RASA

Young Adult Completed 1954

"Attention to all passengers of MH122, Malaysia Airlines , we've now arrived to Kuala Lumpur International Airport. Hopely you ensure your seatbelts is fasten and remain at your seats. Thank you," umum juruterbang kepada para penumpang

"Sampai dah," kata Khai perlahan.

Pesawat itu kemudiannya mendarat dengan sempurna lalu bergerak menuju ke tempat yang sepatutnya untuk mengeluarkan penumpang-penumpang.

Khai menggeliat seketika setelah berjam dia berada di dalam kapal terbang dan menunggu waktu untuk keluar dari pesawat.

Harry masih terdiam bisu.

Dalam mereka sedang berlangkah ke perkarangan tempat ketibaan...

"Saiful!!!" laung Khai sambil melambai-lambai kepada Saiful..

Saiful juga ketika itu perasan dengan kehadiran Khai dan Harry lalu bersalaman dan berpelukan antara satu sama lain.

"You are, Harry. Right?" tanya Saiful.

Harry sekadar mengangguk perlahan.

Saiful dan Khai tersenyum

"Let's go. Harry, follow us," ajak Saiful.

Harry hanya akur dan mengikuti mereka dari belakang

Sedang mereka dalam perjalanan, sempat Saiful berbual saja dengan Harry meski dia masih membalas sendu..

***********

"Okay, bro. Thanks sebab hantar kami mai sini," kata Khai.

"Takde hal lah bro. Anytime ja," balas Saiful sambil membuat tabik spring.

Khai tersenyum.

"K, aku ciau lu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Saiful terus bergerak meninggalkan tempat dia tinggalkan Khai dan Harry untuk menyambung semula sesi pembelajaran di universitinya.

"Kau memang sahabat, Pul. Aku tak tau nak balas kebaikan dengan apa..?" kata Khai lalu berlangkah masuk ke tempat dia dan Harry akan beristirahat selama mungkin.

***********

Beberapa tempoh kemudian....

"Fuh... Dah lama aku tinggalkan tempat ni Dan sekarang, aku kena ready untuk exam master aku," riang Saiful smbil membetulkan beg galasnya.

"Bismillah..," dia terus mulakan langkah menuju ke kampus

***********

"Wei, Suraya..."

"Dah kenapa dengan kau ni?" Suraya mula berasa pelik dengan sapaan Aziah yang mula membulukan telinganya.

"Aku... aku rasa memang suka la dengan dia."

"Siapa pulak dah..?"

"Budak sekuliah aku, Saiful. Saiful Asad."

"Saiful? Pengerusi jabatan kerohanian 'u' kita tu?" Suraya cuba mengagak.

"Ha'ah, Su. Sebenarnya, aku suka dia pun bukan sebab apa, sebab aku tengok, dia tu memang kuat agama. Kau tengok la, dia kadang bagi ilmu yang kita tak pernah tahu," terang Aziah.

Suraya terangguk faham.

"Kalau kau dah tetap dengan dia, usaha je la. Sebolehnya pun doa je, moga Allah jodohkan kau dengan dia," cadang Suraya.

"Baiklah, ustazah... Hehe," riang Aziah

"Hm... Macam-macam la kau ni."

***********

"Assalamualaikum, Khai."

"Waalaikumsalam, kenapa Pul?"

"Malam ni aku nak ambik korang. Aku nak bawak korang jumpa dengan Ustaz Zahirul. Guru penasihat jabatan kerohanian kat universiti aku."

"Pukul berapa kau nak mai?"

"Setengah jam lagi."

"Kalau macam tu, aku gi bersiap dulu la."

"Okay."

***********

"Dan apabila mereka ditimpa bahaya, mereka akan berdoa kepada Kami meski dalam keadaan duduk baring ataupun merangkak. Tetapi, pabila Kami mengangkat bahaya itu daripada mereka mereka kembali(ke jalan mereka) seolah mereka tidak berdoa kepada Kami seperti yang mereka lakukan ketika mereka ditimpa bahaya. Demikianlah sifat orang yang melampau, atas apa yang mereka lakukan."
(10:12)

"Melalui ayat itu, dapat kita nampak akan peringatan Allah tentang perangai orang pelampau ataupun jenis orang yang seperti kacang lupakan kulit," terang Saiful dalam kuliah Maghrib di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah.

Dia juga beritahu bahawa Allah ada juga turunkan ayat-ayat lain yang berkaitan di dalam surah-surah lain. Tetapi Dia perincikan sifat orang pelampau itu di dalam Surah Yunus.

Semua jemaah ketika itu sedang berseronok menikmati juadah rohani pada hujung minggu di dalam universiti mereka.

Aziah ketika itu sempat juga menuliskan nota tentang apa yang diperkatakan oleh Saiful.

Usai sahaja Saiful menghabiskan takirah, semua jemaah terus bersurai. Kelihatan Saiful mula mengajak Ustaz Zahirul, berjumpa dengan Khai dan Harry.

"Ustaz, inilah kawan saya yang saya ada ceritakan tu."

Mereka sempat bersalaman sesama mereka.

"Oh, ye. Jadi saya dapat tahu yang kamu ada seorang kawan muallaf."

"Ye, ustaz."

Ustaz Zahirul tanpa berlengah, terus berbincang dengan mereka bertiga dan cuba memberikan cadangan untuk mereka dalam membantu Harry menempuh dugaan hidup sebagai muallaf.

***********

"Jadinya, ingatlah wahai kalian. Allah sedang peringatkan kita. Janganlah kita dok leka sangat. Apabila datangnya waktu yang buat kita nervous contohnya, examla paling common, korang baru nak struggle habis-habisan. Baru la nak bangun awal, baru nak buat puasa sunat bagai. Tapi, bila dah lepas semua tu. Cancel terus semua tu. Korang tak rasa apa-apa ka? Kalau orang tanya sebab apa, 'exam... kami 'ikhlas' ni' Padahal kalau korang betul-betul ikhlas, ISTIQAMAH. Biar sampai bila-bila, sampai bila kita tertinggal, rasa macam resah, tak sedap hati. Itu lagi bagus daripada korang buat semua tu untuk benda-benda 'darurat'," terang Harris sewaktu menangani majlis perisian harian di Musolla al-Itqaan.

Kita tahu, Allah SWT sendiri menyukai perkara baik bahkan gandaannya begitu banyak. Berbeza dengan perkara batil. Bahkan, Baginda SAW pernah berkata,

"Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai Allah adalah amalan yang dikerjakan secara berkekalan walaupun sedikit."
(HR BUKHARI)

Ya, simpulannya ialah ISTIQAMAH.

***********

"Astaghfirullah..."

"Kenapa tu, Aziah?"

"Kau tengok la ni. Perempuan sekarang, terikut-ikut sangat dunia. Sampai malu sendiri pun diorang dah tak ambil kira dah. Tudung style macam-macam. Hadu, apa la nak jadi. Pening aku dibuatnya. Kau tengokla, diorang dok menggelek sana, menggelek sini. Ya Allah, sakit mata aku tengok," kata Aziah sewaktu melihat sebuah post berkenaan masalah 'penyakit' kaum Hawa di akhir zaman.

"Hm, apa boleh buat Aziah. Nabi pun ada pesan tentang kita. Apatah tentang masalah dunia di akhir zaman," respond Suraya.

Aziah terangguk faham.

"Actually, kau pun tahu Su yang seorang perempuan tu macam mana, kan? Mahal. Pemalu. Lemah. Tapi an, sebab masa dan dunia yang tengah terbalik ni. Sampaikan, kau-kau pun terbalik sekali. Tapi, aku takla sampai nak termasukkan kau sekali. Hehe," ujar Aziah.

"Aku faham, Ziah. Apakan daya, manusia sekarang dah tak macam dulu. Jenis nak ikut je something tu. Dikatakan, mereka nampak benda tu macam 'norma' yang seronok untuk dibuat. Sampaikan, adanya aplikasi-aplikasi 'pelenyap maruah' diorang macam Tik Tok, Musically... Lagi naik la 'rasa' tu dalam diri diorang," terang Suraya seraya mengangguk dalam membenarkan kata Aziah.

Hawa, insan yang begitu mulia. Dihiasinya dia dengan sejongkong harga. Malunya, pelengkap martabatnya. Indahnya, perhiasan dari solehah. Lemahnya, lindungan dari rusuk Adam.

Sejarah melukiskan, pernah kalian diperhinakan. Bak binatang bahkan dilayan lebih teruk dari sang ternakan. Tetapi, Dia hadirkan kalian seorang utusan, untuk memberikan perlindungan. Sebagai bukti belaan satu raga. Yang tinggi lagi berharga. Lagi mewah dari perhiasan emas. Bahkan lebih indah dari sebutir permata.

Itulah kalian. Insan yang lemah dihadirkan seorang pembela. Bagaikan seorang anak yang dilindungkan emaknya.

Cuma, malu kalian kini diracuni nafsu. Kalian sendiri seolah-olah sedang mencuba, mengembalikan sejarah silam bahkan disuruh untuk dijadikan haiwan
ternakan.

Demi dunia, kalian sannggup gadaikan semua. Tanpa kira permata dan kaca. Kalian meredah tanpa duka.

Teman, marilah renungkan. TASYABBUH itu semestinya menyeronokkan tetapi hakikatnya merosakkan.

Hawa, ingatlah. Sungguh, kalianlah yang paling MULIA di sisiNya.

"Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."
(7:149)

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka."
(Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya, al-Tabarani, al-Baihaqi, dan al-Bazzar. Daripada Ibn Umar R.Anhuma )

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience