EPILOG

Young Adult Completed 1954

1 tahun kemudian... 

"Abang... abang okay tak?" tanya Aziah setelah melihat wajah Saiful yang sedang bersedih tersendu. 

"Abang rindukan Akram... Teringin sangat nak dia tengok keadaan abang sekarang ni. Tapi Allah lagi sayang dia. Abang rindu...," luah Saiful. Sebak sewaktu melihat batu nisan milik Akram.

Aziah menunduk. 

"Abang. Abang kena reda. Ni semua sebab Allah sayang sangat dengan abang. Abang sendiri tahu semua ni. Sayang faham, sebab sayang pun dah alami apa yang abang alami. Nanti, bila kita free, abang tolong bawak sayang pergi kubur Suraya ye," pinta Aziah sambil meluahkan rasa rindunya terhadap arwah sahabatnya itu. 

Saiful melihat sahaja wajah isterinya yang indah berpurdah peach itu, sekadar tersenyum dan mengangguk. 

"Insha Allah, yang. Abang tahu, ayang pun rindukan dia. Takpe, esok kita pergi dekat kubur dia," balas Saiful sambil mengikat janjinya kepada Aziah. 

Aziah tersenyum lebar. Dia tahu suaminya itu tidak akan pernah melanggari janjinya itu. 

Baginya, andai dia diberikan satu tugasan akan dia lakukan sebaiknya tugasan itu.

"Dah, jom yang. Kita balik. Dah lama rasanya kita kat sini," ajak Saiful setelah merasakan mereka sudah beberapa minit berada di pusara Akram. 

Aziah sekadar mengangguk. 

Mereka terus bangkit dari duduk mereka dan melangkah pergi meninggalkan kawasan perkuburan berhampiran masjid yang pernah menjadi saksi pernikahan mereka. 

"Assalamualaikum, Akram. Aku pergi dulu," ucap Saiful sementara dia hendak ingin melangkah pergi dari pusara sahabatnya.

***********

"Assalamualaikum, mom. How you doing?" 

"Waalaikumsalam, Harry. Alhamdulillah, I'm just fine in here. How about you?" 

"I'm just as you being, mom. Just in the goods of rahmah of Allah." 

"So, when did you want to come home? I miss you so much..." 

"Insha Allah, mom. Maybe in 2 weeks, I'll get to come back home." 

"Okay, I'll wait for you." 

"Okay, mom. Thanks." 

"So, if there is no anything you want to talk about... I'll call off our conversation right now." 

"Oh, okay mom."

"So, you gonna know it. I love you so much, Harry. Thank you for staying with me. But, I miss Alice too. I thought, where did she go?" Harry terkedu apabila terdengar nama adik tirinya itu. 

Mekar juga dihatinya kerinduan terhadap Alice. 

"I think, insha Allah. She'll be okay. We just pray to Him for guiding her to know the true way of Islam. May Allah gaves her the hidayah," pesan Harry. 

Puan Emily akur dan menyokong kata anaknya itu. 

"Okay, mom. I've to go now. Love you, assalamualaikum." 

"Waalaikumsalam, my son. Love you too." Harry tersenyum mendengar balasan indah ibunya itu.

Ibu, insan yang paling mulia di dunia ini. Tanpa dia, mana mungkin terlahirnya sang khalifah, mana mungkin wujudnya nabi-nabi. Melainkan si Adam itu sendiri.
Kasihnya, tidak dapat ditandingi dengan segalanya melainkan kasihNya, yang lagi luas dari seluruh semesta alam. Teman, selagi nyawa masih dijasadnya. Ambillah kesempatan, jangan jadikan sengketaan.
Kasihnya bukan untuk dipijak, tetapi untuk dijejak.
 Moga syurgaNya milik kita.

Dari Abu Hurairah radhiyallaahu 'anhu, belia berkata; 

"Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dan berkata, 

'Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?'
Nabi shalallaahu 'alaihi wasallam menjawab, 'Ibumu!'
Dan orang tersebut kembali bertanya, 'Kemudian siapa lagi?' Nabi shalallaahu 'alaihi wasallam menjawab, 'Ibumu!'
Orang tersebut bertanya kembali, 'Kemudian siapa lagi?'
Beliau menjawab, 'Ibumu!'
Orang tersebut bertanya kembali, 'Kemudian siapa lagi?'
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam menjawab, 'Kemudian ayahmu!'"
(HR.Bukhari dan Muslim)

***********

Sudah tibanya masa, hari ini ialah hari terumumnya keputusan peperiksaan SPM Harris. 

Semua pelajar lepasan SPM sekolahnya sudahpun berkumpul di perkarangan Dewan Bitara dan berpuyu-puyu masuk ke dalam dewan bagi mendapatkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia itu. 

Ketika sedang bermulanya majlis pengumuman keputusan bagi setiap pelajar, semua pelajar yang lain sentiasa bertepuk tangan atas nama setiap pelajar yang disebutkan oleh pengelola majlis itu. 

Tetapi, apabila disebutnya satu nama...

"... Harris Akmar bin Ahmad Nizam..."

***********

"Peerrgghh... Padu la abang kita ni. Bukan calang-calang," puji Aniq kepada Harris seusai mereka berjalan keluar dari Dewan Bitara selepas melakukan upacara berfotografi bersama ahli tingkatan 5 tahun lalu. 

"Alah, biasa-biasa je. Takde pape pun. Alhamdulillah, ni sebab usaha aku sendiri dan sentiasa ingat Dia. Aku pegang je, kalau kita ingat Dia dalam berbuat sesuatu Dia sendiri akan ingat kita dan tolong kita," kata Harris dengan rendah diri.

Sahabatnya yang lain menunduk. Tersentap dengan ayat yang dikatakan Harris itu.

"Wei, Ris. Maafkan kami sebab pernah hina kau sebelum-sebelum ni. Kami sedar yang kami salah. Maafkan kami." 

Harris hanya tersenyum. 

"Korang jangan mintak maaf dekat aku. Tapi, mintak ampunlah dekat Dia, sebab benda yang korang hinakan tu agama. Dan agama tu hak Dia. So, kalau korang hinakan agama korang hina Allah," jawab Harris sambil menasihati sahabatnya itu. 

"Jom, pelukan sahabat." Harris mendepakan tangannya dan mendekati mereka. 

Mereka menyahut pelukan Harris dengan gembira. Mereka turut berasa tenang dengan jawapan Harris itu. 

Dalam beberapa ketika.., 

"Abang Harris!!!" kedengaran pelajar yang lain mendekati Harris dalam keadaan berbondong-bondong. 

"Harris..." 

"Kenapa ni?" 

"Ka.. kami... Kami nak mintak maaf kat kau. Kami janji, kami takmau buat bising lagi dah dekat surau," kata mereka kepada Harris dalam tercungap-cungap.
Segelintir dari kalangan mereka adalah dari pelajar tingkatan 4 tahun lalu. 

"Alololo, siannya... Meh, peluk aku," ajak Harris.

Mereka akur sahaja. Dalam pelukan itu, kelihatan mereka sedang menangis kekesalan dengan kesilapan mereka yang sering menjadi punca dalam membuat bising di surau sekolah. 

"Korang, aku dah maafkan korang. Jangan rasa bersalah dengan aku. Tapi Allah, sebab korang mengganggu keamanan surau yang sebenarnya kita tahu keamanan tu adalah fitrah dalam rumah Allah. Korang ingat ni, kalau korang buat macam tu kat rumah orang mesti diorang marah kan. Sebab? ADAB. Macam tu jugak kalau dekat rumah Allah. So, ingat pesanan aku ni, k. Aiman, kau tolong teruskan kerja aku and legasi BADAR dekat sekolah kita ni. Meriahkan surau, rajin kejut orang time Subuh. Buat apa yang kau sepatutnya kena buat. Jadi ketua BADAR yang terbaik," terang Harris dan menutupkan katanya dengan pesanan kepada juniornya itu yang sedang mengikut jejak dalam memegang amanah terbesar dalam hidup di alam persekolahan. 

Sempat dia mengingati kepada mereka tentang satu hadis Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah RA yang berbunyi; 

"Sebaik-baik manusia bagi manusia adalah kalian membawa mereka dalam keadaan leher mereka dirantai sehingga mereka memasuki Islam".
(Hadis riwayat al-Bukhari) 

Mereka mengangguk dan berjanji pada diri mereka untuk berubah menjadi yang lebih baik dalam diri mereka. 

"Dah la, aku nak balik dulu. Ingat tau pesan aku. Kalau dah tiada lagi Islam kat muka bumi ni, jangan pernah menyesal dengan taklukan musuh Jahiliah. Andainya akulah Dai Terakhir kat dunia ni, siapa lagi yang akan menegakkan Islam? Takkan nak tunggu sang konco-konco Jahiliah mengulangi sejarah sampai akhirat sana? Pegang ni, DAKWAH ADALAH UNTUK SEMUA!"

Semua orang tersenyum lega walaupun ada rasa sendu dalam hati.

"K, salamualaikum. Aku balik dulu," ucap Harris seraya memasuki perut keretanya dan berlambai-lambaian terhadap mereka sewaktu keretanya meluncur keluar dari perkarangan sekolah.

Abdullah bin Umar r.a. berkata bahwa Rasulullah, SAW telah bersabda;

"Ketahuilah: kalian semua adalah pemimpin (pemelihara) dan bertanggung jawab terhadap rakyatnya. Pemimpin akan dimintai pertanggungjawabannya tentang rakyat yang dipimmpinnya.
(HR Bukhari) 

 "Pengikut-pengikut mereka berkata (kepada pemimpin-pemimpin mereka): "Sesungguhnya kamulah yang datang kepada kami dan kanan.
 Pemimpin-pemimpin mereka menjawab:
"Sebenarnya kamulah yang tidak beriman".
Dan sekali-kali kami tidak berkuasa terhadapmu, bahkan kamulah kaum yang melampaui batas.
Maka pastilah putusan (azab) Tuhan kita menimpa atas kita; sesungguhnya kita akan merasakan (azab itu).
Maka kami telah menyesatkan kamu, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang sesat."
(37:28-32)

"Dan mereka berkata: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar).
"Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar".
"Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar".
(33:67-68)

-TAMAT-

Baiklah, tamatlah sudah kisah Dai Terakhir ini. Terima kasih kepada yanh sudi menghabiskan karya saya yang pertama dan tidaklah seberapa hebat 'xD. semoga kalian mendapat kebaikan daripada karya ini :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience