6:Surat

Drama Series 23294

Setelah selesai mandi dan mengenakan seluar track suit dan baju berjenama gucci berwarna putih, Iman keluar dari bilik dan turun untuk sarapan.

Iman duduk dan memandang sekeliling.Senyap je rumah, takkan dah keluar kot?.Iman terpandang seorang lelaki yang dalam lingkungan 40-an yang sedang mengemas dapur.

"Pakcik Imran"

Panggilku.Imran yang sedang mengemas, terhenti apabila Iman memanggilnya.

"Ye cik? ada apa apa ke?"

Soal Imran kepada Iman.

"Mana daddy? abang Akid ngan abang Adam?"

"Diorang dah keluar awal pagi tadi, katanya ada urgent"

Iman mengangguk dan mula makan.Dalam rumah ni memang Iman seorang sahaja perempuan.Pekerja pekerja daddynya semua lelaki sampaikan tukang masak, tukang mengemas semua lelaki yang buat.

Iman mengeluh dan bangun sambil membawa pinggan makanannya dan air untuk duduk di ruang tamu.Makan sorang buat apa? baik makan sambil layan tv.

Iman mencapai remote dan menukar siaran Running Man yang sedang hangat.Iman melayan tv sambil makan.Sesekali Iman ketawa dengan pelbagai sikap dan aksi yang lucu oleh anggota Running Man.

Ting tong!

Bunyi loceng kedengaran.Iman yang ingin pergi masuk ke bilik selepas habis makan terhenti.Iman terus pergi ke pintu dan buka.Pakcik Imran yang sudah berada di luar berjalan ke arah Iman dengan sepucuk surat.

"Nah"

Pakcik Imran menyerahkan surat kepada Iman.Iman pandang Pakcik Imran dan surat yang diberi.Iman tercengang sekejap.Surat? Untuk aku? Serius la?

"Untuk Iman ke?"

Soal Iman untuk kepastian.Yela, mana la tau tu surat daddy ke ataupun surat abang Adam ngan abang Akid ke kann.

"Haah, Ada nama cik atas surat ni.Cik buka dan baca la sendiri.Saya masuk dulu ye"

Seusai berkata begitu, Pakcik Imran masuk ke dalam rumah.Iman memandang surat yang sedang berada di tangannya.

Aku? Aku dapat surat? Iman menutup pintu dan berjalan ke ruang tamu dan duduk dengan selesa.Iman membuka surat itu dan mula membaca.

Terbeliak biji mata Iman.A...apa??

"A..apa ni? be...betul ke ni? ok tenang Iman, tarik nafas....hembus, tarik....hembus.Serius laa!! Da...ddy.Yes! daddy! aku kene call daddy!"

Iman terus mencapai fonenya yang berada di sebelah tangannya.No. daddy nya terus di cari dan tekan.Iman menunggu dengan penuh debaran.

"Hello"

Daddy angkat!

"DADDY!!!"

......................................

"Jadi, tinggal berapa orang lagi?"

Ridhuan yang sedari senyap dari tadi mula menyampuk.

"Tinggal 2 orang boss! lepastu ada Syarikat dari Singapura nak bergabung dengan business kita."

Ridhuan mengangguk.Ridhuan berfikir sejenak.

"Kalau macam tu, yang 2 orang tu aku nak kau dengan Khai uruskan.Pasal syarikat tu pulak, aku nak Adam dengan Akid pergi berurusan apa yang patut dahulu dengan diorang.And then, kalau semua tak ada masalah bru bagitau aku ok?"

Mereka semua mengangguk dengan arahan yang diberikan oleh Ridhuan.

Tiba tiba bunyi deringan telefon menyentakkan mereka.Masing masing cek telefone, tapi sorang pun tak ada yang call.Adam memandang telefon Ridhuan yang tertera 'My Lovely'.Tau sangat la siapa yang call tu.

"Boss, tu.."

Adam menunjukkan telefone.Ridhuan memandang dan mengangkat.

"Hello"

Semua senyap dan hanya memerhati sahaja boss mereka.Almaklum la, sekarang ni kalau nak tengok bos mereka senyum kena tengok boss berbual dengan Iman.

"DADDY!!!"

Terhinjut bahu Ridhuan akibat terkejut apabila disergah begitu.Dari duduk bersandar, terus duduk tegak dibuatnya.

"Kenapa Iman? Ada apa apa jadi ke?"

Resah Ridhuan dibuatnya.

"Haah! daddy ke...kena balik sekarang jugak!! Now!!"

Tut!

Iman terus meletakkan fone.Lagi la buat Ridhuan tak senang duduk.Tanpa berlengah, Ridhuan terus mencapai kotnya dan terus berlalu keluar.Sekarang dalam fikirannya adalah Iman.

Adam dan Akid mengikuti Ridhuan dari belakang.Mereka juga risau tengok keadaan bossnya sekarang.

...............................................

"IMAN!!"

Sampai sahaja, Ridhuan terus meluru masuk dan berlari menuju ke bilik Iman.Ridhuan membuka pintu dengan kasar.Iman yang sedang berbaring terus duduk apabila pintu biliknya dibuka kasar.

"Da-"

Tak sempat Iman nak memanggil daddynya, dengan pantas Ridhuan memeluk Iman.

"Are you ok baby? What happened?"

Ridhuan melihat sekitar tubuh Iman, takut takut Iman ada cedera ke.Tapi, Iman terlihat ok je.

Iman berkerut.

"Sepatutnya Iman yang tanya daddy.What happened? tetiba balik terus sergah masuk bilik lepastu tanya Iman ok ke tak?"

Kini, Ridhuan pula yang berkerut.

"Habistu tadi Iman call daddy macam ada bende yang terjadi je.Or, are you kidding me?"

Ridhuan mula menjengilkan matanya tanda tidak puas hati.Iman yang sedar akan perubahan daddynya dengan cepat mengambil surat yang diterima tadi untuk ditunjukkan pada daddynya.

"Nah! cuba daddy bace"

Ridhuan memandang surat itu sekilas sebelum mengambil dan baca.

"Iman Nasuha,Anda diterima masuk ke Universiti UITM.Seriously!?!?!"

Ridhuan memandang Iman dengan pandangan yang tidak percaya.Iman mengangguk dengan penuh teruja.

"Can i?"

Iman menunggu dengan penuh debaran.Mana la tau daddynya tidak kasi.Tapi, kalau daddy tak kasi aku akan merajuk seminggu.

"Iman nak sambung belajar?"

Soal Ridhuan.Dengan pantas Iman mengangguk.

"Nak! nak!"

"Kalau daddy tak bagi?"

Duga Ridhuan.Dari muka happy, terus bertukar jadi mendung.Hahahah so cute baby.

"Ala~ I want.Please daddy~"

Iman mula menggoyangkan lengan Ridhuan.Memujuk la katakan.Ridhuan hanya pemer muka ' i don't care'

"Ok boleh! tapi dengan satu syarat"

"What!!"

"Malam ni, Iman kena urut daddy boleh?"

"Of course la boleh! untuk daddy semua boleh! so, Iman boleh sambung belajar?"

Ridhuan senyum.

"Mestilah boleh baby, takkan la daddy tak kasi Iman sambung belajar kan"

"Yeay!!! I LOVE U DADDY!!"

Terus Iman memeluk erat Ridhuan.Ridhuan yang terkejut, turut balas pelukan Iman.Kalau anaknya happy, dia pun tumpang happy jugak.

"I love u too baby"

Bisik Ridhuan di telinga Iman.Tapi, hati lelakinya terasa berat sangat nak lepaskan anaknya itu sambung belajar.Macam akan ada sesuatu yang akan terjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience