Pintu bilik wad dibuka perlahan.Ridhuan mula menapak masuk dan kembali menutup pintu sebelum dia mengeluh kecil.Ridhuan berpusing keberlakang dan penglihatan nya kini dijamu dengan tubuh seseorang yang sedang mengelamun.Dia seolah tidak menyedari akan kehadiran Ridhuan.
Ridhuan duduk melabuhkan punggung di birai katil wad itu sambil memandang anaknya itu.
"Iman"
Lemah suara Ridhuan.Iman sekadar kaku dan seperti tidak menghiraukan Ridhuan.Ridhuan tersenyum nipis sebelum menarik Iman kedalam pelukannya.
Iman diam dan hanya rela diperlakukan begitu.Dia juga tidak membalas pelukan Ridhuan dan riak wajah nya juga kosong.
"I'm really sorry baby, I'm late to save you.Daddy rase tak berguna sangat.I really really sorry baby.Please"
Air mata Ridhuan turun dengan lebat sambil itu dia mencium ubun-ubun kepala Iman dengan penuh kasih.Iman masih lagi di dalam dunianya.Dia hanya diam dan langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.
"I'm fool, daddy bodoh sebab tak dapat nak jaga anak daddy.I'm really really sorry baby.Daddy tau Iman marahkan daddy, daddy minta maaf ye sayang.Please baby, forgive me"
Kaku.Diam.Hanya bunyi nafas Iman sahaja yang kedengaran.
Setelah 10 minit Ridhuan melepaskan rindunya kepada Iman, Iman telah diberi ubat dan tertidur lena.Ridhuan mengusap rambut Iman.
Fikirannya mula terlayang dengan kata kata doktor yang merawat Iman.
"Macam mana dengan keadaan anak saya?"
Ridhuan mula menyoal apabila doktor itu memanggil Ridhuan untuk berjumpa di bilik doktor tersebut.
"Sabar encik.Saya harap apa yang saya cuba sampaikan ini, encik dapat terima dengan hati yang terbuka"
Ridhuan mula berdebar.Dia sabar menanti apa yang ingin disampaikan oleh doktor itu.
"Sebenarnya cik Iman telah mengalami gangguan jiwa dan kecelaruan mental.Dia juga tidak dapat membezakan realiti dan imaginasi nya.Baginya, apa yang dia dapat lihat sekarang adalah sebagai imaginasi nya sendiri.Dia seperti dia berada di dalam mimpi dan fantasi nya.Jadi, saya harap encik dapat menjaga cik Iman dan bantunya sekali untuk kembali sihat seperti biasa"
Ridhuan terdiam.Apa yang didengarnya, cuba perlahan lahan untuk dihadam.Anak nya mengalami gangguan jiwa dan mental? Anak nya gila ke? Secara tiba tiba Ridhuan bangun dengan kasar.
"Terima kasih doktor, saya minta kerjasama dengan doktor supaya tidak melaporkan perkara ini kepada mana mana pihak berkuasa.Saya minta diri dulu"
Ridhuan keluar dari bilik doktor itu dengan perasaan yang marah.Api marahnya kini, meluap-luap.Aku akan balas dendam!.
..............................................
Sudah 3 hari berlalu, keadaan Iman juga sudah stabil tetapi kecelaruan mental nya masih lagi tidak sembuh.Ridhuan sendiri yang minta pihak hospital untuk check out Iman awal sebab dia nak dia sendiri yang pulihkan Iman.
Sampai sahaja di rumah, Akid yang duduk di tempat pemandu mula keluar dan buka bonet kereta untuk mengambil kerusi roda untuk Iman.
Dengan keadaan Iman begitu, Iman tidak dapat berjalan bukan kerana dia lumpuh tetapi badannya tidak dapat memberi sebarang respon seperti orang normal.
Ridhuan mencempung badan Iman dan meletakkan Iman dengan berhati hati di kerusi roda itu.Akid dan Adam hanya memerhati dengan perasaan simpati.
Mereka sudah menganggap Iman seperti adik kandung mereka sendiri.Bila lihat keadaan Iman sekarang, cukup membuatkan hati mereka sedih dan pilu.Setelah memastikan Iman selesa dengan duduknya, Ridhuan mula menolak perlahan kerusi roda untuk masuk ke dalam rumah.
Memandangkan Iman memakai kerusi roda, Iman akan duduk di bilik tetamu di bawah.Semua pakaian Iman sudah dibawa ke dalam bilik itu.Iman pula hanya memberi reaksi kosong sahaja.
Langsung tidak memberi sebarang respon mahupun reaksi.
"Korang boleh masuk bilik, biar aku yang jaga dan tengok tengokkan Iman sekarang"
Kata Ridhuan tanpa memandang Akid dan Adam yang berada di belakang nya.
"Baik boss"
Sahut mereka berdua dan mula beredar dari situ.Ridhuan meneruskan menolak kerusi roda milik Iman untuk dibawa ke bilik baru Iman untuk sementara.
Sesampai sahaja, Ridhuan mula mencempung semula tubuh kecil Iman dan diletakkan dia atas katil.Iman diam dan kaku sahaja.
Sudah tiga hari berlalu, Iman lihat dirinya sudah diselamatkan oleh daddy nya.Kini, daddy nya berada di hadapannya dengan senyuman hambar, mungkin?
Betul ke apa yang dia lihat sekarang ini? Dia sudah selamat.Daddynya yang selamat kan dirinya dari neraka itu.Kalau ini hanya sekadar mimpi, aku takkan bangun dari mimpi yang indah ini.
Aku hanya mahu berada di dalam mimpi ini bersama daddynya.Dia terlalu merindui Ridhuan.Sangat rindu! Ya Allah, janganlah kau bangunkan aku dari mimpi yang indah ini.Biarla aku kekal di dalam mimpi ini.Aku lebih rela daripada bangun dan menghadapi dunia yang lebih kejam di luar sana.
Ridhuan memandang muka Iman dengan penuh kasih.Senyuman cuba dimaniskan buat anak yang tersayang.Walaupun, dia masih lagi kecewa dengan dirinya yang tidak dapat melindungi satu satunya anak yang paling dia sayang.
Ridhuan memegang erat kedua tangan Iman sebelum dikucup.
"I really miss you baby, please wake up.I miss your voice, miss your smile, miss your laughing, miss your naughty, miss your....words"
Ridhuan mengetap bibir nya apabila dapat dia rasakan tubir matanya yang panas.
"Please wake up baby, I'm here now.Iman selamat sekarang.Now and forever, i promis.I will always with you and i never leave you alone.Please, i really really miss you"
Akhirnya, Ridhuan menghamburkan tangisnya di peha Iman.Dia menangis dan kecewa apabila melihat reaksi kosong dari Iman.Dia berharap sangat Iman mengusap rambutnya dan berkata 'i miss you too daddy'.
Tapi, itu sekadar harapan.Anaknya masih lagi tidak sembuh.Dan dia berharap, Iman dapat sembuh dengan cepat.Dia nak kan Iman yang dulu, bukan yang diam kaku sekarang.
Daddy akan cari orang yang buat Iman macam ini sampai lubang cacing! Kau dah bangunkan diri aku yang kejam! Aku akan buat 2 kali ganda dengan apa yang kau buat sekarang! Just wait and see.
...................................................
BUM!!
"Tak guna! Semua terlepas! Budak budak terlepas! Iman pun dah lari! Bodoh!!"
Lelaki itu menumbuk cermin di biliknya dengan kuat.Darah yang mengalir dihiraukan.Sakit di tangannya juga tidak dipedulikan.Sakit di hatinya lagi diutamakan.
Semua plannye sudah musnah! Angkara disebabkan ayahnya dan juga Rose! Tak guna punya perempuan! Mulut tak pandai nak jaga! Sama bodoh je!
"Kau tunggu Ridhuan, kau tunggu.Walau apa pun yang terjadi, aku akan pastikan hidup kau sengsara! Kau dah rampas kebahagiaan aku!kau tak layak untuk hidup bahagia jantan tak guna!!"
Lelaki itu menjerit kuat.Sakit betul hatinya apabila semua ini terjadi pada dirinya.Kebahagiaan yang hilang sekelip mata tanpa sempat dia ingin berbuat sesuatu.
Semua disebabkan kisah hidupnya yang sedih! Kau punca segala galanya Ridhuan! Selagi nyawa aku ada, kau takkan dapat lari dari aku!
...................................................
"Boss"
Ridhuan yang ketika itu sedang termenung, dengan pantas dia mengesat air matanya yang mengalir sebelum pusing memadang kedua orang suruhannya.
"Boss ok?"
Adam menyoal.Ikutkan tadi dia dan Akid mahu melihat keadaan Iman tetapi mereka ternampak kelibat bossnya dia dapur seorang diri.
"Kau rase aku ok ke selepas tengok keadaan Iman mcm tu?"
Adam dan Akid menunduk.Gerun melihat muka tegang milik bossnya.Boss sudah tentu marah yang teramat.Siapa je yang ok kalau tengok keadaan orang yang paling kita sayang macam tu.
"Boss, maafkan saya.Tapi, detektif itu dalam perjalanan ke sini"
Ridhuan tersentak lalu bangun dari duduknya.
"Apahal dia nak datang sini!"
Jerkah Ridhuan dengan kuat.Akid dan Adam hanya menggeleng.Tidak tau apa tujuan detektif itu mahu datang ke rumah ini.
"Korang jangan bagi diorang masuk.Halau je! and cakap kat diorang, kalau still lagi mahu bekerjasama dengan aku, jangan memandai mandai datang ke rumah aku tanpa kebenaran aku.Faham?!"
Sejurus itu, Ridhuan terus masuk ke dalam bilik Iman.Adam dan Akid berpandangan sebelum melepaskan keluhan kecil.
"Macam mana ni?"
Akid soal Adam.Adam menggeleng.
"Ikut je lah apa yang boss cakap.Lagipun aku pun geram dengan diorang, sebok sangat nak tau pasal Iman"
Akid berkerut.
"Kenapa dengan iman?"
"Kau tak tau ke, si sape ntah nama nye dia sebok sangat nak tau pasal Iman.Kau tak dengar ke hari tu diorang tanye Iman mana? Cakap macam Iman tu isteri dia pulak.Menyampah aku"
Akid diam.Lamunan mereka tersentak apabila pintu rumah mereka diketuk berulangkali.Mereka berpandangan sebelum pergi ke arah muka pintu.Akid membuka pintu.Tersembul 3 orang lelaki yang datang tidak diundang.
Adam berpeluk tubuh sambil bersandar pada dinding.Akid pula sudah berniat ingin menutup semula pintu tetapi ditahan oleh salah seorang dari mereka.
"What? ade apa datang sini?"
Akid menyoal.
"Kami mahu berjumpa dengan encik Ridhuan"
Balas Rayyan.Haiqal dan Faris hanya senyap di belakang.Kalau bukan disebabkan Rayyan yang memaksa mereka berdua untuk ikut, memang tak lah mereka nak ikut.Banyak lagi kerja yang boleh dibuat di pejabat.
"Boss takde dan dia tak nak diganggu.So, sila pergi dari sini"
Akid mahu menutup semula pintu tetapi ditahan semula oleh Rayyan.Adam mendengus.
"Kau nak apa? kan kitorang dah cakap yang boss tak nak diganggu.Kalau korang masih lagi nak kami beri kerjasama, sila berambus.Faham?!"
"Iman mana?"
Adam berdecit lalu dia meraup muka nya dengan kasar.
"Eh kau ni memang tak faham bahasa ke ha?! Berambus sekarang!"
DUM!!
Adam tutup pintu dengan kuat.Akid sinis.
"Tak faham bahasa betul!"
Adam mendengus sebelum berlalu pergi.Akid memandang belakang Adam dan memandang muka pintu itu.Patut ke aku bagitau?
"Aku dah cakap jangan nak ambil tau pasal Iman tu! Kau degil! Hidup dia bukannya ada kene mengena dengan kau.Dah jom!"
Marah Faris dan berlalu masuk ke dalam perut kereta.Haiqal hanya menggeleng dan masuk ke dalam kereta juga.Rayyan diam dan mengeluh kecil sebelum masuk juga ke dalam kereta.
.....................................................
Assalamualaikum semua.Saya ingin memohon maaf atas salah silap saya.Sudah lama saya tidak update cerita ini.Saya mohon maaf sangat-sangat.Bukan saya sengaja untuk tidak update cerita ini tetapi, saya hanya manusia biasa yang punya masalah dan kesibukan di hari saya.Saya tau ramai yang masih menunggu untuk saya update cerita ini.Saya berasa terharu kerana masih lagi ramai yang ingin saya update.Terima kasih kerana sentiasa memberi saya sokongan dan komen yang positif..insyaallah, selepas ini saya akan mula update cerita ini seperti sediakala.Sekali lagi saya mohon maaf dan terima kasih kepada yang masih menunggu cerita ini.Jasa baik awak semua saya sangat hargai.Terima kasih dan saya mohon maaf sekali lagi :D
Share this novel