8:Rahsia

Drama Series 23294

Sudah 3 hari berlalu cukup membuatkan hidup Ridhuan sunyi tanpa adanya anak kesayangan di sisi.Ridhuan juga menyibukkan diri dengan kerjanya memandangkan Iman tiada di rumah buat masa ini.

Ridhuan duduk di bilik sambil menatap bingkai gambarnya bersama Iman.Ketika itu mereka pergi bercuti di Langkawi.Teruja benar Iman apabila dapat bercuti di Langkawi.Ridhuan tergelak kecil apabila teringat sikap nakal Iman sewaktu berada di Langkawi.

Tok tok!

Lamunan Ridhuan terhenti dengan ketukan pintu.Ridhuan berdehem seketika dan mengesat air mata nya yang tumpah.

"Masuk!"

Setelah diberi kebenaran, Adam masuk ke dalam bilik Ridhuan.

"Boss, kita perlu pergi sekarang"

Ridhuan mamandang Adam dengan terpinga pinga.

"Pergi mana?"

"Pergi ke pejabat.Kan boss suruh saya dan Akid berurusan dulu dengan syarikat yang mahu bekerjasama dengan kita jadi, semua sudah saya dan Akid settlekan."

Ridhuan mengangguk lalu bangun.Langkahnya terhenti apabila di lihat Adam seperti ingin menyatakan sesuatu.

"Kau nak cakap apa lagi?"

"Sebelum kita pergi, saya ada benda nak beritahu boss"

"What?"

Adam seakan ragu ragu ingin memberitahu bossnya.Ridhuan sudah pun berpeluk tubuh.

"Client yang kita akan jumpa sekejap lagi ialah...."

Adam berhenti dan memejamkan matanya seketika.Dia takut bossnya akan mengamuk.

"Sambung Adam!"

Ridhuan rimas dengan orang yang selalu cakap tidak habis ayat.Suka sangat buat orang tertunggu tunggu la!.

"Maria"

Dangg!! Seperti ada batu yang hentam di kepala Ridhuan saat itu.Nama yang selama ini sudah luput, kini mula kembali.Luka yang meninggalkan parut mula terbuka.

"W..what? are you kidding me?!'

"No boss, saya pun tak tau kenapa dia nak bekerjasama dengan boss sedangkan dia tau itu adalah syarikat boss."

Ridhuan terdiam seketika.Fikirannya mula bercelaru.Apa semua ni?

"Dah tu, kenapa kau terima?! kau buang dia sekarang! aku langsung tak nak ada kena mengena dengan dia lagi!"

"Tapi boss..."

"Takde tapi tapi! NOW!!"

Jerkah Ridhuan.Adam yang terkejut lantas menunduk sebelum berlalu keluar.

"Apa motif kau buat semua ni Maria? aku dah lupakan kau! kenapa sekarang kau muncul semula? ARGHHH!!!!"

Ridhuan mencapakkan segala benda di dalam biliknya.Sekarang, kemarahan telah menguasai dirinya.Turun naik nafas Ridhuan.

....................................

"Huh! habis juga keje ni"

Iman terbaring kepenatan di atas lantai.Dia baru je habiskan kerja yang diberi oleh prof. nya.Emma tergelak melihat Iman yang sedang berbaring.

"Ala, bestnya orang tu siapkan kerja awal.Tak nak tolong ke orang yang tak siap lagi nii"

Emma mengerling Iman.Iman yang sedang berbaring lantas bangun dan duduk.

"Ehh kau jangan macam macam ye.Aku pun baru habis perah kan otak aku ni.Dah la aku nak berasmara ngan my daddy kejap."

Iman keluar dari bilik dan mula mendail no. daddynya.Emma di dalam bilik mencebik lalu sambung membuat kerjanya.

"Isy! asal tak angkat ni? takkan bz kot?"

Iman mendail lagi.

Dan tidak angkat juga.Iman hampa.Takkan la bz sangat sampai anak call pun tak boleh jawab.Iman mengeluh dan masuk semula ke dalam bilik.

"Aik? kejap nye berasmara?"

Pelik pulak.Selalu berjam jam berborak borak.

"Tak angkat"

Masam muka Iman bila Ridhuan tidak angkat.Iman baring dan memejamkan matanya.Emma meng'o'kan sahaja.Tidak lama selepas itu, Iman lena diulit mimpi.

...........................................

Bang! bang!

Dua das tembakan terkena di bahu dan tepat di dada.Seorang perempuan mengukir senyuman sinis apabila melihat mangsa nya sudah tumbang.Tula, lain kali tipu aku lagi.

"Rose"

Perempuan yang bernama Rose itu berpaling apabila namanya dipanggil.Kelihatan seorang lelaki yang oenuh bergaya sedang duduk dan memandang mangsa yang ditembaknya.

"Well, tengok la siapa yang hilang dan kembali semula.Welcome home Ridhuan."

Rose berjalan ke arah Ridhuan dengan pandangan yang menggoda.Senyuman nakal mula terukir.

Rose duduk di peha Ridhuan dan melilitkan kedua tangannya di leher Ridhuan.Ridhuan sekadar rela dengan apa yang dilakukan oleh Rose.Baginya cukup biasa dengan layanan Rose terhadapnya.

"Miss me?"

Soal Rose dan mendekatkan mukanya ke muka Ridhuan.Ridhuan memandang tepat mata Rose.

"No, and one more thing! aku datang sini bukan sebab rindukan layanan kau.Aku datang sini sebab perlukan pertolongan kau"

Balas Ridhuan dan mula menghidupkan rokok nya.Rose mencebik lalu bangun dan duduk di sebelah Ridhuan.

"Sebelum you perlukan pertolongan i, i nak tanya you something.Where you go? tiba tiba hilang and jarang datang sini and now! you datang sini sebab perlukan pertolongan i? Heh! what happened to you Ridhuan?"

Rose juga menghidupkan rokoknya dan menghembus perlahan.Kakinya juga turut disilangkan.

"Mana aku pergi kau tak perlu tahu.And now! aku nak kau tolong aku"

Rose meggulingkan biji matanya.Dia kenal sangat Ridhuan.Lelaki yang sangat keras kepala dan egonya sungguh tinggi.Tiada siapa boleh lembutkan hatinya melainkan seorang perempuan yang sudah terpahat di hati lelaki itu but now! lelaki itu juga terluka kerana perempuan yang dicintainya itu.

"What? you nak i tolong apa?"

Ridhuan senyum penuh makna.

"I nak you awasi gerak geri....Maria"

Rose terus berpaling ke Ridhuan.

"What?! W..why tiba tiba je ni?"

"Dia nak bergabung dengan syarikat aku.Selepas beberapa tahun dia menghilang, tiba tiba muncul and nak bergabung dengan syarikat aku? kau tak rasa dia ada niat lain ke?"

Ridhuan meminta pandangan oleh Rose.Rose merupakan rakan sekerjanya.Mereka berdua sama sahaja perangai cumanya, Rose lebih kejam berbanding Ridhuan.

Rose diam seketika.

"Why me?"

Soal pelik Rose.Mahunya tak pelik, Ridhuan ada ramai anak buah tapi kenapa perlu dirinya?

"Why? tak boleh ke aku nak minta tolong kat kawan aku?"

"Bukan macam tu maksud i, cuma you kan ada ramai anak buah.And why me?"

"Maria kenal semua anak buah aku so, kemungkinan besar dia dapat tau yang dirinya diperhati oleh orang orang aku.And Maria tak pernah jumpa kau so I choose you"

Rose mengangguk tanda faham.

"Don't worry, you boleh percayakan i"

"Thanks Rose"

Rose membalas dengan senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience