Completed
88973
Sebulan berlalu. Maya Ariana masih belum membuat kata putus. Airil Shah pula sibuk mencari cara untuk mengurat Maya Ariana di samping menguruskan syarikat daddynya. Entah sejak bila dia mula terpaut dengan Maya Ariana. Arash Shah pula masih belum menampilkan dirinya. Datin Qaisara dan Dato' Amran tidak pernah berputus berdoa agar Arash Shah kembali kepada kepangkuan mereka. Sesungguhnya doa seorang ibu adalah antara doa yang mustajab.
***************************************
"Maya,pergilah layan si Airil itu. Kesian aunty tengok. Dari pagi tadi kat situ. At least bagilah jawapan so tak payah la dia terlalu berharap." Pujuk aunty Zara. Entah-entah pelanggan aku ini semuanya datang sebab ada artis kat sini. Alhamdulillah,melimpah ruah rezeki aku.
'Aku tak bermaksud nak buat dia berharap,tapi aku ada hak untuk memiliki seseorang yang aku cinta. Arash,lama lagikah awak kat sana?'
"Woi,berangan je tahu. Nak dengar lagu tak?" Airil Shah menyergah Maya Ariana.
"Nak!!!"
'Sejak bila Alia dan Airin ada kat sini? Hai,macam chipsmore la pulak. Sekejap ada sekejap hilang.'
"Nyanyilah cepat Airil!" Pinta Alia. Maya Ariana hanya menggeleng melihat perangai Alia. " Woi,peminat tunggu itu." Adham pula mengusik. Alia dengan Adham inikan,dua-dua perangai sama. Nasib baiklah Alia itu dah berpunya. Kalau tak,tak tahulah hidup dia orang kalau kahwin sama-sama.
"Aku memanglah nak nyanyi,tapi,orang itu tak nak dengar." Balas Airil Shah sambil memandang Maya Ariana.Maya Ariana hanya memberi pandangan 'slack'nya. Airil Shah segera memetik gitar yang dibawanya. Alunan yang indah membuatkan semua yang ada di situ terpukau.
" Senyumanmu,
Buatku tersenyum malu
Lirikanmu memberi panahan kalbu
Oh sayangku,dengarlah bahawa diriku
Ku perlu kamu..
Hei kamu gadis berbaju ungu
Dekat padaku di sini
Hei kamu yang mencuri hatiku
Namamu ingin ku tahu...."
Share this novel