Completed
88973
"Maya,bangunlah..apa anak gadis bangun lambat ni!! Cepat tolong mummy siapkan breakfast." Kejut Airil Shah. Maya mesti penat,dahlah semalam dia tidur lambat,siapkan rekaannya. Aku nak tolong,dia marah pulak. "Sayang bangunlah!!"
"Apa awak panggil saya?"
"Hah? Tak..tak ada apa-apa."
"Saya nak sambung tidur lagi. Penat."
"Anak dara mana boleh bangun lambat!!"
"Tapi saya isteri orang..Hehe..okay,saya bangun."
Selepas selesai menyediakan sarapan, keluarga Dato' Amran berkumpul bersama,makan bersama-sama. "Bila abang kamu nak balik? Dia tak jumpa lagi adik ipar dia." Belum sempat Airil Shah menjawab,terdengar bunyi ketukan di luar. Siapa pula yang datang time orang nak breakfast ini?
"Biar Airil yang bukakan. Sekejap lah orang kat luar tu!!" Airil Shah berlari anak menuju ke pintu. Setelah pintu dibukanya,alangkah terkejutnya Airil Shah melihat tetamu yang hadir.
"Siapa yang datang Airil?" Datin Qaisara menyoal dan menuju ke ruang tamu bersama-sama Dato' Amran dan Maya Ariana.
"Anak kesayangan mummy dah pulang dari London. Akhirnya mummy dah tak bosan dah duduk kat rumah.Haha.." Arash segera bersalaman dan berpelukan dengan kedua orang tuanya yang telah lama ditinggalkan. "Oh ya Airil,mana adik ipar abang? Kau tak boleh ke tunggu abang kahwin dulu ke atau tunggu abang balik Malaysia. Tak sabar-sabar betul." Usik Arash. Sudah lama dia meninggalkan adiknya. Nasib baik Adham dapat menjaga Airil Shah. Lega hati seorang abang yang jauh dari perantauan.
"Hah,ini dia isteri Airil merangkap adik ipar abang. Maya,sini." Airil Shah menarik lengan Maya Ariana dan merapatkan tubuh Maya Ariana di sisinya.
"Maya,this is my brother, Arash Shah. Abang Arash,ni Maya Ariana,isteri Airil." Airil Shah memperkenalkan Maya Ariana dan Arash Shah. Hanya senyuman palsu yang mampu dilemparkan oleh Maya Ariana apabila seseorang yang dicintainya adalah abang kepada suaminya. Hanya senyuman palsu yang mampu dilemparkan oleh Arash Shah apabila seseorang yang dicintainya mengahwini dengan adiknya sendiri.
Share this novel