15:Pengsan

Drama Series 23294

"YA ALLAH!! DADDY?!?!?"

Dengan cepat Iman masuk dan terus meluru ke arah Daddy nya yang sudah terbaring di atas lantai.

"Daddy! Daddy! wake up!"

Iman menepuk nepuk pipi Ridhuan tetapi tiada tanda tanda Ridhuan bangun.Iman sudah mengalirkan air mata nya.

"ABANG ADAM!! ABANG AKID!!"

Iman menjerit nama kedua abangnya.Tidak lama selepas itu, Adam dan Akid masuk dengan perasaan yang cemas.

"Ya Allah boss! Akid kau call Doktor. Zul...cepat!"

Akid pantas menelefon Dr. peribadi mereka.Masing masing cemas dengan situasi sekarang.Adam dan Akid tidak pernah lihat boss mereka jadi begini.

"Macam mana doktor?"

Soal Iman kepada Doktor Zul yang merawat daddy nya.

"Cik jangan risau, encik Ridhuan pengsan kerana mengalami tekanan dan paras gulanya pula rendah.Tapi, lepas dia diberi ubat dan rehat secukupnya...Insya Allah akan sembuh."

"Allhamdullilah"

Ucap Iman perlahan.Syukur tiada apa yang serious terhadap daddynya.Selepas itu, doktor Zul meminta diri untuk pulang.Iman terus duduk di tepi Ridhuan.

"Nasib baik tak ada apa apa yang serius"

"Dahla, jom keluar.Bagi boss rehat"

Kata Adam.Iman memandang wajah Adam dan Akid.

"Boleh Iman tanya sesuatu?"

Adam dan Akid serentak mengangguk.

"Daddy ada bagitau tak yang dia kena bekerjasama dengan pihak polis?"

Adam dan Akid mula berkerut.

"Tak ada pulak.Kenapa?"

Soal Akid dalam tanda tanya.

"Semalam ada Detektif datang untuk minta bekerjasama dengan daddy untuk jalankan kes yang mereka kehendaki."

"Bekerjasama? dengan gengster? macam tak ada otak je polis tu"

Adam berkata dengan sinis.Selain Ridhuan, dia dan Akid juga benci dengan polis.Dendam dengan pihak polis pun belum terbalas lagi.

"Kenapa abang cakap macam tu? salah ke pihak polis nak bekerjasama dengan gengster?"

"Memang salah dan tak masuk akal langsung! kenapa kitaorang kena tolong dan beri kerjasama sedangkan dulu kita minta tolong dari diorang tak dapat!"

Iman sudah berkerut dan cuba untuk menghadam kata kata yang keluar dari mulut Adam.

"Apa maksud abang?"

Adam meraup kasar rambutnya.Kisah lalu amat menyakitkan sehingga sekarang dia tidak boleh lupakan.

"Dah la, abang keluar dulu"

Adam terus keluar diikuti oleh Akid.Adam dan Akid sebenarnya bersaudara dan mereka juga rapat antara satu sama lain.Mereka juga seperti belangkas.Di mana ada Adam, di situ ada Akid.

Iman hanya memandang kedua abang nya keluar.Kenapa benci sangat diorang dengan polis?Iman mengeluh.Lihat Adam yang emosi tadi membuatkan dia rasa give up nak pujuk daddy nya.

Lamunan Iman tersentak apabila terdengar bunyi deringan telefone milik daddynya.Iman lihat nama yang tertera di situ.

'Rose'

Iman beranggapan itu mungkin kawan daddynya dan dia tidak angkat.Tetapi, bertalu talu pula si Rose ni call.Iman pun mencapai telefone itu dan mengangkat nya.

"Helo Ridhuan, I have something to tell you but kenapa tak angkat call I? Tiga kali I call you, baru you angkat?"

Iman diam.Dia tak tau nak balas apa memandang kan dia pun tidak kenal dengan si pemanggil yang bernama Rose ini.

"Helo? Ridhuan? you dengar tak ni?"

Iman mengigit bibir bawahnya.Patut ke dia bagitau tentang daddy nya?

"Ridhuan!"

Rose sudah mula hilang sabar.Berasap kepalanya apabila Ridhuan tidak membalas apa yang dia katakan.

"Da..daddy tengah tidur"

Gagap Iman dibuatnya.Rose yang mendengar suara perempuan yang menjawab lagilah berapi.Siapa perempuan ni?!

"Hey! you siapa ha?! macam mana you boleh ada dengan Ridhuan?!"

"Ridhuan...daddy saya?"

"WHAT!! SH*T!"

Rose terus menutup fonenya.Iman pula tersentak apabila dirinya dicarut.Kurang ajar betul si Rose ni! tak ada adab langsung! Macam mana la daddy boleh berkawan dengannya.

Iman letak semula telefone di tempat asalnya semula.Iman lihat muka daddy nya yang pucat.Daddy, maafkan Iman kalau punca daddy stress disebabkan Iman.

.............................................

"RIDHUAN!! RIDHUAN!!"

Rose menjerit nama Ridhuan dengan langkah menuju ke bilik Ridhuan.Perasaan nya ketika ini amat marah! Macam mana boleh ada perempuan lain dalam rumah ni?!

Rose membuka kasar pintu bilik Ridhuan.Iman yang ketika itu sedang merenung Ridhuan tersentak.Pantas Iman bangun dari duduk dan memandang perempuan yang sedang berada di hadapanya.

"Eh perempuan! you ni siapa ha?! macam mana you ada dekat rumah Ridhuan?!"

Mata Rose sudah berapi melihat Iman yang berada di bilik Ridhuan.

"Sa..saya anak daddy"

Jawab Iman tergagap.Ketika ini, dia mahu sangat yang kedua abangnya muncul dan selamatkan dia daripada singa yang kelaparan ini.

"Anak daddy? eh! you ingat I bodoh ke? anak Ridhuan hanya Anna sahaja.You ni siapa? anak angkat?"

Perlahan lahan Iman mengangguk lalu tunduk memandang lantai.Berubah muka Rose ketika itu.Ini sudah melebih! kenapa Ridhuan tak pernah bagitau yang dia ambil anak angkat?! How dare you Ridhuan!!

"You!....You keluar sekarang!"

Arah Rose kepada Iman.Iman yang tadi menunduk terus mengangkat kepalanya.

"Tapi..."

"Takde tapi tapi! you keluar sekarang jugak! biar I yang jaga Ridhuan"

Iman mengeluh lalu keluar dari bilik.Rose menjeling tajam apabila melihat Iman keluar dari bilik.Dengan cepat Rose ambil tempat duduk dan memegang erat tangan Ridhuan.

Iman memandang pintu bilik daddynya.Eii Kalau aku ni ada kuasa, dah lama aku sumpah kau jadi katak! Perempuan sombong!

Iman turun dengan perasaan yang marah.Datang datang terus kena halau.Dia ingat dia siapa? isteri daddy? kecoh je minah tu!

Iman pergi ke dapur dan lihat ada kedua abangnya sedang berborak.Iman pergi kearah mereka dengan muka yang masam.

"Abang"

Adam dan Akid yang ketika itu sedang berborak terhenti dan memandang Iman.

"Siapa Rose?"

"Rose? mana Iman tau?"

Iman menjuihkan mulut dan tunjuk ke bilik Ridhuan.

"Dia ada dalam bilik"

"Eh! bila dia sampai?"

Soal Akid.Mereka lihat muka Iman pun dah masam.Mesti Rose ada buat something ni.

"Baru je, datang datang terus marah and halau Iman.Sakit betul la hati nii.Siapa dia tu?!"

Adam dan Akid tergelak kecil apabila melihat muka Iman.Lagi masam la muka Iman.Kurang asam betul la abang abang nya ini.

"Cik Rose tu kawan boss yang paling rapat"

"Ceh! kawan je, cakap macam dia tu isteri daddy je"

Iman menjeling bilik daddynya.

"Iman naik dulu"

Kata Iman dan mula naik.Adam dan Akid sekadar senyum melihat Iman.Comel betul bila Iman marah.

Ketika Iman sudah sampai di tingkat atas, dia telah bertembung dengan Rose yang baru sahaja keluar dari bilik Ridhuan.Iman menjeling Rose lalu masuk ke dalam biliknya.

Rose pula mencebik lalu turun dari tingkat atas.Di bawah, dia terjumpa Adam dan Akid pula.

"Hey"

Adam dan Akid pantas menunduk tanda hormat kepada Rose.

"Ye cik"

"I nak tanya, budak tu buat apa dalam rumah ni?"

"Maksud cik, Iman?"

"Yeah"

Rose duduk sambil menyilangkan kakinya.

"Iman anak angkat boss"

Jawab Adam.

"Itu I tau, but sejak bila? Ridhuan tak bagitau I pun"

"Itu saya tak tau tapi yang pasti, boss jaga Iman sejak 6 tahun yang lepas dan boss begitu sayang dengan Iman sampaikan, boss sanggup buat apa sahaja"

Rose sudah mengangkat kening.Sanggup buat apa sahaja? heh, sayang betul you dengan Iman tu.Perlahan lahan Rose mengukirkan senyuman sinis.

..........................................

Di satu pejabat, terlihat seorang lelaki yang agak berumur sedang melakukan tugas dengan tenang.Hatinya cukup berbunga dengan apa yang telah dia diberitahu sebentar tadi.

"Boss, semalam kami dapati ada 3 orang Detektif datang ke rumah Ridhuan"

"Buat apa?"

"Mereka meminta bekerjasama dengan Ridhuan dalam menangkap suspek yang mereka kehendaki"

Lelaki itu seperti sedang berfikir sebelum menguntumkan sebuah senyuman.

"Ok, aku nak korang perhatikan lagi Ridhuan dan dalam masa yang sama, aku nak tau apa yang mereka sedang rancangkan"

"Baik boss"

Lelaki itu mengangguk.

"Korang boleh keluar"

Arah lelaki itu kepada anak anak buahnye.Dia berpusing menghadap cermin yang mempamerkan kesesakan lalu lintas dan pelbagai lagi.

Lelaki itu bangun dari duduk sambil berpeluk tubuh.Daripada senyuman, sudah bertukar kepada senyuman sinis.

"Aku nak tengok, sejauh mana kau boleh dapat dan cari aku Ridhuan"

............................................

Perlahan lahan Ridhuan membuka mata.Kepalanya terasa sakit dan berat tetapi dia gagahkan dirinya juga untuk membuka mata.

"Ridhuan? are you ok?"

Soal Rose lalu membantu Ridhuan untuk bangun.Apabila Ridhuan sudah selesa dengan duduknya, Rose mula bertanya lagi.

"Are you ok?"

Ridhuan memandang Rose sekilas.

"Apa dah jadi kat aku ni?"

"You pengsan Ridhuan.Doktor kata you terlampau stress dan paras gula you pun rendah.What wrong with you Ridhuan? Kalau you ada masalah you boleh share dengan I.Bukannya pendam kan sorang sorang."

"Iman mana?"

Ridhuan menghiraukan kata kata Rose.Dalam fikirannya sekarang ini hanya lah Iman.Berubah muka Rose ketika itu.

"Who Iman? kenapa I langsung tak tau yang you ambil anak angkat? kenapa you tak bincang dengan I? I dah tak penting dalam hidup you lagi ke?"

Ridhuan memejamkan matanya.Kepalanya sakit lagi.Tambah pula Rose yang tak berhenti cakap dan bertanya banyak soalan.Dia nak Iman, dia nak Iman disisinya.

"Kau buat apa kat sini? macam mana kau tau aku pengsan?"

Lagi sekali Ridhuan menghiraukan kata kata Rose.Rose mendengus.

"I call you sebab I ada benda nak bagitau tapi tak sangka pula ada orang lain yang tolong jawabkan"

Rose seakan memerli.Ridhuan hanya buat tak tau sahaja.

"Apa benda yang kau nak bagitau ni?"

"You tanya I sebelum ni yang Maria nak bekerjasama dengan Syarikat you kan? and now I dah tau kenapa.Dia minta kerjasama dengan Syarikat you sebab Syarikat suami dia hampir muflis dan ramai Syarikat lain yang tak mahu bekerjasama dengan Syarikat suami dia"

"And dia fikir aku akan bekerjasama dengan Syarikat dia? memang bodoh betul!"

Rose mengangguk tanda setuju dengan kata kata Ridhuan.

"Memandang kan Syarikat dia hampir nak muflis, apa kata kau buat dia terus hidup susah?"

Rose memandang Ridhuan dengan tanda tanya.

"Aku ada job untuk kau buat"

"What?"

"Aku nak kau....bakarkan Syarikat dia"

Ridhuan sudah tersenyum penuh makna.Rose juga tersenyum.

"Ofkuss I boleh buat.Anything for you Ridhuan"

Kata Rose dalam menggoda.

"I pergi dulu, apa apa I updated dekat you"

Ridhuan mengangguk.

"And take care, Kalau ada masalah share dengan I ok? bye"

Sambung Rose dan keluar dari bilik Ridhuan untuk menjalankan misi yang telah diberi.

Ridhuan pula seakan termenung.Tiba tiba, bayangan dirinya ketika dia bersama dengan Isterinya terlintas.

"Saya janji saya akan tetap setia dengan awak Ridhuan"

"Saya pun janji akan tetap setia dengan awak Qistina"

Ridhuan menyekat air mata nya yang keluar.Terlalu sukar untuk dia lupakan Isterinya yang tercinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience