TEGUR

Young Adult Completed 1954

"Okay, kelas kita dismissed," kata Cik Aira selaku pensyarah Saiful dan Aziah.

Semua mahasiswa mula berpusu-pusu-pusu meninggalkan bilik kuliah.

"Saiful..."

Saiful tertoleh apabila mendengar namanya dipanggil.

"Nah, ada orang bagi," hulur Suraya kepada Saiful sebuah buku yang bertajuk 'Pujukan dari Tuhan' karya Shukery Azizan.

"Siapa yang bagi ni, Su?" hairan Saiful.

Suraya menjongket bahu.

Saiful mengerut dahi seraya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Hairan membuntu

"Hm, takpelah. Thanks Su," kata Saiful sambil membelek-belek buku ituSuraya tersenyum lalu beredar meninggalkan Saiful.

Ketika Saiful membuka buku yang diberikan oleh Suraya.

'Moga buku ini jadi pembantu dakwah awak,' kelihatan sehelai nota yang terlekat di muka hadapan buku itu apabila Saiful membukanya.

Saiful terjongket sebelah kening sambil menggeleng-gelengkan kepala lalu dia terus melangkah ke biliknya.

Sewaktu dia sudah memasuki biliknya, kelihatan begitu banyak buku-buku agama yang tersusun rapi dan.

Ya, itu semua daripada Suraya.

Saiful mendengus. Dia terus meletakkan buku yang dipegangnya di atas meja.

"Buku lagi ke, bang?" usik Hasri di atas katil sambil melayan telefonnya.

"Nampaknya la." Saiful mencekak pinggang.

"Hmm.... Nampak dah tanda."

"Tanda apa pulak, Ri? Kau jangan macam-macam," hairan Saiful sambil menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal.

"Empunya punya buku tu dah suka kat kau rasanya," agak Hasri.

"Hahaha. Tak tau la, Ri. Aku sendiri dok terfikir, siapa la yang bagi dekat aku buku-buku ni sebenarnya. Haduhhh..."

"Hmm..."

***********

'Jadinya. Selama ni, dia la yang bagi kat aku buku yang banyak-banyak tu. Boleh pulak dia 'upah' Suraya untuk bagi dekat aku. Haih... bertuah sungguh,' cetus hati Saiful sambil tergelak kecil.

Dia cuba merenung seketika.

'Tapi... actually, aku pun betul-betul tak pernah tau yang dia tu sepupu angkat aku.'

Dalam dia teroverthinking, dia terus melelapkan matanya.

***********

"Alhamdulillah, we've arrived here. Harry, are you still okay?"

Harry mengangguk.

Khai tanpa lengah, terus mencari teksi untuk menuju ke universiti mereka.

"Taxi, here!" lambai Khai pabila dia terlihat sebuah teksi melalui laluan menuju pintu utama ketibaan lapangan terbang.

Sewaktu mereka memasuki badan teksi itu, Khai terus memberitahu destinasi mereka.

Dalam perjalanan, Harry hanya mendiam diri dan tidur. Khai semakin risau dengan perbuatan Harry.

Ya Allah, permudahkan hambaMu menempuh dunia seorang Muallaf baru ya Allah. Demi redaMu jua dia mencari sang suci.

***********

Di pagi esoknya, Aziah dan paklong sedang berada dikebun yang hanya berada ditepi rumah paklong. Paklong hanya melakukan kerja-kerja kebunnya dengan menjaga tanaman buah, sayur dan macam-macam lagi tanaman yang ada dikebunnya sementara Aziah hanya melilaukan matanya melihat sawah yang menghijau sambil-sambil memerhati perbuatan paklong.

"Paklong."

"Hm..."

"Sebenarnya, kisah si Saiful tu macam mana , betul ke dia tu sepupu angkat Aziah?" kerja paklong terhenti. Dia cuba mengambil nafas.

"Macam ni Aziah, kamu tau kan parent Saiful takde. Dia kena jaga dekat..."

"Paklong..!!"

"Ha, kamu ni dah kenapa? Tiba-tiba terpekik macam kena kejar ular senduk gi," tegur paklong kepada Saiful kerana mencelah perbualannya bersama Aziah.

"Pfftt..." Aziah menahan ketawa seraya mendengar bebelan paklong.

"Hehe, takdelah paklong. Saje nak mai tolong... Eh, Aziah, awak pun ada kat sini jugak? Patutlah takde kat dalam rumah tadi," kata Saiful sambil mengusik si Aziah.

'Haish, dia ni. Kacau la line aku. Nak borak sat dengan paklong pun kacau,' ngomel Aziah dalam hatinya sambil memandang tajam ke arah Saiful.

"Haa dah, meh Saiful. Tolong paklong buat batas nih," arah paklong sewaktu melihat gelagat Aziah yang memerhati Saiful.

"Baik, long," akur Saiful lalu terus mengambil cangkul dan melakukan tugasan yang diarahkan paklong.

***********

Dalam suatu suasana prep petang, Harris sedang khusyuk membuat latihan yang diberikan oleh gurunya.

Dalam dia membuat kerjanya...

"Tok tok tok"

"Assalamualaikum, a.. abang Harris ada tak...?" tercungap Safwan sewaktu bertandang ke kelas Harris semata untuk mencarinya.

Harris turut hairan dengan kehadirannya lalu terus melangkah pergi ke pintu hadapan kelas.

"Ha, kenapa ni?" soalnya kepada Safwan.

"Diorang... di, diorang buat lagi," kata Safwan dalam usaha mendapatkan nafas yang seolah kehilangan akibat puas berlari ke kelas Harris.

Harris terdiam, menunduk seketika.

'Diorang ni la..., memang tak serik lagi ke?' geram di hatinya seraya menggeleng.

"Diorang kat mana...?"

"Sa.. sana bang," tuding Safwan ke arah suatu tempat yang tidak begitu jauh dari lokasi mereka berada.

"Okay, terima kasih, Safwan."

"Baik, bang. Sama-sama," kata Safwan lalu pergi ke kelasnya.

'Haduh, apa nak jadi dengan diorang nih,' gusar hati Harris lalu melangkah pergi ke tempat yang dilaporkan Safwan.

***********

"Assalamualaikum..."

"Eh, er... Waalaikumsalam," balas Aizat dalam keadaan terkejut dengan kehadiran Harris yang tiba-tiba.

"Korang buat apa ni...?" soal Harris.

"Kitorang saje dok borak-borak kat sini," balas Haura.

'Haih, kau ni memang kacau line la...,' rimas Aizat dalam hati.

"Oh.. apa, Aizat. Jom la balik. Dah habis prep ni," ajak Harris sewaktu melihat jam tangannya sudah menunjukkan waktu 4.30 petang.

"Er... kau balik la dulu, Ris. Kami tak habis lagi dok bersembang ni," tolak Aizat.

Tanpa berfikir panjang, Harris terus merayu agar Aizat terima ajakannya untuk pulang ke asrama.

"Zat... Jom la balik... Jom la Zat... Pleaseeee...."

"Wak, tu Harris puas pujuk awak tu. Balik jela. Nanti kita boleh je kan jumpa lain," kata Haura.

Setelah puas disuap rayuan Harris dengan sokongan Haura, Aizat akur tapi di hatinya mengomel geram.

'Kau tunggu, Ris. Kau tunggu.'

***********

"Pang..!!"

Harris tertoleh seketika apabila dia terdengar Aizat seolah menjatuhkan sesuatu.

"Kau ni dah kenapa Aizat?"

Aizat tertunduk menahan geram.

"Kau tanya aku kenapa jadi...? Ni semua sebab kau la, woi!!!" baran Aizat

Harris hairan.

"Aku...," kata Harris sambil menuding dirinya.

"Kenapa kau kacau kerja aku, ha!!? Macam mana kau tahu aku dengan Haura ada kat situ!?" soal Aizat dengan barannya.

Harris terdiam seketika dan mengambil nafasnya untuk cuba menjawab persoalan Aizat. Dia tahu perdebatan dalam ammarah takkan memenangkan sesiapapun. Cuma ego yang menjulang kejuaraannya. Kita? Hanyalah sujud lemah asbab 'berhamba' dengannya. Musuh ego, sabar. Punca KEMENANGAN seorang Mukmin itu.

Benar juga, lidah yang berdebat akan ada juaranya. Cuma andainya tercampur dengan ribuan emosi, tiada tandingnya lagi sang ego dengan bonekanya. Penumpas? Hanya boneka sang kesabaran.

"Aizat kau dengar ni...?"

"Nak dengar apa lagi, haa!!!" Aizat masih dalam barannya.

"Kau dengar dulu boleh tak! Jangan tunjuk gaya angkat dada sangat la..!" Harris cuba bertenang dalam didihnya ammarah dalam dirinya.

Aizat terdiam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience