Malam sudah menjelma, Iman yang daritadi duduk di dalam bilik mula keluar dan berdiri di depan pintu bilik Ridhuan.
Dah balik ke belum eh minah singa tu? ke..dia ada dalam lagi? Perlahan lahan Iman memulas tombol pintu dan membukanya perlahan.Iman intai di dalam bilik itu.Dia lihat hanya ada daddynya yang sedang baring.Mungkin tengah tidur.
Minah tu tak nampak pulak.Dah balik kot.Iman mula menapak masuk ke dalam bilik itu dan mula lihat sekeliling.Kot kot la minah tu tak balik lagi.
Iman melepaskan lega.Bagus! minah singa tu dah balik.
"Iman"
Pantas Iman menoleh ke arah suara itu.Ridhuan sudah sedar sejak dia masuk dalam bilik tadi.
"Daddy ok?"
Soal Iman risau.Iman bantu daddynya yang ingin bangun.Ridhuan pandang Iman dan menyentuh pipi Iman.
"Iman pergi mana tadi hurm?"
Kena halau la daddy!! kawan daddy yang halau! tapi kata kata itu hanya dilontarkan di dalam hati saja.
"Takde gi mana mana pun, ada je dalam bilik"
Ridhuan angguk.
"Siapa yang jumpa daddy pengsan?"
"Iman la.Daddy tau tak, luruh jantung Iman bila nampak daddy tak sedar diri.Doktor cakap daddy stress.Daddy, Kalau punca daddy stress sebab Iman...Iman minta maaf ye?"
Ridhuan senyum dan menarik Iman dalam pelukannya.
"Thank you sebab Iman yang jumpa daddy.Daddy stress benda lain, bukan salah Iman pun.Janganlah rasa serba salah.It's not your fault ok?"
"Hurm"
Iman juga membalas pelukan itu.Dari nak merajuk terus tak jadi.Tiba tiba Iman teringatkan janji nya dengan Inspektor Rayyan.Boleh ke dia bincang dengan daddy sekarang?
Iman melepaskan pelukan dengan perlahan.
"Daddy, are you ok now?"
"Yeah, I'm ok now.Don't worry"
Ridhuan melemparkan senyuman manis untuk Iman.Iman membalas senyuman dan mengangguk.
"Boleh, kita bincang sesuatu?"
Kata Iman dengan berhati hati.Takut mood daddynya berubah pula.And yes, muka Ridhuan berubah.
"About what?"
Iman menarik nafas dan menghembuskan nya perlahan.Patut ke dia bincang sekarang? Aduhaii.
"Ini ada kena mengena dengan pekerjaan daddy ke? or, pasal bekerjasama tu?"
Ridhuan tau, yang Iman pasti sudah mendengar apa yang dia berbincang dengan Detektif tempoh hari.Iman mengangguk perlahan.Ridhuan melepaskan keluhan kasar.Dia tak suka berbincang perkara ini.Keputusannya sudah muktamad! dia takkan bekerjasama dengan pihak polis.
"Ada baiknya daddy bekerjasama dengan diorang, sekurang kurangnya hukuman daddy akan diringankan nanti"
Iman bercakap dengan lembut agar daddy fikir masak masak.Ridhuan diam dan tidak memandang Iman.Mukanya dingin tanpa senyuman.
"Iman janji yang Iman akan tunggu daddy dan akan tetap stay dengan daddy Kalau daddy bekerjasama dengan diorang.Iman nak kita hidup dengan normal."
"Selama ni hidup kita tak normal ke?"
"Bukan macam tu tapi, daddy sanggup ke hidup dengan bergelumang dosa? Iman nak tanya daddy, sepanjang daddy hidup..daddy pernah rasa aman? tenteram? daddy suka ke buat jenayah? I ask you daddy"
Ridhuan ketap bibirnya dan rahangnya mula bergerak gerak.Ridhuan memandang Iman dengan tajam.
"You ask me? Yes! I'm happy! Daddy happy buat jenayah.Iman tanya daddy, daddy rasa aman, tenteram? No! memang daddy tak rasa semua tu sebab apa? sebab kenangan silam yang jadi daddy macam ini.So, jangan tanya daddy pasal soal pahala dengan dosa.Faham!"
Iman terdiam.Dia terkedu apabila diteking begitu.Air matanya mula bergenang.Ridhuan yang sedar akan perubahan muka Iman mula rasa bersalah.Dia terlampau ikutkan emosi sehingga dia lepaskan marahnya kepada Iman.
"It's ok daddy, Iman tau yang Iman hanya orang luar.Iman langsung tak tau kisah silam daddy, tapi sekarang Iman sudah jadi sebahagian dari kelaurga daddy dan Iman harap daddy boleh luahkan apa yang daddy pendamkan.Iman ada untuk jadi pendengar yang baik."
Ridhuan memandang Iman lalu mengeluh.
"I hate police"
Tiga keramat yang dilontarkan oleh Ridhuan cukup membuatkan Iman ingin tau dengan lebih lagi tantang kisah silam daddynya.
"Why?"
Iman soal dengan lembut.Ridhuan seakan serba salah ingin bercerita.Iman mengangguk dan bangun dari duduk.
"It's ok, Daddy rehat la.Iman tak nak ganggu, Kalau daddy nak apa apa...panggil je Iman.Iman masuk bilik dulu"
Iman mula berjalan ke arah pintu.Baru sahaja ingin memulas tombol pintu, dirinya terhenti apabila terdengar kata kata yang keluar dari mulut Ridhuan.
"I try, tolong bagi daddy masa"
Iman tersenyum dan mengangguk.Iman mula menapak keluar dan menyandarkan dirinya di luar pintu bilik Ridhuan.Allhamdullillah.Terima kasih Ya Allah kerana telah melembutkan hati daddynya.
........................................
"Macam mana?"
Rayyan yang ketika itu sedang merenung papan putih yang kini sudah dipenuhi dengan gambar gambar mangsa yang hilang, mula mengeluh.
Rayyan berjalan menuju ke kerusinya.Dia duduk sambil menghadap kedua orang rakannya.Rayyan menggeleng perlahan.
"Dia tak call aku lagi.Dan aku rasa, dia memang taknak bekerjasama dengan kita.Aku tak tau la, kes ni langsung tak beri kita klu dan peluang untuk siasat diorang dengan lebih dalam.Aku rasa macam aku nak give up je"
Rayyan mengeluh.Dia penat dengan kes ini.Setiap minggu, pasti ada orang buat report tentang kehilangan anak anak mereka.Antara dalam lingkungan 4-12 tahun yang telah menjadi mangsa penculikan.Yang peliknya, penculik langsung tidak menghubungi keluarga mangsa untuk minta duit tebusan.
"Aku pun rasa nak give up.Rasa nak bagi aja orang lain yang kendalikan kes ini."
Balas Faris pula.Dia berharap sangat kes ini selesai dengan cepat.Selagi kes ini tidak selesai, selagi itulah hidupnya tidak aman.Tertekan dengan kerjanya sendiri.Kadang kadang mereka perlu berjumpa dengan kaunselor untuk berikan mereka motivasi dan kata kata semangat.
"Sekarang ni, hanya Iman sahaja harapan kita"
"Kau rasa, dia boleh ke pujuk hati seorang gengster?"
Soal Haiqal yang diam daritadi.
"Insya Allah, kita perlu berdoa dan berserah sahaja"
Seketika kemudian, suasana di dalam bilik itu senyap.Masing masing melayan perasaan.
"Sejak kita kendalikan kes ni, kita bertiga banyak berubah"
Kata Faris memecahkan kesunyian di dalam bilik itu.Haiqal dan Rayyan sekadar tersengih.Betul apa yang dikatakan oleh Faris, dulu mereka hanya sekadar melakukan tugasan yang ringan sahaja seperti membuat rondaan, menjaga pondok pengawal, membuat saman dan adakalanya mereka buat road block.
Tapi, sejak mereka telah dinaikkan pangkat, mereka telah diberi kes yang sehingga kini masih belum lagi selesai.Kes ini begitu berat bagi mereka.
"Aku rasa, aku dah rindukan kerja kita yang dulu.Lebih tenang dan tidak stres"
Sambung Haiqal pula.
"Nak buat macam mana, siapa suruh dulu buat kerja serius sangat"
Rayyan juga mula membuka mulut.Mereka bertiga ketawa apabila Rayyan berkata begitu.Kadang kala, gelak ketawa boleh hilang kan tekanan.
Gelak mereka terhenti apabila deringan telefone milik Rayyan berbunyi.Rayyan mengangkat.
"Helo?"
"Asslamualaikum?"
Soal pemanggil yang berada di talian.
"Waalaikumusalam"
Rayyan membalas Salam itu.
"Ini, Inspektor Rayyan kan?"
"Ye saya, ni siapa?"
Soal Rayyan.Haiqal dan Faris hanya menjadi pemerhati.
"Ini saya, Iman.Kalau Inspektor tidak sibuk, ada benda yang saya ingin sampaikan kepada Inspektor mengenai daddy saya"
"Saya tidak sibuk.Apa yang cik nak cakapkan?"
Rayyan membuka speaker supaya Haiqal dan Faris turut mendengar sama.
"Saya dah cuba pujuk daddy saya dan Allhamdullilah, dia kata dia akan cuba dan beri sedikit dia masa."
Mereka bertiga juga menyebut Allhamdullilah.Lapang sedikit dada mereka apabila Iman telah memberi berita yang baik.
"Terima kasih cik Iman, kami hargainya.Kalau tidak keberatan, boleh kita lunch together besok?"
Haiqal dan Faris mengangkat kening.Lain macam je, siap nak makan sama sama lagi.Rayyan hanya abaikan renungan kedua kawannya.
"Maaf, daddy saya tak bagi keluar dengan lelaki"
Jawab Iman dengan polos.Haiqal dan Faris yang mendengar mula membuat tumbs up kepada Rayyan.Kena reject!
"Erm, takpela Kalau macam tu.Kalau cik Iman ada apa apa info, boleh beritau saya dengan segera ye?"
"Baiklah, saya letak dulu.Daddy saya panggil.Assalamualaikum"
"Waalaikumusalam"
Rayyan memandang kedua rakanya yang daritadi tersengih.
"Amboi, takkan nak mengorat anak gengster kot?"
Soal Haiqal.Faris pula sudah gelak.Rayyan membuat muka.
"Salah ke?"
Akhirnya, Haiqal dan Faris melepaskan tawa apabila melihat muka cemberut Rayyan.Rayyan menjeling.Tak guna punya kawan!
..............................................
Di sebuah pelabuhan yang terbiar, terdapat banyak kereta seperti melakukan operasi secara diam dan sulit.Seorang lelaki yang merupakan orang Thailand mula menapak masuk ke dalam sebuah bilik bersama dengan PA nya yang merupakan translate apabila dia perlu melibatkan diri dengan Warganegara Malaysia.
"Eh Kai! sudah lama lu tidak datang? tak mau berulusan dengan I lagi ka?"
Soal seorang warga cina yang pelat dan tidak boleh menyebut huruf 'R'.PA kepada orang yang dikenali sebagai Kai, mula men'translate'kan kepada bossnya.Cina itu lihat pelanggan tetap itu sedang berkata sesuatu kepada PA nya.PA nya kelihatan mengangguk dan mula membuka mulut.
"Boss sudah bosan dengan orang yang sama untuk dia lacurkan.Dan budak budak pun makin sikit untuk boss jual dan dagangkan.Kalau masih tiada 'barang' baru lagi, kami tidak akan berurusan dengan lu lagi"
"Aiya! jangan macam itu, takpa takpa! sekalang juga saya cari itu 'balang' balu"
Soal cina itu lalu mengambil telefone dan menelefone orang orangnya.
"Ha! I nak lu olang cari itu 'balang' lagi.Sekalang eoh! pastikan semua still balu dan bekualiti.Paham!"
Cina itu mematikan fonenya dan memandang Kai.
"Lu jangan risau, dalam minggu ini akan ada 'balang' balu ok?"
Kai terangguk mendengar apa yang disampaikan oleh PA nya.Kemudian, Kai dan PA nya meminta diri untuk pulang.
.............................................
Seorang perempuan yang ketika itu sedang berjalan seorang diri dalam gelap, tidak sedar yang dirinya sedar diperhatikan.Dia leka bermain dengan fone nya.Lansung tidak sedar akan nyawanya akan dipertaruhkan dan hidupnya juga akan berubah 360°.
Dalam sekelip mata sahaja, Perempuan itu sudah selamat masuk ke dalam perangkap.Perempuan itu meronta ronta untuk dilepaskan tetapi malangnya, ubat yang dihidu telah membuatkan dia khayal dan mula rebah.Beberapa orang lelaki mula lihat sekeliling sebagai tanda berjaga jaga.Takut ada orang lain melihat mereka.
Salah seorang daripada mereka mula mencempung perempuan itu dan dibawa masuk ke dalam van.Mereka meninggalkan kawasan tersebut tanpa sebarang bahan bukti yang ditinggalkan.
............................................
p/s:Selamat Hari Raya semua! saya nak minta maaf Kalau ada tersalah bahasa yang menyinggung perasaan awak semua.Terima kasih kerana support saya.Semoga Raya tahun ini memberi kita kenangan yang tidak boleh kita lupakan sebab kita Raya kat umah;)Stay safe,stay healthy and stay home.Tqq gais! ;)
Share this novel