Completed
88973
Maya Ariana menuju ke ruang tamu. Siapa yang datang? Airin ke Alya? Hatinya berbisik. Tapi..eh,siapa tu? Kawan aku ke? Memanglah aku hilang ingatan but aku tak rasa aku kawan dengan dia. Unfamiliar la dia tu.
"Err..Assalamualaikum." Maya Ariana memulakan bicara. Wanita tersebut menolehnya. 'Ok..aku kenal dia. Dia bukan kawan aku but dia perempuan yang aku nampak dia dengan Airil tu. Haha..dah lama aku tak nampak minah ni. Apa yang dia nak?'
"Maya Ariana,I'm not sure if you remember me or not but can you let Airil go? You cintakan Arash not Airil! So,biarkan Airil dengan I! We are couple until you make it become worse! "
"Hello!! I'm his wife. So, kisah you dengan dia dah lama berlalu la kan maksudnya? Kalau kau tak ada nak cakap apa-apa,pintu keluar dengan pintu masuk sama je. Ke kau nak aku hantar?"
"Maya Ariana, I harap you boleh lembutkan bicara you apabila berhadapan dengan bakal madu you. You cintakan Arash,then go for him. Kenapa you dan Arash sanggup melukakan hati masing-masing?"
"Kau tak tau apa-apa so kau diam jela!!"
"I tak tahu apa-apa atau you yang tak tahu? Jangan lupa yang you hilang ingatan Maya. You tak tahu kenapa Airil kahwin dengan you. By the way, I datang sini nak cakap kalau I tak dapat Airil means no one can get him!" Julia menarik nafas panjang setelah keluar dari pintu rumah Maya Ariana . Pandai pulak si Maya ni menjawab. Kau tunggu jela Maya.. Aku dah bagi kau warning selama ni. Kau tunggu jela siapa yang akan menjadi mangsa!
'Huh..apa yang minah tu pandang kat Airil? Aku yang dikatakannya isteri dia pun aku tak suka kat dia. Ni, perempuan lain pulak suka kat dia. Maya,betul ke kau tak suka dia? Ermm..betullah kot.'
**************************************
"Woi,kau dah kenapa termenung?" Adham cuba menyedarkan Airil ke dunia nyata.
"Weh,teman aku pergi balai polis." Ajak Airil Shah.
"Dah pasaipa pulak kau nak pergi balai polis ni. Jap..kau bunuh orang ke?"
"Agak-agaklah kalau nak tuduh sekalipun. Mentang-mentang kita friend and brother until Jannah,suka hati kau je kan."
"Ala sorry la bro. Okay,jom kita pergi. "
*************************************
"Assalamualaikum inspector. Saya Airil Shah dan saya nak tanya pasal kes kemalangan yang melibatkan seorang gadis kira-kira 5 tahun yang lepas." Airil Shah duduk di hadapan Inspector Khairul. Dia perlu tahu perkembangan kes tersebut meskipun 5 tahun berlalu.
"Waalaikumussalam. Er, encik Airil Shah bin Dato' Amran kan? Nak tahu perkembangan kes Ana Batrisyia kan?" Inspector Khairul menyoal kembali.
Airil Shah mengangguk laju. Adham di sebelah hanya memerhati. 'Aduh,tak boleh ke dia lupakan je kes ni? 5 tahun yang lepas kot..Sabar jela.'
Inspector Khairul mencari fail yang berkaitan. Dibelek satu per satu fail yang dipegangnya. Apabila mendapat fail yang dicarinya,segera dia menyelak setiap halaman. Dia memandang Airil Shah. Dia tahu Airil Shah memang ingin mengetahui perkembangan kes ini.
"Maafkan saya encik Airil tapi,hanya setakat ini sahaja maklumat yang kami berjaya perolehi. Lagipun kami masih belum dapat mengenal pasti sama ada kejadian yang menimpa Cik Ana adalah kes langgar lari atau memang disengajakan seperti kata encik Airil dulu."
Airil Shah hanya mampu mengeluh. Salahkah kalau dia ingin mencari kebenaran? Memang apa yang berlaku adalah takdir dan hakikatnya setiap yang bernyawa pasti akan mati. Tapi dia hanya mahukan kepastian,hanya kebenaran!
"Oh,tak mengapa kalau begitu. Tapi,saya nak minta lagi satu pertolongan boleh tak? Boleh tak kalau inspector siasat kejadian kemalangan Maya Ariana binti Dato' Idham?"
"Jangan kata yang Encik Airil rasa kemalangan itu pun satu rancangan?" Terkejut dibuatnya Inspector Khairul mendengar permintaan Airil Shah. Kalau aku ni ayah dia memang aku cuci otak dia. Banyak sangat tengok cerita fiksyen ni.
"Macam ni jela inspector, kita dengar jela permintaan Airil. Apa-apa maklumat kami terima sahaja. Maaf sebab menyusahkan inspector." Adham memohon maaf mewakili pihak Airil Shah. Lalu dia menarik Airil Shah membawanya keluar.
"Sudah-sudah la tu Airil. Kau ni kan!! Sampai bila baru kau boleh lepaskan Ana?" Adham menjerit geram. Kat balai polis tadi dia boleh la sabar tapi kat luar memang kena lah si Airil ni.
"Takkan lah kau anggap Ana kena langgar lari jugak? Kenapa hanya aku je yang rasa something wrong somewhere!" Airil Shah berlalu meninggalkan Adham di belakang. Adham mengejarnya. "Yela.. jom balik rumah.
*************************************
"Arash,kamu betul ke nak pergi Istanbul? Kamu baru je balik Malaysia takkan la kamu nak tinggalkan mummy sekali lagi?!" Datin Qaisara cuba menahan tangis. Putera sulungnya ingin meninggalkannya sekali lagi.
Arash Shah serba salah. Dia dah agak benda macam ni bakal terjadi. Airil Shah memandangnya. Dato' Amran cuba memujuk isterinya.
"Abang Arash,kalau abang Arash nak pergi Istanbul hanya untuk kebahagiaan Airil,abang tak perlu pergi. Airil tahu abang cintakan Maya,jadi Airil sendiri akan lepaskan Maya."
Buk! *bunyi buku jatuh*
Semua mata memandang ke belakang. Maya!! Muka Maya Ariana jelas menunjukkannya terkejut. Segera dia tunduk ke bawah untuk mengambil semula bukunya tetapi Airil Shah pantas mengutipnya terlebih dahulu.
Share this novel