13:Kerjasama

Drama Series 23294

Iman terkejut dan hanya memandang 3 orang jejaka yang dia amat kenali.

"Cik ni...kawan kepada cik Emma kan?"

Soal salah seorang lelaki di hadapannya.Perlahan lahan Iman mengangguk.

"Apa yang encik bertiga buat dekat sini?"

Iman pula soal.Tak pernah pernah ada orang datang ke rumah daddynya ini.

"Kami datang untuk berjumpa dengan encik Ridhuan"

"Encik Ridhuan?"

Mereka bertiga mengangguk sambil memandang Iman yang seperti blur.

"Saya rasa encik dah salah rumah.Dalam rumah ni tak ada pun nama Ridhuan"

Jelas Iman.Mereka bertiga berkerut.

"Tapi dalam Waze dia tunjuk ini la rumah encik Ridhuan.Kami yakin yang kami tak salah"

Kata lelaki yang berada di bahagian kanan.Kini, Iman pula yang berkerut.Tak silap dia, nama daddynya Rizwan.Eh! yeke ni, asal aku pulak yang pening.

"Erm, encik..."

Kata Iman terputus apabila daddynya datang.

"Apa hal ni?"

Soal Ridhuan kepada 3 orang lelaki yang datang tanpa diundang itu.

"Kami datang ingin berjumpa dengan encik Ridhuan"

"Aku Ridhuan.Ada apa nak jumpa aku?"

Iman terkejut dan terus memandang daddynya.

"Nama daddy...Ridhuan?"

Ridhuan memandang Iman.

"Yeah, my name is Ridhuan.Why?"

"Ouh.."

Iman memandang 3 orang lelaki tadi dengan sengihan.Apa kau ni Iman!! malu woii.2 Kali Iman! 2 Kali kau buat perangai dengan orang yang sama.Jatuh saham akuu!!.

"Sorry"

Kata Iman melerat.Iman terus masuk semula ke dalam rumah sambil menutup muka.Ya Allah malu nyaaa!!!! Ni Kalau citer dekat Emma ni confirm kena gelak.

Mereka berempat hanya menghantar Iman dengan pandangan mata sehingga Iman hilang dari pandangan mereka.

Setelah Iman tiada di pandangan nya, Ridhuan memandang tajam kepada 3 lelaki itu.

"Ada apa nak jumpa aku?"

Soal Ridhuan kasar.Salah seorang dari mereka mengeluarkan sesuatu di dalam poket bajunya.Dia menunjukkan kepada Ridhuan.

"Kami detektif dari balai polis Shah Alam ingin berbincang sesuatu dengan encik Ridhuan.Harap encik boleh beri kerjasama."

Ridhuan mengangkat kening sambil berpeluk tubuh.

"Apa benda yang kau nak bincang dengan aku?"

"Kami ingin bekerjasama dengan encik Ridhuan dalam menjalankan kes yang dikehendaki oleh kami"

Ridhuan gelak tetapi lebih kepada sinis.

"Masuk aa, menarik pulak aku dengar ayat kau"

Ridhuan masuk dan diikuti oleh mereka bertiga.
Ridhuan duduk sambil menyilangkan kakinya lalu mengeluarkan rokok dan menghidupkannya.

Kemudian, Pakcik Imran datang membawa minuman.

"Imran, aku nak kau suruh Iman masuk bilik dan jangan keluar selagi aku tak suruh..faham?"

Pakcik Imran sekadar mengangguk dan berlalu pergi.

Dari tangga, Iman sudah duduk sambil memerhatikan daddynya bersama dengan 3 orang lelaki yang baru sahaja dikenali sebentar tadi.

"Cik Iman"

Pantas Iman menoleh.Kelihatan Pakcik Imran ingin mengatakan sesuatu.

"Boss suruh cik Iman masuk bilik dan jangan keluar selagi boss tidak panggil"

Iman mengeluh lalu bangun untuk menuju ke biliknya.Bila lihat Iman ingin masuk ke bilik, terus Pakcik Imran turun ke bawah.

Iman lihat Pakcik Imran sudah turun ke bawah lalu dia mengukirkan senyuman nakal.Tangan yang ingin memulas tombol pintu terhenti lalu lari dan duduk semula di tangga.

Takkan la nak lepaskan peluang untuk usha jejaka 3 orang yang sudah menarik minatnya sejak kemalangan tadi.

"So, kau cakap balik apa niat kau datang sini nak jumpa aku"

Soal Ridhuan sambil menghembuskan asap rokok yang disedutnya.

"Sebelum itu, kami ingin memperkenalkan diri kami dahulu.Saya Detektif Rayyan dan di sebelah Kanan saya pula Detektif Haiqal dan di sebelah kiri saya pula Detektif Faris.Kami harap encik Ridhuan boleh beri kerjasama terhadap kami"

"Aku tak ada masa nak berkenalan dengan korang, aku just nak tau apa niat kau datang ke sini!"

Kata Ridhuan dalam nada yang tegas.

"Baiklah, kami ingin bekerjasama dengan encik Ridhuan dalam menjalankan kes yang dikehendaki oleh kami"

"Asal aku?"

"Sebelum ni, Inspektor Kamal ada memberitahu kami tentang encik Ridhuan yang encik Ridhuan sebenarnya ialah...."

Kata Rayyan terhenti apabila Ridhuan memotong katanya.

"Tak payah nak ingatkan aku tentang diri aku yang dulu.Korang dengar sini apa yang aku nak cakap, aku gengster dan gengster takkan bekerjasama dengan pihak polis yang acah bagus sangat tu"

Muka Ridhuan begitu tegang saat ini.

"Dan pihak polis takkan sesekali ingin bekerjasama dengan gengster.Kau faham tu!"

Sambung Ridhuan dalam nada yang tegas.Suasana ketika itu menjadi tegang.

"Kami tidak tahu kisah encik Ridhuan sebelum ini dan kami sangat berharap yang encik Ridhuan dapat bekerjasama dengan kami"

Kata Haiqal pula.Ridhuan memberi senyuman sinis lalu berpeluk tubuh.

"Korang ni memang jenis yang tak faham bahasa ke apa? gengster tak akan pernah serasi dengan polis.Kau ingat aku bodoh ke? Kalau aku setuju untuk bekerjasama dengan korang, aku dengan orang orang aku confirm masuk penjara right? sebab kitaorang ada buat jenayah.So, sorry to say....aku takkan setuju and korang boleh berambus la"

Lebar Ridhuan memberi penjelasan lalu bersandar sambil memeluk tubuh.

"Memang encik Ridhuan dan orang orang encik akan dikenakan hukuman tapi, Kalau encik bekerjasama dengan kami, kami boleh minta pihak atasan untuk ringankan hukuman"

Ridhuan geleng sambil tergelak kecil.Mungkin lucu baginya.

"Aku tak...."

Baru Ridhuan ingin membalas, mereka berempat terdengar bunyi deringan telefon.Tetapi bukan dari mereka.Ridhuan memejamkan mata.Dia kenal dengan ringtone itu.

Satu...

Dua...

Tiga...

"IMAN!! MASUK BILIK, NOW!!!"

Terhinjut bahu memasing apabila mendengar tekingan oleh Ridhuan.

..........................................

Iman bukan sahaja meng'usha' tetapi dia mendengar juga setiap butiran yang mereka bincangkan.Berkerut dahi Iman apabila mendengar perbincangan antara daddy nya dengan 3 orang lelaki yang dikenali sebagai Detektif.

"Huishh! diorang nak bekerjasama dengan daddy? so, daddy akan lebih bz la kan? aduhh baru nak merajuk lama sikit dengan daddy"

Muncung Iman dibuatnya.Iman mengeluh dan tunduk.Dia mengenangkan hidupnya.Macam mana nak buat daddy keluar dari kerja tu? Haih..Bukan senang..

Tiba tiba...

Iman tersentak dengan bunyi deringan telefonenya.Iman terkejut lantas menekan suara telefone untuk dikecilkan.Baru Iman ingin melepaskan lega...

"IMAN!! MASUK BILIK, NOW!!!"

Terpelanting telefone Iman dibuatnya.Bergegar satu rumah dengan suara daddynya.

Alamak!! mati aku!!

Dengan cepat Iman kutip telefone nya yang terpelanting tadi dan berlari masuk ke dalam bilik lalu dia menguncinya.Mati aku kena bebel nantii!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience