Completed
88973
"Aku terima nikahnya Maya Ariana binti Idham dengan mas kahwin sebanyak.."
Hanya dengan sekali lafaz,Maya Ariana sah bergelar isteri kepada Airil Shah. Memang ramai peminat yang sedih tapi,mereka mendoakan yang terbaik untuk artis pujaan mereka.
"Wah..pengantin baru. Akhirnya bertemu jua jodoh kawan aku ni. Alhamdulillah aku sempat tengok dia kahwin." Adham segera memeluk Airil Shah. Lantaklah apa orang nak cakap. Diorang jealous lah tu tak dapat peluk Airil.
"Haha..turn kau bila pulak? Aku kempunan nasi minyak kau pulak." Airil Shah melepaskan pelukan Adham. Nanti ada orang cemburu. Cemburukah Maya Ariana?
"Turn aku lambat sikit kot. Ada orang tu masih tak terima aku." Adham memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah Airin. Sampai bila kau dapat menerima aku semula Airin? Kau nak tunggu orang lain ke? Tak sedarkah kau nobody loves you the way I do?
***************************************
"Maya,baju saya mana?" Airil Shah mencari baju di dalam almari. Sudahlah pagi ini ada mesyuarat. Mampos aku kalau lambat. "Maya Ariana!!!" Jerit Airil Shah setelah soalannya tidak dijawab.
"Awak jangan menjerit boleh tak? Nah baju awak. Awak suruh saya ironkan baju awak tadi. Lain kali suruh iron untuk tahun depan punya sekali ye?" Perli Maya Ariana. Airil Shah hanya mencebik.
"Hei,jangan buka baju depan saya boleh tak? Awak nak tunjuk abs awak ke?" Segera Maya Ariana menutup mukanya. Aduh suami aku inikan. Kau nak goda aku ke apa?
"Hey, I'm your husband. Apa salahnya awak tengok saya. Daripada awak tengok kat drama tv." Selepas memakai baju, perlahan-lahan Airil Shah melangkahkan kaki ke arah Maya Ariana. Maya Ariana yang terkejut dengan perbuatan Airil Shah segera berundur ke belakang sehingga ke dinding. "Awak fikir saya nak buat apa?" Tergelak kecil Airil Shah melihat perlakuan isterinya.
"Err.."
"Bila awak nak siap? Saya nak gerak pergi kerja dah ni. Nak tumpang tak?"
"Awak pergilah dulu. Saya naik kereta saya." Maya Ariana berlalu keluar dari bilik lalu melanggar bahu Airil Shah. "Oopss,sengaja." Segera Maya Ariana cabut diri sebelum dikejar oleh Airil Shah.
"Maya Ariana,kau tengoklah apa jadi malam ini!!!" Jerit Airil Shah. Comel pulak aku tengok isteri aku ni. Tapi,sejak bila aku suka dia? Atau sebab... Ana??
***************************************
Di butik aunty Zara, ramai pelanggan mula datang. Semakin lama semakin melimpah rezeki aunty Zara. Sedang Maya sibuk meneliti tempahan para pelanggannya,seseorang masuk ke dalam butik aunty Zara dan menuju ke arah Maya Ariana. Namun, Maya Ariana yang sedang tekun tidak menyedari kehadirannya.
"Boleh I tahu siapa Maya Ariana? I want to meet her."
Maya Ariana segera mengangkat mukanya. Dilihatnya seorang perempuan berdiri di hadapannya. Cantik. But,dia tak cukup kain ke? Kalau tak cukup,memang sinilah tempat yang sesuai.
"Saya Maya Ariana. Kenapa cik nak jumpa saya?" Setelah lama berdiam diri akhirnya Maya Ariana memperkenalkan dirinya.
"I want to be the loyal customer for this boutique, can I?"
Wow! Ada orang nak jadi pelanggan tetap untuk butik aunty Zara. Mesti aunty Zara suka. "Boleh. Terima kasih cik....?"
Seronok sangat ada pelanggan baru sampai lupa nak tanya nama.
"My name is Sara Juliana. But you can call me Julia. Okay, I've to go now. Kalau ada design baru,let me know."
Maya Ariana melihat Julia keluar. Julia? Julia yang Adham cakap ke? Tapi,dia tak ada pulak tanya pasal Airil. Maya,dia tak kenal kau, buat apa dia tanya pasal Airil. Tapi,macam mana dia tahu nama aku?
Julia memasuki keretanya. Mengeluarkan dua keping gambar. Maya Ariana, siapa benarkan you ambil Airil I? Wait and see what will happen. Airil, I dah bagitahu you yang I akan balik Malaysia. Kenapa you tak boleh tunggu I?
Share this novel