Sudah 3 bulan Iman menjadi seorang pelajar universiti.Hidupnye pun sedikit bz semenjak menjadi student U.Ada saja aktiviti yang diadakan oleh pihak U.
Memandangkan hari ini hari jumaat, dia akan segera balik ke bilik untuk kemas barang.Excited nak balik!!
Iman kerling jam, baru pukul 3 petang.Daddy cakap dia akan jemput pukul 4 atau 5.Katanya bz ada kerja yang perlu dibuat.Memandangkan dia terlampau haus, Iman singgah ke cafe dan membeli milo ais.Iman duduk sambil minum air.
Iman membuka fonenya dan mula melayari media sosial.Sambil dia leka bermain dengan fonnye, Iman perasan ada beberapa orang sedang duduk di hadapannya.
Iman mengangkat kepala dan memandang 'blur' orang yang duduk di hadapannya ini.
Kelihatan ada 3 orang perempuan yang sedang memandang dirinya dengan tajam.Pahal lak pompuan ni, kenal pun tak tetiba pandang aku tajam.Ingat cantik sangat la tu.
"I Anna, your senior"
Anna? Tak sangka zaman sekarang pun ada orang guna nama Anna, tetiba teringat pulak cerita frozen.Ok! kau dah mula merepek Iman.
Iman balas dengan senyuman semanis gula. So, dia ni senior aku.Ok.Motif dia perkenalkan diri dia dekat aku kenapa? hurm.
"Apa nama you?"
"Iman Nasuha"
Anna senyum sinis melihat Iman.Anna mengeluarkan fonnya dan memberi kepada Iman.
"You kenal siapa lelaki ini?"
Anna menyoal Iman.Iman memandang telefon Anna.Di situ terdapat seorang lelaki yang kacak bergaya.Macam kenal.Wait! it's daddy?!?
"Daddy"
Gumam Iman tetapi dapat didengar oleh Anna.Anna sinis lagi.
"Daddy? are you seriously? lelaki ini daddy you? you yakin?"
Iman diam dan memandang Anna.
"Actually Iman, lelaki yang you panggil daddy ni sebenarnya MY DADDY!"
Anna menekankan ayat 'my daddy'.Iman kelihatan terkejut.Iman tercengang, terkaku.Apa yang dia dengar ni? betul ke?
"A...apa yang akak merepek ni?"
"I merepek? eh! you dengar sini, i takde masa nak merepek dengan you la"
Baru Iman ingin membalas, telefonnya berbunyi.Iman memandang begitu juga dengan Anna.Nama yang tertera ialah 'Daddy'.Anna sinis.
Iman mengangkat.
"Helo"
"Iman, daddy dah sampai ni.Turun la, i miss you baby"
"Ok"
Iman menamatkan panggilan.Iman memandang Anna dan berlalu pergi.Anna yang melihat Iman pergi, turut ikut serta.Mesti nak jumpa daddy!
Iman berjalan sambil memikirkan rahsia yang dia sendiri tidak tau.Betulke apa yang Anna katakan tu? Tak mungkin la, daddy kan belum kahwin lagi takkan tetiba ada anak? ke Anna tu pun anak angkat macam dirinya juga? Aihh peningla!!
Dari jauh Iman sudah nampak daddynya yang sedang menunggu dirinya.Iman memandang belakang badan daddynya sebelum berjalan ke arah daddynya.
"Daddy"
Ridhuan pusing ke belakang.Dia terkejut.Sejak bila pulak Iman ada di belakangnya.
"Ya Allah Iman, terkejut daddy.Bila Iman ada kat belakang daddy ni?"
"Baru je"
Ridhuan senyum.Rindunya dengan Iman.Tiba tiba...
"Daddy"
Senyuman Ridhuan mula pudar dan riak wajah Ridhuan terus dingin apabila melihat siapa yang menegurnya.
"Anna"
Gumam Ridhuan.Dengan pantas Ridhuan memegang erat lengan Iman.Takut Iman lari masuk bilik dia pulak.
"Wow! tak sangka dapat jumpa daddy dekat sini? I really miss you daddy"
Anna ingin memeluk Ridhuan tetapi Ridhuan sudah mengangkat tangan agar Anna tidak memeluk dirinya.Anna tersentak.Iman memandang muka Ridhuan yang dingin.Jarang dia melihat muka daddynya yang sekarang.Rasa takut mulai timbul.
"What are you doing here!"
Suara Ridhuan sungguh tegas ketika itu.Anna memeluk tubuh dan menjeling Iman.
"Anna belajar dekat sini, sepatutnya Anna yang tanya daddy.What are you doing here daddy?"
"Daddy datang sini sebab nak jemput my lovely daughter balik"
Berubah riak muka Anna.Ridhuan yang perasan akan perubahan muka Anna terus tersenyum sinis.What? lovely daughter? nak muntah aku!
"Owh, lovely daughter.So Anna ni apa?"
"You tu tetap anak daddy but now and forever your not my daughter anymore! I don't have daughter like you!"
Bagaikan terkena panahan petir, Anna terdiam.Anna mula hilang sabar.
"Siapa yang anak kandung daddy ha! Anna ke pompuan tu!!"
Anna menunding jarinya ke arah Iman.Iman tersentak.Eh eh, nak libatkan aku pulak.But! anak kandung? siapa?
"Memang Anna anak kandung daddy but! daddy lebih sayangkan Iman berbanding Anna yang merupakan anak kandung daddy!"
Anna menggenggam tangan.Perasaan nya sekarang ini terlampau marah!
"How dare you daddy! now Anna faham kenapa mommy mintak cerai dengan daddy! buaya darat!"
"Anna cakap la apa pun yang Anna nak cakap, tapi Anna ingat.Kalau Anna berani sentuh Iman, Anna boleh agak sendiri apa yang daddy akan buat dekat Anna! Understand!"
Anna ketap bibir.Air matanya mula bertakung.
"I hate you daddy!"
Setelah itu, Anna terus pergi dengan perasaan yang berbuku!.Sakit! pedih! dengan kata kata daddynya.
Ridhuan mengeluh kasar dan meraup kasar mukanya.Iman sekadar diam dan memerhati daddynya yang kelihatan serabut.
"Iman mahukan penjelasan daddy"
Ridhuan melihat Iman dengan pandang yang sayu.Tiba tiba jantungnya berdengup laju.Takut dengan penerimaan Iman terhadap dirinya.
Share this novel