BAB 5

Romantic Comedy Completed 88973

"Woi, Airil, termenung jauh nampak. Rindu someone ke? Or Julia ?" Adham menyoal Airil sebaik sahaja dia menerpa ke arahnya di Dunkin's Donut.

"Julia ? Kan aku cakap jangan disebut nama itu. " Airil Shah mendengus.

Oops..segera Adham menekup mulutnya. Diam sahajalah Adham. Airil tengah lupakan someone who ruins his life. Huh, Julia, kau fikir Airil macam lelaki lain ke?

"Aku tak fikirkan Julia but aku teringat kat seorang perempuan ini. She's so funny. " Airil bersuara. Mematikan lamunan Adham.

"And you love her?" Adham meneka. Tapi, Airil bukan jenis yang mudah suka seseorang. Hatta Julia yang cantik itu pun dia tak layan.

"Oh what? Sejak bila aku suka dia? Come on la, she's not the girl I'm searching for." Bidas Airil Shah dengan pantas. Airil Shah memulakan cerita.

"Hari itu kat Paradigm.."

"Kejap. Kau pergi Paradigm? Kenapa tak ajak aku! Tapi, untuk artis macam kau tak sesuai la pulak Paradigm. "

"Eeii,jangan mencelah laa. Duduk diam-diam. Kalau tak aku tak nak cerita." Ugut Airil Shah. Eh,sejak bila Airil pandai mengugut?

"Aku terlanggar dia,eh dia yang langgar aku. Then habis tumpah air minuman yang dia pegang kat baju aku. Aku marahlah dia sebab baju aku mahal and suruh dia ganti tapi dia tengking aku balik. Huaaa..."

Alamak,nangis pula kawan aku ni. Adham segera memujuk kawan baiknya.

"Lagi sedih dia tak tahu yang aku ini artis!!"

Aduh, nangis lagi. Huh, walaupun aku tak kenal siapa perempuan itu tapi ini kali kedua Airil nangis disebabkan perempuan. Airil sudah lama tidak menangis sejak kehilangan or lebih tepat sejak kematian Ana.

"Woi, tak habis lagilah. Janganlah mengelamun."

"Ya. Sambung cepat."

"Dia cakap dia lulusan 'Arts and Design ' tapi kau tahu tak apa yang dia pakai hari itu?"

"Ah Airil,manalah aku tahu."

"Dia pakai shawl warna pink baju warna hijau,kau bayangkan. Aku cakap yang dia fashion disaster then..."

"Ha,yang ini biar aku sambung. Kau kena marah kan? Sini aku pujuk kau. Aduh Airil, macam manalah abang kau boleh sabar dengan perangai kau ini. Huh."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience