MAAF

Young Adult Completed 1954

Usai sahaja Aizat menyempurnakan kabul sewaktu mengucap sighah nikah, akhirnya dia dan Haura sudah disahkan menjadi suami isteri meski di usia yang sangat muda iaitu 17 tahun.

Ketika Haura terdengar Aizat menyempurnakan kabulnya, terasa sedih dihatinya kerana dia terasa itu adalah tanda dia terpaksa menanggung beban sebagai seorang isteri dan seorang penuntut SPM sama seperti Aizat. Encik Zahid mula mengukir senyuman seraya memeluk Aizat diiringi air mata hangat yang mula jatuh mengena tepat di bahu Aizat. Dia juga merasakan bahawa dia perlu membimbing mereka sebagai penuntut SPM yang bakal menjelang tidak lama lagi.

"Pakcik, redai kami dan doakan kejayaan kami," kata Aizat yang juga menangis ketika memeluk Encik Zahid.

"Baik, nak. Pakcik akan cuba yang terbaik untuk kamu dengan anak pakcik," balas Encik Zahid seraya merelaikan pelukannya itu.

"Aizat, mulai saat ini. Panggil sahaja pakcik, ayah. Dan makcik Rohani sebagai, mak. Ye," pesan Encik Zahid.

Aizat mengangguk dan bersalaman dengan Encik Zahid dan Puan Rohani. Kemudiannya, dia diberikan cincin nikahnya dengan Haura oleh Encik Zahid.

"Sarungkan," arah Encik Zahid.

Aizat ketika itu mula menghadap Haura dan menghulurkan tangannya untuk menyarungkan cincin nikah itu kepada Haura. Haura kemudiannya hanya akur dan memasukkan jari hantunya mengena cincin itu dan bersalaman dengan Aizat tanda mereka sudah menjadi suami isteri.

Harris yang menyaksikan suasana itu hanya menangis kegembiraan terhadap kerelaan Aizat menjadi suami kepada Haura demi menjaga imej keluarga Haura. Sungguh, dia berbangga dengan Aizat kerana tiada lelaki yang berpelakuan sebegitu setelah terjatuh dalam bercinta.

Yang ada, hanya biarkan dan berwatak pura-pura tidak mengenali bahawa dia yang menjadi punca. Tetapi Aizat, sebaliknya. Sungguh Harris terharu dengannya.

"Ha, Harris. Marilah berbuka dengan kami alang-alang sudah nak masuk waktu ni. Makcik Rohani dah siapkan makanan," ajak Encik Zahid.

"Eh, takpelah. Pakcik, saya berbuka di rumah saje sebab esok saya nak kena balik asrama dah," Harris menolak ajakan itu dengan sopan.

Setelah puas diajak, Encik Zahid hanya akur dengan penolakan Harris itu kerana dia tahu Harris sebenarnya malu untuk berbuka dengan mereka.

"Kalau macam tu, takpelah. Pergilah balik. Selamat berbuka ya, Ris," alunya kepada Harris.

Harris tersenyum lalu bingkas bangun bangun dan beredar pulang ke rumah. Sempat dia bersalam dengan Aizat dan Encik Zahid serta mengucap selamat berbuka dan harapan agar Aizat dan Haura berbahagia sentiasa.

***********

Kini, sudah hampir sebulan umat Islam menikmati ibadah berpuasa di bulan Ramadan, kini mereka akan merasai detik-detik terakhir berbuka. Memandangkan ibadah Terawih terakhir sudah dilakukan pada malam sebelumnya.
Saiful ketika itu telah terjaga dari tidur lebih awal seperti kebiasaannya iaitu jam 4.30 pagi.

"Tahajjud dululah. Nanti baru sahur," katanya lalu melangkah pergi ke bilik air untuk berwuduk dan menunaikan Tahajjud dan beberapa solat sunat yang lain.

***********

Usai sahaja Saiful melakukan ibadah Qiamullail, dia terus bersiap dan mengambil kunci keretanya untuk bersahur di luar.

"Bismillah...," ucap Saiful sebelum memulakan perjalanannya ke tempat yang ingin ditujunya untuk bersahur. Dalam hatinya, terasa sedih kerana merasakan hari ini ialah harinya yang terakhir untuk bersahur.

Begitu juga umat Islam yang lain. Sungguh mereka bersedih dengan pemergian Ramadan dan berharap dapat bertemunya lagi.

***********

"Ya Allah, hari ini ialah sahur yang terakhir untuk kami. Sesungguhnya kami ingin berpuasa di bulan muliaMu ini lagi, ya Allah. Moga Kau berkati ibadah kami ini," titip Aziah dalam doanya sewaktu usai melakukan Qiamullail di biliknya.

'Ramadan, kami melepaskan pemergianmu dengan reda. Dan kami akan sambut Syawal dengan gembira. Moga kita bertemu lagi,' kata hatinya.

Teringat juga Aziah akan hadis yang mengatakan ada ibadah yang menyempurnakan ibadah puasa Ramadan. Ya, puasa 6 hari Syawal atau lebih mesra Puasa enam.

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di Bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun."
(Riwayat Imam Muslim)

Setelah Aziah mengaminkan doanya..,

"Dreeetttt...Dreeetttt!!!"

"Siapa pulak yang call aku ni?" soal Aziah.

Diambilnya telefon bimbit miliknya diatas meja belajarnya.

"Saiful... Apa yang dia nak?" hairan Aziah. Butang hijau terus ditekan.

"Helo, assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Ha, Aziah."

"Ha, Saiful. Kenapa ni?"

"Jom, aku nak ajak kau bersahur ni," kata Saiful. Straight to the point.

'Dia ajak aku bersahur!? Aku mimpi ke apa ni?' hairan Aziah.

"Oi, nak ke tak."

"Okay, okay. Aku nak pi bersiap kejap."

"Hm. Aku tunggu, lekas sikit takut terlepas pulak."

"Takpe, sempat lagi. Insha Allah."

"Yelah. Cepat sikit."

"Baik..."

Aziah terangguk lalu pergi bersiap dan keluar dari biliknya.

***********

"Mana dia ni?" soal Saiful sewaktu dia masih belum melihat kelibat Aziah.

Dalam beberapa ketika...

"Panjang umurnya," kata Saiful setelah melihat kelibat bertudung hitam. Syak dihatinya, itulah Aziah.

"Pin pin!!"

"Ish, dia ni. Kejap la. Sabar la sikit," benci Aziah sewaktu Saiful membunyikan hon keretanya.
Didekatinya Aziah disebelah kereta Saiful, dia masuk kedalam tempat penumpang.

"Ha, jom," katanya lalu Saiful meluncurkan keretanya keluar daripada parking kereta dan meninggalkan perkarangan universiti untuk pergi bersahur.

***********

"Assalamualaikum, Harry Hey, are you alright?"

"Oh, I. I am fine, Khai. Alhamdulillah. Why, Khai?"

"Huh, I just worried about you. Harry, since we fast in about a month of Ramadan and tomorrow, we will celebrate the Eidul Fitr. I always seen you in sorrow. I thought, you didn't forgot the 'tragedy' of you and your parents," terang Khai.

Harris tertunduk..

"Khai... I... I..."

***********

Beberapa hari sebelum.....

"Tok tok tok"

"Mom!!! Dad!!! It's me, Harry!!!"

Puan Emily dan Encik Hansen terpinga dengan suara dari luar pintu.

"Honey, should we??" soal Puan Emily.

Suaminya menoleh lalu mengambil nafas. Dia terpaksa akur lalu pergi ke arah pintu itu dituruti Puan Emily.

Pintu dibuka...

"Mom, Dad... It's me, your son," katanya sambil melapang tangannya.

Ibu bapanya ketika itu hanya berdiri kaku.

"You... Our son...?" perli Puan Emily sambil menoleh Encik Hansen dan beredar. Tika itu, terlihat betapa sakit hatinya yang terluah dengan air mata.

Encik Hansen hanya melihat gelagat isterinya dan menoleh ke arah Harry.

"Dad..."

"BAM!!!!" Encik Hansen menghempap pintu dengan kuat.

Harry tersentak. Lalu melangkah berundur. Dia melihat tanah dan mula kelihatan air matanya jatuh menyembam bumi. Akhirnya, dia sendiri jatuh menyembam bumi. Lemah dibuang kerahnya tenaga dalam diri.

***********

"Harry, just be patient. I want we to celebrate this Eid with happiness as I can't return to Malaysia right now. I just having you to be my brother to celebrate this Eid," pujuk Khai sambil meraba belakang Harry yang sedang menangis apabila menceritakan pertemuannya bersama ibu dan ayahnya tempoh hari.

'Ya Allah, berikanlah kekuatan kepadanya untuk teguh dalam hidupnya menempuhi dunia Islam yang beronak ini. Aku harapkan kami akan menyambut SyawalMu dengan riang,' doa Khai dalam hati.

Moga Kau perkenankan doa hambaMu, Ya Mustajibun Doa.

***********

"Aziah..," sapa Saiful ketika mereka masih menikmati hidangan bersahur.

"Hm," tersedar Aziah yang masih menikmati makanannya apabila dia dipanggil Saiful.

"Petang ni, kalau kelas kita dismissed and kita boleh balik. Kita pergi rumah paklong terus, beraya sana. Or, kau ada plan dengan parent kau?"

Aziah terdiam. Dia melihat Saiful seketika.

"Aku rasa kena tanya parent aku dulu, nanti aku bagitau lain kat kau,' balasnya.

Saiful mengangguk.

"Ziah, aku nak tanya. Kau, memang betul suka dekat aku ke?"

Aziah sedikit tersedak apabila Saiful mula menanyakan hubungan mereka. Dia melihat semula Saiful dengan reaksi yang hairan.

"Kalau kau suka aku, aku tak kisah. Yang penting sebab, sebab kenapa kau sukakan aku. Kalau kau suka sebab selain agama, aku tak tau nak kata apa? Tapi kalau sebab cara aku dalam beragama..."

"Kalau aku suka kau sebab cara kau dalam beragama..?" Aziah menanti jawapan Saiful yang terhenti.

"Yang tu aku okay apatah kalau sebab pack. Maksud aku keempat-empat kriteria tu, lagi bagus. Yang penting, aku tak mau couple. Tu ja," terang Saiful.

Aziah menunduk.

"Aku... sebenarnya suka kat kau sebab agama kau, Pul. Nak kata sebab pack, aku tak tau tentang keturunan kau and kau ni macam mana sebab aku nampak kau macam biasa ja. Sederhana," jawab Aziah dengan jujur.

Saiful terangguk faham.

"Hm. Takpe kalau macam tu," balasnya.

Actually, Saiful bukanlah orang yang terburu-buru dalam bersuka-suki dengan ajnabi kerana dia tahu, itu semua hanyalah cinta palsu yang direka semata atas dasar nafsu meski diberi green light oleh ibu bapa sekalipun. Baginya, bernikah itu lebih baik dan itulah cinta sejati yang diredai dalam agama dan diberkati olehNya sendiri. Apatah lagi, jika kayangan itu dibina atas dasar agama kerana ianya menyempurnakan semua aspek yang lain dan menjamin 'Mawaddah wa Rahmah' sesebuah rumahtangga itu.

Kata Baginda SAW dari Abu Hurairah RA;

"Kahwinilah wanita itu kerana empat. Iaitu kerana cantiknya, kerana hartanya, kerana nasabnya dan kerana agamanya. Dan pilihlah kerana agamanya, nescaya kalian akan berbahagia."

(HR Bukhari Muslim)

Ketahuilah, AGAMA itu mampu menambahkan lagi keindahan seseorang itu diseliti akhlak dan personaliti yang mahmudah.

***********

Dalam waktu yang terluang di rumah, Harris sedang berseronok melayani video-video ceramah ringkas daripada ustaz-ustaz tersohor negara seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Kazim Elias dan lain-lain lagi. Antara yang menjadi minatnya ialah Ustaz Abdullah Khairi kerana cara penyampaiannya yang bersifat jenaka dan terbuka tetapi ilmunya yang disampaikan sampai dan Ustaz Wadi Anuar kerana nas-nas hadis yang digunakannya adalah hasil penelitiannya melalui kitab-kitab hadis selain nas-nas sahih yang lain.

Dalam dia menikmati video ceramah,

"Detet!"

Muncul satu mesej whatsapp terpapar di atas skrin telefonnya.

"Eh, Haziqah. Kenapa dia tiba-tiba whatsapp aku ni?" hairan Harris sewaktu melihat insan yang menghantar mesej itu ialah rakannya yang pernah mengecamnya.

"Assalamualaikum."

"Ris, ni aku. Aku whatsapp kau ni sebab nak mintak maaf dekat kau. Aku tau aku salah sebab kecam kau sampai permainkan agama dengan perlekeh hadis yang kau bagi untuk reply ugutan kami tu," terang Haziqah mengatur kata maaf kepada Harris.

Dalam berapa ketika, muncul pula mesej-mesej dari rakan pengecamnya yang lain dan akui kesalahan mereka yang sama kepada Harris.

Harris bernafas seketika.

Atas perwatakannya yang memang bersesuaian dengan sikap seorang pemaaf,dia hanya tersenyum dan membalas mesej kepada mereka dengan menaip.

"Takpelah, korang. Kita kena tahu yang kita cumalah manusia hina, penuh kotor dan nista hatta tidak semaksum nabi SAW sendiri. Dosa-dosa kita sentiasa menggari kita dan pengampunan itu memecah gari kita untuk mendidik kita menjadi yang lebih baik. Jadinya, aku maafkan korang. Ikhlas. Tapi, korang kena bertaubat dekat Allah sebab permainkan nas-nas Dia dengan hadis nabi," terangnya diakhiri pesanan.

Biasa, kadang adanya manusia itu amat baik dan begitu 'suci' dalamannya. Cumanya, jika kita bersangkanya atas dasar benci dan khilafnya yang meski sekecil cuma. Dia terpaksa membalas sangkaan itu dengan cara yang sama bahkan lebih teruk dari itu. Jika dia disuap dengan kebaikan meski sekecil cuma, dia pasti membalas dengan sifat asalnya bahkan mungkin lebih baik dari itu.

Balasan?
Itulah dunia, bersifat Kaffarah atau Membalas.

Teman, renungilah.
Janganlah disebabkan khilafnya yang sekecil zarah itu, kau membenci bak dia membuatnya sebesar longgokan sampah. Percaya, manusia akan sedar dan berubah. Andainya jika dia masih terlena, terpulang.

Aku juga manusia biasa, ada betul ada salahnya. Bukannya Nabi atau Malaikat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience