Sudah dua hari Iman mengurungkan dirinya di dalam bilik.Kejadian yang menimpanya dua hari lepas cukup membuatkan dirinya trauma.Kalau dia tak sepak Hakimi waktu tu, mungkin maruahnya sudah tiada dan paling dia takuti adalah, bagaimana kalau dia mengandungkan anak luar nikah?
Sungguh banyak masalah yang boleh ditimpa ke atas dirinya ketika itu.Kenapa kau suka buat aku menderita Hakimi? Why?! Aku pun nak bahagia seperti orang lain.
Tok! Tok!
Lamunan Iman terhenti dengan ketukan di pintu.Iman menundukkan kepalanya.Ridhuan melangkah masuk dan menuju ke Iman.Ridhuan duduk di sebelah Iman lalu menarik Iman ke dalam pelukannya.
Perlahan lahan air mata Iman mengalir sehingga terdengar esakan kecil.Ridhuan memejamkan mata dan mengeratkan pelukannya.
"Shh, enough Iman.Daddy tak suka Iman menangis.Iman tau kan yang daddy tak suka air mata yang berharga ni keluar sebab jantan tak guna tu? enough ok? Daddy ada dengan Iman"
Iman menjadi tenang dengan pujukan Ridhuan.Tidak lama kemudian, Iman terlelap sekali lagi kerana menangis.Itu la yang terjadi apabila Iman menangis, dia akan tertidur selepas penat menangis.
Perlahan lahan Ridhuan membaringkan Iman.Ridhuan memandang muka Iman yang agak pucat.Ridhuan mengusap pipi Iman dan mencium dahi Iman lama.Kemuadian, Ridhuan keluar dari bilik Iman.
Di luar bilik Iman, kelihatan Adam dan Akid sedang berdiri menunggu Ridhuan.
Ridhuan memandang kedua dua orang kepercayaannya.
"Aku nak korang jaga dan tengok tengokkan keadaan Iman sementara aku keluar faham?"
Mereka mengangguk.
"Kalau ada apa apa yang jadi terus call aku faham?"
Sambung Ridhuan dan mereka mengangguk lagi.
Kemudian, Ridhuan keluar dan mula memandu kereta untuk menuju ke gudang lama yang berdekatan dengan rumah nya.
................................................
Seusai sampai di gedung yang terbiar dan selalu jadi tempat untuk Ridhuan membuat pertumpahan darah, Ridhuan masuk dengan aura yang sangat menyeramkan.
Anak anak buahnya sudah tiba lebih awal dengan membawa mangsa yang di cari iaitu..
HAKIMI
Aku akan pastikan, malam ini adalah malam terakhir kau hidup Hakimi!
Ridhuan berjalan ke arah anak anak buahnya.Di situ terdapat Hakimi yang lemah sedang duduk di kerusi kayu dan berikat.Muka dan badannya banyak kesan kesan lebam hasil tumbukan dan tendangan oleh anak anak buahnya.
Ridhuan tersenyum makna.Hakimi yang separa sedar itu dipandang dengan penuh dendam.Ridhuan berjalan mengelilingi Hakimi sebelum tunduk separas dengan muka Hakimi.
Ridhuan mencengkam muka Hakimi dengan kasar.
"Kau tau apa salah kau?"
Soal Ridhuan tanpa secebis senyuman.Aura Ridhuan pada malam itu amat menyeramkan lagi lagi dengan mood yang tidak baik, memang nahas la siapa yang cari pasal dengannya.
Hakimi memandang Ridhuan dengan pandangan yang sayu akibat lebam di mata.
"Kau tau tak yang kau dah sentuh KESAYANGGAN aku!"
Saja Ridhuan tekankan ayat ' kesayanggan' itu.Hakimi masih berdiam diri.Ridhuan mula hilang sabar.Sabar yang cuba ditahan tadi terus lesap apabila Hakimi layan tak endah kepadanya.
Sejurus itu, Ridhuan melayangkan penumbuk pertama ke muka Hakimi.Terteleng muka Hakimi dengan tumbukan yang padu itu.Kemudian, muka nya terteleng ke kiri pulak kerana Ridhaun menumbuknya 2 kali.
Mulut Hakimi penuh darah kesan tumbukan padu itu.Dia meludah kebawah.Ridhuan memandang dengan penuh kemarahan.
Ridhuan dengan laju menarik rambut Hakimi.
"KAU TAU TAK KAU DAH SENTUH KESAYANGGAN AKU BODOH!!"
Hakimi menunjuk senyuman sinis kepada Ridhuan.
"Kau...tu yang....bodoh! sebab....per...cayakan budak..tu"
Tanpa berlengah, Ridhuan melepaskan tumbukan kepada Hakimi.
Ridhuan capai pisau yang dipegang oleh salah seorang anak buahnya.
"Kau nampak ni? KAU NAMPAK TAK?!"
Hakimi telan air liur.Kesat.Serta merta tubuh Hakimi mengigil.
"Kau gila ke ha?!"
Walaupun lemah, Hakimi luah kan apa yang dia rasa.
"Gila? aku tak gila tapi! kau yang jadikan aku gila! Kalau kau tak ada niat nak sentuh anak aku, aku takkan buat bende bodoh ni tau tak!!"
"Anak? heh! kau ingat Iman tu anak kandung kau? bukan kau jadikan dia perempuan simpanan kau ke?"
Sempat lagi Hakimi sindir walaupun dia tau yang nyawa nya di hujung tanduk sekarang.
"Aku bagi kau 40 saat untuk cakap apa yang patut"
Balas Ridhuan dengan tenang sambil melihat lihat pisau di tangannya.Hakimi mengetap bibir.
"Aku tak sentuh pun anak kau tu! lagipun dia yang goda aku.Jadi kau nasihat kan sikit anak kau tu jangan nak jadi pelacur pulak nanti!"
Hambur Hakimi sambil menahan geram.Ridhuan mengangguk dan terus menerpa ke arah Hakimi.Masa yang diberi telah pun tamat.
Hakimi yang panik tidak sempat nak buat apabila dia merasa cecair yang hangat sedang mengalir keluar dari perutnya.Hakimi membuntangkan matanya akibat terkejut.
Uhuk!!
Terkeluar darah dari mulut apabila Ridhuan mendalamkan lagi tikaman.
"Aku takkan maafkan kau dan kita jumpa di alam lagi satu ye"
Bisik Ridhuan di telinga Hakimi.
"Aku nak korang settlekan jantan ni dan ingat! jangan tinggalkan sebarang kesan faham!"
Anak anak buah Ridhuan mengangguk dan mula menjalankan tugas yang diberi.
Heh! sinis Ridhuan memandang Hakimi yang bakal jadi mayat tidak lama lagi.
ITU AKIBAT NYA BILA KAU SENTUH ANAK AKU!!
.......................................
p/s:Saya akan update seminggu 3 kali.Untuk minggu ni saya dah update 3 kali.Untuk minggu depan saya akan update hari isnin,selasa dan rabu kalau sempat.Terima kasih sesiapa yang membaca cerita saya yang tidak seberapa ini.Saya still lagi baru dalam bidang menulis dan harap dapat tunjuk ajar dari penulis lain.Tq!!
Share this novel