Di sebuah Restoran yang mewah, sungguh bising dan meriah dengan kehadiran pelanggan VIP iaitu anak buah Rose dan jugak Ridhuan.Ridhuan telah menempah satu Restoran itu untuk dia dan Rose membuat celebrate untuk kejayaan Rose yang sudah berjaya membuat tugasan yang diberikan.
"Good job Rose.Kau memang boleh diharapkan.Tak sia sia aku bekerjasama dengan kau"
Ridhuan menepuk perlahan bahu Rose.Rose yang mendengar terus tersenyum bangga.Dia suka apabila melihat Ridhuan gembira dengan apa yang dia buat.
"It's simple ok.Lebih dari itu pun i boleh buat.Kalau you ada apa apa nak suruh I buat just tell me ok?"
Rose senyum menggoda kepada Ridhuan.Berharap Ridhuan tergoda dengannya.Sudah lama dia memendam perasaan nya.Lepas sahaja tau yang Ridhuan akan berkawin dengan Maria, hati dia hancur berkecai.Dan dia adalah orang yang paling gembira bila dapat tau yang Ridhuan sudah menceraikan Maria.Dan dia, akan cuba merampas semula hati Ridhuan supaya Ridhuan menjadi miliknya.
"I know, but buat masa sekarang..aku nak kau rehat dan aku akan bagi double untuk kau"
Rose senyum.Dia terus merampas air yang dipegang oleh Ridhuan dan diletakkan di atas meja.Dia duduk di peha Ridhuan sambil memeluk erat leher Ridhuan.Ridhuan yang sudah terbiasa dengan sikap Rose hanya membiarkan sahaja.
"Can i sleep with you, tonight?"
Rose membisikkan kata kata itu kepada Ridhuan.Pantas Ridhuan menggeleng kepada Rose.Rose sudah membuat muka.
"Why? bukannya selalu i tidur dengan you.Lagipun hari ni kan hari special bagi i.Please"
Rose memujuk Ridhuan.Ridhuan mengeluh dan memandang Rose.
"Sebab dah lama aku tak tidur dengan kau la aku tak nak.Lagipun, kat rumah ada Iman.Aku taknak Iman beri tanggapan yang buruk kat aku"
Rose terus bangun dari duduk di peha Ridhuan.Dia memeluk tubuh dan memandang tajam kepada Ridhuan.
"I perasan, sejak you ambil budak tu jadi anak angkat you, you langsung tak pedulikan i.I ni dah tak penting ke dalam hidup you ha? "
"Kau penting dalam hidup aku tapi, sejak kehadiran Iman.Dia lebih penting dari segala galanya.Dia adalah nyawa bagi aku.Tanpa dia, aku mungkin jatuh.Kau kawan aku, Iman anak aku dan aku lebih sayangkan dia daripada segalanya.Aku harap kau faham"
Rose terdiam.Kata kata yang dilontarkan oleh Ridhuan cukup membuatkan dia marah, sedih, kecewa.Tanpa berlengah, Rose terus keluar dari Restoran itu dengan perasaan yang marah.Sanggup dia lebihkan orang luar berbanding dirinya? How dare you Ridhuan!
Ridhuan sekadar memerhati Rose yang keluar dari Restoran.Bukan dia tidak tau yang Rose ada memendam perasaan kepadanya.Cukup layanan Rose sudah membuatkan dia rasa sesuatu.Tapi apa boleh buat, dia sekadar menganggap Rose sebagai kawan sahaja.Tak lebih dan tak juga kurang.
"Arggg!!! aku benci kau Ridhuan!!!"
Jerit Rose di dalam kereta.Dia menghentak hentakkan kaki dan juga tangannya di stereng kereta.Dada Rose bergelora menahan rasa.Hatinya sakit mendengar kenyataan oleh Ridhuan.Kata kata Ridhuan sudah cukup untuk membuktikan yang dia hanya anggap Rose sebagai kawan sahaja.
Akhirnya, Rose memandu kereta dengan kelajuan yang sangat laju.Air mata yang mengalir langsung tidak dihiraukan.Hatinya sakit dan pedih.Seperti dihiris dengan pisau yang tajam.Selama bertahun tahun dia menunggu Ridhuan, dan hari ini dia sudah dengar... Ridhuan hanya anggap dirinya sebagai kawan sahaja.
"Argggggg!!!!!"
Rose menjerit geram sambil memandu laju.Langsung tidak dihiraukan dengan lampu isyarat.Nasib baik tidak ada banyak kereta ketika itu.
.............................................
"Iman, jom teman aku gi mall.Aku bosan la"
Emma yang baru keluar dari bilik air terus mengajak Iman.Iman memandang Emma.
"Mall mana?"
Iman menyoal lalu sambung semula bermain fonenya.
"AEON la mana lagi.Sebelah je kott"
Iman duduk dari pembaringan.
"Aku ok je, sebab kau yang akan pandu kete nanti"
Emma menggeleng sambil menggoyangkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan.
"No,no.Hari ni aku rasa macam nak jalan kaki.Lagipun dekat je bukannya jauh pun"
Iman mengeluh.Jalan kaki la paling dia malas.Dah la cuaca kat luar panas terik.Di suruh nya kita jalan kaki je ke mall? Malas lahaiii.
"Haih, kau ni macam macam la"
Iman bangun dan terus bersiap.Kang tak nak ikut karang, merajuk.Emma sudah berlonjak gembira.Dia juga turut bersiap.
Mengambil masa 20 minit untuk bersiap.Biasala, perempuan kan.Mesti la nak lawa lawa.Selepas bersiap, mereka berdua terus keluar dari bilik.Tidak lupa juga untuk mengunci pintu bilik.Mereka keluar dan mula berjalan kaki untuk pergi ke destinasi yang dituju.
Sambil berjalan kaki, boleh juga mereka melihat kesibukan di jalan raya yang penuh dengan kereta, motor dan sebagai nya.Asap kenderaan juga banyak keluar.Sesekali Iman menutup hidungnya supaya tidak membau asap kenderaan.Itula salah satu sebab dia tknak jalan kaki.Daddy pun ada nasihatkan jangan jalan kaki melainkan penting sahaja.Masalah sekarang ni, pergi mall penting ke? Haih, nasib la kau kawan aku Emma kalau tak..
Selepas mengambil beberapa minit, mereka sudah tiba ke destinasi yang dituju.Iman melepaskan lega apabila masuk ke dalam mall.Sejuk! Kat luar tak payah cakap, panas terik.
Mereka meluangkan masa di dalam mall.Bukannya mereka bershopping pun.Sekadar cuci mata melihat banyak kedai yang menjual pelbagai jenis barang.Walaupun Emma anak seorang Dato, Emma bukan macam anak Dato yang lain yang sombong dengan kekayaan dan pangkat kedua ibu bapanya.Bagi Iman, Emma seorang yang baik.Kadangkala dia belanja Iman.Sebab itula Iman selesa berkawan dengan Emma.Tidak sombong, itu yang penting.
Selepas sudah meluangkan masa di dalam mall, akhirnya mereka membuat keputusan untuk pulang.Mereka berjalan keluar sambil memakan aiskrim yang dibeli oleh mereka.
Pin pin!
Serentak mereka berhenti dari berjalan dan memandang ke arah kereta yang menghon kan keretanya.Tingkap kereta pemandu kereta itu dibuka.
"Emma, naik cepat.Nenek dalam ICU ni"
Kata seorang lelaki dengan cemas.Nasib baik la dia perasan kelibat adiknya itu.Tak ada la buang masa nak menunggu di Universiti nanti.
Emma terkejut dan terus berpaling kearah Iman.Dia rasa serba salah untuk tinggalkan Iman.Iman yang faham hanya mengangguk dan menolak perlahan badan Emma.
"Takpe, kau pergi la.Lagipun dah dekat nak sampai 'u' "
Kata Iman dengan meyakinkan Emma.Emma rasa serba salah sangat.Dhla dia yang beriya ajak Iman pergi mall jalan kaki dan sekarang dia terpaksa tinggalkan Iman pula.
"Betul ke ni? aku serba salah la"
Iman senyum.
"Betul.Pergila cepat kesian nenek kau"
"Okla, balik nanti aku belanja kau eh?"
Iman mengangguk dan senyum.Emma senyum kelat dan berlalu menaiki kereta abangnya.Sempat dia berpesan pada Iman supaya berhati hati.Iman membalas dengan anggukan sahaja.Selepas kelibat kereta abang Emma hilang dari pandangan matanya, Iman mengeluh dan sambung berjalan kaki.
Iman menjilat aiskrim nya.Apalah nasib ditinggalkan seorang diri.Ni kalau tau dek daddy ni confirm kena ceramah.Sorry daddy, teringkar arahan daddy pula.Sambil Iman berjalan untuk balik ke Universitinya, dia tidak perasan akan sebuah van yang daritadi mengikutinya.
Selang beberapa lorong yang dilalui oleh Iman, dia terdengar bunyi kucing yang seperti dalam kesusahan.Iman meninjau ke satu lorong untuk mencari bunyi kucing itu.Apabila dia yakin bunyi kucing itu di lorong yang agak sunyi, Iman terus masuk dan mencari bunyi kucing tersebut.Dia lihat ke dalam longkang dan terdapat seekor anak kucing di dalam longkang tersebut.Iman duduk menyangkung untuk mengambil kucing tersebut.
Iman tersenyum dan meletakkan perlahan lahan kucing itu di sebelah nya.Tanpa dia sedar, ada seseorang sedang berdiri betul betul di belakang nya.Iman begitu ralit membelai anak kucing itu tanpa dia sedari, keselamatan nya sedang dalam bahaya.
Iman terkejut apabila mulutnya ditutup oleh seseorang dengan menggunakan kain.Ubat yang diletakkan di kain itu sungguh kuat hingga menyebabkan Iman tidak berdaya untuk melawan.Perlahan lahan mata Iman menjadi kabur sebelum dia jatuh dan pengsan di dalam dakapan seseorang.Lelaki itu tersenyum sinis.Dia mengendong Iman dan dibawa masuk ke dalam van miliknya.
Tangan dan kaki Iman diikat dan mulut Iman ditutup dengan kain.Selepas memastikan tiada sesiapa yang melihat 'aktiviti' nya.Dengan pantas dia memandu keluar dari lorong itu dan menuju ke rumah bossnya.
...............................................
Perlahan lahan Iman membuka matanya.Kepalanya masih berdenyut.Mungkin akibat terbau ubat yang kuat.Selepas dia dapat menstabilkan dirinya, Iman memandang sekeliling.Iman memandang dirinya yang sedang terikat.Mulutnya juga sudah ditutup dengan kain.Dia ingin menjerit tetapi terbatas dengan kain yang menutup mulutnya.
Iman mengingati semula kejadian yang menimpa nya petang tadi.Dia menolong seekor kucing dan tidak lama selepas itu, mulutnya ditutup oleh seseorang dan dia pengsan.Selepas itu, dia sedang berada di dalam bilik yang tidak dikenali dan juga diikat dia atas kerusi.Air mata Iman mula mengalir.Dia takut.Daddy....dia berharap sangat daddy menjejak dirinya.
Kreak~
Bunyi pintu dibuka oleh seseorang.Iman pantas mengangkat kepala dan memandang seorang lelaki yang sedang berjalan masuk dan menuju ke arahnya.Siapa lelaki ni? Lelaki itu berhenti betul betul di hadapan Iman dan menunduk sedikit untuk menyamai paras badannya dengan muka Iman.Iman bertentang mata dengan lelaki yang begitu asing di depannya.Dapat Iman lihat mata lelaki itu dengan pandangan yang sukar untuk difahami.
Tidak lama selepas itu, Lelaki itu tersenyum sinis dan membelai pipi Iman.Iman terkaku dengan perbuatan berani oleh lelaki itu.
"Tak sangka, Ridhuan ambil kau sebagai anak angkat dia dan paling mngejutkan, dia lebih sayangkan kau daripada anak kandung dia sendiri.Bertuahnya kau kan"
Iman sekadar mendiamkan diri.Langsung tiada keberanian untuk membalas kata kata lelaki itu.Lelaki itu tergelak apabila melihat muka Iman yang sedang ketakutan.Dia suka melihat orang takutkan dirinya.Rasa dia lebih berkuasa.
"Don't worry, aku pinjam kau sekejap je.Saja nak tengok reaksi Ridhuan apabila dia dapat tau yang anak kesayangan dia ni kena culik.Mesti dia tengah gelabah kan sekarang? Hahaha"
Iman menunduk sambil memejamkan matanya.Dia sungguh ketakutan apabila mendengar lelaki itu ketawa.Baginya, lelaki itu ketawa amat menyeramkan.Kenapa dia yang jadi mangsa culik lelaki itu?
Lelaki itu berjalan dan mendekatkan mukanya kepada leher Iman yang terdedah itu.Iman sudah mengalirkan kan semula air matanya.
"Erm, wangi juga kau ni.Rasa rugi pulak kalau aku tak rasa kau kan? "
Menggigil badan Iman apabila mendengar kata kata lelaki itu.Lagi sekali lelaki itu gelak dengan lebih kuat.Seperti kata katanya cukup lucu.
...........................................
Tidur Ridhuan terganggu apabila telefonenya berdering minta diangkat.Dengan mata yang masih tertutup, Ridhuan mengangkat panggilan itu tanpa melihat nama pemanggil.
"Helo, uncle?"
Ridhuan berkerut dan memandang nama pemanggil.
'Emma'
"Yes, ada apa Emma call uncle?"
Ridhuan membalas dengan mata yang tertutup.Mengantuk lagi.
"Emma just nak tanya, Iman ada call uncle tak hari ni?"
Dengar sahaja nama Iman, Ridhuan terus mencelikkan matanya dan duduk dari pembaringan.
"Takde, why?"
Ridhuan sudah gelisah.Ada apa apa yang berlaku ke dekat anak nya?
"Takdela, Emma call Iman dari tadi tak berangkat.Risau la pulak Emma"
"Wait, apa maksud Emma ni? Uncle tak faham"
Emma sudah cemas.Aduh! confirm kena marah nii.
"Err...tadi kitorang pergi mall jalan kaki je.Lepas tu, bila nak balik tu tiba tiba je abang Emma jemput katanya nenek Emma dalam ICU.Dan waktu tu Emma terpaksa tinggalkan Iman.Dan sampai sekarang Iman tak angkat call.Itu yang Emma call uncle ni"
"What?! Emma tinggalkan Iman sorang sorang?!"
Emma sudah gigit bibir bawahnya.Dia berasa gerun apabila ditengking begitu.
"So... sorry uncle"
"Damn!!"
Ridhuan terus putuskan talian.Dan sekarang, dia pulak yang akan call Iman.Hatinya juga sudah tidak senang.Berkali kali Ridhuan call tetapi hanya masuk peti suara sahaja.Ridhuan mula bangun dan berjalan mundar mandir.Dia lihat lokasi terkini Iman.
Damn! kenapa Iman off kan lokasinya.Semakin tidak keruan dibuatnya.Ridhuan tidak putus putus menelefone Iman.Tidak lama kemudian, dia mendapat satu mesej dari nombor Iman.Dengan pantas Ridhuan buka dan baca.
'Don't worry, aku pinjam sekejap anak kau'
Ridhuan membuntangkan biji matanya.Dia terus menelefone Iman lagi.Dan akhirnya, telefone diangkat.
"Iman?!"
"Hahahahah, amacam? tengah risau ke tu?"
Suara si pemanggil gelak apabila dapat rasakan yang Ridhuan sedang risau dan gelisah dengan kehilangan anak kesayangan nya.
"Kau jangan sentuh anak aku!!"
Ridhuan menjerit geram.
"Ini la yang aku nak.Risau.Aku suka tengok kau macam ni.Dulu aku culik anak kandung kau, kau langsung tak heran and now, aku culik anak angkat kau, baru kau rasa risau? sayang betul kau dengan anak angkat kau ni ye?"
Ridhuan sudah mengempal penumbuknya.
"Kau dengar sini! kalau kau sentuh anak aku, aku akan bunuh kau!"
"Hahahah takutnya, jangan risau la.Aku pinjam sekejap je anak kau.Nanti aku pulangkan la semula.Aku pun nak berkenalan jugak dengan anak kesayangan kau ni"
"Sial!!"
Ridhuan mencarut kepada lelaki itu.Kesabaranya mula menipis.
"Hahahah, aku tengok anak kau ni cantik juga.Boleh tak aku rasa dia sikit? sikit pun jadi la"
Air mata jantan milik Ridhuan mula mengalir.
"Kau jangan sentuh dia sial!!"
"Hahahah goodbye Ridhuan"
Dengan pantas lelaki itu mematikan fonenya.Ridhuan membaling telefone nya ke atas katil.Dia meraup mukanya dengan kasar.Anaknya dalam bahaya!
"Boss"
Adam dan Akid cepat cepat masuk ke dalam bilik Ridhuan apabila terdengar bunyi kecoh.
"Aku nak korang kumpulkan orang orang kita masuk bilik bawah.NOW!!"
Jerit Ridhuan.Adam dan Akid pantas mengangguk dan berlalu keluar untuk memanggil yang lain.Muka Ridhuan sudah merah.Urat urat tegang mulai timbul.
"Tunggu kau! aku dapat kau, aku bunuh kau sial!!"
Ridhuan mencampak segala barang yang ada di dalam bilik itu.Dia takut.Takut kehilangan Iman.Iman adalah nyawa bagi nya.
"Sabar Iman, Daddy datang.Wait for me baby"
Lagi sekali Ridhuan mengalir kan air matanya.Dia terlampau takut, risau.Perasaannya kini, sudah bercampur.Wait for me baby.
Share this novel