BAB 35

Romantic Comedy Completed 88973

"Arash,saya ingatkan kita keluar berdua je. Kenapa dia ikut kita pulak?" Dengus Maya Ariana geram. Keluar sahaja dari rumah lepas mendengar bunyi kereta Arash Shah,dia mengimpikan Arash Shah yang berada di sebalik pintu rumahnya. Namun hampa hatinya sebaik sahaja buka pintu wajah Airil Shah yang terpampang. Terus masam mukanya dari keluar rumah tadi.

"Ala,biarlah Airil ikut. Paradigm kan first tempat korang kenal each other? So,jom kita pergi sana. Nak harap korang pergi berdua memang tak lah kan. Macam menanti kucing bertanduk je." Arash Shah menjawab. Maya Ariana memandang Arash Shah. 'Eh Arash ni kan. Sejak bila pulak dia pandai buat lawak? Mentang-mentang minggu depan nak pergi Istanbul.Huh.'

Arash Shah memandu dengan fokusnya. Maya Ariana merenung ke luar membawa hanyut fikirannya jauh bersama lagu yang diputar di radio. Airil Shah yang duduk di belakang bangun lalu memperlahankan volume radio. Gitar yang setia menemaninya dicapai. Jarinya menari dengan lincah. Lagu yang pernah dinyanyikan dahulu untuk Maya Ariana dinyanyikan semula dengan harapan isternya itu akan teringat semula.

Tapi dia silap. Lagu itu turut pernah dinyanyikan oleh abangnya sendiri pada Maya Ariana. Maya Ariana mengenang semula kenangan ketika di London. Tapi,ugutan yang diterima mematikan lamunannya. Segera dia menguatkan semula volume radio.

"Siapa suruh awak kuatkan??!! Perlahankan balik!!!" Jerit Airil Shah.

"Eh,sukati sayalah. Saya tak nak dengar apa-apa yang keluar dari mulut awak." Balas Maya Ariana semula.

Arash Shah hanya memerhati. 'Lantak lah korang nak bertikam lidah ke apa. Asalkan korang tak ganggu aku memandu. Tak pasal-pasal ada yang accident nanti.'

Sesampainya di Paradigm Mall Arash Shah membiarkan Airil Shah dan Maya Ariana pula berbicara. Tapi....haih,mengalahkan budak tadika la dorang ni. Sikit-sikit bergaduh,lepas itu merajuk. Huh. Nasib la aku yang dapat adik dengan adik ipar macam ni. Kalau orang lain yang dapat,tak tahulah apa yang jadi.

"Okay,awak ingat tak masa our first met? Awak langgar saya,then air yang awak pegang tumpah kat baju saya. Saya suruh awak bayar balik but awak salahkan saya pulak. And kita gaduh lepas tu. Awak ingat tak?" Airil Shah menceritakan semula kenangan bagi perkenalan pertama mereka.

"Padan muka awak. Siapa suruh awak langgar saya?" Maya Ariana membalas.

'Aipp,aku pulak dipersalahkan?' "Awak yang langgar saya. Dahlah awak marah saya jerit-jerit. Semua pandang. Awak tak tahu ke saya artis time tu?! Sukati awak je marah-marah saya!"

"Saya tak ingat apa-apa tapi lantak sayalah nak marah awak ke apa! Awak fikir awak artis terkenal,semua orang kena kenal awaklah,saya kena kenal awak? Macam tu? Huh,just wasting my time."

"Eh budak ni kan. Nasib baik la awak isteri saya . Kalau tak..."

"Kalau tak apa?"

"Nak tahu ke? Jangan menyesal pulak nanti."

Airil Shah terus menarik Maya Ariana ke dalam pelukannya. Maya Ariana menolak badan Airil Shah dan cuba meloloskan diri. Arash Shah hanya tersenyum melihat gelagat adik dan adik iparnya. Cemburu? Memang dia cemburu. Dia yang mencintai Maya Ariana,dia yang lebih mengenali Maya Ariana tetapi jodoh Maya Ariana pada Airil Shah. Kalau beritahu perkara sebenar pon dia tetap tak mungkin dapat memiliki Maya Ariana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience