Completed
88973
Julia semenjak dari tadi hanya menangis.Barang-barangnya di atas meja solek ditolak ke tepi. Jatuh bertaburan. Bantal pula diambil lalu dicampaknya ke pintu bilik . Tekaknya pula dah rasa perit dari tadi menjerit. Dia ingat dia dah berjaya dengan mengugut Maya Ariana tetapi dia silap! Maya Ariana seorang yang pantang dicabar. Hatinya panas melihat kemesraan yang ditayang di hadapannya tadi. Dia ingin mengenang semula pertemuan pertamanya dengan Airil Shah di Cruise Tasik Putrajaya.
Tapi segalanya hancur! Airil Shah membawa Maya Ariana ke sana tanpa pedulikan hatinya . Lantas Julia pulang ke rumah membawa hati yang lara. Dia pernah terfikir untuk membunuh diri tapi kalau dia bunuh diri maksudnya tiada lagi harapannya untuk memiliki Airil Shah. Dan dia pernah menanyakan Arash Shah untuk membantunya mendapatkan Airil Shah semula dan ganjarannya dia dapat memiliki semula Maya Ariana.
Tetapi,Arash Shah hanya suka bersaing secara sihat. Rancangannya sekali lagi tidak berhasil. Lantas dia memikirkan rancangan lain.Rancangan terbaru. Kini dia yakin dan benar-benar tekad untuk menghancurkan hidup Maya Ariana. Tiada apa yang mampu menghalangnya kerana dia akan memastikan rancangan jahatnya kali ini berjaya!
*************************************
Arash Shah berjalan sendirian di kaki lima Pusat Perubatan Universiti Malaya. Tangannya yang dimasukkan dalam kocek bajunya itu terus dikeluarkan. Dia memegang erat kunci tersebut. Kunci yang menyimpan segala rahsia antara dia dan Maya Ariana. 'Mungkin dah tiba masanya untuk aku serahkan kunci ni pada Maya. Kau tak boleh bersikap pentingkan diri,Rash. Airil lebih berhak untuk Maya. Ya Allah,andai selepas pemergian aku nanti akan menghancurkan hati mereka yang menyayangi aku terutamanya kedua-dua ibu bapaku,aku mohon Kau ampunilah aku kerana aku tidak mampu untuk berterus terang kepada mereka perkara sebenar .' Arash Shah bermonolog sendirian.
"Doktor Arash!!" Namanya dipanggil. Menyedarkannya ke dunia nyata. Dia menoleh ke pemilik suara. Oh, Doktor Zaril rupanya.
"Asal kau panggil aku?"
"Asal aku tengok kau dua menjak ni diam je. Muka pun cam sedih je. Takkan putus cinta kot."
Ya. Doktor Zaril tidak pernah tahu kisah hidupnya. Mereka mula berkenalan setelah Arash Shah memulakan pekerjaannya sebagai doktor setelah pulang ke Malaysia. Seperti Airil Shah,Arash Shah juga tidak berminat untuk menceburi bidang perniagaan. Syarikat Dato' Amran diwarisi oleh Airil Shah hanya selepas Airil Shah menerima ugutan dari Dato' Amran sendiri.
"Zaril,aku nak minta tolong something boleh tak?"
Doktor Zaril mengangguk. Arash Shah menggenggam tapak tangan Doktor Zaril. " Kau bagi benda ni kat Airil Shah,adik aku bila tiba masa yang sesuai." Doktor Zaril melihat apa yang terdapat dalam genggamannya. 'Kunci?' Bisiknya. "Wait,kenapa kau tak boleh bagi sendiri?" Doktor Zaril menyoal kembali.
"Ish kau ni kan. Kalau aku boleh bagi memang dah lama aku bagi. Tapi aku rasa tak sedap hati la sekarang ni. Macam ada perkara buruk bakal berlaku."
"Woi..nauzubillah min zalik. Apa fikir camtu pulak. Yela..aku bagi adik kau nanti. Ada apa-apa lagi tak?"
"Ada. Kau suruh Airil sampaikan kat Maya,cakap kat Maya yang aku minta maaf sebab................."
*************************************
"Oh please laaa..lagi berapa bulan nak kena tunggu??!!" Alya menjerit melepaskan apa yang terbuku di hatinya. Airin di sebelahnya mengambil sepotong sushi lalu disuapkan ke dalam mulut Alya.'Biar senyap sikit Alya ni. Dari tadi memekak.'Getus Airin.
"Rilexla Alya. Aku yang tengah sarat mengandung ni pon boleh sabar, asal kau pulak yang over. Bukannya anak buah yang first pon. Kakak kau pon dah lama lahirkan anak." Maya Ariana tercuit melihat gelagat Alya yang tak sabar-sabar menanti saat-saat menjadi 'aunty'.
"Ala, yang tu lain cerita la..Yang ni sebab kau yang bakal melahirkan new baby. Kalau Airin pun mengandungkan baby first dia pun aku excited. Apatah lagi kalau aku yang mengandung. Mesti lagi excited!!!" Jawab Alya riang.
"Kau tu bila nak kahwin Alya? Bukannya tak berpunya lagi. Just tunggu waktu je. Cepat lah. Takkanlah kau nak tunggu aku kahwin dulu. Aku kan belum berpunya lagi." Tutur Airin lemah lembut bak gadis melayu terakhir.
"Aku tunggu husband-to-be aku balik Ireland. Almaklumlah nak kahwin dengan putera raja kita mesti kena memahami situasi dia,tak gitu?" Alya tersenyum sendirian. Hurmm..tengah berangan la kot. Biarkan jela dia.
"Eh,kejap. Maya,your memory dah 100% pulih ke belum?"
"I think dah 60% kot. Tapi masalahnya aku kan just x ingat memori after I met Airil. Memori sebelumya memang la aku ingat. Tapi,yang kejadian time aku kena langgar tu,rupa pemandu tu still samar-samar. But aku selalu mimpi benda tula. Tapi nak buat macam mana,dah rupa pemandu masih tak jelas lagi ." Terang Maya Ariana panjang lebar.
Share this novel