17:Soal Siasat

Drama Series 23296

Pagi pagi lagi Iman sudah keluar pergi Universiti.Ridhuan tidak sempat nak tolong hantarkan, Iman sudah pergi bersama dengan Emma.

Ridhuan turun menuju ke ruang tamu.Sebentar lagi dia akan pergi berbincang mengenai kes yang dikehendaki oleh 3 orang Detektif yang datang untuk bekerjasama dengan nya.

Ridhuan sekarang telah rasa berbelah bahagi.Ikutkan hati, dia taknak ada langsung kaitan dengan pihak polis tetapi, ada satu benda yang menyuruh nya.

Iman...

Sekarang, dia rasa begitu lemah kalau ianya melibatkan Iman.Iman sudah memujuknya, takkan dia nak hampakan Iman.Kegembiraan Iman adalah kegembiraan baginya.Sampaikan Adam dan Akid kata, Iman adalah kelemahan bagi Ridhuan.

Ridhuan meraup mukanya.Betul ke apa yang aku buat ni?Tiba tiba Ridhuan tersentak dengan bunyi ketukan di pintu yang bertalu talu.Ridhuan bingkas bangun dan berjalan ke pintu utama.Di luar, dia sudah terdengar satu suara yang menyebut namanya.

Ridhuan buka pintu dan terkejut.Seorang perempuan yang sedang berada di hadapanya ini,cukup dikenali dan perempuan itu sedang menangis?

"Ridhuan isk...isk.."

Perempuan itu menangis dan menyentuh tangan Ridhuan.Dengan pantas Ridhuan menarik tangannya untuk tidak disentuhi oleh perempuan itu.

"You buat apa dekat sini Maria?"

Tegas suara Ridhuan.Dia tidak suka perempuan ini berada di kawasan perumahannya.Cukup jijik baginya.

""Tolong i Ridhuan, anak i...no! anak kita hilang Ridhuan"

Maria still lagi ingin mencapai tangan Ridhuan tetapi tidak sempat dia ingin pegang, Ridhuan sudah menapak ke belakang.

"Anak kita? You silap Maria.Itu anak you, bukan anak i"

Ridhuan memandang tajam kepada Maria.Berani sungguh perempuan yang sudah ludah kepadanya, kini menjilat kembali.

"No Ridhuan! i tau you marah kan i, but please.Anna hilang, dah tiga hari dia tak balik.I call dia tak jawab, i mesej pun dia tak replay.Semuanya masuk peti suara je.Please help me"

Maria sudah merayu.Air mata nya dari tadi jatuh mencurah curah.Langsung tidak disekat.Ridhuan pula, langsung tidak memberi sebarang reaksi.Mukanya beku dan dingin.

"Kenapa minta tolong dari i? mana suami kesayangan you tu? mana?!"

Maria menggeleng.

"I dah bagitau tapi dia buat endah tak endah saja.Dia suruh i cari Anna sendiri but i langsung tak tau Anna sekarang dekat mana"

"So you ingat i tau?"

Ridhuan dengan cepat membalas.Dia takkan tertipu dengan air mata seorang perempuan yang bernama Maria.Lagi lebat Maria menangis.

"Kenapa you cari i? kenapa tak report polis je? i bukan polis Maria.Jangan ganggu i lagi"

Ridhuan ingin menutup pintu tetapi ditahan oleh Maria.

"Please Ridhuan, Rizal tak kasi i buat report polis.Dia suruh i cari sendiri"

Ridhuan memandang lama Maria.

"So, pergi cari sendiri"

Dengan pantas Ridhuan menutup pintu dan berlalu pergi.

"Ridhuan!! Ridhuan!!! please! tolong i!!"

Maria mengetuk pintu dengan bertalu talu.Nama nya memanggil Ridhuan dan meminta belas ihsan daripada Ridhuan.Tetapi, Ridhuan tidak mengendahkannya.

Adam dan Akid yang terdengar bunyi kecoh dari bawah, lekas turun.Mereka memandang Ridhuan yang sedang ingin menaiki tangga.

"Boss"

Ridhuan memandang Adam dan Akid.

"Pergi halau perempuan kat luar tu.Memekak je"

Ridhuan terus membuka langkah untuk masuk ke dalam bilik.Adam dan Akid terus turun dan membuka pintu.Terkejut mereka apabila melihat perempuan yang dimaksudkan oleh boss mereka.

"Puan"

Maria terus memandang mereka.

"Adam, Akid tolong i, Anna hilang.Please pujuk Ridhuan"

Adam memandang Akid.

"Maaf puan, boss minta puan balik sekarang juga."

Pujuk Akid.Maria memegang tangan Akid.

"Please Akid, tolong i.Anna hilang"

"Puan boleh minta polis untuk cari.Balik ye"

Perlahan lahan Akid melepaskan tangan Maria yang memegangnya.Maria ditolak lembut oleh Akid.Adam menutup pintu dengan segera.

Maria pula sudah tiada pilihan lain selain balik ke ruamhnya sekarang.Maria berjalan keluar.Baru sahaja Maria ingin memasuki kereta, ada sebuah van datang menghampiri Maria.

Ada seorang lelaki yang keluar dari van itu dan terus menarik Maria untuk masuk ke dalam van tersebut.Maria yang tidak bersedia yang dia akan ditangkap terus rebah apabila dia terasa ada suntikan yang telah masuk ke dalam badannya.

Maria terus dibawa pergi.Van itu terus memecut laju meninggalkan kawasan itu.

................................................

Tok Tok!

Lamunan Ridhuan tersentak apabila terdengar bunyi ketukan.

"Masuk"

Adam masuk ke dalam bilik selepas diberi keizinan.

"Dah halau?"

"Sudah boss.Boleh kita gerak sekarang?"

Ridhuan mengangguk.Dia dan Adam keluar dari bilik.Sekarang mereka akan pergi berjumpa dengan 3 Detektif muda itu.

Di dalam kereta, masing masing senyap.Ridhuan sedang berfikir lagi.Apakah betul keputusan yang dibuatnya ini.Dulu dia sudah berjanji akan dirinya tidak akan jejak kan kaki di balai polis itu tetapi kini, dia dalam perjalanan ke sana.Rasa seperti menjilat kembali apa yang dia sudah ludah beberapa tahun yang lepas.

"Boss, kita dah sampai"

Kata Akid lalu memberhentikan kereta di hadapan balai polis itu.Ridhuan tersentak dan memandang balai polis yang sedang berada di arah kirinya.Ridhuan melihat menggunakan ekor matanya.

"Turun, buat apa yang patut"

Arah Ridhuan.Adam mengangguk lalu turun dari perut kereta.Adam berjalan pergi ke pondok pengawal.Sesampai di pondok itu, Adam membuka speak hitam nya lalu diselitkan di bajunya.

"Bagi ni dekat Inspektor Rayyan.Cakap kat dia, boss aku bagi 15 minit untuk sampai.Kalau tak sampai, say goodbye.Setapak kau masuk balai polis tu, kiraan masa mula dikira."

Adam menghulurkan sehelai surat kepada penjaga pondok pengawal itu.Seusai berkata begitu, Adam masuk ke dalam kereta dan mula beredar dari dari perkarangan balai polis itu.

Dengan cepat penjaga pondok itu masuk ke dalam balai polis dan mencari Inspektor Rayyan.Nampak sahaja Inspektor Rayyan, terus dia meluru pergi ke arah Inspektor itu.

"Inspektor! nah!"

Rayyan yang sedang minum terus tersedak dan mengambil nafas seketika.

"Cepat baca Inspektor! ada 15 minit je"

Rayyan berkerut membuka surat itu lalu dibacanya.

'Hai Inspektor, aku bersetuju untuk bekerjasama dengan kau tapi dengan satu syarat.Kau kena datang ke cafe black.Aku bagi masa 15 minit dari sekarang.Kalau kau lambat satu minit, say goodbye to me - Rid'

Rayyan pantas bangun.

"Haiqal! Faris! cepat ikut aku!"

Dalam kebingungan, Haiqal dan Faris tetap mengikut langkah Rayyan.Dengan pantas Rayyan mamandu keluar dari perkarangan balai polis itu dan mencari Cafe Black.Dia tidak ada banyak masa lagi!

"Boss rasa, diorang jumpa ke cafe ni?"

Soal Akid.Sekarang mereka sudah berada di Cafe Black.Cafe ini memang agak dalam kerana, cafe ini terletak di sebuah lorong yang sempit.Ridhuan sengaja memilih cafa ini supaya mereka tidak jumpa dan paling penting! mereka tidak akan bekerjasama dengan pihak polis.

Ridhuan tersenyum sinis.

"Aku yakin yang diorang takkan jumpa cafe ni dalam masa 15 minit."

Adam turut mengiyakan kata Ridhuan.Cafe ini agak tersembunyi.Mustahil mereka akan jumpa dalam masa yang diberikan.

"Boss, betul ke apa yang Puan Maria katakan? Anna hilang?"

Soal Adam pula.Ridhuan telah memberi pandangan yang tajam kepada Adam.Adam telan liur.Kesat!Menyesal pulak aku tanya!

"Tak payah sebut tentang diorang lagi.Buat sakit hati je.Kalau diorang mampus pun aku tak kesah"

Adam dan Akid saling berpandangan.Sungguh menyeramkan.Akid mengerling jam tangannya.

"Ada lagi 5 minit boss"

Ridhuan mengangguk dan tidak sabar untuk dia pulang dan buat kerja nya yang lain.Baru sahaja Ridhuan ingin merasa senang, Adam telah membuka mulut.

"Boss, diorang dah sampai"

Adam berkata dalam terkejut.Ridhuan pantas mengangkat kepala dan memandang tajam kearah 3 Detektif yang sedang menapak menuju ke arahnya.Tak guna! macam mana boleh jumpa!

Ridhuan mengetap bibir dan marah di dalam hati.

"Kami harap, kami sempat"

Kata Rayyan lalu duduk di hadapan Ridhuan.Berpeluh dia cari Cafe ini bersama dengan Haiqal dan Faris.

Ridhuan menjeling.Tak menjadi pulak plan dia.Ridhuan memeluk tubuh dan memandang Rayyan.

"Apa benda yang kau nak suruh aku buat?"

Rayyan mengeluarkan sebuah fail lalu diletakkan di hadapan Ridhuan.

"Itu adalah maklumat yang kami dapati oleh orang suruhan yang membuat kerja sindiket ini"

Rayyan ambil lalu membacanya.Dia memandang gambar profile di dalam fail itu.Walaupun dia kurang ingat tetapi, dia amat kenali orang yang berada di dalam fail tersebut.

Ridhuan menyerahkan fail itu kepada Adam dan Akid untuk mereka pula membaca dan meneliti.

"Aku kenal lelaki tu.Dia pernah buat pinjaman di syarikat aku pada 2 tahun lepas"

Rayyan terkejut dan dalam masa yang sama, dia gembira juga.Mungkin, dia akan dapat sedikit maklumat yang belum dia dapati sebelum ini.

"Bagus la kalau begitu, ada apa apa maklumat yang encik dapat?"

Rayyan diam seketika.

"Dia pernah jadi client aku pada 2 tahun lepas.Lepas tu dia dapat langsaikan hutang dalam masa yang terdekat.And...the end"

Ridhuan berkata dalam bersahaja.Bagaikan tidak penting pun untuk dia beritau.Haiqal dan Faris sudah menahan sabar.Dia rasa seperti diperbodohkan oleh gengster.

"Lagi?"

"Tu jela, aku bukan polis untuk tau apa yang dia buat lepas dia langsaikan hutang tu.But, dia ada dekat mana sekarang?"

Ridhuan menyoal mereka.

"Di dalam tahanan kami"

Rayyan menjawab.Dia pun rasa geram apabila perbincangan yang dilakukan seperti tidak serius.

"Dah tu, asal tak siasat je dia? kata polis...takkan tak pandai kot"

Ridhuan memerli mereka.Adam dan Akid pula sudah melemparkan senyuman sinis.

"Kami sudah buat soal siasat itu tetapi dia langsung tidak membuka mulut.Macam macam yang kami ugutkan tapi dia langsung tidak kisah"

Ridhuan menggaru kepala nya yang tidak gatal.

"Apa punya polis la tak pandai siasat.Patut la tak dapat tangkap sampai sekarang.Semua lembik"

Ridhuan memberi kata sinis lagi.Haiqal yang mula hilang sabar apabila diberi kata sinis dan perli mula membuka mulut.

"Eh! boleh tak, tak payah nak perli perli kami? kami mengikut prosedur dalam siasatan.Kalau bukan sebab terdesak, kami takkan mintak kerjasama dari encik la"

Akid yang rasa panas cuba untuk melawan tetapi di halang oleh Ridhuan.Akid menenangkan dirinya.Ridhuan hanya mengendahkan kata kata Haiqal.

"Kalau susah sangat, biar aku suruh Adam dan Akid yang settle kan.Boleh aku jumpa dia sekarang?"

Rayyan berfikir sekejap lalu mengangguk kan kepalanya.Haiqal dan Faris terkejut.Takkan nak suruh gengster yang buat soal siasat?! gila la!

"Good, jumpa Kat balai"

Ridhuan terus keluar dari cafe tersebut dan diikuti oleh Adam dan Akid.

"Eh! kau gila ke? nak suruh gengster yang buat soal siasat? karang tak pasal pasal kita kena tindakan disiplin"

Faris menghemburkan kata kata nya kepada Rayyan.Geram apabila Rayyan seperti membelakangkan dia dan Haiqal.

"Jangan risau, Inspektor Kamal dah beri kebenaran.Jom la pegi balai"

Rayyan lekas bangun dan keluar dari cafe itu.Haiqal dan Faris hanya menahan sabar lagi.Macam tak betul je Rayyan sekarang.Geram pulak rasanya!

..................................................

Adam dan Akid ditugaskan untuk berjumpa dengan ex- clientny untuk membantu pihak polis dalam siasatan.

"Kau boleh keluar"

Arah Adam kepada Faris dan Haiqal yang sedang berada di bilik tersebut.

"Bincang je la, lagipun kitaorang ada hak untuk berada dan dengar apa yang korang bincangkan"

Adam menggulingkan biji matanya.Memang jenis tak faham bahasa ke polis nii!

"Kitorang tak boleh bincang kalau ada orang lain, tolong faham ye.Kitorang datang nak membantu ni, jangan sampai kitorang balik"

Ugut Adam lagi.Haiqal dan Faris menahan sabar dan menapak keluar dari bilik siasatan itu.Kini, tinggal Adam, Akid dan tidak lama kemudian orang yang ditunggu tunggu sudah sampai.

Lelaki itu duduk dan memandang hairan kepada Adam dan Akid.

"Hey bro! lama tak jumpa, last last kat sini jugak jumpa ye? kat penjara"

Adam memulakan perbualan.Lelaki itu kelihatan bingung.

"Siapa korang ni?"

Soal lelaki tersebut.

"Amboi! lepas buat pinjaman terus lupa ye.Kau jangan nak buat buat tak kenal pulak Luthfi."

Lelaki yang bernama Luthfi itu kelihatan diam seperti sedang berfikir sesuatu.Pinjaman?

"Aku Adam, ni Akid and kau client kitorang di RYN.Sdn.Bhd.Dah lupa?"

Luthfi membuntangkan biji matanya.Macam mana la dia boleh lupa.Luthfi sekadar tersengih.

"Tak payah nak sengih sangat la, kitorang dtang ni pun nak tanya beberapa soalan dan kau perlu jawab dengan jujur"

Luthfi diam dan menanti soalan.

"Siapa bos kau?"

Akid mula menyoal.Luthfi berkerut.

"Boss apa ni? aku tak faham"

"Kau jangan ingat kitorang tak tau apa yang kau buat dengan duit yang kau pinjamkan dari kitorang.Kitoang tau, kau guna duit tu untuk sindiket kau kan? Jangan ingat kitorang bodoh"

Luthfi terdiam dan menelan air liur nya.Jantungnya sudah berdengup laju.

"Aku tanya kau untuk kali kedua, siapa boss kau?"

Luthfi diam.Langsung tidak membuka mulut.Akid mengangguk.

"Soalan kedua, mana boss dan orang suruhan dia sekarang?"

Sepi.Luthfi diam lagi.

"Aku tanya lagi, mana diorang!"

Tanya Akid dengan tegas.

Sama juga.Luthfi diam dan langsung tidak rasa takut bila berhadapan dengan Adam dan Akid.Mungkin dia tak kenal yang sekarang dia sedang berdepan dengan anak anak singa.

"Soalan ketiga, boss kau lelaki ke perempuan?"

Masih begitu juga, diam dan tidak berkutik.Luthfi senyum sinis, dengan polis pun dia tak bagiatu apa apa, inikan pula mereka yang bukan polis.

"Ok fine, soalan terakhir.Kau kenal siapa boss kitorang?"

Luthfi mengangkat kepala.

"Encik Ridhuan?"

Adam dan Akid tersenyum sinis.

"Ouh, dengan boss kitorang kau kenal? dengan boss kau? tak kenal?"

Luthfi diam juga.

"Kau tau boss kitorang boleh buat apa sahaja asalkan apa yang dia nak dia dapat? Dia boleh...bunuh juga"

Keramat terakhir itu cukup membuatkan bulu roma Luthfi naik.Perkataan bunuh sangat takut untuk dia dengarri.

"Disebabkan hari ni hati aku baik sikit, so aku bagi kau peluang kedua untuk jawab soalan aku tadi.Tapi kalau kau tak jawab juga, say goodbye to your family.Kau jangan ingat aku tak tau tentang latar belakang kau.Nyawa kau dan family kau Ada dalam genggaman boss aku.Sekelip mata sahaja boss aku boleh jadi malaikat maut untuk kau dan family kau."

Luthfi sudah mengigil.Mana mungkin dia nak libatkan family nya dengan masalah dirinya.Family dia pun tak tau yang dia sedang dalam tahanan polis.

"Aku tanya balik, siapa boss kau?"

Luthfi seakan ragu ragu untuk beritau.

"Ok! soalan kedu..."

"Mr.All"

Dengan cepat Luthfi menjawab.Adam mengangkat kening.

"Aku tak tau nama dia, tapi ramai panggil dia Mr.All.Dan aku pun tak pernah jumpa dengan boss aku.Sumpah!"

Adam mengangguk.

"Dekat mana boss kau sekarang?"

"Sekarang aku tak tau dekat mana tapi yang pasti, tempat kitorang buat 'aktiviti' ada di Genting Highland.Dalam hutan pedalaman."

Akid menulis apa yang dikatakan oleh Luthfi.Merek juga turut merakamkan apa yang mereka bincangkan.

"Soalan terakhir, jantina boss kau?"

"Aku pun tak pasti, tapi aku rasa boss aku lelaki sebab MR.All.Mr kan merujuk kepada lelaki"

Adam mengangguk.Betul juga.

"Ok la, setakan ini sahaja la perbincangan kita.Kitoang pun tak boleh lama lama.Almaklum la, kena ikut prosedur kat sini kan.Tapi kau tak payah nak lega sangat, kalau kau menipu atau maklumat yang kau bagi ni tak betul, say goodbye to your family"

Adam mengukirkan senyuman sinis.

"Tolong jangan apa apa kan family aku"

Luthfi merayu.Adam dan Akid yang ingin melakah keluar terus terhenti.Adam pusing dan pandang Luthfi dengan senyuman penuh makna.

"Tak janji"

Mereka terus keluar dari bilik itu.Luthfi pula sudah meraup mukanya.Kalau macam ni la jadi, mati hidup balik pun dia takkan pilih kerja nya ini.Menyesal dia tak dengar nasihat kawannya.

.................................................

Perlahan lahan Maria membuka matanya.Dia lihat sekeliling, gelap.Dia lihat tangannya sudah digari dan dicantumkan dengan dinding belakang.Dia lihat bajunya juga sudah ditukar kepada gaun putih.

Maria cuba mengingat kembali apa yang terjadi kepadanya.Air mata yang bertakung mula mengalir.Dia takut, sungguh takut.Tiba tiba dia terdengar bunyi orang seakan menjerit di bilik sebelahnya.

"Akh....AKHH!!!...sa...sakit!!"

Maria sudah menggigil, bunyi jeritan dan tangisan cukup membuatkan dia takut.Dia dekat mana sekarang? Rizal tolong i!!

Bunyi jeritan itu makin lama berhenti.Tidak lama kemudian dia terdengar suara di bilik yang dia dengar orang menjerit tadi.

"Huh! puas hati aku, lain kali jangan melawan"

Maria memejamkan matanya.Apa maksud lelaki itu? adakah dia pun akan menerima nasib yang sama seperti di bilik sebelah? Sungguh dia takut sekarang.Dengan siapa dia nak minta tolong?

Tiba tiba terlintas nama Ridhuan.Ye! dia nak Ridhuan selamat kannya.Ridhuan, I need you!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience