12:Bincang

Drama Series 23294

Sudah masuk 3 Hari Iman mendiamkan dirinya daripada Ridhuan.Call, mesej semua Iman tak angkat dan replay.Dia still belum boleh terima apa yang jadi.

Dan hari ini, Iman sudah nekad untuk balik dan berjumpa dengan Ridhuan untuk berbincang.Iman sudah buat keputusan, Kalau daddy nya tidak mahu keluar dari kerja gelap nye itu.Biarla Iman mengundur diri dan hidup dengan sendiri tanpa bantuan daddynya.

Tetapi dia akan berusaha untuk membawa daddy nya keluar dari dunia gelap.Iman tidak mahu hidup daddynya bergelumang dengan dosa.Iman sayangkan daddy nya.Ridhuan sahaja keluarga yang dia ada walaupun sekadar ayah angkat.

Selesai mengemas barang, Iman keluar dari bilik dan turun ke bawah.Nasib baik Emma ada kereta.Emma akan menumpangkan nya untuk dia pergi ke rumah daddynya.Suasana di dalam kereta hanya senyap dengan bunyi radio.Dia mahupun Emma sekadar diam.

Iman memandang luar tingkap dan memikirkan hidup nya selepas ini.Dia sendiri yakin yang daddynya tidak akan mendengar kata katanya untuk keluar dari kerja terkutuk itu.Iman mengeluh kasar.Emma yang leka memandu memandang Iman sekilas.

"Kau ni dah kenapa, mengeluh pulak"

Iman memandang Emma.

"Tak de papelah"

Emma hanya mengangkat bahu Dan meneruskan perjalanannya.Sudah 20 minit perjalanan yang diambil, Iman pula masih lagi mengelamun.

Baru Emma ingin masuk ke simpang, ada sebuah kereta yang juga mahu keluar simpang Dan mengakibatkan kedua dua kereta berhenti secara tiba tiba.

Iman yang mengelamun tersentak apabila Emma memberhentikan kereta secara tiba tiba.Emma memandang Iman dengan cemas.Iman juga turut cemas.

"Weyh, kau langgar ke?"

Iman menyoal Emma.

"A...aku tak ta..tahu"

"Weyh jom keluar"

Emma memandang Iman dengan membuntangkan biji matanya.

"Keluar?! gila ke kau! Kalau diorang tu gengster macam mana? dah la tak banyak kereta dekat sini.Kalau jadi pape macam mana?"

"Dah tu kau nak bla je macam tu? Kalau ye pun diorang tu gengster, confirm diorang kejar kalau kita bla nanti.Lagi haru la! dah jom keluar"

Iman sudah keluar.Emma pulak sedang menenangkan dirinya sebelum keluar juga.

"Huh! nasib baik tak terlanggar"

Emma melepaskan lega tapi tak lega sangat sebab kereta yang berada di depannya ini.Tiba tiba keluar 3 orang lelaki dari perut kereta itu.

"Er...maafkan saya sebab terus keluar dari simpang tadi.Kereta cik berdua ok?"

"Ok je.Nasib baik tak berlanggar kita"

Emma membalas.Iman pulak sudah meneliti muka 3 orang jejaka yang cukup menarik minatnya.Tanpa Iman sedar, dia sudah tersengih sendiri.

"Erm...Kalau macam tu, kita selesai kan disini sahaja boleh? memandangkan kereta cik tiada sebarang kerosakan."

Emma memandang Iman yang sedang termenung.Emma melemparkan senyuman sekilas sebelum menarik Iman.

"Oi mak kau!"

Pantas Iman menutup mulut kerana termelatah apabila Emma tiba tiba menariknya.Malu betul! 3 orang lelaki itu menahan gelak.Bertambah malu la Iman.

"Kau dah kenapa?"

"Kau la kenapa, asal tarik aku.Tak pasal pasal aku ter melatah tadi.Isy! malu la."

Terus Iman lari masuk ke dalam kereta.Malu! Emma sekadar menggeleng.

"Erm, boleh je.Lagipun, tak payah la nak besar besarkan isu ni right? btw I Emma."

"Saya Faris dan ini Rayyan dan Haiqal"

Emma membalas senyuman dengan 3 jejaka itu.Selepas itu, mereka pergi selepas sudah berbincang.Iman di dalam kereta hanya memerhati sahaja.Nak keluar? malu oii!!

"Dah settle ke?"

Terus Iman soal bila Emma sudah masuk ke dalam kereta.Emma membalas dengan anggukan dan terus sambung memandu.

..............................................

"Kalau dah settle, call aku tau.Nanti aku datang"

"Ok bossku"

Iman keluar dan mengambil beg bajunya.Kereta Emma sudah pergi dan meninggalkannya.Iman memandang rumah agam yang sudah dia duduki selama 6 tahun.Mungkin selepas ini, dia tidak akan lagi duduk di rumah ini.

Iman masuk dengan berdebar debar.Dia lihat kereta Ridhuan ada di garaj so, boleh la dia berbincang dengan daddy nya.Iman lihat suasana di dalam rumah itu begitu sunyi.

Iman ambil keputusan untuk Naik ke biliknya dahulu.Baru Iman ingin menaiki tangga, ada satu suara yang menyapanya.Serta merta langkah Iman terhenti.

"Iman"

Ye! dia amat kenal dengan suara itu.Iman hanya berdiri kaku tanpa berpaling ke arah suara yang menyapanya.

Dapat Iman rasakan tubuhnya dipeluk dari belakang.Iman tetap kaku dan hanya membiarkan si dia memeluknya.

"I really miss you baby, i'm so sorry.Daddy tau daddy salah.Please forgive me"

Esakan oleh Ridhuan mula kedengaran.Iman tetap diam dan tanpa sedar, dia juga turut mengalirkan air mata.Iman ketap bibinya.

Sungguh! dia pun amat merindui daddynya.Sangat rindu! I miss you too daddy.

Ridhuan memusingkan badan Iman supaya Iman menghadapnya.Ridhuan mengusap lembut pipi Iman dan mengesat air mata yang mengalir.Iman tidak memandang daddy nya.

Ridhuan mengangkat dagu Iman supaya Iman memandang nya.Mata mereka bertaut.Ridhuan mendekatkan muka dan mencium dahi Iman.Lama.Iman memejamkan matanya.

Akhirnya, terlepas juga esakan yang ditahan oleh Iman.Dengan pantas, Iman memeluk erat tubuh Ridhuan.Ridhuan membalas pelukan itu dengan penuh bersyukur.

"I..Iman..sa...sayangkan da..daddy"

"Daddy pun sayangkan Iman.Please jangan tinggalkan daddy sayang, please"

Dari atas, Adam dan Akid memerhati dengan sayu.Sejak Iman tidak balik dan tak jawab semua call, mereka lihat boss mereka hanya berkurung di dalam bilik.Kadang kadang mengigau sebut nama Iman.

....................................................

"Daddy"

Ridhuan memandang Iman yang berada di pelukannya.Sekarang mereka sudah duduk di sofa tetapi, Ridhuan tidak mahu berenggang dengan Iman.Rindu!

"Ermm"

"Kalau Iman nak minta satu permintaan, boleh?"

"Apa dia"

Ridhuan mengusap lembut rambut Iman.

"Kalau Iman nak daddy.......berhenti buat kerja tu semua....boleh?"

Terhenti tangan Ridhuan yang sedang mengusap rambut Iman.

"Apa yang Iman cakap ni?"

Iman tersentak.Suara daddynya sudah berubah.Dari lembut terus jadi keras dan dingin.Iman melepaskan pelukan dan memandang Ridhuan.

"Iman just nak nak daddy berhenti buat kerja haram tu semua.Daddy, kat luar sana banyak lagi kerja yang daddy boleh buat asalkan halal.Iman tak nak hidup daddy bergelumang dengan dosa.Please."

Ridhuan mengalihkan pandangannya dari Iman.

"Daddy dah lama buat kerja ni semua.Sorry, kali ni daddy tak dapat nak tunaikan permintaan Iman."

"Iman tau daddy tak kan dengar.Jadi, memandangkan daddy dah kata macam tu...Iman akan keluar dari rumah ni dan hidup dengan sendiri"

Iman bingkas bangun.Ridhuan pula tersentak dan memandang Iman.

"What you say? No! daddy takkan izinkan Iman keluar dari rumah ni!"

"Iman dah cuba bincang elok elok dengan daddy but daddy still nak buat kerja tu.So why not Kalau Iman keluar dari rumah ni?"

"I say no! NO! Iman! kenapa susah sangat Iman nak dengar cakap daddy kali ni ha? Daddy yang jaga Iman dari dulu and now, senang senang je Iman nak pergi? no and never!"

Iman tunduk dan sekat air mata yang mengalir keluar.

"Iman taknak makan duit haram daddy.Kalau betul daddy sayangkan Iman, stop buat kerja tu and daddy boleh buat kerja lain.....yang lebih baik"

"Iman akan bagi daddy masa untuk berfikir.So, Iman minta diri dulu.Assalamualaikum"

Iman berpaling dan berlalu pergi.Ridhuan diam kaku di tempatnya.Dia ingin menghalang Iman untuk pergi tapi kata hati menghalang dirinya buat begitu.

Iman buka pintu untuk keluar tetapi langkahnya terhenti apabila di hadapannya ada orang.Iman memandang dan terkejut.Ni bukan ke.....

OMG!! macam mana boleh jumpa dekat sini pulakk!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience