MURTAD

Young Adult Completed 1954

"Oleh itu, puan-puan akak-akak yang saya kasihi sekalian. Kita kenalah jaga diri kita, maruah kita. Macam mana caranya? Paling senang, tengok dekat diri kita. Ha, tulah paling senang nak apply and How, yea?. Okay, macam ni la ye. Senang cakap, tingkah laku kita and penampilan kita. Aurat, malu dan santun. Biar ada azali kita sebagai Hawa. Pesanan saya, kita cuba berubah slowly sebab kalau berubah terus, nampak sangat kita ni terburu-buru dan tak ikhlas pun dalam berhijrah. Kalau boleh, cuba mintak moral support dari keluarga dan kawan-kawan," terang Ustazah Nafilah selaku penceramah motivasi khas bagi wanita. Sebelum dia menghabiskan katanya, sempat dia mengambil cogan kata dari Sayidina Ali bin Abi Thalib RA;

"Jadilah seperti bunga yang memberikan keharuman bahkan kepada tangan yang telah menghancurkannya."

Syok sahaja Husna mendengar kata-kata yang disampaikan oleh Ustazah dan pemberi motivasi yang khusus untuk menaikkan semangatnya untuk berubah menjadi Hawa yang sejati.

Dia cuba pegang dengan satu kata yang menarik minatnya dan menguatkan pegangan untuknya dalam berhijrah,

"Ketahuilah, masih tidak terlambat untuk kita berubah menjadi lebih baik."

***********

Sudah beberapa hari Saiful dan Aziah menyambut Aidilfitri dengan penuh bersederhana di rumah paklong dan maklong. Kini, tibalah masanya untuk mereka pulang untuk ke kampus mereka untuk menyambung pembelajaran pula.

Aziah sempat bersalaman dengan ibu dan ayahnya sementara Saiful bersalaman dengan paklong.

Lalu mereka pun melangkah terus memasuki perut kereta Saiful sesudah meletakkan bagasi mereka.

"Assalamualaikum!!" laung Saiful.

Sempat mereka berlambaian sementara kereta Saiful sedang bergerak meninggalkan rumah paklong.

***********

Sedang Harris dalam perjalanan ke rumahnya, dia hanya khusyuk bermain telefonnya sambil berbual dengan rakan-rakannya dan guru-guru tentang progres kerja rumah yang diberikan.

"Detet!!" tiba-tiba muncul satu pesanan whatsapp muncul di skrinnya.

'Husna..,' hairan Harris apabila Husna yang sedang menghantar mesej kepadanya dengan sapaan salam.

'Waalaikumsalam,' Harris menaip untuk membalas sapaan Husna.

'Ni... Harris Akmar ke?' tanya Husna.

'Ye, kenapa?'

'Ni aku, Husna. Husna Aqilah.'

'Ye, Husna. Kenapa kau whatsapp aku ni?'

'Aku... nak mintak maaf dekat kau sebab perlekeh kau masa awal tahun tu,' luah Husna.

Harris terdiam seketika. Nafas cuba diambil.

'Alah, dah lama dah pun. Lupakan je la. Aku pun dah takmau nak teringat balik, terpadam dah. Yelah, aku maafkan kau Husna.'

Husna terdetak seketika. Dia akur sahaja dengan apa yang dikatakan Harris.

Apa ke tidaknya, perkara lama jangan pernah diungkit. Karang, sakit pulak jiwanya. 

Bak kata orang lama, tutup buku lama buka buku baru atau kata moden, Just move on!

Husna membalas kata Harris dengan emoji tersenyum diiringi kata terima kasih kepada Harris. 

Dia turut mendoakan kejayaan Harris untuk SPM begitu juga Harris.

***********

"Skreett!!"

"Alhamdulillah, sampai jugak akhirnya." Kata Saiful setelah puas memandu dan sampai di kampus UIAM Kuantan.

"Oi, Aziah. Bangun. Sampai dah," kejut Saiful.

'Aih, budak ni. Tak bangun jugak,'

Dia kemudiannya mengambil sarung tangannya di poket pintu keretanya lalu menepuk badan Aziah. Yelah, jaga mahram antara ajnabi.

"Mmmhh!!! Apa ni???" geram Aziah sambil menoleh ke arah sekeliling. Gelap. Dia cuba mencari Saiful dan.....

"Sampai dah," katanya seraya keluar dari keretanya, menuju ke bonet belakang untuk mengambil bagasi.

"Hah, Sampai dah??" bingung Aziah sambil menahan silau sewaktu cahaya lampu kereta Saiful menerang.

Dalam Aziah kesilauan, dia masih cuba bertahan dan keluar dari kereta Saiful untuk mengambil bagasinya di bonet kereta.

Kemudiannya, mereka terus berjalan ke arah kampus untuk ke bilik mereka.

***********

"Assalamualaikum..," sapa Saiful seraya memasuki biliknya. Dia kemudiannya membuka suis lampu dan kipas lantas melonggarkan pegangan bagasinya di sebelah katil miliknya.

Dia cuba mengemas biliknya dan mengeluarkan barangan dari bagasinya sebelum menyusunnya di almari baju.

Tiba-tiba....

"Dzzzz... Dzzzz..."

Saiful cuba menggapai telefonnya didalam kocek seluarnya untuk mengetahui gerangan siapakah yang menghubunginya.

"Khai..."

***********

"Assalamualaikum..," sapa Aziah dari luar bilik.

"Tok tok tok..."

"Ifah..," laung Aziah. Berharap teman sebiliknya itu mendengar panggilannya.

"Eh, takde jawapan?" hairan Aziah. Dia cuba menolak tombol pintu. 

Tidak berkunci.

"Aik, tak kunci. Takkan dia sampai awal? Pergi mana-mana la kot..," teka Aziah. Dia sebenarnya memberikan kunci bilik mereka kepada Nazifah. Dan disebabkan pintu itu tidak berkunci, dia merasakan Nazifah itu sudah ada di kampus dan mungkin keluar seketika.

Aziah melihat bilik itu gelap. Dia membuka suis lampu dan kipas. Biasalah, nak jimat elektrik. 

Lalu dia meletakkan bagasinya di katil sebelum mengemas almari baju untuk diletakkan barangan dari bagasinya itu.

***********

"A... assalamualaikum, Pul..."

"Waalaikumsalam... Kenapa ni, Khai?" hairan Saiful dengan suara Khai yang tercungap-cungap.

"Ha, Harry... dia... dia..."

"Kenapa dengan Harry, Khai?"

"Di, dia... Dia nak... Dia nak balik..."

"Balik? Balik mana?"

"Balik kat agama dia.... Dia dah surrender. Dia nak family dia terima dia balik," puas Khai cuba menerangkan keadaan yang sebenarnya yg telah berlaku kepada Harry.

'Hmm...' Dengus Saiful apabila terdengar kata Khai tentang Harry yang sanggup murtad semata untuk ke pangkal keluarganya.

"Khai, Khai... Kau dengar ni, Khai. Benda ni basic dalam-"

"Tapi, dia baru beberapa bulan ja dia masuk Islam, Pul."

"Khai. Bagi aku la, hidup orang-orang muallaf macam si Harry tu, actually, bukannya boleh bertahan macam tu ja bila dh masuk Islam. Ada ja yang baru 2 3 hari ucap syahadah dah murtad balik. Ada yang seminggu, sebulan. Ada yang sampai cukup setahun baru dia murtad. Sebab apa? Benda-benda macam ni la. Peer pressure kata orang, takde moral support dari family. Benda memang basic, Khai. Hidup orang berbeza-beza ujian. Kita bukannya boleh sapu semua sama rata. Aku nak tanya kau, kau kenal tak John Salvaraj?"

"Ke, kenal. Kenapa?'

"Kau tahu kan kisah keislaman dia macam mana?"

"Ta... tahu... And, last sekali dia jadi Islam terus kan lepas setahun dia murtad?" Khai cuba mengagak tentang insan yang ditanya Saiful. Dia tahu insan itu tidaklah sefamous selebriti muallaf yang lain.

"Yup, masa tahun 2011 dia dah masuk. Pastu, murtad 2012. Then, masuk balik 2013. Tengok, ni baru sorang. Kau kenal Ustaz Ebit Lew, Adam Corrie Lee, Firdaus Wong semua?" Saiful kini beralih pula kepada yang sememangnya terkenal di mata netizen kini.

"Ye, kenapa?" soal Khai sambil mengusap air matanya.

"Diorang semua memang kena halangan masa nak masuk Islam. Paling teruk, sebab family. Dan, ending? Macam Ustaz Ebit dengan Firdaus Wong, diorang jadi pendakwah bebas yang disanjung netizen. Sampaikan, satu family diorang masuk Islam. Sebab apa? Diorang dah rasa, Khai. Diorang dah rasa seksanya hidup macam tu. Dan ALLAH permudahkan diorang sampai tahap macam tu sekali. Kau cuba tengok Yusuf Estes, pembantah Islam terkuat sebab pegangan dia yang kuat dekat Bible. Sekarang dia dah peluk Islam dan dia ikut jejak Dr. Zakir Naik, sebagai pendakwah bebas antarabangsa sebabnya dia sayang pulak dekat Islam bahkan jadi pembela Islam and sekarang dah ramai masuk Islam sebab dakwah dia," puas panjang saja Saiful cuba menerang tentang kisah mereka.

"A... Aku faham, Pul," balas Khai setelah puas mendengar penerangan Saiful. Setelah dia berfikir sejenak, dia tahu Hidayah Allah itu pasti akan tiba. Cuma hadirnya, tiada sapa yang tahu.

"Terima kasih, Pul. Jazakallah ukhair,"
Saiful tersenyum dan membalas kata Khai.

"Kau memang sahabat aku," kata Khai yang membuat Saiful memanjangkan senyumannya.

Akhirnya tewas juga airmata keduanya.

"Kau pun sahabat aku, Khai. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam," balas Khai seraya menamatkan panggilan.

Ketahuilah, teman itu senang saja untuk dicari bak sepetik jari sahaja. Tetapi, sahabat itu sukar dihasili. 

Andai kau ada dia, pegang. Andai kau lepas, itu semua hanya akan menjadi kesiaan hidup kau.

Dari Abu Hurairah RA, dalam riwayat Muslim, Nabi Muhammad Rasulullah SAW bersabda;

"Sebaik-baik sahabat itu ialah apabila kamu melihatnya, kamu ingat akan Allah." 
(HR MUSLIM)

"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)"
(41:33)

***********

"Ayang... tak puas lagi la..."

"Kenapa, nak lagi ke?"

"Ye la, yang. Tak puas lagi ni. Tak syok a. Jom la, yang..."

"Okay, okay. Jom."

***********

"Tok tok tok..."

"Krekk..."

"Mom, dad. I'm back," kata Harry.

"You're back. What do ya mean?" Encik Hansen cuba mengolok.

"Pffttt..," Puan Emiy tergeli hati dengan perlian suaminya terhadap Harry

"Look what I am wearing on my neck, mom," Harris cuba meyakinkan Puan Emily sambil menunjukkan rantai leher berlambang salib. 

Menunjukkan dia sudah pulang memeluk Kristian semula.

Mereka terdiam.

"Are you serious, Harry Han..,"

"Yes, mom. I am, I really am," jujur Harry.

Puan Emily cuba minta pendapat suaminya. Kelihatan juga Encik Hansen turut tertoleh menghadapnya.

Encik Hansen mengangguk. Puan Emily hanya akur.

"Harry, come in," jemput Puan Emily.

Harry terbeliak.

"Are you serious, Mom? Dad?" ragu Harry.

Mereka hanya mengangguk.

"Th, Thank mom, dad..," Harry seolah teruja apabila dia diterima semula oleh ibu bapanya.

Sempat dia berpelukan dengan ibu bapanya.

"Welcome back, our son," kata Encik Hansen.

Alice yang memerhati dari jauh mengerut dahinya. Lalu dia berlari-lari anak ke arah ibu dan ayahnya.

"Mom, dad. What's happened?" tanya Alice.

"Stop, Alice. Harry had return to our believes. Just admit and accept your 'brother'," balas Encik Hansen seraya menghulurkan tapak tangannya, menyuruh Alice agar berdiam dari berkata apa-apa.

Mendengarkan kata ayahnya, Alice masih berasa waswas. Akhirnya, dia hanya akur dengan ayahnya meski gari keraguan masih menekup dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience