20:Seksa

Drama Series 23296

Perlahan lahan Iman membuka mata saat dia terdengar bunyi pintu dibuka.Iman lihat ada seseorang sedang menapak masuk dan menuju ke arahnya.Iman yang lemah hanya melihat bawah sahaja.Sehari suntuk dia tidak diberi makan dan minum.

Iman yakin, yang sedang berada di hadapanya ini adalah seorang lelaki.Lelaki tersebut berhenti depan Iman dan mencengkam rambut Iman supaya Iman memandang nya.

Iman mengadu kesakitan.Rasa macam nak tercabut kepalanya.Iman memandang tajam lelaki yang berada di hadapanya.Ini bukan lelaki yang semalam.Lelaki ini nampak lebih muda dari semalam.Siapa pulak lelaki nii!

"How are you dear? tak sangka cantik juga anak angkat Ridhuan"

Lelaki itu menilik setiap inci muka Iman.Muka itu kelihatan pucat dan tidak bermaya.Bibirnya yang semula jadi merah telah bertukar pucat.Dapat Iman lihat halkum lelaki itu bergerak gerak seperti menelan air liur.

"Kenapa la kau ni cantik sangat hurm? buat aku rasa geram je.Aku rasa, aku patut buat sesuatu dengan kau supaya Ridhuan jadi tak tenteram"

Lelaki itu dengan pantas membuka ikatan badan Iman dari kerusi.Ikatan pada tangan Iman tidak terbuka.Lelaki itu menarik Iman keluar dari bilik itu dengan kasar dan menuju ke dalam bilik air.

Iman meronta ronta untuk dilepaskan tetapi, lelaki itu mengendahkannya.Sampai sahaja di depan kolah air, lelaki itu mengeluarkan telefone nya dan menelefone seseorang.Iman hanya memandang kolah air yang berada di hadapanya.

Apa lelaki ni nak buat kat aku ni? Iman mula ketakutan.Tiba tiba lelaki itu menghalakan telefone kepada nya.Iman lihat lelaki itu membuat video call dengan... Ridhuan? Yeah! itu daddy nya!Talian telah bersambung.Jelas terpancar muka Ridhuan di telefone itu.

"Ermm!!"

Iman ingin membuka mulut tetapi mulutnya di tutup oleh kain.

"Iman!!"

Ridhuan pula sudah menjerit.Terkejut dirinya apabila dia melihat Iman dalam keadaan yang tidak terurus.Muka dan rambut Iman serabai.Lelaki itu menjauhkan telefone nya dari Iman.

"Hahahah, amacam Ridhuan.Dah lepas rindu belum dekat anak angkat kau ni?Sorry la, aku pinjam sekejap anak kau ni"

"Woii tak guna! kau lepaskan anak aku! kau jangan main main dengan aku!!"

Lelaki itu lihat muka Ridhuan yang sudah merah.Ridhuan tidak dapat mengencam lelaki itu kerana dia memakai penutup muka dan juga topi.Hanya mata sahaja yang kelihatan.

"Woo, relax bro..relax.Aku call kau ni bukan nak dengar kau menjerit tapi, aku nak tunjukkan sesuatu dekat kau.Harap, hati kau kental la ye? Hahaha"

Iman sudah memejam mata apabila mendengar daddy nya menjerit dan lelaki itu pula gelak amat menyeramkan.

"Kau tengok eh? best.Aku teringin gila nak buat semalam"

Lelaki itu meletakkan fonenya atas sinki supaya Ridhuan dapat melihat dengan jelas apa yang dia ingin buat.Lelaki itu tersenyum sinis dan memegang kepala Iman.Iman terkejut begitu juga Ridhuan.

"Ready?"

Belum sempat Ridhuan membuka mulut, lelaki itu sudah merendamkan kepala Iman kedalam kolah itu.Terbeliak biji mata Ridhuan apabila melihat anaknya dibuat sebegitu.

"Woii!!! kau buat apa tu?!! kau lepaskan anak aku la sial!!"

Ridhuan menjerit dalam ketakutan.Tak sanggup dia ingin lihat anaknya dilayan begitu.Lelaki itu menghiraukan kata kata Ridhuan.Dalam 10 saat kepala Iman direndamkan, lelaki itu menarik semula kepala Iman.Iman tercungap cungap mengambil nafas.

Tidak sempat ingin mengambil nafas lebih, lelaki itu merendamkan semula kepala Iman.Ridhuan yang menjadi saksi di situ mula hilang sabar.Dia tidak tau ingin buat apa supaya memberhentikan perbuatan lelaki itu.

"Tolongla, lepaskan Iman.Jangan buat dia macam tu, please"

Ridhuan tiada pilihan lain selain merayu.Dia tidak sanggup ingin melihat Iman diseksa begitu.Lelaki itu tersenyum sinis apabila mendengar Ridhuan merayu kepadanya.Dia mengangkat semula kepala Iman.Iman pula sudah mengeluarkan air mata.Mukanya sakit apabila direndam dengan kasar.

"Hahaha, tak sangka ketua gengster yang hati kering dan ego yang tinggi ni merayu semata mata untuk anak angkat dia? hahaha"

Ridhuan mengetap bibirnya.Terasa maruahnya jatuh.Betul kata lelaki itu, sepanjang Ridhuan membuat kerja ini, dia langsung tidak pernah merayu untuk buat sesuatu benda.Bagi dia, ianya hanya menjatuhkan maruah seorang lelaki.Tetapi, demi Iman dia sanggup buat apa sahaja.Lagipun, dia tidak dapat membantu Iman waktu itu.

"Tolong, lepaskan Iman.Jangan seksa dia macam tu"

Lelaki itu ketawa dengan riang sekali.Seronok mungkin sebab dapat menjatuhkan ego lelaki yang bernama Ridhuan.Lelaki itu mengambil semula telefone nya dan menghalakan kearah Iman.Iman memandang Ridhuan yang berada di dalam talian dengan lemah.Ridhuan pula sudah bergenang air mata.

"Please strong baby, wait me ok?"

Iman senyum nipis.Lagila membuatkan Ridhuan rasa terkilan.Dia sudah berjanji akan menjaga dan melindungi Iman.Tetapi sekarang, Iman sudah berada di tangan yang salah.

"Eh sudah sudah! lama pulak aku call kau ni.Erm, apa aku nak cakap eh? oh ye! maybe aku pinjam anak kau ni dalam dua tiga hari.Dan kalau kau nak anak kau selamat, jangan suruh anak buah kau cari aku.Itupun kalau kau nak anak kau selamat la.Say goodbye to you daddy Iman"

Lelaki itu menamatkan panggilan lalu memandang Iman.

"Kesian kau kan? tapi takpe.Aku kenal daddy kau tu macam mana.Dia akan tetap cari aku dan kau so, be prepared to suffer dear"

Badan Iman sudah menggigil ketakutan.Melihat mata lelaki itu amat menggerunkan.Dia tidak mampu ingin bersuara dan akhirnya, Iman mengalirkan air mata dengan deras.Berharap dirinya selamat dari syaitan yang berada di hadapanya.

"Argggggg!!!!"

Ridhuan menjerit apabila talian dimatikan.Dia mencampak semua barang yang berada di dalam biliknya.Adam dan Akid sekadar memerhati.Mereka juga terkejut apabila melihat keadaan Iman tadi.Sekarang, Ridhuan juga dalam keadaan yang tidak terurus.

"Kau nak apa ha?! apa yang kau tak puas hati dengan aku ha bodoh?!?!?!"

Ridhuan melepaskan marah dan memaki lelaki itu walaupun lelaki itu tidak mendengar.Ridhuan dalam ketakutan.Dia tidak pernah rasa takut, tetapi ianya melibatkan Iman.Apa pilihan yang dia ada? Kalau dia cari Iman, mungkin nyawa anaknya lebih bahaya tapi, kalau tunggu tak bermakna lelaki itu tidak mengapa apakan Iman kan?

"Arggg bodoh!!!"

...........................................

Seorang lelaki yang berada di dalam likungan 30-an berlari laju masuk ke dalam balai polis yang berdekatan dengan rumahnya.Dia masuk dengan cemas.

"Tolong saya encik!"

Lelaki itu menahan seorang pegawai polis yang kebetulan melintasi lelaki itu.Pegawai itu berhenti dan memandang lelaki itu.

"Ye, apa yang saya boleh bantu?"

"Tolong, anak dan isteri saya hilang!"

Lelaki itu berkata dalam keadaan yang cemas.

"Mari ikut saya, kita buat laporan"

Lelaki itu mengikuti pegawai polis itu sehingga ke meja pegawai itu.Dia duduk menghadap pegawai tersebut.

"Ok, boleh saya tau nama encik?"

"Nama saya Rizal"

Pegawai itu mengangguk.

"Baiklah, sila beritau saya nama, umur dan kali terakhir encik jumpa dengan mangsa"

"Nama isteri saya Maria dan anak saya Anna.Umur isteri saya 34 dan umur anak saya 19.Kali terakhir saya jumpa isteri saya semalam, sebelum saya pergi kerja dan anak saya pula tak balik tiga hari yang lepas"

Pegawai itu mengangguk dan menulis laporan tersebut.

"Baiklah, encik jangan risau.Kami pihak polis akan cari.Kalau encik ada apa apa maklumat yang penting, boleh datang dan beritau saya ye?"

Rizal mengangguk lemah.Selepas itu, dia meminta diri untuk pulang.Rayyan yang daritadi menjadi pemerhati dan pendengar antara rakan sekerjanya dengan lelaki yang bernama Rizal itu, mendekati rakannya.

"Ada orang hilang lagi?"

Pegawai itu mengangguk.

"Wanita dewasa dan perempuan remaja.Mengikut kata encik Rizal, isteri nya sudah hilang sejak semalam dan anaknya dalam tiga hari lepas"

Rayyan mengangguk.

"Takpe, biar saya yang uruskan"

Pegawai itu terkebil kebil memandang Rayyan.

"Detektif serius ke ni? kes budak budak yang hilang pun belum settle lagi.Saya taknak beri bebenan pada Detektif"

Rayyan tersenyum dan menepuk perlahan bahu pegawai itu.

"Takpe, mana tau kes budak budak hilang dan kes ini ada kaitan kan? Awak jangan risau, saya boleh handle"

"Baiklah la kalau Detektif cakap begitu.Nah"

Pegawai itu memberi fail laporan tadi kepada Rayyan.Rayyan menyambut baik dan berlalu pergi masuk ke dalam biliknya.Rayyan buka laporan itu lalu membacanya.Dalam leka Rayyan membaca, Haiqal dan Faris masuk selepas memberi ketukan pintu.

"Kes apa pulak tu?"

Faris menyoal lalu duduk di hadapan Rayyan.Rayyan menutup fail itu lalu memandang kedua rakanya.

"Ada orang hilang lagi"

"Budak?"

Haiqal pula menyoal.Rayyan menggeleng.

"Tak.Wanita dewasa dan perempuan remaja.Mak dengan anak"

"Serius la? mak dengan anak hilang sekaligus?"

Faris terkejut.Maai! penculik ni memang dah melampau.Sampai mak dengan anak pun diculiknya.Rayyan mengangguk lalu mengeluh.

"Diorang dah bagitau belum?"

Haiqal menukar topik dan memandang tepat ke arah Rayyan.

"Belum lagi"

Haiqal mendengus dan menjeling Rayyan.

"Aku dah cakap dah! orang macam diorang tu tak boleh dipercayai.Dah nama pun gengster, jahat! banyak bende la dia boleh buat daripada tolong kita.Tengok la sekarang, sampai harini dia tak bagitau pun apa maklumat yang diorang dapat.Ntah ntah diorang saje je nak permainkan kita"

Haiqal meluahkan apa yang dia rasa selama ini.Rayyan pula memandang Haiqal dan Faris silih berganti.

"Haih, kau ingat aku terdesak sangat ke nak minta tolong dari diorang? Dah Inspektor Kamal yang suruh, kita ikut je la"

Rayyan pun penat.Diorang pun tak faham kenapa Inspektor Kamal suruh diorang minta kerjasama dengan Ridhuan.

"Dah dah, kita tunggu je.Sekarang jom makan dulu"

Faris berkata bagi memecahkan suasana yang tegang antara Rayyan dan Haiqal.Haiqal dengan segera bangun dan keluar dari bilik kerja Rayyan.Faris juga turut berdiri untuk keluar.

"Jom!"

Ajak Faris.Rayyan mengeluh lalu bangun dan keluar bersama Faris.

................................................

Iman sedang baring lemah di atas lantai yang sejuk.Sehari suntuk dia tidak diberi makan dan minum.Tangan dan kaki nya juga diikat ketat.Tangan dan kaki yang sakit disebabkan ikatan yang kuat diendahkan.

"Woi"

Iman memandang lemah kepada lelaki itu.Lelaki itu menyangkung dan memberi Iman segelas air kosong.

"Minum ni.Ikutkan hati aku, memang tak la aku nak bagi kau makan dengan minum tapi, orang tua tu suruh aku bagi kau minum je"

Iman masih lagi baring.Tidak larat dia nak bangun.Sakit! Lelaki itu mengeluh kasar lalu menarik badan Iman supaya duduk.Iman mengerang apabila terasa sakit.Kemudian, lelaki itu memaksa Iman minum air itu dengan kasar sehingga menyebabkan air itu tumpah.

"Huh, menyusahkan betul"

Kata lelaki itu lalu bangun untuk keluar dari bilik itu tetapi terhenti apabila Iman membuka mulut.

"Kenapa culik aku? apa salah aku?"

Soal Iman dalam lemah.Dia perlu tau kenapa dia diculik dan dilayan dengan teruk.Lelaki itu memusingkan badan nya dan memandang Iman.

"Kau tak salah apa apa pun tapi, kau adalah 'kesayangan' Ridhuan.Kau adalah satu satunya kelemahan dia.So, jangan nak salahkan aku.Kau patut salahkan daddy kesayangan kau tu"

"Apa salah daddy aku?"

Lelaki itu tersenyum sinis dan mendekati Iman semula.Dia mencengkam dagu Iman dengan kasar.

"Kau tanya apa salah daddy kau? Uishh banyak, sampai tak terkira.Kalau aku bagitau kau pun mesti tak percaya.Tapi yang pasti, dia.musuh.aku"

Dengan pantas lelaki itu meragut bibir munggil Iman dengan kasar.Iman yang terkejut terus meronta ronta.

"Hahahah, ni baru sikit dear.Lepas ni aku nak lebih.Sayang kalau aku tak rasa kau"

Lelaki itu terus melangkah keluar tanpa mempedulikan perasaan Iman.Iman pula sudah mengeluarkan air mata.Dia ketakutan.Lelaki itu makin berani.

'Ni baru sikit dear.Lepas ni aku nak lebih'

Kata kata oleh lelaki itu telah membuatkan badan Iman menggigil.Iman teresak esak menangis.Dia berharap daddy dapat selamat kan dia dengan cepat.Dia tak sanggup dirinya diberi oleh lelaki yang bukan halal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience