okay je, alhamdulillah," jawab Aziah sambil terus menunggu pesanannya.

Saiful mengangguk faham. Dia tertunduk mendiam. Hatinya hanya risau dengan
'bakal tunangnya' itu apabila ditikam oleh bekas rakan sebiliknya, Nazifah.

***********

Ketika mana Ustaz Zahirul sedang dirasuki api barannya akibat geram dengan Hazman, Saiful hanya menjadi saksi terhadap peristiwa yang menginsafkan itu.

"Aku pesan kat kau. Kau jangan belajar lagi. Kerjalah sendiri dengan 'bini' kau ni. Sekarang... KAU BERAMBUS DARI TEMPAT NI!!!! KAU TAK LAYAK NAK BELAJAR LAGI DARI SINI!!" sungguh jelas barannya Ustaz Zahirul tanpa berfikir panjang untuk membuang Hazman daripada belajar di universiti itu. Takut imej universiti itu rosak akibat perkara haram ini.

Saiful ketika itu hanya memerhati Aziah yang mendampingi Ustazah Aini di hujung sudut di bilik Ustaz Zahirul.

Hazman yang turut melihat Saiful hanya berdiam lalu tanpa berfikir panjang...

"LANTAK KAT AKU LA NAK BUAT APA PUN!!! KAU ADA MASALAH KE DENGAN AKU, HA!!!! OKAY, KAU NAK HALAU AKU. AKU LAGI RELA LA... AKU PUN DAH SERIK DOK KAT SINI. TAK TERINGIN PON NAK SAMBUNG DAH. SO, AKU BLAH SEKARANG!!!" Hazman mula membalas baran Ustaz Zahirul sambil memandang sinis ke arah Saiful.

'Kau tunggu, Saiful... Kau tunggu...,' dendam hati Hazman.

Lalu dia terus melangkah pergi meninggalkan bilik Ustaz Zahirul.

Ustaz Zahirul mengerlingkan matanya menghadap Nazifah yang turut berada dalam babak barannya itu.

Nazifah hanya terdiam... Menunduk dan mula menunjukkan malunya berintikan kesal sebagai seorang wanita berdosa.

"Kau, kenapa kau tak ikut 'suami' kau tu. Ha!" tegur Ustaz Zahirul seraya menuding ke arah Nazifah yang bersandar di sebelah Aziah.

Dia hanya menggeleng.

Nazifah ketika itu sedar, dia juga terjeremus dengan Hazman sekian lama dan kini, dia sudah terima tempiasnya.

"Oh, kau baru nak sedar. Ha! Kau memang takde malu eh!? Tak sangka aku. Kau yang aku sanjung dalam kelas aku! Ini yang aku dapat. Sebab nak tolong binatang tu!!! KAU MEMANG..."

"Dah, ustaz. Cukup!" tiba-tiba Saiful pintas tengkingan Ustaz Zahirul.

Ustaz Zahirul menoleh ke arah Saiful.

"Oh, kau nak protect dia. Ya! Silakan. Kahwinlah dengan dia selagi benih dalam badan dia x besar lagi!" perli Ustaz Zahirul. Dia seakan sudah tidak terkawal diri bagai dikawal syaitan.

Saiful terkedu.

'Ustaz...,' sedar dia apabila melihat personaliti Ustaz Zahirul seakan bukan dia yang sebenar tetapi dikuasai Ammarah yang membuak. Teringat dia akan mutiara kata seorang ulama' Islam tentang marah;

"Jangan biarkan orang lain membuatmu marah hingga sampai pada titik di mana kamu menjelma menjadi seseorang yang bahkan kamu sendiri tidak mengenalinya."
-Abdulbarry Yahya-

Dilihatnya ke arah Nazifah. Kesian juga terzahir dihatinya. Risau bersama benihnya dengan Hazman yang baru terhasil akibat 'projek' mereka beberapa jam lalu.

Dilihat pula wajah Ustazah Aini.

Dia turut bertentang mata dengan Saiful dan menoleh ke Nazifah. Kesian melihat insan yang sedang diselubungi kekesalan dan pasrah dengan dirinya sendiri.

"Nazifah, mari. Ikut Ustazah," ajak Ustazah Aini dengan senyuman yang diukirnya seraya dia bangun dan menghampiri Nazifah di dinding yang berhampiran dengan pintu bilik Ustaz Zahirul.

Nazifah hanya menunduk dan mengangguk akur dengan ajakan Ustazah Aini dan mengikut langkah Ustazah Aini ke rumahnya.

Aziah hanya terdiam dan bingkas bangun lalu tanpa berfikir panjang, terus meninggalkan bilik Ustaz Zahirul.

Sekarang, hanyalah tinggal Saiful dan Ustaz Zahirul di biliknya.

"Kau keluar sekarang...," arah Ustaz Zahirul dengan tenang yang melindungi barannya.

Saiful hanya akur kerana takut baran mursyidnya itu akan meletus semula dan tiada lagi yang mampu mengawal.

***********

"Ainin... aku sayang kau, Nin. Aku syukur sangat dekat kau bila kau dah terima teguran aku. Kau nak aku tolong kau? Aku sentiasa bersedia untuk kau. Insha Allah, esok aku tolong kau," kata Anisah dengan rela.

Ainin tersenyum dan dia terasa ingin memeluk sahabatnya itu. Tetapi Anisah yang menghulurkan pelukan terlebih dahulu. Dia hanya membalas.

"Te... terima kasih, Nisah. Sayang kau, Nisah. Aku sayang kau. Semoga Allah balas kau dengan kebaikan yang setimpal," syukur Ainin sambil menghamburkan mutiara jernih dari matanya. Anisah hanya tersenyum.

"Aku pun sayang kau, Nin. Aku nak sangat masuk syurga dengan kau. Sebab kita sahabat," balas Anisah dengan harunya. 

Benar, sahabat itu tiada galang ganti jika hadirnya dia dalam hidup.
Andai engkau syafaatkan, dia pasti akan mensyafaatkanmu di 'sana'. 

Imam Al Syafi'ie berpesan; 

"Jika engkau punyai sahabat yang selalu membantumu dalam rangka ketaatan kepada Allah; maka peganglah dia erat-erat; dan jangan sesekali kau lepaskannya. Kerana mencari teman baik itu susah. Tetapi melepaskannya sangat mudah sekali" 

Diriwayatkan bahwa; 

"Apabila penghuni Syurga telah masuk ke dalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu di dunia. Mereka akan bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah SWT, "Yaa Rabb...Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia, shalat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami...?" Maka Allah SWT berfirman : "Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada Iman walaupun hanya sebesar zarrah."
(HR. Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").

*********** 

"Kau memang betul-betul okay ke?" Soal Saiful kerana masih waswas dengan Aziah akibat peristiwa gelapnya yang akhirnya bertemu pengakhiran. 

Aziah terdiam. Cuba diambil nafas... 

"Saiful, aku okay. Okay sangat. Aku tau kau risaukan aku sebab si Nazifah dengan Hazman tu. Kau pun tahu yang aku suka kat kau dan kau sekadar terima. Hinggakan kita akan bertunang tak lama lagi. Jadi, aku harap kau faham. Kalau kau dah takde benda yang kau nak bagitau, aku nak balik bilik aku. Dah, jangan risaukan aku. Insha Allah, aku okay," Aziah cuba menjawab persoalan Saiful dengan tenang.

Terniat juga hatinya bahawa dia bukan bertujuan untuk menyakiti hati Saiful cuma dia mahu ruang sahaja. Saiful hanya mendengus akur. 

"Assalamualaikum...," ucap Aziah lalu beransur pergi, menghilangkan diri daripada pandangan Saiful. 

"Waalaikumsalam...," balas Saiful dengan nada perlahan. Cuba kebalkan diri dengan respond Aziah terhadap jawapannya tadi. 

'Saiful... Aku minta maaf," kata hati Aziah dalam hati. Tanpa endah, dia terus menyambung langkah menuju biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience