HATI

Young Adult Completed 1954

"Jadi, apa yang kamu nak buat ni Aziah?" tanya Ustazah Aini kepada Aziah setelah mendengar cerita darinya tentang Nazifah yang berbuat khianat kepadanya dalam bersubahat dengan Hazman.

Aziah terangguk, mengakui dengan kebenaran ceritanya kepada Ustazah Aini.

Ustazah Aini menunduk berdengus. Cuba difikirkan cara yang perlu dia lakukan untuk menyelesaikan perkara ini. Agak berat juga bebanan yang dia dapat rasa terhadap Aziah.

"Aziah, ustazah rasa ustazah akan berbincang dengan Ustaz Zahirul dulu untuk cari jalan dalam menyelesaikan masalah kamu ni. Boleh ye?" pinta Ustazah Aini.

Aziah ketika itu hanya mengharapkan jalan, kini mengangguk faham semata. Dia tahu Ustazah Aini sedang buntu ketika itu. Jadi dia memberikan sahaja Ustazah Aini untuk membuat sebegitu, takut ada sebarang masalah yang akan menimpa.

Ustazah Aini hanya mengukir senyum.

Dia kemudiannya memeluk tubuh anak murid kesayangannya itu demi melegakan hatinya.

Moga Allah mudahkan.

***********

"Ha, Anisah. Apa yang awak nak bagitau kat saya tadi?" tanya Ainin sewaktu dia diberitahu Anisah bahawa ada sesuatu yang ingin disampaikan Anisah kepadanya di dorm.

Anisah ketika itu terkejut dengan soalan Ainin yang tiba-tiba itu.

"Nisah... Awak kata nak bagitau saya sesuatu kan. Apadia?" Ainin mengulangi katanya.

"Err... Ainin, awak takde handsock dengan stoking panjang ke ?" tanya Anisah secara luah dari hatinya yang terkubu dengan soalan.

Ainin terdiam.

***********

"Ainin, tutup aurat awak.."

"Ainin, pakai la handsock..."

"Ainin... kenapa pakai stoking pendek ni? Nampak la aurat awak tu.."

Terimbau di ingatannya tentang teguran Anisah yang selalu dia terima sewaktu dia membuat apa yang ditegur Anisah.

Ya, AURATnya.

***********

Dia mendengus seketika.

Dipandang wajah Anisah dan..

"Anisah, saya nak tanya awak something. Boleh tak?"
Anisah menoleh kearah Ainin.

"Apadia?"

"Kenapa, awak suka sangat nak tegur saya ha!? Suka sangat nak jaga tepi kain saya? Ha!?" tanya Anisah dengan sedikit tegas dalam nadanya.

Anisah cuba bertenang.

"Macam ni, Ainin. Saya ..."

***********

"PANG!!!!" pantas dan kuat bunyi tamparan yang didaratkan oleh Ustaz Zahirul kepada Hazman di dalam biliknya.

"Kau memang bodoh. Kan Hazman Azhari bin Abdul Rahman!!" marah Ustaz Zahirul kpada Hazman setelah dia mengetahui perbuatan kotornya itu dimana dia ber'sama' dengan Nazifah di satu malam di dalam biliknya dan Ustazah Ainilah yang memberitahunya.

"Aku tanya kau. Kenapa kau buat benda tu, HAH!!!" tuding Ustaz Zahirul dengan barannya yang sudah bergelagak bak api yang bergelora barak membara.

Hazman yang masih menyapu pipinya masih leka dengan soalan itu.

"Aku tanya sebab apa!!!?"

Hazman masih terdiam.

"Jangan sampai aku...-"

"Sebab saya sukakan Aziah, ustaz," balas Hazman seraya bangkit dari baringan akibat tamparan Ustaz Zahirul tadi.

"Oh, sebab cinta ja. Ha, sebab ni ja??" perli Ustaz Zahirul.

Hazman tertunduk.

"Wei, aku tak habis lagi dengan kau. Apa masalah kau ni, ha! Takkan sebab dia dok tolak kau, kau upah kawan dia untuk buat macam ni kat dia? Kau takde akal ke hah!! Kau jangan sampai aku bawak menatang-menatang haram tu, dan bandingkan kau dengan diorang tu! Kau memang manusia bodoh. Lagi BODOH dari haiwan ternakan. Dasar takde akal!!" lagi baran Ustaz Zahirul, tanpa memikirkan benda yang sepatutnya dia buat sebagai ketua guru jabatan agama universiti itu.

Dia ada juga peringatkan tentang buruknya manusia itu seperti haiwan ternakan, bahkan lagi teruk dari itu.(7:179)

"Hati kau memang busuk. Macam sampah!!"

Cinta, kadang membahagiakan kita. Kadang merosakkan hati kita dalam diam. Andai dunia yang dikejar atas dasar cinta, ketahuilah dunia ini akhirnya tumpas di tangan Allah dan diberikan alam baqa' yang kekal lagi abadi. Seperti Zulaikha, andai cinta Yusuf yang dia cari, pasti dirinya rosak diherdik nafsu. Andai cinta Allah yang dia cari, maka hatinya dibersihkan dengan iman. Sungguh, cinta manusia itu sia-sia tetapi cinta Allah itu bahagia.

Ingatlah, jangan mencari kerana nafsu tetapi carilah kerana Dia. Nescaya, kamu akan bahagia dengannya selama-lamanya.

"... Dan pilihlah kerana agamanya. Nescaya kamu akan bahagia."
(HR Bukhari Muslim, Dari Abu Hurairah RA)

***********

"Sebenarnya, saya sayangkan awak, Ainin. Saya tau awak dah muak dengar teguran saya sebelum ni. Saya tau awak nak bebas. Tapi saya kesian kat awak sebab awak bukan sekadar kawan saya. Awak ialah sahabat saya. Saya sayang sangat dekat awak, Nin. Sebab awak tu mahal. Awak mahal seperti mahalnya wanita-wanita dulu. Saya bukan apa, Nin. Tapi sebab agama. Saya takmau awak jatuh sebab benda remeh ni je. Awak memang lawa Ainin, saya akui sangat sangat. Cumanya awak kena tahu, sebenarnya awak akan nampak lagi indah sebab agama. Agamalah yang menyempurnakan awak, Ainin. Seindah nama awak,Nin. Sang mata yang mulia," terang Anisah sepuasnya kepada Ainin tentang tujuan dan hakikat sebenar yang perlu dia tahu sebagai seorang Hawa.
Ainin masih berdiam.

"Tapi, kalau awak masih tak nak ikut... Terpulanglah. Saya pun dah puas tegur awak sepertimana awak dah puas dengar teguran saya ni," kata Anisah seraya pergi membersihkan diri untuk aktiviti kerohanian malam dan kelas prep malam.

Ainin masih berdiam. Hatinya disentuh dalam dengan kata-kata Anisah tadi. Tersedar dari mimpi nafsu yang melekakannya untuk berseronok dengan dunia sendiri sehingga melupakan agama yang sejak azalinya memuliakan darjat seorang Hawa seperti dia.

Iman, itulah panahnya. Yang cuba bertarung dengan nafsu yang berkubu dihatinya.

Tiba-tiba...

"A... Aku... Aku nak berubah.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience