KARMA

Young Adult Completed 1954

"Kau tau kan, benda yang kau buat tu memang dah sah salah. Tapi, kenapa kau masih nak buat jugak. Ha, Aizat?"

"Aku..," Aizat menunduk.

"Kau tau kan, aku dan kami semua ahli BADAR, ustaz, ustazah dah puas tegur kat korang semua pasai benda-benda yang macam ni. Siap buat pantauan lagi, kot. Sampaikan bila ada yang dah terkantoi pun, korang tetap nak buat. Korang memang takde rasa serba salah sangat ke, ha? Korang nak cara baik. Takat kami tegur tu dh habis baik dah. TAKKAN nak buat tak tau pulak. Kalau macam tu, memang kami buat ikut kami je la. Korang ingat usaha kami dok buat ni saje-saje, syok-syok, cari kerja 'makan gaji buta' ke? Aku nak tanya kau satu, Zat. Kau rasa kami buat ni sebab apa..? Sebab apa, Zat? Kau tak kesian ke kat aku, ha. Jenuh la, asal korang ada je, aku kena. Asal aku kena je, mesti korang ada. So, aku tanya lagi sekali. Apa tujuan kami dok usaha sehabis baik, membanting tulang empat kerat kami ni, nak tegur korang apa semua ni? Walaupun memang tujuan asal kami, semata-mata nak kosongkan kes ni dekat sekolah?" puas Harris mengulangi soalan soal jawab kepada Aizat.Aizat terketap bibir.

"Sebab sayang, Zat."

Aizat terdongak. Terlopong mulutnya tiba-tiba.

"Sebab sayang. Sebab kami sayangkan korang, Zat. Kalau kami tak macam tu, silap-silap. Kami mungkin kata 'Mampus pi la kat korang. Nak hidup ka. Nak mati ka. Dah kubur masing-masing, kan. Pandai-pandai la nak bersoal. Jangan 'ganggu' kami nanti, sudah. Okay. Dah kubur masing-masing kan.' Kau nak ke kami cakap macam tu?" tegas Harris.

Aizat tertunduk lagi. Puas hatinya disambar bertalu-taluan dengan panah teguran yang disambar oleh Harris.

"Aku nak tanya lagi, apa yang kau dapat dari coupling-coupling ni? dapat rasa syok? happy? entertained dah hidup? Oh, ye tak ye. Sebagai 'preparation' untuk zaman nikah korang nanti, kan. Betul tak?" Harris mula memerli Aizat sambil menuding ke arahnya.

Aizat masih mengetap bibirnya.

"Zat."

Sunyi.

Huh... Aku nak pesan kat kau buat kali terakhir, Zat. Aku sekarang ni dah tegur kau. Dan mungkin aku rasa dah berkali dah rasanya. Cumanya, kalau kau nak terima ataupun tak. Okay, Aku tak kisah. Terpulang dekat kau. Tapi, bila kau dah 'kena' dan kau menyesal. JANGAN kau sesekali pulak kata yang takde orang tegur kau," Senada Harris melontarkan nasihat yang penuh azimat buat Aizat.

Tetapi, siapa sangka, hanya disebabkan pesanan terakhir yang 'panas' dari Harris itu, Aizat mula berasa gelisah dan...

"AHH, LANTAK LA KAT KAU NAK KATA APA? ADA AKU GANGGU KAU KE? TAKDE KAN. DAH, KAU JANGAN GANGGU AKU LAGI!! KAU MULAI SAAT INI, BUKAN LAGI KAWAN AKU!!!" tengking Aizat seraya terus meninggalkan Harris. Harris hanya melihat langkah keluar Aizat sambil mendengus berat. 

Sedih dengan respond yang diberikan Aizat.

Cinta, suka, sayang. Fitrah kita. Cumanya, 'kawalan' perlu ada. Emotion controlling. Andainya hilang, terbabaslah jadinya.

Harris hanya berdiam.

Dia cuba memegang sebutir kata Imam as-Syafie ra,

"Sesiapa yang menasihati kamu secara peribadi, maka dia benar-benar menasihati kamu. Berbeza dgn orang yang menasihati kamu di khalayak ramai, sebenarnya dia sedang menghina kamu."

Bukan dia sahaja, bahkan organisasi agama di sekolahnya itu turut melaksanakan teguran sebegini meski mereka cuba menyembunyikan perkara yang mereka ingin maksudkan seperti kata orang, adanya udang di sebalik batu.

***********

"Ha, Pul. Aziah. Nak balik 'u' dah?" Tanya paklong.

"Dah long, kami nak pi dah ni." Balas mereka seraya memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta Saiful.

"Ha, Pul. Kereta kamu tu bawak elok-elok tau." Pesan maklong dan paklong.

"Insha allah, paklong, maklong. Kami bertolak dulu," balas Saiful dan masuk ke dalam keretanya. Aziah hanya duduk di belakangnya.

"Ha, Aziah. Dok belakang?" Maklong mula bersoal sambil bercekak pinggang.

"Takpelah, long. Nak jaga ikhtilat kononnya. Apapun, doakan kami la ye," pinta Saiful agar maklong bersangka baik saja dengan perbuatan Aziah.

'Ish, Saiful ni. Ada-ada jelah dia.' Aziah seolah geram dengan kata-kata Saiful tadi.

"Ha, yelah. May Allah safe your journey, ye," kata paklong.

"Baik, paklong. Insha allah, assalamualaikum," Saiful membuat tabik selamat lalu terus meninggalkan paklong dan maklong. Sempat mereka berlambaian sementara masih terlihat kelibat rumah paklong dan maklong.

***********

Dalam perjalanan...

Saiful sering memerhati Aziah di belakang. Dihatinya dikurung soalan yang tersimpan semenjak mereka berada di rumah paklong dan maklong lagi.

Dalam Saiful memendam rasa itu, dia cuba bertenang.

"Aziah."

"Hm," Aziah terdongak. Perbuatannya melayani telefonnya terhenti.

"Aku, nak tanya kau something. Boleh tak?" Saiful terus to the point.

"Tanyalah, apadia?"

"Be.., betul ke yang dok beri buku-buku dekat aku tu. Kau? Kau ke yang suruh Suraya bagi kat aku?"

Aziah terdiam.

'Gulp!'

"Er.., ye. Kenapa?"

"Aku tanya ja. And, aku dapat tau. Yang kau sebenarnya, suka kat aku..?"

Aziah ketap bibir.

"Ma... macam mana kau tahu..?"

"Paklong, paklong yang bagitau dekat aku. Waktu tu, aku baru balik dari airport."

Aziah tertunduk. Gelisah di hatinya apabila rasa hatinya kepada Saiful telah diketahui oleh Saiful.

Saiful memerhati Aziah seraya mendengus. Dia endahkan lalu terus menumpukan pemanduannya.

***********

Semenjak teguran yang dilontarkan oleh Harris kepada Aizat tempoh hari, hanya sepi menyelubungi silaturahim antara mereka.

Cinta, tidaklah menjadi pesalahnya. Andai dibawanya baik, maka baiklah jadinya. Andai buruk dibawanya...

"PANG!!!!!!"

"AKU DAH PESAN DAH!!! JANGAN KORANG BUAT MELAMPAU SANGAT!!! KAU TENGOK SEKARANG, KAU TENGOK!!! APA YANG DAH JADI KAT ANAK AKU?!!! APA YANG KAU DAH BUAT DEKAT DIA, HA!!! KAU MEMANG DASAR ANJ**G SYAITAN! KORANG BERDUA NI, DULU BUKAN LAGI MAIN BERKIAS JANJI DEKAT AKU KAN, YANG KORANG BERDUA BOLEH BAWA DIRI... KORANG SIAP SANGGUP LAGI HA, MINTAK BERKAT KAT KAMI... OH, DAH PANDAI YE KORANG BUAT JANJI-JANJI MANIS BAGAI. SEKARANG KAU TENGOK APA JADI!!!!" tengking Encik Zahid selaku ayah kepada Haura setelah mendaratkan lembaran tangan berapi, tepat mengena pipi Aizat. Ketika itu, sudah dia tahu akan anaknya kini sudah mula berbadan dua akibat perbuatan haram Aizat dengan anaknya itu.

Aizat ketika itu hanya terbaring di atas lantai sambil menyapu pipinya yang sedang terasa sisa bahang tamparan Encik Zahid.

Sebenarnya, Encik Zahid ketahui akan keadaan anaknya itu apabila diberitahu pihak warden bahawa anaknya itu sering muntah-muntah selain laporan dari guru-guru dan rakan-rakan bahawa dia sering berulang-alik ke tandas dan sering bersikap lesu terutama ketika belajar.

Sehingga apabila ibu Haura, Puan Rohani menyuruhnya membuat pregnancy test. Kelihatan, ada dua garisan di penanda air kencing itu tanda dia sudahpun mengandung.

Pabila Encik Zahid terdengar perkara itu.

"Nasib sekolah korang tak tau lagi pasal benda ni. Sekarang ni, aku nak kau.., BALIK!!!" arah Encik Zahid kepada Aizat dengan barannya yang masih membara.

"Aku cakap balik, BALIK LA!!! TAK FAHAM BAHASA KE APA, HA!!?!?" Encik Zahid mula meninggi apabila melihat Aizat masih terbaring.

Aizat pun berpusu-pusu cabut lari dari rumah Encik Zahid.

***********

Kadang, kita tahu akan hukum dunia. Andai untuk sesuatu itu murni yang kau buatkan, kau akan dibalas dengan mulia. Jika kau memberikan yang keji, yang jelek kau akan dibalas. Kadang sebaliknya. Kewujudannyya itu, ada. Meski disedari dalam diam atau nyata. Karma, itulah namanya. Kifarah? Nama Islamnya. Maksud? Hampir sama. Setimpalnya satu pembalasan

***********

Dalam kesepian malam yang suram, Aizat sedang berjalan pulang.
Mulutnya berkumat-kamit memohon maaf kepada Harris di samping, istighfar di hati cuba dia ungkapkan.
Air mata kesalannya, tidak usah lagi untuk diungkapkan.

Sungguh, dia amatlah menyesal atas perlakuannya terhadap Harris dan Haura tempoh hari.

Itulah, egonya satu pencinta yang menguasai nafsu dan membonekakan diri untuk menjadi 'yang setia'. Pasti juga, si 'dia' akan mengajak sang durjana itu untuk mencari waktunya. Demi menjatuhkan dua insan yang dalam leka kepalsuan satu cinta rekaan yang dibina atas dasar 'ingin bersama'. 

Padahal isinya, hanyalah nista yang menggelapkan hati semata. Keseronokan? Hanya isian sementara.

Teman, renungkanlah. Jika ingin teruskan 'perjuangan' kalian itu, dipersilakanlah. Andainya kalian menyesali, tanggungilah atas khilaf kalian sendiri. Ketahuilah, Tuhan itu ketahui segala fi'il yang kalian lakukan.

Dari Ibnu Umar, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda;

"Sesungguhnya apabila Allah hendak membinasakan seorang hamba maka Allah akan mencabut rasa malu darinya, apabila rasa malu sudah dicabut darinya maka dia akan selalu bertemu dengan orang yang memuakkan dan suka menebar kebencian. Apabila ia sudah sering bertemu dengan orang seperti itu, maka sifat amanah pada darinya akan hilang. Apabila sifat amanah telah dicabut darinya, maka dia akan selalu bertemu dengan orang yang suka berkhianat (menipu) dan dikhianati (ditipu). Jika dia sudah sering bertemu dengan orang seperti itu maka akan dicabut darinya sifat kasih sayang, dan apabila dicabut darinya sifat kasih sayang maka dia akan selalu bertemu dengan orang yang terlaknat. Dan apabila dia sudah sering bertemu dengan orang yang terlaknat, maka ikatan Islam akan terlepas daripadanya."
 (HR Ibnu Majah)

"Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya."
(14:22)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience