BAB 20

Romantic Comedy Completed 88973

"Hish,mana pulak minah ni?! Dia suruh aku datang,aku datang. Dia pulak entah ke mana. Buang masa aku je. Baik aku cau dulu." Airil Shah segera menghabiskan jus yang dipesannya. Apabila sampai ke tegukan terakhir, Julia menarik kerusi di hadapannya lalu melabuhkan punggungnya. 'Woi,aku dah nak blah baru kau sampai? Nasib baiklah aku jumpa hanya untuk tahu pasal Maya dan abang Arash. Kalau tak...' bisik Airil Shah.

"Sorry sayang. I was stuck in traffic." Julia memegang tangan Airil Shah. Segera Airil Shah menepisnya. Woi,sukati kau je. "Apa kau panggil aku tadi? Sayang? Sejak bila aku izinkan kau panggil macam tu?"

"Soon or later you will izinkan I panggil you sayang gak."

"In your dream pon never!"

"It's up to you. You nak tahu sangat pasal abang kesayangan you and si pengganti Ana tukan? Sebenarnya....."

**************************************

Sepanjang makan malam Airil Shah,Arash Shah dan Maya Ariana lebih banyak berdiam diri. Datin Qaisara dan Dato' Amran bingung melihat kerenah putera dan menantu mereka.

Maya Ariana terus merebahkan tubuhnya di atas katil. Bunyi pintu terbuka mengejutkannya. Segera dia bangun dari katil. Fuh,nasib baik Airil. Buat cuak je suami aku ni. Suami? Sampai bila kau berharap dia dapat memegang title itu? "Kenapa awak dan Ar...abang Arash tak bersembang pon. Awak kan dah lama tak jumpa abang awak."

"Masa tengah makan mana boleh bersembang. Awak tak belajar ke? Awak pon sama tak bercakap dengan abang Arash. Abang ipar je pon takkanlah malu nak cakap?"

'Uuitt..sentap kot dengan ayat dia. Tapi...eh,dia tak tahukan pasal aku dan Arash? And Maya, kau buang tabiat apa sebut Arash as abang Arash! Tak pernah kau panggil dia abang!'

Sementara itu di bilik Arash Shah, Arash sedang berdiri di balkoni merenung ke arah langit. Melihat kerlipan bintang menyinari kegelapan malam. 'Walaupun aku cuba melarikan diri daripada kau,destinasi terakhir menemukan diriku dan dirimu jua. Aku hanya ingin menikmati perasaan apabila dicintai seseorang. Tapi ternyata semuanya salah aku kerana berharapkan semua ini. Maya, ketahuilah bahawa aku rindu kau setengah mati. Tapi,kenapa begitu mudah kau cuba mengelakkan diri ini?'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience