14:Daddy

Drama Series 23294

Ridhuan memandang 3 orang Detektif di depannya ini dengan pandangan yang tajam.

"Apa misi korang sebenarnya ha?"

Faris mengeluarkan sebuah fail lalu dibukanya.

"Kami perlu menangkap suspek yang kami dikehendaki.Suspek ni merupakan seorang pedagang organ dan menjual wanita untuk dilacurkan."

Ridhuan memandang profile suspek itu.Seketikan kemudian, Ridhuan berkerut.Macam kenal.

"Aku tetap tak nak and bagitau kat boss korang yang aku takkan bekerjasama dengan korang.So, sila keluar dari rumah aku"

Ridhuan bangun untuk masuk ke dalam bilik tetapi ditahan oleh Rayyan.

"Tolong la encik, Inspektor kata encik sorang sahaja yang boleh bantu kami.Lagipun kes ni dah memakan banyak tahun.Kami hampir putus asa untuk menangkap suspek ini.Tolong bantu kami"

Kata Rayyan merayu.Sudah 5 tahun mereka siasat tetapi tidak berjaya kerana suspek itu sangat licik dan mereka yakin, mungkin ada orang atasan yang membantu mereka.

Ridhuan berhenti.Bukan dia taknak tolong tapi, kisah silam nya yang dulu membuatkan dia benci dengan pihak polis.

"Keputusan aku muktamad! Aku.Takkan.Bekerjasama.Dengan.Pihak.Polis!"

Seusai kata begitu, Ridhuan terus melangkah dan meninggalkan mereka.

Rayyan, Haiqal dan Faris hanya mengeluh.Perlahan lahan mereka bangun dan meninggalkan rumah itu dengan perasaan yang hampa.

Malam sudah menjelma, sejak dia membuat keputusan yang dia tidak akan memberi kerjasama, Ridhuan hanya berkurung di dalam bilik.Niat untuk berjumpa dengan Iman pun terbantut.

Ridhuan melihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2:30 pagi.Mata Ridhuan pula mula berat dan tidak sampai seminit, dia sudah tidur.

................................................

"You, I nak cakap sikit ni"

Masuk seorang wanita ke dalam bilik kerja milik suaminya.Suaminya yang sedang ralit membuat kerja terhenti.

"You nak apa Maria, I bz tau tak.Besok besok je la cakap"

Maria langsung tidak mempedulikan kata kata suaminya.Dia duduk berhadapan dengan suaminya.

"Rizal, I nak you bagi sikit attention dekat i boleh tak? you setiap hari bz dengan kerja you.Ntah kerja apa yang you buat pun i tak tau"

Rizal mengeluh kasar dan memandang isterinya yang sudah membuat muka cemberut.

"You nak apa? Kalau you nak duit nanti I bank in kan"

"I tak nak duit, i just nak you aja Rizal.Tak boleh ke you layan I macam dulu? I ni hanya nak kan kasih sayang you je.Please"

Rizal mengetip bibir.Perempuan ni tak faham ke yang aku ni bz.

"Dulu I still boleh layan you sebab I muda and now, I dah tua ok.I nak kena uruskan syarikat I lagi and you! langsung tak membantu I.Hari tu I suruh you uruskan syarikat I untuk minta bekerjasama dengan Syarikat RYN.Sdn.Bhd...tengok tengok kena tolak? apa yang you buat ha?"

Maria menggulingkan biji matanya.

"Mana la I tau, dah diorang tu yang sombong sangat.Takkan I nak paksa pulak.Jangan asyik nak salahkan I je"

"Huh! you ni memang menyusahkan! semua benda nak kena I explain ke.Benda senang pun tak boleh buat"

Rizal terus bangun dan meninggalkan Maria di dalam bilik itu.Fikirannya sungguh serabut sekarang.Syarikat nya hampir muflis dan satu sahaja cara untuk kembali normal iaitu bekerjasama dengan Syarikat RYN.Sdn.Bhd

"You nak pergi mana tu Rizal!! Rizal! RIZAL!!"

"Tak guna punya jantan! menyesal aku kahwin dengan kau! dasar tak mengenang budi!"

...............................................

"Apa kau dah buat?"

Soal Inspektor Mustafa dan memandang tajam ke arah anak buahnya.

"Saya...tak sengaja tuan"

Pangg!!!

Terteleng kepala lelaki itu apabila ditampar oleh tuannya.Rasa sakit dan pijar hanya diendahkan.Sekarang bukan masa untuk sakit!

"TAK SENGAJA?! AKU DIDIK KAU DARI DULU AND NOW KAU CAKAP KAT AKU YANG KAU TAK SENGAJA RIDHUAN?!?!"

Turun naik dada Inspektor Mustafa menahan rasa yang amat dasyat.Ridhuan hanya menunduk memandang lantai.Enggan memandang muka tuannya ketika itu.

"ASAL KAU SENYAP! JAWAB!!"

Ridhuan mengetib bibirnya.Dia pun rasa tertekan dengan situasi ini.Tapi, apa boleh buat...dia sekadar orang bawahan.

"Saya tak sengaja tertikam Inspektor Kamal sebab ketika itu saya nak selamatkan..."

"SELAMATKAN SIAPA?! KAU NI MEMANG TAK BOLEH DIHARAP! Aku dah agak dah yang kau ni tak puas hati dengan semua orang atasan kita sebab tu kau buat masalah!!"

Ridhuan kekal diam.Dia memejamkan matanya.Hanya Allah sahaja yang tau perasaan nya ketika itu.

"Aku dah buat keputusan, kau akan dikenakan tindakan disiplin..."

Tidak sempat Inspektor Mustafa menghabiskan ayatnya, Ridhuan sudak menyampuk.

"Apa?! mana boleh tuan, saya tak sengaja tuan..tolongla maafkan saya"

Ridhuan kini sudah melutut dan merayu.Dia tak sengaja, kenapa perlu dikenakan tindakan.Ini tidak adil! Diorang kena selidik dulu baru buat keputusan.

Inspektor Mustafa hanya memandang Ridhuan dengan pandangan yang menyampah.

"Kau tak payah nak melutu merayu dekat aku, lepas sahaja kau dikenakan tindakan, kau akan...dipecat!"

Ridhuan tergamam.Dia sudah menggenggam kedua belah tangannya.Kini, rasa marah yang ditahan tadi terus dilepaskan.Perlahan lahan Ridhuan bangun dan memandang tepat mata Inspektor Mustafa.

"Fine! tapi kau jangan menyesal sebab buat keputusan yang terburu buru.Aku! HADI RIDHUAN! takkan sesekali lupa apa yang kau dah buat!"

Seusai berkata begitu, Ridhuan terus keluar dengan perasaan yang marah,kecewa.Dia memandu kereta dan mula keluar dari perkarangan balai tersebut.Dia tidak akan sesekali menjejakkan kakinya ke tempat itu lagi!

Ridhuan tersedar dari mimpi yang ngeri.Dahinya sudah berpeluh dan jantungnya sekarang sedang berdengup laju.Peristiwa hitam yang pernah terjadi pada dirinya sungguh meninggalkan titik hitam kepadanya.

Selepas sahaja peristiwa itu berlaku, Ridhuan telah mengambil alih syarikat peninggalan ayahnya dan mula membuat kerja jenayah dalam diam.Baginya, dia puas hati apabila melakukan jenayah.

Ridhuan melihat jam sudah menunjukkan pukul 5:30 pagi.Dia meraup wajahnya.Sejak kedatangan 3 orang Detektif tadi telah menganggu mindanya.

..........................................

Keesokan harinya, Iman bangun awal sedikit kerana ingin bersarapan bersama dengan Emma.Dengan apa yang sudah jadi semalam, memang tak la nak sarapan kat rumah.

Iman sudah bersiap dan keluar dari biliknya.Ketika Iman ingin menurun, matanya tertumpu di pintu bilik milik daddynya.Niat ingin pergi menjenguk keadaan daddynya tetapi, dia takut daddynya tiba tiba melenting pulak.

So, nak selamat jangan ganggu.Iman pantas turun dan mula menaiki kereta Emma.

Sekarang mereka sedang duduk sambil menunggu pesanan yang dipesan.Mereka makan di Restoran Dapur Panas.Mereka menyediakan breakfast, lunch and dinner.

Setelah makanan sampai, mereka mula makan dengan tenang.

"So, kau dah ok dengan daddy kau?"

Soal Emma dan memandang sekilas Iman yang sedang berselera menikamati nasi lemak sambal sotong itu.

Iman memandang Emma dengan senyuman.

"Eh kau ni, aku tanya bukan buat ayat romantik untuk kau senyum"

Iman tetap senyum dan sambung makan.Biarla dia tidak bercerita dengan sesiapa tentang keluarganya.Privasi.

Emma sudah membuat muka.Fine! taknak bagitau sudah!Sedang mereka makan, ada suara yang menyapa mereka.

"Cik Iman right?"

Iman memandang seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapannya.Iman mengangguk.Masakan dia tidak ingat lelaki yang kacak bergaya ini.

"Memandang kan saya sudah ter jumpa dengan cik Iman disini, ada benda yang saya ingin cakapkan"

"Tentang daddy saya ke"

Lelaki itu mengangguk.Iman pula memandang Emma yang hanya jadi pemerhati sejak tadi.

"Emma, boleh tak kau..."

Serba salah pulak dia nak suruh Iman makan di meja lain.Melihat Iman sepeti itu, Emma faham.

"Eh takpe, aku gi tandas dulu"

Iman senyum.Nasib baik la Emma jenis yang memahami.Kemudian, lelaki itu mengambil tempat duduk Emma yang berhadapan dengan Iman.

"Apa benda yang encik nak cakapkan?"

Soal Iman.Lelaki itu memandang Iman seketika sebelum membuka mulut.

"Sebelum tu, saya Rayyan... Detektif Rayyan dari balai polis Shah Alam."

"Tau tu"

Tiba tiba Rayyan senyum penuh makna.

"Mestila cik tau sebab cik jadi spy semalam"

Iman terus menunduk malu.Kantoi lagi dengan mamat nii.Kali ketiga Iman! ketiga! Rasa macam nak sorok kan muka ni dalam bantal je!

Rayyan yang melihat Iman seperti malu sudah menahan gelak.

"Erm, boleh saya mulakan?"

Iman mengangguk.Dia still lagi menunduk.

"Cik Iman tau tentang pekerjaan sebenar encik Ridhuan?"

Iman mengangkat kepala dan mengangguk.

"Hmm, sebenarnya kami perlu bekerjasama dengan encik Ridhuan dalam menjalankan tugasan yang kami dikehendaki.Tetapi, encik Ridhuan tidak memberi kerjasama.

"Wait! kenapa encik nak bekerjasama dengan daddy saya? ke, daddy saya berkomplot dengan penjenayah tu?!"

Soal Iman terkejut.Oh no! tak mungkin daddyyy!!

"Eh tak! maksud saya, mungkin encik Ridhuan kenal dan dapat bantu kami dalam kes ini, jadi saya nak minta tolong sangat sangat.Boleh tak cik tolong pujuk encik Ridhuan?"

Iman diam seketika.

"Apa yang saya akan dapat kalau saya berjaya pujuk?"

Soal Iman.Saje tanyaa.Nak tengok riaksi lelaki itu.

"Saya akan tunaikan apa sahaja yang cik mahukan"

Ima terlihat seperti memikirkan sesuatu.

"Kalau macam tu, habis sahaja kes ini, saya nak daddy dan anak buahnye mendapat hukuman yang setimpal.That's all"

Rayyan kelihatan terkejut.

"Tapi, kenapa?"

Saje Rayyan tanya sebab sebelum ini dia tidak pernah berjumpa yang seorang anak yang mahukan ahli keluarganya mendapat hukuman.

"Saya nak daddy saya dapat balasan di dunia dan dengan izin Allah, di akhirat kelak...daddy saya terlepas dengan azab oleh nya"

Rayyan seakan terpaku dengan kata kata Iman.Walaupun dari luaran Iman kelihatan seperti budak budak, tapi dia berpikiran sangat matang.

"Cik jangan risau, di dalam prosedur kami...jika seseorang itu melakukan jenayah dan dia membantu pihak polis, hukuman nya akan diringankan.Mungkin encik Ridhuan dan anak buahnye hanya dipenjara untuk beberapa tahun.Cik jangan risau"

Iman tersenyum dan mengangguk.

.............................................

Setelah habis berbincang dengan Rayyan, Iman dihantar pulang oleh Emma.Iman menaiki tangga dengan perlahan.Sekarang dia cuba untuk pujuk daddynya lagi dan kalau tak dapat juga, dia akan pujuk lagi sehingga daddynya bersetuju.

Iman berhenti di depan pintu bilik Ridhuan.Iman menarik nafas dan menghembuskan nya perlahan.Dengan Bismillah, Iman memulas tombol lalu membukanya.

"YA ALLAH! DADDY?!?!"

.................................................

p/s:Di sini saya nak ucapkan terima kasih kepada '#RIFIYASFAS' sbb beri cadangan.Sblm ini mmg saya nak buat 2 3 scene tp saya takut awk semua mcm penat bace byk byk.Kalau awk semua Tak kesah,lps ini saya akan buat setiap chapter ada 2 3 scene.Kalau awk semua ada cadangan atau nak sumbangkan idea dipersilakan.Mana tau idea yg awk semua sumbangkan, saya blh guna.Apa pun, terima kasih kerana support dan sentiasa memberi Komen yg positif terhdp cerita saya.Saya still lagi baru dan nakkan sokongan dari awk semua.Tqqq!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience