SAKSI

Young Adult Completed 1954

"Knock knock knock!"
"Knock knock knock!

Harry cuba bertenang, sudah dia ketahui tentang perkara yang akan terjadi terhadap dirinya. Ya, kritikan keluarga. Biasa kita dengari, setiap kisah seorang mualaf, pasti ditempis oleh pengaruh gergasi dalam hidup mereka.

"Mom... Dad.... Hello... Are anyone's home?"

Dia berundur sekejap...
Menanti respond ibu ayahnya.

Dalam berapa ketika...

"Kreekk...."

***********

Dalam tangan berscroll, mencari dan memuat naik post-post dakwah selain video-video ceramah oleh penceramah bebas terkenal seperti Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Kazim Elias, Ustaz Auni, Ustaz Wadi Anuar dan lain-lain. Saiful sempat berbalas whatsapp bersama Zulaikha mengenai kisah hijrahnya selepas detik hitam menimpanya ketika di sekolah.

Akaun Instagram Saiful kini sudah mencecah lebih seribu pengikut termasuklah teman-teman sebangku dan page-page islamik yang lain serta selebriti agama seperti Hadi Fayyadh, Syafiq Nasri dan sebagainya.

Kadang, kita tidak sangkai insan yang sering dipandang sinis di mata kita bakal menjadi insan yang lebih indah dilihat dan ianya akan menjadi sebaliknya.

Ketahuilah, itu semua aturanNya yang telah tertulis dan hidayahNya, kita sendiri tidak sedari bentuk dan waktunya meski sedetik cuma.

Seperti Zulaikha, dahulunya dialah ratu feminis remaja di sekolahnya. Tetapi, asbab 'peristiwa' itu, kehidupannya berubah sepenuhnya dan kini, dialah seperti pengubah kepada mereka yang sepertinya di sekolah.

"Ohh... Okay la tu kiranya. Takpe, asalkan kau boleh hidup dengan cara baru kau," kata Saiful. Zulaikha sekadar berbalas emoji senyum.

"Pul... aku... aku nak minta maaf kat kau sebab selalu perlekehkan kau dulu. Aku tau, aku ni gila dengan jiwa perempuan sekarang. Tapi sebab lidah kau tu, Aku sedar itu bukan dari kau tapi sebab Allah nak bagi kau untuk ungkapkan benda tu," luah Zulaikha.

"Zu... lidah tak bertulang, tapi lantunan dia kadang ada kesannya. Kadang boleh menenangkan seperti sapuan air je, kadang boleh melukakan seperti libasan pedang. Sebab tu, ingatlah yang benda ni Nabi nak sangat-sangat kita waspada," terang Saiful.

Benar, lidah bukannya bertulang. Tetapi tugasnya mampu dipelbagaikan. Sama ada untuk membela atau membunuh tuannya.

JAGA, wahai teman. Inilah senjata yang jadi penentu Syurga Neraka buat kita semua.

Daripada Sahl bin Sa'd RA, daripada Rasulullah SAW, Baginda SAW bersabda:
"Sesiapa yang menjamin bagiku apa yang ada di antara tulang dagunya (mulut dan lidah) dan apa yang ada di antara dua kakinya (kemaluan), maka aku menjamin baginya syurga."
(Hadith riwayat al-Bukhari, at-Tirmizi dan Ahmad)

Zulaikha balas emoji thumbs up tanda faham akan kata-kata Saiful.

***********

"Krekk...."

Kelihatan sekujur insan di sebalik pintu. Mata kemudiannya bertentang sesama mata.

"Mom.... Mom,"

Harry berlari anak mendakap ibunya.

"Mom? Who gaves you the permission to say that word, ha...?" kata Puan Emily, ibu Harry yang seakan tidak akui bahawa itu adalah sedarah sedaging dengannya.

Harry terkejut. Dia leraikan dakapan.

"Mom..," mata Harry mula kelihatan berkaca.

"Whose your mom?" hairan Puan Emily.

"It's me, Harry, Harry Hansen..,"

Kerana hairan, Puan Emily terus memanggil suaminya, Encik Hansen.

"Honey.. Did we have a son named Harry Hansen? You want to tell me why? Because he'd called me 'mother'," soal Puan Emily kepada suaminya yang kemudiannya tiba disebelah.

"I'm Harry? Harry Hansen..? Mother! Trust me!" rayu Harry minta Kepercayaan daripada ibu bapanya.

Encik Hansen seakan keliru.

Pandangannya tertoleh ke arah Harry yang masih terpinga dengan apa yang dia sedang lihat. Dari hujung rambut hingga ke hujung rambut dia perhatikan Harry.

"Errm... I... I don't know, darling. But, I just know that we've only Alice as our daughter. Harry? Huh, I don't think so..."

Harry tersentak dengan apa yang diungkapkan ayahnya.

"Dad..."

"Ugh... whose your dad, huh!?" Encik Hansen seakan meninggi.

Harry tertunduk

"Okay, alright then. I... I'm sorry for disturb you two. So, I know that I'm just a foreigner at this house. Got to go," pasrah Harry lalu berpaling dan berlangkah pergi, meninggalkan 'bekas' rumahnya.

Jauh di sudut hati ibu dan ayah Harry, benci bertingkapkan sedih dengan apa yang berlaku kepada anak mereka.

Kadang, orang sering beranggapkan konspirasi 9/11 di mana Islam sering dipandang serong seperti yang dibolak-balikkan Osama bin Laden, insan kelahiran Irani yang berkait rapat dengan isu ini di samping menjadi ketua tentera Iran ketika itu. Tidakkah mereka ketahui, itu semua hanyalah rancangan yang disengajakan konco sang durjana.

"Eh, Harry," Khai terus berpusu-pusu setelah perasan akan perubahan pergerakan Harry.

Harry seakan ingin rebah tetapi sempat disambut Khai.

"What's happened, Harry?"

"They... they forgotten me..."

"Astaghfirullah..," Khai meraba belakang Harry.

Harry menekup kepala meluahkan kesedihan yang dirasainya.

"Just be patient, man. This is a test for you in being a muslim. Just pray to Allah for giving the light of truth for your parents," kata Khai dalam mencuba untuk menenangkan Harry.

Harry mengangguk, cuba bertenang. Dia bingkas bangun dan memeluk Khai tanda terima kasih.

Khai hanya sambut pelukan itu dengan senyuman.

'Tiada masalah, sahabat. ni semua ujian Allah untukmu,' ucap Khai dalam hati

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 'Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.'"
(29:2-3)

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(2:286)

"Sungguh menakjubkan urusan seorang Mukmin. Segala perkara yang dialaminya sangat menakjubkan. Setiap takdir yang ditetapkan Allah bagi dirinya adalah kebaikan. Apabila kebaikan dialaminya, maka dia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila keburukan menimpanya, dia bersabar dan hal itu merupakan kebaikan baginya."
(Hadis Riwayat Muslim)

***********

Di malam yang hening, kedengaran bunyi kereta Honda Civic melintasi kawasan hadapan sekolah dan terus ke kawasan surau.

Saiful terus berdoa dan masuk ke masjid, menunaikan 2 solat sunat Islam selepas Isyak.

"Eh..,"

Kelihatan kereta itu berhenti dan pemandunya pula keluar dari kereta dan berlangkah ke arah Musolla al-Itqaan.

"Macam kenal je..."

Matanya kian diperjelas apabila melihat tubuh Saiful menghampiri mereka,

"A... abang Saiful?"

Cengang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience