IKUT

Young Adult Completed 1954

Selepas dua jam Harris menjalani waktu PdP, kini tibanya waktu rehat dan semua pelajar keluar dari kelas untuk ke kantin mahupun ke koperasi untuk membeli makanan dan ada juga yang ke Musolla al-Itqaan untuk menunaikan solat Duha. 

Harris hanya terus pergi ke kantin sedangkan hari itu ialah hari Rabu dan dia tidak berpuasa. 

Sewaktu Harris sedang menuju ke kantin... 

"Assalamualaikum, Harris!" sapa Shafiq dari belakang. 

"Ha, waalaikumsalam. Kenapa, Fiq?" 

"Aku, ada sesuatu nak bagitau kat kau. Tapi lepas kita beli nasi lah." 

"Ha, okay," akur Harris. Mereka terus menyambungkan langkah untuk ke kaunter, mengambil nasi bersama ayam goreng dan berkuah aneka. Kemudian, mereka mengambil air yang disediakan lalu membayar di kaunter khas berhadapan dengan kaunter hidangan. 

Usai membayar, mereka pergi mencari tempat untuk memulakan bicara mereka.

 "Ha, Fiq. Apa dia yang kau nak bagitau tadi?" tanya Saiful.

"Oh, ya. Macam ni, Ris. Kau kenal tak budak sekelas aku, Ainin Nazirah?" Shafiq straight to the point yang ingin dia beritahu kepada Harris mengenai rakan sekelasnya. 

"Ha, kenapa dengan dia?" 

"Semenjak baru ni, dia macam lain. Sangat lain. Aku pun perasan perubahan dia. Dengan penampilan dia. Macam tu bukan dia la." 

"Maksud kau, Fiq?" 

"Dia dah tak macam dulu. Dia sekarang suka pakai handsock. Aku ada prasan, dia pakai stoking panjang. Memang banyak berubah lah. Ayu semacam ja dia. Tak tomboi sangat macam dulu, Ris. Cikgu pun siap puji dia." 

"Kejap, macam mana kau tahu dia pakai stoking panjang? Kau usha bawah dia ke?" teka Harris.
Cuba berjenaka dengan Shafiq. 

"Haish, mana ada. Aku nampak kadang dia jalan macam biasa je. Bila dia silang kaki, nampak lutut dia tertutup elok ja," jelas Shafiq. 

"Oh, alhamdulillah la kalau macam tu. Mesti ada sebab kan. Haha," tawa Harris sewaktu meneka punca perubahan rakan sekelas Shafiq. 

"Mungkin sebab hidayah kot..." Shafiq mengagak. Harris sekadar mengangguk saja. 

"Boleh jadi gak. Lagipun, yang penting kita jangan ganggu perjalanan hijrah dia," kata Harris. 

"Hmm..," akur Shafiq

***********

"Kalau Allah SWT mencintai seorang hamba, maka beliau memanggil Jibril. "Wahai Jibril! Aku mencintai si fulan, maka cintailah dia. Lalu Jibril memanggil penghuni langit. "Wahai penghuni langit! Sesungguhnya Allah mencintai si fulan maka cintailah dia. Lalu penghuni bumipun mencintainya."
(HR. Bukhari dan Muslim) 

"Sob sob..." 

"Nazifah, awak okay..?" 

"Sob sob.... S sa... s saya..., okay la..." 

"Awak biar betul ni...?" tanya Aziah lagi. 

Nazifah masih terus menangis teresak-esak. Aziah mendengus perlahan. 

"Ifah, aku maafkan kau. Janganlah risau sangat. Aku tahu kau dah menyesal. Ini semua sebab Allah sayang kau. Aku Cuma nak kau berubah ja. Dah dah, jangan nangis" jelas Aziah kepada insan yang pernah digelarnya sahabat itu. Sempat dia mengusap air mata Nazifah dan menepuk-nepuk tubuhnya, sebagai penenang perasaan duka dalam hatinya.

Benar, kasih manusia tiada tandingnya dengan kasih sang illahi yang  melebihi segala-galanya bahkan lebih luas daripada langit dan bumi. Ketahuilah.., 

"Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)." (QS. Az Zumar: 53-54).

Sungguh, kasihNya itu amat terbuka dan cara sampainya kasih itu dengan beribu cara. Darikan sekecil-kecil benda yang 'kosong' hinggalah sebesar-besar kalamNya dan sunnah RasulNya. 

Itulah cinta yang benar-benar HAKIKI.

*********** 

"Hello. It's someone here...," sapa Harry seraya berada di pintu masjid bersama ibunya, Puan Emily. 

"Hello...!" Ibu Harry menyambung seruan Harry. 

"Huh. Oh, hi. Assalamualaikum. Come in," ajak Imam Aaron sewaktu perasan kehadiran Harry dengan ibunya. 

Mereka sekadar mengangguk dan menerima ajakan Imam Aaron. Tetapi, sewaktu Harry sedang memulakan langkah... 

"Mom, let's get in," ajak Harry kepada ibunya sewaktu melihatnya seolah menunduk. 

Puan Emily menatap wajah anaknya itu dalam sendu. Harry hanya mengangguk kepada ibunya.
Puan Emily cuba akur dengan Harry berdasarkan janji yang mereka telah buat di rumah. Akhirnya, mereka buat keputusan untuk melangkah masuk ke dalam masjid itu dan terus Imam Aaron untuk berbincang sesuatu. 

"Harry, is this you?" pelik Imam Aaron sambil menuding ke arah Harry. 

"Yes, Imam Aaron. This is me. And I come here with my mom to embrace ourself to be a Muslim," terang Harry kepada Imam Aaron tentang tujuan kehadirannya bersama Puan Emily ke masjid itu.

 Imam Aaron sedikit terkejut dengan jawapan Harry itu.

***********

"Anisah..." 

"Ye. Kenapa, Nin?" 

"Ni, aku ada benda nak bagitau kat kau..." 

"Apadia, Nin?" 

"Sebenarnya, semenjak aku dok pakai handsock dengan stoking panjang yang kau ada bagi kat aku, hampir sekelas budak perempuan kelas aku tertanya-tanya tentang benda ni. Dan kalau boleh, diorang nak jugak. Nak try kata diorang," luah Ainin. 

Anisah seolah teruja juga dengan apa yang diluah oleh Ainin kerana dia sedang merasakan Allah sedang menolongnya untuk mengubah sahabat-sahabatnya yang lain meski mereka bukanlah dalam niatnya.

"Alhamdulillah, seronok jugak aku dengar tu. Kau boleh la bagitau kat diorang malam ni yang diorang boleh beli je dekat Instagram. Untuk handsocks tu, diorang boleh cari kat akaun yang aku dah bagitau dekat kau tempoh hari. Untuk stoking, diorang boleh je cari kat kedai especially dekat kedai pakaian khas untuk muslimah. Alah, dekat Pekan Jitra tu ada ja. Jangan risaulah nak merantau jauh," terang Anisah kepada Ainin sambil berpesan untuk mengingatkan rakan sekelasnya yang seakan mahu mengikutinya sinergi ke dunia hijrah.  
Seperti kata orang, andainya baik yang dibawa pasti yang baik itulah akan dijadi ikutan.

Dan, hidup hanya pilihan. Andaikanlah hidup ini bagaikan pokok yang rimbun, beribu cabangnya. Andainya satu pilihan yang menjadi arah, akan disusuli pula pilihan-pilihan yang lain sehinggakan tergapai buahnya ataupun hanya tanah yang menjadi sembaman sebagai pengakhiran. 

Jika buah yang digapai, maka mungkin KEHIDUPAN BAHARU yang akan dinikmati. Dan andainya tanah yang disembam, mana mungkin MAUT yang akan sambuti.
Ingatlah, Hidup ini bagaikan Pilihan. Dan, setiap pilihan ada hadiahnya.

***********

"So, Miss Emily. Are you ready?" tanya Imam Aaron kepadanya setelah cuba meyakinkannya untuk lebih bersedia untuk memeluk Islam. 

Puan Emily melihat sahaja Imam Aaron. 

Tertunduk semula, masih berasa malu untuk bersaksi terhadap Tuhan yang Maha Benar dan Penguasa Sekalian Alam. 

Harry hanya melihat ibunya. Cuba dia memujuk baik.

Puan Emily sekadar mengangguk tersenyum. 

"Huh.., okay. I'm ready, Imam Aaron," kata Puan Emily dengan serba yakin meski dia masih keraguan. Imam Aaron sekadar tersenyum faham. 

"Okay, just follow me. Asyhadu..." 

"A...asy...ayhadu...." 

"Anlaa..." 

"A...anlaa...." 

"Ilaha..." 

"I...ilaha...." 

"Hailallah..." 

"Haa...hail...." 

"Hailallah..." 

"Hail... Hailallah...." 

"Waasyhadu..." 

"Wa.. waasyhadu...." 

"Anna..." 

"Aa..anna...."

"Muhammadan..." 

"Mu... muhammadan...." 

"Rasulullah..." 

"Raa...rasulullah...." 

"I witness..." 

"I witness...." 

"There's no God..." 

"There... is no God...." 

"To be worship..." 

"To be... worship...." 

"Except Allah..." 

"Ee.. except A... Allah...." 

"And I witness..." 

"And I witness...." 

"That Muhammad..." 

"That Mu... Muhammad...." 

"Is the last Messenger..." 

"I.. is the last Messenger...."

"And the servant, of Allah...." 

"A..and the servant. Oo..of Allah...." 

"Alhamdulillah, now you're a Muslim. Even you've struggle to recite the syahadah just now," puji Imam Aaron selepas membantu Puan Emily mengucapkan syahadah meskipun dalam keadaan tergagap-gagap. Harry turut tersenyum apabila Imam Aaron memuji ibunya sebegitu. 

Ibunya yang ketika itu, pun mula membutirkan jernihan permata netranya.

"Harry... Now, you're turn. Just follow me, okay," kata Imam Aaron kepada Harry pula. 

Harry mengangguk akur dan mengikut ucapan syahadah yang dibacakan Imam Aaron.
Usai Harry mengucapkan syahadah, dia menoleh ke wajah ibunya. 

Kelihatan ibunya turut terharu dengan anaknya itu yang sentiasa sabar dengannya dan sanggup berkorban untuknya sehinggakan kini, dia sudah mengikut jejak anaknya untuk menjalani hidup sebagai seorang Muslim. Dalam mereka bertentang mata, mereka berpelukan sesama sendiri diiringi tangis kesedihan. 

Imam Aaron sekadar tersenyum melihat dua beranak yang terharu sesama sendiri setelah bersaksi dalam memeluk agama Islam.
Didalam hatinya, berucap kalimah doa agar mereka terus sabar dan istiqamah untuk terus berhijrah di samping mejadi keluarga yang bahagia meski di dunia dan di 'sana'. 

Al-Amaniah, itulah fitrah sang Islamiah.

 "Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam..."
(3:19)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience