Completed
88973
"Maya,turun bawah cepat. Mama dah siapkan makanan favourite Maya ni." Panggil Datin Syarifah dari bawah. Maya Ariana menuruni anak tangga satu per satu. Fikirannya ligat memikirkan bagaimanakah caranya untuk dia mendapatkan kunci daripada Arash Shah sebelum Arash Shah berangkat ke Istanbul. Maya Ariana tekad untuk melupakan Arash Shah selepas kunci yang diharapkannya itu didapati. Dia cuba untuk membuktikan kasihnya pada Airil Shah namun dia bingung. Adakah hatinya benar kali ini? Adakah dia membuat keputusan yang tepat?
Maya Ariana melihat makanan yang terhidang di atas meja makan. Dia meneliti menu makan tengaharinya itu. Nasi putih berlaukkan asam pedas dan sambal udang masak petai. Oh ya,makaroni bakar sebagai pencuci mulut. Dato' Idham dan Datin Syarifah sudah bersedia di kerusi hanya menanti Maya Ariana yang tercegat berdiri dari tadi.
Maya Ariana menarik kerusi. Belum sempat kerusinya diduduki, dia segera menuju ke sinki yang berdekatan. Mata paip dibukanya membiarkan air mengalir laju. Datin Syarifah yang risau akan keadaan Maya Ariana segera menjenguknya.
"Maya muntah ke? Maya tak sihat ke? Mama call Airil suruh dia bawa Maya ke klinik okay?"
"Tak ada apa-apalah. Maya okay je maybe perut kosong kot. Tapi,Maya tak makan nasi la tengahari ni. Maya makan makaroni jela. Tak tahu kenapa hidung Maya ni tak boleh tahan bau nasi. Maybe sebab terperap dalam bilik so hidungnya tak boleh nak interprate data."
"Mama rasa mama kena gali lubang la nak cari punchline Maya."
"Mama!!!!"
***************************************
Selesai habis makan Maya Ariana membantu Datin Syarifah mengemaskan meja makan. Ketukan di pintu dijawab oleh Dato' Idham. Kelihatan Airil Shah memasuki rumah mertuanya. Maya Ariana memandang Datin Syarifah di sebelah yang hanya mampu tersengih. "Mama!!! Kan Maya kata Maya sihat." Rengek si anak gadis.
"Sudah. Jom saya bawa awak pergi klinik. Over sangat merajuknya sampai terperap je kerjanya." Airil Shah menyalami kedua-dua ibu bapa mertuanya lalu menarik Maya masuk ke kereta. Enjin kereta dihidupkan. Radio dipasang. Lagu Jealous nyanyian Nick Jonas kedengaran. Maya memperlahankan volume. Airil Shah pula tak nak mengalah. Dikuatkannya semula volume radio. Perlahan. Kuat. Perlahan. Kuat. Haish..belum start perjalanan lagi dah macam-macam terjadi. Airil Shah memandang Maya Ariana.
"Awak kenapa?"
"Saya tak ada mood nak dengar lagu la,"
"Awak tak nak dengar tak payahlah dengar."
Maya Ariana menjeling Airil Shah tajam. Airil Shah mengeluh. Dia memasangkan earphone pada phonenya lalu menyerahkan pada Maya Ariana. "Nah,awak dengar lagu saya walaupun saya tahu awak tak suka lagu saya." Maya Ariana menyambut. Akhirnya keadaan berubah menjadi sepi.
***************************************
"Tahniah encik Airil. Encik Airil bakal bergelar seorang bapa."
Airil Shah dan Maya Ariana memandang sesama sendiri. FOR REAL??!!! Dalam perjalanan ke rumah, Airil Shah lebih banyak berdiam. 'Di saat Maya tengah mengandung,tak mungkin aku akan lepaskan dia.' Bisik Airil Shah. Maya Ariana pula dari tadi memutar semula lagu nyanyian Airil Shah.
"Kita nak pergi mana ni?" Soal Maya memecahkan kesunyian. " Kita pergi rumah saya dulu baru rumah awak." Jawapan Airil Shah dibalas dengan anggukan. "Wait!!! Bagi semula phone saya. Battery low nanti. Pasang jelah radio tu." Airil Shah mula membising. Maya Ariana menyerahkan semula phone Airil Shah sambil merungut.
***************************************
"Serious??? Mummy and daddy akan dapat cucu? Oh,dah lama mummy nantikan saat ni." Keriangan Datin Qaisara terpancar. Almaklumlah, Arash Shah yang merangkap anak sulung pun tak kahwin lagi. Nasib baik la Airil Shah dah kahwin,kalau tak memang dia kena bersabar lagi nampaknya.
"Kalau macam tu, Arash tangguhkan flight Arash la. Arash nak tengok anak buah Arash." Arash Shah menyelit.
"Eh,abang Arash pergi Istanbul dulu. 9 bulan kemudian baru balik Malaysia bawa hadiah dari Istanbul." Airil Shah mengusik.
"Aip,gaya macam ada orang tu tak nak Arash ada kat Malaysia je..Nak merajuklah." Balas Arash Shah.
"Merajuklah,Airil takkan pujuk." Tawa Airil Shah disambut oleh seisi rumah Dato' Amran. Arash Shah hanya tersenyum kerana dia yakin mungkin masanya telah tiba.
Share this novel