BAB 6

Romantic Comedy Completed 88973

"Maya, selepas beberapa hari berfikir,aku rasa semuanya salah kau. Kau yang langgar Airil dan tertumpahkan air kat baju dia."

Alia bersuara memecahkan kesunyian yang melanda di butik aunty Zara.

Ah,macam inilah kawan. Alia,kalau aku tahu kau back up si Airil Shah itu tak adanya aku cerita. Maya Ariana dan Alia masing-masing melihat Airin. Apa pula jawapan Airin?

"Er,aku sokong Alia."

Terus berlari Airin ke arah Alia. Alia pula tersenyum gembira.

"Tapi sweet lah aku tengok Maya dan Airil. Kau bercintalah dengan Airil. Cinta monyet gitu. Hehe.." Aduh, bila Alia start bercakap memang tak tahu bila nak berhenti.

"Alah, biarlah monyet itu bercinta sendiri. Yang kau orang sibuk sangat kenapa? Nak join? Nanti aku bagitahu." Sakat Maya Ariana.

"Maya,apa cerita kau dengan Arash?"

Tak pernah disangka oleh Maya Ariana nama tersebut akan didengarinya lagi. Cukup sahaja sampai waktu itu kau muncul dalam hidup aku Arash. Maya Ariana mengeluh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience