Rayyan mengetuk ngetuk jarinya di atas meja.Dari semalam dia telefone Iman tetapi sampai sekarang tak angkat.Aku ada buat salah ke? rasanya takde.Ke, Ridhuan dah tau selama ni aku contact anak dia? Tapi apa salah nya.
Dan sampai sekarang juga, Ridhuan tidak memberi apa apa maklumat kepada mereka.Dan hari ini, dia bersama kawannya akan pergi ke rumah Ridhuan untuk bertanya tentang Luthfi, sambil sambil tu boleh tengok Iman.
Mengambil masa 20 minit untuk sampai ke rumah Ridhuan.Sekarang mereka sudah berada di depan rumah Ridhuan.Sunyi je, ke takde orang? Haiqal menekan loceng.3 kali ditekan, baru pintu pagar itu dibuka secara automatik.Tanpa berlengah, mereka bertiga masuk ke kawasan rumah agam itu.
Pintu diketuk sekali dan dibuka oleh Akid.Akid memandang tajam kepada mereka.Seperti kehadiran mereka tidak diundang.Akid berpeluk tubuh sambil bersandar pada dinding pintu itu.
"Ada apa datang sini? kalau nak jumpa boss, dia sibuk"
Akid menyoal dengan pandangan tidak senang.
"Kami datang untuk mendapat sebarang maklumat yang encik dapat.2 hari kami tunggu tapi tiada sebarang maklumat yang kami dapat.Tolong beri kerjasama encik"
Rayyan berkata dengan tegas.Mimik mukanya juga serius.
"Arghhhh!!!"
Tersentak mereka berempat apabila terdengar bunyi jeritan dari dalam.Akid lekas masuk ke dalam rumah untuk melihat.Mereka bertiga saling berpandangan dan meluru masuk ke dalam rumah itu.Lantak la kena halau pun nanti.
Terkejut mereka apabila melihat keadaan Ridhuan yang tidak terurus.Keadaan rumah itu juga bersepah dan tunggang langgang.Adam dan Akid sedang menenangkan Ridhuan yang seperti orang gila menahan marah.Mencerlung mata Ridhuan apabila terlihat kelibat mereka bertiga di dalam rumah itu.
"Apa korang buat kat sini ha?!!"
Ridhuan menjerit geram.
"Apa sudah jadi?"
Rayyan menyoal.Ridhuan pula sudah menahan marah.
"Kau buat apa kat sini ha?! kau berambus sekarang! berambus!!"
Ridhuan menghalau sambil badannya ditahan oleh Adam dan Akid.Rayyan tidak berganjak.
"Iman mana?"
Turun naik dada Ridhuan.Memang cari nahas betul polis ni!
"Kau tak payah nak sibuk la! Iman anak aku bukan anak kau! kau bla sekarang!!"
"Apa dah jadi ni, dari semalam saya call Iman tapi sampai sekarang dia tak angkat.Mana Iman?"
Rayyan tetap dengan degilnya.Hatinya pun sekarang tidak tenang apabila tidak melihat batang hidung Iman di dalam rumah itu.
"Kau tak payah nak sibuk! kau suami dia ke? kau abang dia ke? tak kan!"
Rayyan tersenyum sinis.
"Habistu encik Ridhuan ingat, encik Ridhuan ayah kandung dia ke? Tak kan? sama je encik Ridhuan dengan saya"
Ridhuan tersentak.Dia mengetap bibinya dengan kuat.
"Kalau kau nak aku bekerjasama dengan kau lagi, baik kau angkat kaki dan keluar dari rumah aku sekarang!"
"Saya tau ada benda tak kena dengan Iman.Bagitau saya, mana tau saya boleh tolong"
Ridhuan mengeluh kasar lalu menepis tangan tangan yang memegangnya.
"Adam, kau pegi ambil fail maklumat tu.Bagi kat diorang."
Adam tunduk hormat pada Ridhuan dan terus mengambil fail tersebut.Ridhuan masih lagi merenung tajam kepada Rayyan.Ikutkan hatinya, memang nahas dia kerja orang yang tak faham bahasa ni.
Tidak lama kemudian, Adam kembali bersama dengan fail disisinya.Dia menyerahkan kepada Rayyan.Rayyan menyambut lalu memberikan kepada Faris di sebelahnya.
"Sekarang kau dah dapat apa yang kau nak kan? now get out!"
Ridhuan berkata tegas.Baru Rayyan ingin membuka mulut, Haiqal sudah menariknya untuk keluar dari rumah itu.
"Terima kasih"
Faris mengucapkan lalu mengikut langkah Haiqal dan Rayyan di hadapan nya.
Di luar kawasan rumah Ridhuan, Rayyan menepis tangan Haiqal yang memegangnya.
"Kau ni dah kenapa?"
Rayyan geram apabila ditarik secara tiba tiba oleh Haiqal.
"Kau tanya kenapa? kau tu yang kenapa! kita datang sini sebab nak ambil maklumat bukan nak cari pasal dengan diorang!"
Haiqal meneking Rayyan.Faris sekadar diam dan memandang kedua rakannya.
"Eh aku risau kan Iman la! kau apa tau!"
Haiqal tersenyum sinis.
"Betul apa yang Ridhuan cakap, kau tu suami Iman ke? Tak kan, jadi jangan sibuk nak tau pasal dia! Kalau dia hilang sekali pun, Ridhuan boleh cari sendiri.Dengan kes kita yang belum selesai, kau jangan nak tambah masalah boleh tak! Kalau si Ridhuan tu taknak bekerjasama dengan kita macam mana?"
Lebar Haiqal berkata.Rayyan seakan tersentak dan terdiam.Salah ke kalau aku risaukan Iman?
"Dah jom balik"
Kata Faris bagi menghentikan perbalahan itu.Kang melarat sampai bertumbuk pulak.
"Kau ingat eh! jangan nak tambah masalah!"
Seraya itu, Haiqal masuk ke dalam kereta.Rayyan mengeluh lalu masuk ke dalam kereta juga.Suasana di dalam kereta itu senyap.Masing masing melayan perasaan.
...............................................
Seorang lelaki yang baru pulang dari kerja,mula menapak dengan perlahan ke bilik bawah tanah.Tak sabar nak jumpa dengan 'mainan' nya.Lelaki itu membuka pintu dan melangkah masuk.Terlihat sekujur tubuh yang sedang berbaring lemah di atas lantai yang sejuk.
Dia mendekati Iman dengan pandangan yang sukar untuk ditafsir.Iman pula memandang sayu kepada lelaki itu.Dia menyangkung dan memandang muka Iman.
"Let's play a game dear but before that! Kau nampak tak bermaya la.Game yang aku nak main ni kena ada banyak tenaga tapi aku tengok kau ni macam..erm, lemah la.Apa patut aku buat eh?"
Lelaki itu seperti menyoal dirinya sendiri.Dia mengusap dagu tanda memikirkan sesuatu.
"Ha aku tau! Kau lapar eh? kejap ye, aku pergi ambil makanan untuk kau"
Lelaki itu berlari keluar untuk mengambil makanan untuk Iman.Iman memejamkan semula matanya.Dia rasa begitu lemah.Dalam kepala sedang berfikir, game apa yang lelaki itu nak main dengan nya.Harap harap bukan seperti yang aku fikirkan.
Tidak lama kemudian, lelaki itu datang dengan sepinggan nasi goreng dan secawan air kosong.Lelaki itu duduk menghadap Iman.Dia juga turut membantu Iman bangun untuk duduk dengan penuh berhati hati.
Disebabkan Iman sangat lemah, tubuh badan Iman disandar pada badan lelaki itu.Iman langsung tidak berdaya untuk melawan.
"Aaa buka mulut"
Perlahan lahan Iman membuka mulut.Nasi goreng sudah selamat masuk ke dalam mulut Iman.Iman mengunyah perlahan.Lelaki itu terus menyuap Iman dengan baik.Iman tidak tau kenapa dengan lelaki itu melayan nya dengan baik.Siap mengusap rambut Iman lagi.
"Dah habis, ha..dah bertenaga belum? kalau belum cakap, aku bagi kau makan lagi"
Lelaki itu menyoal Iman sambil mengusir rambut Iman ke belakang telinga.Iman menatap lelaki itu.Mungkin, lelaki ini mahu lepaskan dirinya.
"Sa..saya nak ba..balik"
Tergagap Iman.Iman memandang lelaki itu dengan penuh harapan.Tiba tiba lelaki itu ketawa dengan kuat.Iman memandang pelik kepada lelaki itu.
"Hahaha, apa yang kau merepek ni pompuan!Kau ingat, aku layan kau baik ni sebab aku nak tolong kau ke? eh memang tak la! Kau lupa ke yang aku nak main game dengan kau? lupa dah?"
Dada Iman mula berdengup laju apabila melihat lelaki itu mula membuka tali pinggang nya.Dia tersenyum sinis apabila melihat muka Iman.
"Kau tau tak, setiap kali aku tengok muka kau! aku mesti teringatkan musuh aku sampaikan aku rasa macam nak bunuh bunuh je kau!"
Lelaki itu melipatkan tali pinggang menjadi dua supaya jadi tebal.Dia perlahan lahan mendekati Iman.Iman pula sudah mengesot kebelakang dengan katakutan.
"To..tolong ja..jangan apa a..apa kan sa..saya"
Iman merayu dan sudah mengalirkan air mata.Lelaki itu mendekati Iman dengan rapat lagi.
"Macam bodoh je aku tak apa apakan kau"
PAP!!!!
Lelaki itu memukul badan Iman dengan kuat.Serentak itu, Iman menjerit.
"Argggggg!!!!!"
PAP!!!!
"Argggghhh!!! sa.. sakit!!!"
Lelaki itu ketawa dengan riang apabila melihat keadaan Iman yang sudah menggelupur apabila dipukul dengan kuat.
PAP!!!!
"Aku!"
PAP!!!!
"Benci!"
PAP!!!!
"Ridhuan!"
PAP!!!!
"Hahahahahaha"
Bergema bilik itu dengan jeritan Iman yang kuat.Badan Iman sudah berlebam dan paling teruk, darah mula keluar tanpa henti.Melihatkan keadaan Iman yang sungguh menyayat hati telah memuaskan dirinya.Dia mencengkam muka Iman.
Muka Iman sudah berdarah dan berlebam.Lelaki itu tersenyum sinis.
"Best tak game aku? best kann.Mesti Ridhuan tak pernah main game ni dengan kau kan?Untung kau sebab dapat main dengan aku"
Iman sudah lemah apabila diperlakukan begitu.Dia sakit, fizikal dia sakit!
"Aku nak main lagi la, kau jangan la cepat sangat lembik.Kuat la sikit"
Lelaki itu ketawa kecil dengan ayatnya sendiri.Kali ini lelaki itu bangun dan berlalu pergi ke dalam bilik air.Iman sudah terbaring lemah.Badannya sakit! pedih, hidungnya dari tadi keluarkan darah yang pekat.
Lelaki itu masuk semula ke dalam bilik itu dengan sebaldi air penuh di dalamnya.Belum sempat Iman ingin mengelak, badannya sudah basah lecun apabila lelaki itu membaling air yang berada di dalam baldi itu.
"Ha! dah bersih! sekarang kita main second game pulak.Game kali ni mungkin tak menyakitkan dan maybe...sakit"
Lelaki itu tersenyum sinis lalu membuka bajunya di hadapan Iman.Iman sudah membulatkan biji matanya.Badannya sudah double menggigil.
Lelaki itu menolak badan Iman supaya baring dan Kini, dia sedang berada di atas badan Iman.Bibir lelaki itu meliarkan ke serata muka dan leher jinjang Iman.Iman sudah tersesak menangis.Tangan lelaki itu juga sudah mula menyentuh badan Iman dan perlahan lahan dia membuka baju Iman yang sudah basah itu.
"Hisk...hisk...to..tolong jangan bu..buat sa..saya macam ni.Sakit!"
Iman merayu apabila bajunya sudah tercampak di belakang lelaki itu.Kini, badannya hanya berbalut dengan singlet putih.Badannya makin sakit apabila lelaki itu berada di atasnya sambil menjalankan 'aktiviti' nya.
Bibir Iman yang lebam itu mula dikucup rakus oleh lelaki itu.Nafsu lelaki itu mula membuak buak apabila mendengar rayuan Iman terhadapnya.
"Ermm!!!"
Lelaki itu mencumbu bibir munggil Iman dengan kasar sehingga menyebabkan Iman kehilangan oksigen.Apabila melihat Iman seakan menahan nafas, lelaki itu berhenti mencumbu bibir Iman.Dia mendekatkan bibirnya ke arah telinga Iman dan membisikkan sesuatu.
"I... really... really... really...hate...you!"
............................................
Akid berlari dengan laju dan masuk ke dalam bilik Ridhuan tanpa meminta izin.
"Boss!!"
Ridhuan yang sedang memikirkan sesuatu terganggu dengan Akid.Dia memusingkan badan nya kearah Akid.Dia menjengilkan matanya.
"Sa..sabar boss, tengok apa yang saya jumpa"
Akid menunjukkan pend drive di tangan nya.Ridhuan berkerut dan berjalan ke arah Akid.
"Mana kau dapat ni?"
Soal Ridhuan.Akid hanya senyap dan mula memasangkan pend drive itu.Adam yang ketika lalu depan bilik Ridhuan turut berhenti dan melangkah masuk.Adam juga melihat sama ke arah laptop yang sedang loading.
Kemudian, terpapar satu video.Mereka bertiga melihat dengan khusuk.Di dalam video itu terpapar sebuah markas yang tersembunyi.Nampaknya, tak ramai yang perasan akan kamera mini ini.
Kelihatan sebuah kumpulan sedang merancangkan sesuatu dengan serius dan ada kalanya mereka bergelak ketawa.Ntah apa yang lucu pun tak tau.
Mereka bertiga terkedu apabila melihat video yang seterusnya.Adam dan Akid saling berpandangan sebelum memandang muka Ridhuan.
Muka Ridhuan agak tegang dan mulai timbul urat urat di leher dan juga lengan Ridhuan.Ridhuan menggenggam kedua tangannya.
"Tak..mungkin"
Ridhuan hampir sahaja mahu menghempaskan laptop itu akibat marah yang terlampau.
"Kau tunggu! kau tunggu!!"
Ridhuan sudah menggigil satu badan.Apa yang dia lihat walaupun tidak mendengar sebarang suara cukup membuktikan ada orang sedang tikam belakang nya.Berani dia main dengan aku! Jaga kau!
............................................
p/s: Maaf sebab lmbt update sbb saya ada masalah sikit...maaf ye:(
Share this novel