9:Balik

Drama Series 23294

"Kau balik ke?"

Emma lihat Iman sedang mengemas baju nya.

"Haah, hari ahad aku balik sini semula so jangan la rindu aku ye"

"Ceh! takde masa aku nak rindu kau!"

Iman tergelak.Emma sudah menjadi kawan baiknya di alam Univeristi ini.Emma memang cantik, kata Emma dia mix.Mak dia orang itali manakala ayahnya orang melayu.Bayangkan, baru je masuk universiti dah dapat peminat dari senior.Untung lahaii.

"Okla my daddy dah sampai.Bye, asslamualaikum."

"Waalaikumusalam"

Iman sarung kasut dan turun.Excited!!.Dari kejauhan, dia sudah nampak daddynya sedang melihat fone.Serius je muka.

"DADDY!!"

Iman jerit.Ridhuan yang sedang melihat lokasi terkini Maria terhenti.Dengan pantas dia memasukkan fonnya ke dalam poket seluarnya.Ridhuan tersenyum melihat anaknya sedang datang ke arahnya.

"I miss you baby"

Sebaik sahaja Iman sampai di hadapanya, Ridhuan terus menarik Iman ke dalam pelukannya.

"Me too daddy"

Iman membalas pelukan.Rindu yang selama ini ditahan dapat juga dilepaskan.Ridhuan melepaskan pelukan dan memegang muka Iman lalu mendaratkan bibirnya ke sekitar inci muka Iman.Persis seperti mencium bayi.

"Daddy! jangan la, public ok!"

"I don't care"

Ridhuan membuat muka selamba.Dia langsung tak fikirkan tentang orang yang melihat mereka melepaskan rindu.Janji dia dapat lepaskan rindu nya selama beberapa hari ini.Iman mencebik.

"Sorang je ke?"

Iman melihat ke dalam kereta.Tiada pulak kelibat Adam dan Akid.

"Yeah, daddy tak tahan nak jumpa dengan my baby ni"

Ridhuan mencubit pipi Iman yang semakin berisi.Amboii, selera dia makan ye sedangkan dirinya langsung tak ada selera bila anaknya tiada.Iman senyum.

"Jom balik! I miss my home"

Ridhuan gelak.Mereka masuk ke dalam kereta dan Ridhuan mula memandu.

"Daddy"

Ridhuan memandang Iman sekilas.

"I want to ask you something"

"What?"

"Do you love me?"

Soalan itu membuatkan kerutan di dahi Ridhuan.Soalan apa yang anaknya ini tanya.

"Of course i love u.Why?"

Iman mengeluh dan mula membetulkan duduknya menghadap Ridhuan.

"Daddy sayangkan Iman yang macam mana?"

"Aik? soalan apa yang Iman tanya ni? daddy sayangkan Iman."

"Bukan macam tu, maksud Iman daddy sayang Iman macam sayang ayah kepada anak ataupun sayang lebih dari seorang anak?"

Kini, baru la Ridhuan faham dengan maksud Iman.

"Of course la daddy sayang Iman macam mana sayang seorang ayah kepada anaknya.Tak lebih dan tak kurang"

Iman mengangguk.Dah lama dia nak tanya soalan itu kepada daddynya tapi tidak kesampaian sehinggalah hari ini.

"Kenapa tetiba tanya ni?"

Pelik pulak bila Iman tanya soalan tadi kepadanya.Adakah Iman ada perasaan terhadap nya?

"Nothing, just nak tau je"

Iman memandang luar.Tiba tiba suasana dalam kereta senyap hanya bunyi radio sahaja berbunyi.Masing masing sedang layan perasaan sendiri.

Iman sukankan dirinya ke? takkan la.Aku dah anggap Iman macam anak kandung aku.Ridhuan memandang Iman yang sedang mengelamun.Benda apa yang menganggu kamu Iman?

..........................................

Sesampai sahaja di rumah, Iman keluar dan mengambil begnya untuk masuk ke dalam rumah.

"Rumahku Syurgaku"

Kata Iman sebaik sahaja dia melangkah masuk.Ridhuan tergeleng dan tergelak kecil.Macam budak kecil je.

"Iman naik bilik dulu tau daddy!"

Tidak sempat Ridhuan nak angguk, Iman sudah berlari naik ke atas.Ridhuan juga naik ke atas.Sesampai dalam bilik, Ridhuan merebahkan badannya sambil memejamkan mata.

'Do you love me?'

Terngiang kata kata Iman sewaktu di dalam kereta tadi.Ridhuan membuka mata.

"Iman ada perasaan dekat aku ke? tapi kalau ada pun, aku tak boleh nak balas sebab aku dah anggap Iman macam anak kandung aku.Tapi...sejak bila?"

Ridhuan mengeluh dan mula bangun.Ridhuan capai tuala untuk mandi.Sebenarnya dia ada kerja semalam, habis sahaja kerja terus dia pergi jemput Iman.Tak sempat mandi lagi.

....................................

Setelah berehat sekejap, Iman turun untuk lunch.Di meja makan sudah terhidang makanan tetapi kelibat daddynya tiada.Mungkin dalam bilik kot.Tanpa berlengah Iman duduk dan mula makan.Perutnya dah berbunyi minta diisi dari tadi.

"Eh Iman!"

Iman memandang di hadapannya.Iman senyum.

"Abang Adam"

Sapa Iman.

"Bila Iman sampai?"

Soal Adam lalu duduk di hadapan Iman.Gembira pulak hatinya bila Iman balik.

"Dalam 10 minit yang lalu"

Adam mengangguk.Adam memandang Iman yang berselera makan.Dalam diam Adam mengukirkan senyuman.

"Abang Akid mana?"

"Dalam bilik, tengah tido"

Iman sekadar meng'o'kan sahaja.Tiba tiba soalan yang ditahan tadi mula muncul.Iman memandang Adam sekilas.

"Erm, Iman nak tanya 1 soaln boleh tak?"

Adam senyum.

"Tanyalah"

Iman diam seketika untuk menyusun ayat.Adam setia menunggu.

"Erm, daddy dah kahwin ke?"

Dahi Adam berkerut.Kahwin?

"Nope! why?"

"Takdela, umur macam daddy bukan ke dah kahwin? ke...daddy terlajak bujang?"

Tawa Adam terletus.Iman yang melihat Adam gelak turut gelak sama.

"Macam macam la Iman ni, sampai ke situ pulak fikir.Tapi kenapa tetiba tanya yang boss dah kahwin ni?"

"Saja"

Iman meneruskan suapan.Sedangkan jantung Adam dah berdengup laju.Adam telan air liur.Kesat.

......................................

Tok tok!

"Masuk!"

Adam mula menapak masuk ke pejabat Ridhuan.Ada benda yang perlu Ridhuan tau.Ridhuan memandang Adam yang sedang menapak masuk.

"Ada benda yang patut boss tau"

Ridhuan yang melihat muka serius Adam, menyuruhnya duduk.Adam duduk dan memandang Ridhuan.

"Iman dah tanya boss"

Ridhuan tersentak.Dengan segera Ridhuan duduk tegak.

"What?! how?"

Adam geleng.

"Sampai bila boss nak rahsiakan perkara ini? saya takut akan ada masalah di kemudian hari.Iman bukan budak kecil lagi, dia dah besar.Bila bila masa sahaja dia boleh tau lagi lagi dari mulut orang lain.Boss tau kan, sejak kebelakangan ni Iman selalu tanya saya dan Akid soalan yang pelik pelik."

Ridhuan terdiam.Dia tau, rahsianya ini Iman perlu tau tapi, entahla.Ikut kata hati sekarang juga dia nak beritahu Iman tapi, dia takut akan penerimaan Iman terhadapnya.Mungkin kecewa, marah, sedih.

Ridhuan meraup kasar mukanya.Adam hanya memandang bossnya.Terbit rasa simpati terhadap bossnya.

Share this novel

daniel16
2020-05-04 14:20:19 

update lagi please!!!!!!

daniel16
2020-05-04 14:20:18 

update lagi please!!!!!!


NovelPlus Premium

The best ads free experience