18:Cerita

Drama Series 23294

Hari ni hari khamis, cuaca hari ini mendung sahaja.Nyaman rasanya, lagi lagi tengah duduk bawah pokok.Sejuk je...Iman tersenyum sambil memandang langit dengan mata yang terpenjam.

Ntah kenapa hari ini dia rasa sangat tenang, bahagia je rasa.Kepalanya langsung kosong dari terisis segala jenis beban dan stress.Fikirannya mula terimbas pada detik detik bahagianya bersama keluarganya.Bahagia! dia anak tunggal dan semestinya, kedua ibu bapanya memberi kasih sayang yang melimpah luah.Tetapi, bahagia hanya sementara.Kemalangan langgar lari telah merangut nyawa insan tersayangnya.

Iman mengeluh, dah lama rasanya dia tak melawat kubur ibu bapanya.Sekarang dia lebih bz dengan assignment dan aktiviti yang dilakukan oleh pihak Universiti.

"Kalau la ibu dengan ayah ada lagi sekarang, mesti ibu dengan ayah bangga dengan keputusan PT3 dan SPM Iman kan? Iman dah masuk 'u' pun.Semuanya atas nikmat yang Allah berikan pada Iman.Kalau Allah tak temukan Iman dengan daddy, mesti hidup Iman tunggang langgang"

Iman tersenyum.Kalau daddy tak selamat kan nya mesti sekarang dia tersiksa dengan Hakimi.

"IMAN!!"

Iman pusing belakang, kelihatan Emma sedang berlari ke arahnya.Iman geleng, macam budak budak lari.Buat malu je kalau jatuh.

"Ha pahal kau ni, jerit nama aku kuat kuat? nak canang satu 'u' ni yang kau ada kawan nama Iman?"

"Isy kesitu pulak kau ni"

Emma duduk berhadapan dengan Iman.Iman sekadar memerhati sahaja.

"Eh...kau tau tak, sekarang dah ramai budak hilang? dah tular tau dalam media sosial"

"So, apa kaitan ngan aku?"

"Isu kau ni! kau tak takut ke? seram wei, kena culik.Kalau adik kau hilang kau tak kesah ke?"

"Aku tak ada adik"

Iman jawab dengan selamba.Emma pula sudah menggeleng.Iman ni memang tak suka dengar benda benda macam ni.Dia langsung tak kesah.

"Lantak kau la, ni aku nak bagitau.Petang ni nanti ada taklimat dari pihak polis.Diorang nak bagi ceramah sikit pasal isu sekarang"

Iman mengangguk sahaja, langsung tak kesah.Apa nak kesah, dalam dewan nanti tido lagi bagus daripada dengar orang bagi ceramah.Mangantuk!

"Nanti dalam dewan kau jangan tido! dengar sikit apa yang jadi sekarang.Kau ni macam katak dalam tempurung"

"Eh eh! jangan nak samakan aku dengan katak ok!"

Emma mencebik.Dah masak sangat dah dengan perangai yang tak ambil kesah Iman ni.Dia pulak macam PA Iman, kena bagitau apa isu semasa sekarang.

...............................................

Ridhuan sedang duduk dan membuka telefone nya.Dia membaca berita terkini.

'Syarikat ke-3 terbesar telah hangus dijilat api pada pukul 12:30 pagi semalam.'

Ridhuan tersenyum sinis apabila membaca artikel itu.Mungkin malam ini dia boleh celebrate dengan Rose.

"Boss"

Ridhuan mengangkat kepala.Ridhuan juga tutup fonenya untuk memberi fokus kepada Adam dan Akid.

"So, macam mana?"

"Luthfi cakap, dia tak pernah jumpa dengan bossnya tapi, dia panggil bossnya dengan panggilan Mr. All"

Ridhuan mengangguk mengusap dagunya seketika.

"Tempat persembunyian mereka pulak berada di Genting Highland dan di dalam hutan yang dalam."

"Hutan yang mana? kau ingat kat Genting tu ada satu je hutan?"

Akid sudah menelan air liur.Adam pula sedang menyusun ayat.Bodoh lahai, kenapa la dia tak tanya kat Luthfi tentang hutan tuu.

"Maaf boss, tentang tu kami tidak bertanya pula tapi, mungkin hutan yang tak pernah orang masuk dan jarang orang lakukan aktiviti..kan?"

Ridhuan diam.Cuba nak menghadam kata kata Adam.

"Tapi kan boss, kenapa kita tak bagi je semua maklumat ni dekat diorang? biarla diorang sendiri yang siasat"

Akid menyoal Ridhuan.Adam juga mengangguk tanda setuju dengan kata kata Akid.Kerja mereka sudah selesai untuk buat si Luthfi tu buka mulut.

"Korang tak rasa ke kenapa kes yang diorang siasat ni mengambil masa yang lama?"

"Maksud boss?"

"Maksud aku, mungkin ada yang menjadi mata mata bagi penjenayah tu.Dia bagitau apa strategi polis untuk menumpaskan mereka.Sebab itu, ianya mengambil masa yang lama.Korang tak rasa macam tu?"

Adam dan Akid diam.Betul juga apa yang dikatakan oleh boss mereka.Kenapa perlu mengambil masa yang lama?

"So, kita diam dulu.Lagipun, ramai tau yang aku hantar korang untuk suruh si Luthfi tu buka mulut.Mungkin, ada orang tengah tunggu kita bagi maklumat ni pada pihak polis."

Adam dan Akid mengangguk tanda faham.Boss mereka sangat teliti.Mereka pun tidak terfikir yang mungkin ada mata mata pada polis.

.........................................

"Assalamualaikum semua, harap semua sihat sahaja ye? Sebelum kita mulakan, saya akan memperkenalkan diri saya dahulu.Saya Rayyan, Detektif Rayyan dan di sebelah Kanan saya Detektif Haiqal dan di sebelah kiri saya Detektif Faris.Tujuan kami datang ke sini adalah untuk membincangkan tentang isu sekarang.Sekarang, hampir setiap minggu kami dapat laporan mengenai kanak kanak yang hilang, remaja dan wanita dewasa pulak tidak terkecuali.

"Hal ini telah membimbangkan bagi semua pihak terutamanya ibu bapa.Kehilangan ini telah menjadi jadi sehingga kami tidak dapat sebarang klu untuk siasat."

Iman dan Emma yang melihat polis itu terkejut.Emma sudah tersengih melihat tiga jejaka yang kini sedang berada di hadapanya.Iman menggeleng melihat perangai Emma.Miang bukan main!

"Bila saya kupaskan isu ini, saya harap semua mengambil perhatian kerana ini adalah kes sangat berat.Kehidupan kamu semua mungkin akan berubah 360° kalau kamu semua tidak memandang serius dengan isu semasa sekarang."

Emma memandang Iman.Iman mencebik.Taula dia yang begitu.Langsung tak ambil kesah tentang isu semasa.Deep pula rasanya.

Hampir 2 jam kami diberi taklimat mengenai isu sekarang.Kami juga telah dinasihatkan supaya memberitahu atau nasihatkan kepada sesiapa yang mempunyai adik, adik sepupu dan sebagai nya supaya sentiasa keluar dengan ditemani oleh orang dewasa.

Iman dan Emma keluar dari dewan untuk pulang ke bilik masing masing.Ketika dalam perjalanan, Iman ternampak Rayyan sedang duduk di Cafe.Ntah kenapa, Iman mahu menegur Detektif itu.

"Emma, kau naik la bilik dulu.Aku nak gi beli air jap"

"Eh...aku teman la"

Iman dah cuak.Takkan nak bagitau Emma tentang niat sebenarnya.

"Eh takpe takpe, aku...aku nak bersendirian sekejap"

Emma memandang Iman pelik.

"Erm ok, kalau ada apa apa kau call aku tau?"

Iman senyum dan mengangguk.Iman menghantar pandangan kepada Emma sehingga kelibat Emma hilang.Iman terus masuk ke dalam cafe dan menuju ke tempat duduk Rayyan.

"Hai, assalamualaikum"

Sapa Iman lalu duduk di hadapan Rayyan.Dia pun tak tau kenapa dia rasa gembira bila dapat jumpa dengan Rayyan a.k.a Detektif.Rayyan mengangkat kepala dan senyum.

"Waalaikumusalam"

"Mana yang lagi dua tu"

Soal Iman.Rayyan masih lagi dengan senyuman terukir di bibir.

"Ntah la, saya tengah tunggu diorang ni.Awak pula buat apa kat sini?"

Iman kaget.Alamak! alasan apa nak bagi ni, kang kantoi pulak nak usya mamat ni.

"Sa..saya nak tanya satu soalan dekat Detektif"

Iman gagap dan telan air liur.Rayyan menutup fonenya lalu diletakkan di tepi.

"Apa dia?"

"Erm...sa..saya kurang faham apa yang Detektif ulaskan dalam dewan tadi"

"Tentang Parafilia?"

"Ah, ye latu"

Iman senyum kekok.Nasib baik la terlintas tentang apa yang dia bincangkan dalam dewan tadi.

"Erm,ok macam ni.Sebelum tu, awak tak kesah kalau saya terangkan dan ambil masa awak?"

"Tak takpe, saya takde kelas pun"

Rayyan mengangguk.Rayyan membuka mulut untuk mula bercerita mengenai Parafilia.

"Dulu orang panggil Parafilia ni ialah seks sumbang.Sebab zaman dulu tak ada istilah nak digunakan but now, istilah itu dinamakan Parafilia ."

Iman mengangguk faham.Tapi dalam hati dah malu bila dengar perkataan seks itu.

"Parafilia merupakan rangsangan seksual yang melibatkan objek,situasi,fantasi,kelakuan dan manusia.Parafilia ni adalah umum dan ia ada banyak jenis jenis dia.Tapi, apa yang saya bagitau ini yang kami jumpa dan dapat laporan mengenai nya iaitu, Pedofilia, Bestiality, Exhibitionist, Bdsm, Fetishism, Necrophilia, Voyeurism dan Frotteurism."

Iman sudah pening apabila mendengar nama nama yang pelik.Tak pernah pula dia dengar benda tu semua.Rayyan tersenyum apabila melihat reaksi muka Iman.

"Dan apa yang kita bincangkan dalam dewan tadi ialah Pedofilia.Pedofilia ialah seks yang melibatkan kanak kanak seperti penderaan seksual terhadap kanak kanak."

"Wait..wait! kenapa Detektif cakap perkara ini kepada pelajar 'u'? Kami bukan kanak kanak, Sepatutnya Detektif bincangkan perkara ini dekat budak sekolah rendah bukan pelajar 'u' "

"Memang perkara ini berkaitan dengan kanak kanak tapi awak tau tak, ada sesetengah pelaku bukan sahaja rasa terangsang dengan kanak kanak malah dia boleh juga rasa terangsang dengan remaja seperti awak dan juga dengan wanita dewasa.Jadi, tak salah untuk kami bincangkan perkara ini kepada pelajar 'u' seperti awak"

Iman mula terdiam.

"Macam mana nak tau seseorang itu seorang Pedofilia?"

"Memang susah untuk kita mengenal pasti sebab kita tak boleh tau secara fizikalnya sendiri.Kadang kadang, orang yang kita anggap baik, budiman, gentleman itu la yang merupakan seorang pelaku kepada Pedofilia.Dan boleh jadi juga orang yang terdekat dengan kita seperti ayah kita, ataupun abang kita dan boleh jadi juga adik kita sendiri.Malah atuk kita pun boleh jadi."

Iman terkejut.Tak sangka betul, rasa menyesal pula dia tidak dengar taklimat tadi.

"Sebab tula zaman sekarang ada ayah rogol anak, abang rogol adik dan sebagai nya.Kejadian ini berlaku mungkin zaman silam mereka tersendiri.Mungkin pada zaman kanak kanak mereka telah menjadi mangsa pedofilia ini"

"Apa maksud Detektif tentang zaman silam mereka?"

Rayyan tersenyum.Rasanya, dia dah terangkan dalam dewan tadi.Nampak sangat tak fokus anak gengster ni.Mentang mentang la ayah dia gengster, rasa selamat la tu.

"Maksud saya, mereka mungkin rasa seronok apabila diperlakukan begitu walaupun mereka masih kanak kanak.Penderaan seksual berlaku dengan sentuhan.Mungkin mereka telah disentuh di tempat yang sesentif oleh pelaku."

Iman kelihatan terdiam dan termenung.Rayyan memandang Iman apabila tumpuan Iman tidak kepadanya lagi.Seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Iman, are you ok?"

"Jadi, saya pun mangsa pedofilia juga ke?"

Rayyan berkerut.

"Apa maksud awak?"

Iman senyum hambar.

"Saya tak pernah cerita kan benda ini daripada sesiapa, termasukla daddy saya.Bila Detektif cakap tentang penderaan seksual, saya rasa saya macam tergolong daripada itu.Saya mangsa pedofilia?"

"Kalau awak tak kesah, awak boleh ceritakan pada saya"

Rayyan memandang tepat kepada Iman.

"Untuk pengetahuan Detektif, saya anak yatim piatu"

Seperti yang dijangka oleh Iman.Rayyan terkejut apabila mendengar kata kata Iman.

"Habistu, encik Ridhuan?"

Iman senyum kelat.

"Dia ayah angkat saya je.Dia jaga dan anggap saya macam anak kandungnya sendiri"

Rayyan mengangguk faham.Patutla muka Iman dengan encik Ridhuan lain bebenor.Sorang muka melayu asli, sorang lagi muka mix Italy.

"Lepas kemalangan yang menimpa keluarga saya, saya dihantar ke rumah anak anak yatim di Kuala Lumpur.Mulanya saya gembira tapi, sejak saya berjumpa dengan seorang lelaki yang bekerja di situ, dia mula rapat dengan saya.Saya pula ok je bila dia rapat dengan saya tapi bila difikirkan balik, dia pernah sentuh sentuh saya.Saya fikir itu sekadar sentuhan biasa jadi saya biarkan saja.But one day, dia ada suruh saya buka baju depan dia"

Terbeliak mata Rayyan dibuatnya.

"Waktu tu umur awak berapa?"

"8 tahun tak silap."

Rayyan mengangguk dan menyuruh Iman sambung semula ceritanya.

"Lepas dia suruh saya buka baju depan dia, saya cakap tak nak.Agaknya dia marah sebab saya tak ikut cakap dia, dia pun dera saya.5 tahun saya tersiksa dengan dia.Dia dera saya, maki saya, dia dera mental dan fizikal saya sampaikan saya tak tahan and saya lari.Waktu tu umur saya 12 tahun.Saya lari tapi dia perasan dan kejar saya.Dan Allhamdullilah, Allah temukan saya dengan daddy.Daddy la yang selamat kan saya dari Hakimi.Dia bawak saya pulang dan ambil saya sebagai anak angkat."

Rayyan mengangguk.Dia rasa kasihan apabila mendengar cerita Iman.Sudahla kehilangan ibu dan ayah, lpstu kena dera.Ya Allah, terima kasih kerana telah membantu Iman.Kau temukan dia dengan seorang lelaki yang baik.

"Macam mana dengan kehidupan awak selepas encik Ridhuan selamat kan awak?"

Iman tersenyum senang.Dia seperti lupa dengan siapa dia sedang berbual.

"Sangat bahagia! daddy berikan saya kasih sayang yang selama ini saya inginkan.Apa yang saya nak, semua dia tunaikan.Daddy adalah lelaki kedua selepas arwah ayah saya yang paling saya sayang.Saya banyak terhutang budi dengan daddy.Kalau la Allah tak temukan saya dengan daddy, mungkin saya akan hidup lebih merana dengan Hakimi"

Di raut wajah Iman, terpancar kegembiraan yang sangat bahagia.Zaman kanak kanak Iman penuh dengan derita.Sepatutnya, zaman kanak kanak perlu lalui dengan gembira.Tapi Iman, tersiksa.

"Sekarang, Hakimi masih ganggu awak lagi?"

Soal Rayyan.Iman yang dengar terdiam.Sejak berlaku insiden yang Hakimi hampir meragut maruahnya, dia tidak dengar lagi khabar lelaki itu.

"Saya tak tau.Saya dah tak dengar khabar tentang dia.Saya pun tak tau dia still hidup lagi atau pun tak"

Rayyan mengangguk.Sekurang kurangnya hidup Iman lebih aman tanpa gangguan oleh Hakimi.

..............................................

Seorang lelaki yang sedang duduk di dalam bilik pejabatnya, tersenyum sinis apabila melihat satu profile yang sedang berada di hadapanya.

"Iman Nasuha"

Lelaki itu menyebut nama Iman dalam senyuman yang penuh makna.Dia memandang orang suruhannya.

"Aku rasa, apa kata kita main game?"

"Game apa boss?"

Soal orang suruhannya.Lelaki itu tersenyum sinis.Dia bangun dan memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar.

"Apa kata kita kacau sikit anak kesayangan Ridhuan ni.Biar kita tengok, sejauh mana dia boleh cari aku"

"Saya perlu buat apa boss"

"Ala...kita kacau sikit sikit je.Kita pinjam sekejap anak dia lpstu kita bagi la balik.Mesti dia suka dengan game kita"

Orang suruhan nya mengangguk.Lelaki itu sudah mengekek gelak.Dia suka lihat Ridhuan marah.Sudah lama sangat dia tak main game dengan Ridhuan.Kali ni, mesti seronok sebab kita kacau anak kesayangan dia.

"Tunggu kau Ridhuan, tak lama lagi..anak kesayangan kau aku ambil.Dalam diam kau ambil anak angkat ye? Jangan ingat aku diam, aku kalah tapi, aku nak tengok sejauh mana kau boleh cari aku.Dulu, Anna aku kacau kau tak kesah, now biar aku kacau anak angkat kau pulak"

Lelaki itu gelak dengan riang sekali.Mungkin tidak sabar ingin bermain game.

"Heh! Ridhuan... Ridhuan.Tak bosan ke hidup kau tu? sibuk sangat nak balas dendam.It's ok, aku boleh tunggu kau berapa lama pun.Aku akan tunggu dan tunggu sampai kau jumpa aku"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience