Beberapa tahun kemudian
Sekarang umur Iman sudah 18 tahun.Dari hidupnye yang penuh derita dan sengsara, kini hidupnye sudah berubah 360°.Iman gembira dengan hidupnye.Iman dilayan dengan baik dan penuh kasih sayang oleh daddy angkatnya iaitu Ridhuan.Begitu juga dengan Adam dan Akid yang merupakan abang angkatnya.
Hujung minggu yang ditunggu tunggu oleh Iman telah tiba.Dengan cepat Iman berlari keluar menuju ke bilik Ridhuan.Iman terus membuka bilik Ridhuan tanpa ketuk dulu.
Iman masuk dan memandang Ridhuan yang sedang lena di atas katil.Iman tersenyum nakal.Perlahan lahan Iman mendekati katil itu dengan berjengket jengket.Lagak macam pencuri.
"Daddy ~"
bisik Iman ditelinga Ridhuan.Kaku.Tiada sebarang pergerakan.Iman mendengus.
"Daddy sayang~"
Sengaja Iman melunakkan suaranya dan akhirnya Ridhuan mula tersedar.Ridhuan memandang Iman dengan mata kiri terbuka.
"Iman nak apa?"
Soal Ridhuan dengan memejamkan Mata.Penat malam tadi berlawan dengan musuhnye.
"Iman nak daddy la,kan daddy dah janji nak bawak Iman jalan jalan?"
Iman memuncungkan bibirnya tanda protes.Sampai hati daddy lupa.Dah la sejak kebelakangan ni, daddy nya sibuk.Keluar pagi,balik pun pagi.
"Hari ni ke?"
Soal Ridhuan dengan mata masih lagi terpenjam.Ikutkan hatinya, nak saja halau Iman tetapi takut Iman terasa pulak.Haih,almaklum la dah tersayang lebih dengan anak angkatnya ni.
"Iyela.Cepat la daddy"
Gesa Iman sambil menggoyangkan lengan Ridhuan.Ridhuan tergelak dan menarik Iman sehingga Iman terbaring di sebelahnya.Ridhuan dengan cepat memeluk Iman dengan erat seperti memeluk bantak peluk.
"Ahh, daddy! jangan la sambung tidur."
Iman mula rimas bila Ridhuan mula mencium pipinya.
"Dah lama daddy tak peluk cium Iman"
Kata Ridhuan.Iman mula buat muka.Ceh! kalau rindu tu cakap je la.
"Memang la! Daddy asyik buzy je dengan kerja.Ntah kerja apa la yang daddy buat"
Ridhuan gelak lagi.Aduhai, manjanyaaa.Iman mula muncung.Geram dengan sikap daddynya yang kadangkala annoying!
"Ok la! Iman pergi siap lepastu tunggu daddy dekat bawah ye"
Kata Ridhuan lagi.Iman mula senyum lebar.Yeayy!!
"Ok daddy!"
Balas Iman dan turun dari katil.
"Cepat tau daddy!"
Laung Iman dari luar bilik Ridhuan.Ridhuan senyum dan menggeleng dengan sikap Iman.Ridhuan mengeluh dan masuk ke dalam toilet untuk mandi dan bersiap.Karang lambat kene dengar bebelan anak kesayanggannya.
........................................
Iman berasa teruja kerana dapat meluangkan masa bersama daddy tercinta!.Dari tadi Iman hanya memandang muka daddy nya saja.Sekarang muka daddynya nampak penat.Mata pulak sayu aja.
Tiba tiba timbul rasa bersalah terhadap daddynya.Kalau dia tak desak daddy, mesti daddy dapat rehat.Kesian daddy.
Ridhuan yang sedang memandu menjeling Iman yang dari tadi memandangnya.Dah kenapa pulak ni?
"Iman"
Panggil Ridhuan sekilas memandang Iman.Iman tersentak dari lamunanya.Iman mengangkat kening.
"Kenapa pandang daddy macam tu?"
Soal Ridhuan.Iman diam seketika.
"Kesian daddy.Daddy mesti penat kan?"
Iman menundukkan kepalanya.Serba salah la katakan.Ridhuan tersenyum.
"Memang la daddy penat tapi, kan daddy dah janji dengan Iman.Lagipun, daddy pun rindu dengan anak daddy yang comel nii"
Iman mula tersenyum.Ye! daddy nya pandai ambil hatinya.I Love U Daddy!!
............................................
Setelah lama berjalan dan membuat pelbagai aktiviti, Iman dan Ridhuan duduk berehat di sebuah cafe yang berdekatan dengan taman.
"Daddy"
Panggil Iman sambil memandang Ridhuan.Ridhuan yang sedang minum mengangkat kening.
"Sekarang umur daddy dah berapa tahun"
Soal Iman lalu sambung meminum airnya.Ridhuan berkerut.
"33 tahun.Why"
"33? so, jarak umur kita 15 tahun.So, bila daddy nak kahwin?"
Soalan Iman membuatkan Ridhuan tersedak.Aik? salah tanya ke ni? ke dah ada calon.Hahaha daddy,you so cute.
"Ke...kenapa tiba tiba tanya bila daddy nak kahwin ni"
Merah muka Ridhuan dibuatnya.
"Yela, kita ni makin lama makin tua.Jadi, daddy tak nak ada keluarga sendiri ke?"
"Cukupla Iman,Adam dan Akid keluarga daddy"
Balas Ridhuan sambil tersenyum.Iman mula muncung.
"Haih, takkan daddy tak nak ada isteri?"
Ridhuan diam.Isteri? Heh! biarla kisah dulu sekadar kenangan pahit dalam hidupnye.Hidupnya sekarang lebih baik dari dulu dengan kehadiran Iman.
Ridhuan memandang Iman yang leka makan kek coklat.Dalam diam Ridhuan tersenyum.
Daddy takkan biarkan sesiapa usik atau buat Iman menangis.Kalau ada sesiapa yang berani, daddy akan bunuh diorang! Itu janji daddy!
Share this novel