7:Universiti

Drama Series 23294

Petang itu, Ridhuan dan Iman keluar untuk membeli segala barang untuk Iman masuk ke alam Universiti.Memandangkan pada tahun pertama mereka perlu tinggal di asrama, banyak jugala barang yang perlu dibeli.

"Semua dah ada kan? ada apa apa lagi ke?"

Iman melihat semua barangan yang dibeli.Rasanya sudah cukup.Iman memandang Ridhuan dan mengangguk.

"So, Kita boleh balik sekarang?"

Soal Ridhuan.Penat juga beli barang barang yang diperlukan oleh anaknya ini.Macam nak patah kaki.Tapi, disebabkan untuk My Lovely semua boleh hehehe.

"Boleh"

Akhirnya mereka pulang ke rumah selepas hampir tengah malam membeli belah.Memandangkan minggu depan Iman akan mendaftar, Ridhuan bersama Akid dan Adam akan menemani Iman sehingga selesai.

...................................

"Dah tak ada barang tinggal kan?"

Iman melihat semua barang yang berada di dalam kereta.Semua sudah ada.

"Tak ada"

Ridhuan mengangguk.Akid akan memandu kereta.Adam duduk di seat sebelah pemandu manakala, Iman dan Ridhuan duduk di belakang.

Setelah beberapa minit perjalanan, akhirnya tiba juga di Universitu Teknolongi Mara di Shah Alam.
Iman turun dari kereta bersama Ridhuan untuk menuju ke dewan untuk pendaftaran dan pilih bilik yang akan di dudukinya.

Ridhuan hanya menunggu Iman membuat pendaftaran.Adam dan Akid tunggu di dalam kereta bersama barang barang Iman.

"Daddy!"

Ridhuan memandang Iman yang sedang menghampirinya.Di tangan Iman terdapat segugus kunci.

"Dah selesai?"

"Dah, Iman dapat bilik dekat blok C.Jom daddy."

"Pergi mana?"

Ridhuan blur.Tak pernah pernah daddynya ini jadi blur hahahah.

"La, pergi bilik Iman la letak barang semua.Lepas zuhur nanti Iman kena pergi dewan balik untuk taklimat."

Ridhuan mengangguk.Mereka beriringan masuk ke dalam kereta dan menuju ke blok C.Setelah sampai, Iman turun dengan penuh teruja.

Adam Akid dan Ridhuan mengangkat barang untuk diletakkan di dalam bilik Iman yang terletak di tingkat 2.Nasib tak tinggi sangat kalau tak, patah kaki nak naik tangga.

Sesampai di bilik, Iman melihat sekeliling bilik itu.Bilik itu terdapat 2 katil single, 2 almari dan 2 meja belajar.Roommate nya belum sampai lagi.Tak sabar nak dapat kawan baru!!

"So, Daddy tunggu sampai roommate Iman sampai ok?"

Kata Ridhuan seraya duduk di katil.Penat.Iman sekadar mengagguk dan senyum.

"Lepas ni sunyi la rumah kan boss?"

Kata Adam.Akid mengangguk tanda setuju dengan kata Adam.

"Haah, mesti daddy sunyi takde Iman"

Ridhuan memandang Iman dengan pandangan sayu.Berat hatinya nak lepaskan Iman.Setelah 6 tahun hidupnya ditemani dengan Iman, anak kesayangganya itu.Bila perlu berpisah rasa macam nak tak nak aja.Haih, sabarla wahai hati.

"Ala, kan nanti setiap minggu daddy jemput Iman balik.So, tak yah la sedih sangat.Kalau Iman duduk rumah pun daddy bukannya selalu lekat pun kat umah.Asyik bz je dengan keje."

Luah Iman sambil baring ke katilnya.Dia memilih katil di sebelah kanan kerana cadarnya berwarna pink!Iman memang gila pink.Hampir seluruh bilik Iman warna pink.Memang bilik perempuan.

"Daddy bz sebab banyak kerja la baby, tapi nanti dah takde sapa la nak urut daddy"

Ridhuan mula bermain dengan rambut Iman apabila Iman ubah tempat pembaringan di atas ribanya.

"Padan muka! heheh"

Ridhuan menjengilkan biji matanya lalu mencubit pipi Iman sehingga kemerahan.Iman terjerit.Adam dan Akid sekadar menjadi pemerhati dan sesekali tersenyum dengan kemesraan ayah dan anak angkat di hadapan mereka ini.

Tok! tok!

Bunyi ketukan di pintu mengejutkan mereka.Iman yang baru ingin mencubit Ridhuan terhenti.Mereka memandang seorang perempuan yang sebaya dengan Iman.Mungkin roommate nya?

"Err Assalamualaikum, Saya Emma"

Sapa perempuan yang bernama Emma.Iman senyum dan berjalan ke arah Emma.

"Waalaikumusalam! Saya Iman"

Emma membalas senyum Iman.Iman memandang ke arah Ridhuan dan membuat isyarat suruh keluar.Ridhuan yang faham terus bangun dan keluar diikuti oleh Adam dan Akid.

Kini, tinggal Iman dan Emma di dalam bilik itu.

"Itu, ayah dengan abang abang awak ke?"

Soal Emma lalu duduk di atas katil.

"Haah, erm mak ayah awak tak datang sekali?"

"Tak, diorang bz"

Iman sekadar mengagguk.

"Saya keluar kejap nak jumpa daddy saya"

Emma mengangguk sambil senyum.Iman keluar dan lihat daddynya memang sedang menunggunya.

"Daddy"

Ridhuan memandang Iman.Saat ini hanya tuhan saja yang tau betapa sakit dan berat hatinya untuk melepaskan Iman.Ridhuan memegang bahu Iman dan memandang tepat mata Iman.

"I'm gonna miss you baby"

"Me too, but it's ok! Iman ok je"

"Memang la Iman ok tapi....daddy tak ok"

Lemah sahaja suara Ridhuan ketika itu.Giliran Iman pula memandang Ridhuan.Iman senyum untuk menghilangkan rasa sebak yang mula hadir.

"It's ok daddy, jumaat ni kita boleh jumpa dan Iman boleh balik kan? so don't worry ok?"

"Dulu daddy tinggalkan Iman 2 hari pun dah rase macam 2 tahun tak jumpa inikan pula 5 hari"

"Iman bukan buat apa pun, Iman datang sini sebab nak belajar.Kalau daddy rindu, daddy call la Iman ataupun kita buat VC ok?"

Ridhuan tidak dapat menahan rasa lagi, dengan cepat Ridhuan memeluk erat Iman bagaikan tidak mahu lepas saja.Iman tergelak kecil lalu membalas pelukan daddynya.

Tidak lama kemudian, Iman terdengar esakan kecil oleh Ridhuan.Lantas Iman menolak Ridhuan dan melihat muka Ridhuan yang sudah merah.

"O mai god daddy! are you cry?"

Adam dan Akid melihat muka bossnya yang sudah merah.Mereka juga terkejut.Ini adalah pertama kali mereka melihat air mata bossnya itu tumpah hanya kerana seorang yang bernama Iman Nasuha.Sungguh dasyat!

"No! I'm not cry ok! just habuk singgah tadi"

Iman tersenyum penuh makna.Tak sangka daddynya ini keluar air mata disebabkan dirinya.Tetiba rasa terharu pulak.

"Listen here! daddy nak Iman jaga diri, jaga solat dan paling penting! jangan dekat atau berkawan dengan lelaki faham?!"

Kata Ridhuan tegas.Iman senyum dan mengangguk.

"Don't worry! Iman akan ikut cakap daddy"

Ridhuan senyum dan mula mencium sekitar muka Iman.Iman tergelak kecil.Akid yang berkira untuk memanggil bossnya ragu ragu.

"Boss..."

Ridhuan yang faham akan makna anak anak buahnya itu sekadar mengangguk.Dia tak boleh lama disini, ada kerja yang perlu di selesaikan.

"Daddy pergi dulu ye? ingat apa yang daddy pesan"

"Ai ai kapten!"

Iman mengajuk cerita di dalam tv.Ridhuan tersenyum.Tangannya yang sedang memeluk Iman rasa seperti tidak mahu dilepasakan.

"Daddy"

Iman menegur daddynya yang seakan tidak mahu melepaskannya.Perlahan lahan Ridhuan melepaskan pegangan dan menyentuh pipi Iman.

"I love u baby"

"I love u more daddy"

Iman senyum.Setelah itu, kereta yang dipandu oleh Akid mula beredar.Iman melambaikan tanganya kepada Ridhuan.Ridhuan jugak turut membalas.

Dan saat kereta Ridhuan menghilang, saat itu jugalah air mata Iman jatuh dan mengalir.Sebak yang ditahan pecah juga.Dia pun rasa berat hati untuk berpisah dengan daddynya.

Don't worry Iman! sekejap je masa berlalu and kau boleh jumpa daddy.Wait me Daddy!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience