22:Khianat

Drama Series 23294

Ridhuan berlari dan terus merempuh pintu kayu itu.Dia sedang menahan marah dan apabila matanya tertangkap seseorang yang membelakanginya, dengan pantas Ridhuan menolak kasar sehingga menyebabkan dia jatuh tersungkur.

"Apa yang kau dah buat Rose!!"

Ridhuan menjerkah kepada Rose.Rose terkejut dan lantas bangun dari jatuh.

"Apa yang you buat ni Ridhuan! Datang datang terus tolak i! Apa salah I?!"

Pang!!!!

Terteleng kepala Rose apabila dirinya ditampar oleh Ridhuan.Bukan perlahan tetapi sangat kuat sehingga bibir Rose pecah dan berdarah.Rose terkejut dan memegang pipinya yang terasa pijar itu.

"Kau tanya apa salah kau?! Eh pompuan! sampai hati kau khianat aku kan! kau tikam belakang aku macam aku ni orang bodoh!"

Mata Rose mula merah dan membalas pendangan tajam oleh Ridhuan.

"Bila masa i khianat you!? bila masa i tikam belakang you ha? you kalau takde bukti jangan main serang orang! You ingat i ni apa?! patung?!"

"Eh kau ingat aku main serang orang tanpa ada bukti ke? kau tengok ni"

Ridhuan menunjukkan fonnye dan terpapar video yang dia lihat bersama Adam dan Akid pada pagi tadi.Rose tergamam.Badannya mula menggigil.Perlahan lahan dia memandang Ridhuan yang sedang merenung nya dengan tajam.

"Siapa perempuan tu? walaupun aku tak dengar apa yang korang bincangkan, tapi aku tau..kau yang culik Iman kan?!!"

"I..i..i..no..ni se..semua salah faham.. Arghhhh!"

Ridhuan mencengkam rambut Rose dan mendekatkan mukanya dengan muka Rose.Rose menahan sakit.

"Kau nak cakap salah faham? eh bodoh! aku tau kau memang tak puas hati dengan Iman kan? sebab tu kau buat macam ni kan?! Kau tau tak kau tengah main dengan sape sekarang ni?"

"Kau.sekarang.tengah.main.dengan.bapak.harimau!"

Ridhuan terus menolak Rose dengan kuat.Orang orang Rose mampu memandang, langsung tidak berniat untuk membantu bossnya.

"Apa yang Iman ada sampaikan kau buat aku macam ni?"

Dengan berani Rose bertanya pada Ridhuan.

"Yes! memang Iman anak angkat aku tapi! aku lebih sayangkan dia dari segala galanya.Aku sanggup gadaikan nyawa aku demi Iman! Dan kau hanya sekadar kawan aku but now! our relationship is over!"

Rose terdiam.Dia memandang lantai.Ridhuan jalan mendekati Rose lalu duduk menyangkung.

"Now tell me, mana anak aku!"

Rose menggeleng laju.

"I..i tak tau"

Ridhuan bangun dan menarik nafas lalu menghembus.Dia memandang Adam dan Akid dan memberi isyarat supaya bawa Rose keluar.Kalau cara baik pun tak membantu, dia akan guna cara yang kasar!

Adam dan Akid menarik kasar Rose untuk bangun.Rose terkejut.

"You..you nak bawak i pergi mana ni Ridhuan?!"

Rose mula ketakutan sedangkan Ridhuan sudah tersenyum sinis.

"Go to hell"

Terbeliak mata Rose.Hell? No! dia kenal Ridhuan, dia akan seksa orang tanpa belas kasihan dan tidak berhati perut.Rose menggigit bibir bawahnya.Dia tiada pilihan lain untuk dia teruskan hidup dan tidak diseksa oleh Ridhuan.

"I bagi tau!!"

Ridhuan berhenti dari berjalan dan memusingkan badannya ke arah Rose.Dia mengangkat kening.

"I..iman sekarang ada dengan...Zed"

"Zed? tu nama dia?"

Ridhuan menyoal.Dengan pantas Rose mengangguk.

"Kalau kau nak hidup, bagi tau mana rumah jantan tak guna tu!"

Seraya itu, Ridhuan berjalan dan masuk ke dalam perut kereta.Akid dan Adam meletakkan Rose di bahagian belakang bersama Adam.Akid pula duduk di hadapan untuk memandu.

20 minit perjalanan untuk sampai ke kawasan perumahan 'Zed'.Di hadapan mereka kini, adalah sebuah rumah banglo yang agak suram dan menyeramkan dengan lalang yang panjang dan juga ada kesan tembakan ri dinding luar rumah itu.

"Kau pasti ni rumah dia?"

Ridhuan bertanya pada Rose dengan tegas.Dengan laju Rose mengangguk kan kepalanya.

"Suruh orang orang kita serbu rumah tu sekarang"

"Baik boss"

Ridhuan hanya melihat dari luar apabila orang orang nya masuk serba ke dalam rumah itu.Dia juga ingin masuk dan berdepan dengan sendiri dengan orang yang bernama 'Zed' ini.

"Adam, kau duduk dalam kereta ni jaga pompuan tu.Jangan biar dia terlepas.Dan kau pompuan! kalau kau bagi maklumat yang salah, taula nasib kau macam mana"

Kata Ridhuan yang berbaur dengan ugutan.Ridhuan dan Akid mula masuk ke dalam rumah itu.Dia memandang kiri dan juga Kanan.Tiada sesiapa pun dalam rumah itu selain orang orang nya.

"Boss!"

Panggil salah seorang anak buah nya.Ridhuan memandang dengan muka yang beku.

"Tiada sesiapa di dalam rumah ini.Nampak seperti rumah ini sudah lama ditinggalkan"

Serta merta dada Ridhuan berombak.Rose tipu?! Pompuan tak guna!!

"Sabar boss, mungkin dia tinggalkan Iman di dalam rumah ini"

Kata Akid bagi menenangkan Ridhuan.Kang tak pasal pasal mereka pula yang kena dengan amarah boss mereka.

"Korang cari anak aku di setiap pelosok rumah ini! jangan terlepas pandang!"

Mereka akur dan terus berpecah untuk mencari Iman.Ridhuan pula sedang menenangkan dirinya daripada marah.Barannya memang tak boleh dikawal.

Beberapa minit kemudian, Ridhuan terdengar anak buahnye melaung namanya.

"Boss! Saya jumpa bilik bawah tanah!"

Dengan cepat Ridhuan dan diikuti dengan Akid menuju ke arah anah buahnya.Di depan nya sekarang terdapat sebuah pintu yang menuju ke bilik bawah tanah.Ridhuan mengeluarkan sepucuk pistol bagi langkah berjaga jaga.Dia turun ke bawah dengan perlahan lahan.Akid dan beberapa orang suruhannya mengikut dari belakang.

Sampai sahaja di bawah, bau hanyir mula menyengat hidung mereka.Ridhuan teruskan berjalan dan mencari bilik yang terdapat di situ.Bau hanyir yang semakin mendekat, cukup membuatkan Ridhuan rasa cemas.Risau bau hanyir itu datang dari anaknya sendiri.

Ridhuan lihat pintu sebelah kanan yang sedikit terbuka.Dengan pantas Ridhuan menendang pintu itu sehingga terbuka.Dia masuk sambil menghalakan pistol di sekeliling nya.Ridhuan terkaku apabila terlihat sekujur tubuh yang sedang berbaring lemah dengan darah kering di kawasan hujung bilik itu.

"Iman!!"

Ridhuan berlari mendapat kan Iman yang pengsan.Mengalir air mata Ridhuan apabila melihat keadaan Iman yang menyayat hatinya.Dengan keadaan Iman yang betul betul naked itu cukup membuatkan Ridhuan berasa terlampau bersalah.

Akid yang melihat keadaan Iman juga tergamam.Dia membuka jaketnya dan menutup badan Iman yang terdedah itu.

"Ba..baby hisk...hisk.."

Ridhuan memeluk muka Iman.Dia menyesat air matanya dengan kasar lalu mencempung Iman dan berlari keluar dari bilik itu.

Ridhuan berlari laju keluar dari rumah itu dan terus meluru ke keretanya.Adam dan Rose terkejut dengan kehadiran Ridhuan bersama dengan Iman.

"Kau bawak pompuan ni masuk van belakang, cepat!"

Ridhuan menjerkah.Emosi nya kini tidak setabil apabila melihat keadaan Iman.Dia ingin bawa Iman cepat ke hospital.Adam menarik Rose keluar dari kereta.Ridhuan meletakkan Iman dengan perlahan lahan.Dia masuk ke tempat pemandu dan mula memandu dengan laju.

Sepanjang perjalanan ke hospital, air mata Ridhuan tidak berhenti mengalir.Dalam hati berdoa agar tiada benda yang terok sudah terjadi pada Iman.Tetapi, melihat keadaan Iman, cukup membuktikan yang Iman telah diseksa dengan teruk.

Sesampai sahaja di hospital, Ridhuan terus keluar dari perut kereta dan mencempung Iman.Dia menjerit memanggil doktor yang berdekatan dengan nya.Tubuh Iman sudah berbaring di atas katil roda untuk dibawa ke bilik ICU.

"Maaf, encik tidak boleh masuk.Sila tunggu di luar ye?"

Lembut sahaja kata nurse itu kepada Ridhuan.Ridhuan mengeluh dan meraup kasar rambutnya.Air matanya juga tidak berhenti mengalir.

"Iman, please strong baby.Please"

Ridhuan cuba memberi kata kata semangat buat Iman walaupun Iman tidak mendengar apa yang diucapkan.

"No, Iman tak akan apa apa.Ye, dia kuat! yeah..anak daddy kuat"

Ridhuan memberi kata kata semangat buat dirinya pula.Dia juga kena kuat demi Iman.Ridhuan menyandarkan dirinya di dinding sambil memejamkan matanya.Kepalanya juga sakit dengan apa yang sudah terjadi dengan hati ini.Dalam masa sehari sahaja, semua nya terjadi.

Dan paling dia tidak percaya, Rose! Kawan seperjuangannya yang sanggup buat begini kepadanya.Hanya disebabkan dia layan Iman dengan baik, dia sanggup buat macam ni.Sungguh dia kecewa dan terkilan.

Dari jauh, Adam dan Akid berlari mendapatkan Ridhuan yang sedang terduduk lemah.

"Boss"

Ridhuan mengangkat kepala dan memandang kedua orang kepercayaanya.Ntah kenapa, hati Ridhuan sudah tidak dapat mempercayai sesiapa sekarang.

"Kalau korang berdua nak khianat aku juga, baik korang berambus sebelum korang terima padahnya!"

Ridhuan berkata tegas tanpa memandang Adam dan Akid.

"Apa yang boss merepek ni? kitorang tak pernah nak khianat boss yang banyak tolong kitorang.Walau apa pun yang jadi, kami tetap akan terus setia pada boss.Sebab boss la satu satunya orang kepercayaan kami.Yang paling kami percayai dan boleh dipercayai"

Ridhuan mengalirkan air mata nya lagi.Fikirannya kini, hanya kepada Iman sahaja.

Sudah 2 jam berlalu, Ridhuan, Adam dan Akid masih lagi setia menunggu dengan resah.Pintu bilik ICU dibuka dan seorang doktor yang dalam likungan 30-an keluar dan terus menuju ke arah mereka bertiga.

Ridhuan terus berdiri apabila terlihat kelibat doktor yang keluar dari bilik ICU.

"Macam mana dengan anak saya doktor? dia okey je kan?"

Doktor itu diam seketika untuk menyusun ayat yang sesuai untuk diberitau kepada Ridhuan.

"Allahamdullilah, cik Iman dapat diselamatkan cuma, keadaannya masih lagi lemah.Tapi.."

"Tapi apa doktor! bagi tau saya!"

Ridhuan menggesa doktor itu.

"Tapi, bahagian kamaluan cik Iman luka dan kami dapati,Cik Iman telah dirogol dengan teruk.Badan cik Iman juga penuh dengan lebam dan luka"

Bam!!

Seperti ada batu yang besar sedang menghempap dirinya.Tubuh Ridhuan lemah dan hampir jatuh tetapi sempat Adam dan Akid menahan badan Ridhuan.

"Saya harap Encik dapat bersabar dan kami berharap Encik membuat laporan polis mengenai cik Iman.Kalau tiada apa apa, saya minta diri dulu"

Doktor itu berlalu pergi.Ridhuan sudah meraung.Dinding di sebelah nya menjadi sasaran untuk dia tumbuk.Darah yang mula mengalir langsung tidak dihiraukan.

"Akhhhh!! Tak guna!!! Korang bawak pompuan tak guna tu masuk dalam bilik! Dia memang nak kena dengan aku!!"

Ridhuan menjerit kuat.Adam dan Akid mengangguk dan terus berlalu.

"Tak guna! aku akan pastikan kau mati Rose! I'm so sorry baby..hisk..hisk..daddy lambat datang!"

Ridhuan meraung sambil memegang dadanya.Hatinya sakit! selang berapa minit, Ridhuan berhenti menangis dan berdiri dengan mata yang merah membara.Hatinya yang sakit seperti ditusuk pisau dihiraukan.Dalam hati, dendam yang membara semakin membuak buak.Dia akan bunuh semua keturunan yang terlibat dalam kes penculik kan anaknya.Dia janji!

.................................................

"Semua sudah bersedia?"

Inspektor Kamal yang mengetuai kumpulan itu memandang semua anak buahnye.Matanya terhenti pada Rayyan yang seperti sedang mengelamun.Hari ini merupakan hari mereka untuk membuat serbuan di dalam hutan.

Dengan maklumat yang mereka dapat, cukup memberikan mereka semangat untuk menjalankan tugas itu.Semua sudah bersedia untuk masuk ke dalam van.

"Rayyan!"

Langkah Rayyan terhenti apabila namanya dipanggil.

"Ye Inspektor"

Inspektor Kamal berdiri depan Rayyan.

"Kamu ada masalah ke? beberapa hari ni, saya tengok kamu seperti tidak beri tumpuan dengan sepenuhnya.Hari ni adalah serbuan yang penting! Kalau kamu ada masalah, kamu boleh share pada saya.Saya taknak kamu campur adukkan hal peribadi dan hal kerja.Faham?!"

Rayyan senyum hambar pada Inspektor Kamal.Memang betul dia ada masalah.Dalam fikirannya sedang memikirkan Iman.Takkan dia nak beritau tentang itu kepada Inspektor Kamal.Yang dia risaukan Iman.

"Takde apa Inspektor.Cuma saya penat sikit.Jangan risau, saya akan tumpukan perhatian yang penuh pada hari ini"

Inspektor Kamal seperti tidak percaya tetapi dia mengangguk dan mengarahkan Rayyan masuk ke dalam van.Sebentar lagi mereka akan pergi ke Genting Highland.

Sedang mereka membuat persiapan itu, ada sebuah kereta yang daritadi memerhati kan mereka semua.Dia mengukirkan senyuman sinis sebelum meminta pemandu nya beredar dari situ sebelum mereka ditangkap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience